Anda di halaman 1dari 3

Ulasan lagu "AKU NEGARAKU"

Lagu Aku Negaraku wajib utk dinyanyikan dlm perhimpunan sekolah. Klu sekolah sy ada 4 buah lagu
iaitu Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku, Lagu SK. Perdana dan Lagu Aku Negaraku.

Ulasan sy untuk Lagu Aku Negaraku sangat tidak sesuai dinyanyikan dlm perhimpunan sekolah.
Kenapa?

1. Rentak lagu yang terlalu laju. Tempo lagu terlalu laju sangat tidak sesuai dgn lagu perhimpunan.
Mau tidak mau murid dan guru nak terjonget2 apabila nyanyi lagu berentak laju. Adalah sangat
janggal menyanyikan dlm keadaan berdiri tegak. Oleh itu, lagu ini tidak sesuai utk dinyanyikan
diperhimpunan.

2. Nyanyian berlapis2. Semua sedia maklum lagu ni lagu duet. Jadi, diperhimpunan nak ikut penyanyi
satu atau penyanyi kedua? Lirik belum habis nyanyi dah masuk chorus "Aku Negaraku.. Aku
negaraku.." Sangat tidak sesuai dinyanyikan diperhimpunan.

3. Tiada rentak patriotik. Lagu perhimpunan sedia maklum berentak patriotik.Ia memberikan
semangat utk dinyanyikan. Untuk lagu Aku Negaraku sama sekali tiada rentak patriotik. Ada part
lagu penyanyi berteriak panjang. Jadi, lagu ni tidak sesuai dinyanyikan diperhimpunan.

4. Lirik lagu ntah apa2 ntah. Aku cuba dalami isi lirik lagu ni memandangkan aku guru muzik, guru
bahasa melayu dan penulis lirik lagu. Aku tak faham apa yg nak disampaikan. Aku baca, baca, baca
dan baca. Ke isinya terlalu memdalam? Oleh kerana murid yg menyanyi lagu ni. Adalah sgt penting
mereka fahami dan menghayati lirik lagu tersebut. Tapi? Lagu ni tidak sesuai untuk perhimpunan.

5. Saya mencadangkan lagu tersebut digugurkan dlm lagu perhimpunan. Kalau nak juga tambah lagu,
sy cadangkan lagu "Satu Malaysia" Lim kok wing punya lagu. Lagi bagus dan ada penghayatan.

Setakat itu sahaja ulasan peribadi saya untuk lagu "Aku Negaraku".

#cikguadiwira

[12:33 PM, 7/14/2017] +60 11-1650 7034: Lirik Lagu Aku Negaraku
Berikut adalah lirik lagu Aku Negaraku, lagu patriotik terbaru yang kini diwajibkan dilagukan di
perhimpuan mingguan semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia:

Aku Negaraku

Ku sedar tanah air aku bertuah

Di sini tempatku berjasa

Ku sedar sempurna hidupku di sini

Malaysia ku terhutang budi

[Chorus]

Aku Negaraku

Aku Negaraku

Sememangnya Negaraku maju

Negaraku tanah tumpah darahku

Aku Negaraku

Di hatiku negaraku

Selamanya aku negaraku

Satu

Negaraku tanah tumpah darahku

Kita bersama membina masa depan

Semangat setinggi angkasa

Kita bersama bersyukur pada Tuhan

KepadaNYA kita berserah

Ulang [Chorus]

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia

Malaysia aku bahagia


Ulang [Chorus]

Aku Negaraku

[12:34 PM, 7/14/2017] +60 11-1650 7034: New Negaraku Song

Anda mungkin juga menyukai