PETIKAN
Setiap orang memerlukan sahabat dalam hidupnya. Sahabat merupakan orang yang rapat
dengan kita selepas kedua-dua orang tua kita. Sahabat memainkan peranan yang penting
dalam hidup kita.
Sahabat dapat mempengaruhi perwatakan kita. Hubungan yang rapat antara kita dengan
sahabat merupakan faktor utama situasi ini berlaku.
Selain itu, kita lebih cenderung berkongsi cerita atau masalah dengan sahabat
berbanding dengan ibu bapa atau adik-beradik yang lain. Hal ini demikian kerana sahabat
dianggap lebih memahami sikap dan perasaan kita.
Seorang sahabat yang baik akan sentiasa memberi dorongan dan nasihat kepada
sahabatnya untuk melakukan sesuatu yang membawa kebaikan bersama.
Baca dan fahami puisi di bawah. Kemudian , jawab soalan- soalan yang berikut.