Anda di halaman 1dari 2

Internet Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan Daripada Keburukan.

Dahulu , Hampir 20 Tahun Yang Lalu , Internet Menjadi Sesuatu Yang Diimpikan
Oleh Masyarakat Di Negara Kita. Pada Masa Itu , Walaupun Negara Kita Bukanlah Sebuah
Negara Yang Mundur , Masyarakat Negara Kita Inginkan Sebuah Komputer Dengan Sistem
Internet Yang Boleh Berhubung Ke Seluruh Pelosok Dunia . Ironinya , Kebanyakan
Masyarakat Malaysia Pada Hari Ini Mempunyai Komputer Yang Canggih. Internet Merupakan
Budaya Baharu Dalam Masyarakat. Walaupun Banyak Yang Mengatakan Bahawa Internet
Mempunyai Kesan Keburukan , Pada Pendapat Saya , Internet Lebih Banyak Mendatangkan
Kebaikan Daripada Keburukan.
Ahli Falsafah China , Confusious Pernah Berkata Bahawa Jika Hendak Hidup 10
Tahun , Tanamlah Pokok Jagung , Jika Hendak Hidup Selama 100 Tahun , Tanamlah Pokok
Besar, Jika Hendak Hidup Selama – Lamanya, Tanamlah Ilmu Dalam Jiwa. Hamka Pula
Berkata Bahawa Ilmu Merupakan Sesuatu Yang Ditanam Dalam Jiwa Selama – Lamanya.
Kedua – Dua Pernyataan Ini Dengan Izharnya Menunjukkan Betapa Penting Ilmu Dalam
Kehidupan Manusia. Hal Ini Merupakan Faktor Utama Yang Mendorong Saya Bersetuju
Dengan Pernyataan Tersebut. Internet Merupakan Medan Yang Tidak Terbatas Untuk
Mendapatkan Ilmu. Dengan Melayari Internet, Kita Dapat Memperoleh Apa – Apa Sahaja
Maklumat Yang Kita Hendak. Masyarakat Yang Dahagakan Ilmu Dan Golongan Remaja Boleh
Memperoleh Ilmu Dan Maklumat Dalam Sekelip Mata Dengan Mudah.
Selain Itu , Internet Juga Boleh Digunakan Sebagai Satu Medium Komunikasi. Kita
Dapat Berhubung Dengan Masyarakat Dari Seluruh Dunia Dengan Cepat , Mudah Dan
Berkesan . Kemudahan Internet Ini Memberi Kemudahan Kapada Para Doktor Dari Pelosok
Dunia Untuk Berhubung Dan Berbincang Dalam Forum ‘On Line’ Untuk Membantu Merawat
Seseorang Pesakit. Para Guru Juga Boleh Berbincang Dan Bertukar – Tukar Pendapat Dan
Pengetahuan Untuk Kebaikan Pelajar – Pelajar Mereka. Bukankah Ini Merupakan Suatu
Kebaikan Yang Sangat Jelas.
Di Samping Itu , Kemudahan Internet Juga Menyenangkan Kehidupan Harian Kita. Hal
Ini Demikian Kerana Dengan Adanya Internet, Pengumumam Dapat Dilakukan Dengan
Menggunakan Internet. Kita Juga Boleh Mendapatkan Sumber Berita Dan Maklumat Terkini
Dengan Hanya Melayari Internet. Tambahan Pula , Dengan Adanya Internet Kita Tidak Perlu
Keluar Dari Rumah Untuk Membuat Pelbagai Urusan Yang Melibatkan Pembayaran Seperti
Bil Elektrik, Air Dan Telefon. Ini Sudah Tentu Dapat Menjimatkan Masa Dan Tenaga. Selain
Itu, Kita Juga Boleh Membeli Barangan Melalui Internet. Dewasa Ini, Pensyarah Dapat
Berhubung Dan Menyampaikan Ilmu Kepada Para Pelajarnya Dari Beribu – Ribu Hanya
Dengan Adanya Kemudahan Internet.
Negara Kita Pada Hari Ini Sedang Membangun. Pembangunan Negara Kita Semakin
Berkembang Pesat Dengan Adanya Internet. Internet Membolehkan Rakyat Membantu
Dalam Pembangunan Infrastruktur, Sosial Dan Ekonomi Denag Memberikan Pandangan
Mereka. Sebagai Contoh, Bekas Perdana Menteri Negara Kita Telah Membuka Satu Blog
Yang Memberi Peluang Kepada Rakyat Untuk Memberi Pandangan Dan Cadangan Mereka
Untuk Bersama – Sama Membangunkan Negara Ke Puncak Dunia. Perkara Ini Telah Banyak
Membantu Kerajaan Dalam Pembangunan Negara Kita.
Jika Ada Yang Berpendapat Bahawa Melalui Internet Kita Boleh Melayari Laman Web
Yang Tidak Senonoh Dan Tidak Bermoral, Itu Sebenarnya Terpulang Kepada Tahap
Kesedaran Dan Ilmu Agama Yang Diterima Juga Bergantung Kepada Niat Dan Tujuan Kita.
Buruk Dan Baiknya Kemudahan Internet Itu Bergantung Kepada Diri Kita Sendiri.
Tuntasnya, Internet Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan Daripada Keburukan Kerana
Internet Dengan Jelas Banyak Menolong Membangunkan Negara, Menyebarkan Ilmu,
Membolehkan Komunikasi Dan Memberi Peluang Kepada Rakyat Untuk Memberi Pandangan
Mereka Tentang Sesuatu Isu Atau Kemelu

Anda mungkin juga menyukai