Anda di halaman 1dari 25

PENDAHULUAN

Buku Peraturan Sekolah ini disediakan kepada semua pelajar Sekolah Rendah Islam Sri Suria
sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan kepada peraturan yang perlu
dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah.

Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini termasuklah apa-apa
panduan dan peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah. Apa-apa
kaedah atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh sekolah atau
mana-mana pihak berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai kepada semua pelajar di
sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah.

RUKUNEGARA
Maka Kami, Rakyat Malaysia
Berikrar Akan Menumpukan
Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami
Untuk Mencapai Cita-Cita Tersebut Berdasarkan Prinsip-Prinsip Berikut :

Kepercayaan Kepada Tuhan


Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

VISI

Untuk menjadikan Sekolah Rendah Islam Sri Suria sebagai sebuah Institusi Pendidikan
Islam yang memimpin dan paling berjaya di negeri Selangor.

MISI

Melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak


Membentuk pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi
Mewujudkan keseimbangan pelajar dari aspek rohani jasmani dan intelektual
Membina dan menambah minat cintakan ilmu dan yakin bahawa ilmu adalah satu cara
meningkatkan ketaqwaan.
LAGU NEGARAKU

Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku,
Rakyat Hidup
Bersatu Dan Maju,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan,
Raja Kita
Selamat Bertakhta,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan.
Raja Kita
Selamat Bertakhta

LAGU NEGERI SELANGOR

Duli Yang Maha Mulia


Selamat Di Atas Takhta
Allah Lanjutkan Usia Tuanku
Rakyat Mohon Restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia Selama-lamanya
Aman Dan Sentosa
Duli Yang Maha Mulia

IKRAR PELAJAR
BAHAWA KAMI, pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Sri Suria berikrar akan mematuhi
segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan kepada
Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukunegara sepanjang masa.

Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada
kami.

Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan diri, keluarga, bangsa, agama dan
negara.

MATLAMAT PERATURAN SEKOLAH

Melahirkan insan kamil selaras dengan konsep Insan Sebagai Hamba dan Khalifah
Allah.
Melahirkan insan yang berpendidikan, berakhlak mulia dan berdisiplin.
Melahirkan insan yang berwibawa dalam kepimpinan.
Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi semua pelajar, guru dan kakitangan.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang indah dan bersih.
PANDUAN PERATURAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH


UNTUK PELAJAR
1. KEHADIRAN
1.1. Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah diwajibkan.
1.2. Waktu persekolahan adalah seperti berikut:
Sesi Pagi
Isnin Jumaat : 7.30 pagi 10.45 pagi
Sesi Petang
Isnin Jumaat : 2.30 ptg 5.45 ptg
1.3. Pelajar yang lewat sampai ke sekolah hendaklah melaporkan diri kepada pengawas
bertugas di pintu masuk atau kepada guru bertugas sebelum masuk ke kelas.
1.4. Pelajar yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan
denda oleh pengawas atau guru disiplin.
1.5. Setiap pelajar adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa jua
kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah.
1.6. Kelas tambahan atau gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan
wajib dihadiri oleh pelajar.

2. KETIDAKHADIRAN
2.1. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah menyatakan
sebab dengan mengemukakan surat daripada doktor / ibu bapa / penjaga / warden.
2.2. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan doktor / ibu bapa
/ penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan boleh diambil tindakan.
2.3. Tindakan terhadap kes ponteng:

SURAT HARI TIDAK HADIR HARI TIDAK HADIR


BERTURUT-TURUT BUKAN BERTURUT-TURUT

Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10

Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua

Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir
2.4. Seterusnya mana-mana pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit selama 15
hari berturut-turut tanpa mendapat apa-apa keterangan sah secara bersurat daripada
penjaga, pelajar berkenaan boleh digantung sekolah.
2.5. Pelajar dianggap tidak hadir sekiranya balik sebelum waktu ketiga dengan kebenaran.
2.6. Pelajar dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum.
3. PAKAIAN
Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di sekolah.
Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.

3.1. Pakaian Pelajar Lelaki:


3.1.1 Seluar panjang warna putih.
3.1.2 Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. Tidak dibenarkan memakai
seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell bottom/baggy,
terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh sehingga menyapu
lantai.
3.1.3 Baju Melayu cekak musang bewarna putih, berbutang putih, berlengan
panjang (tidak boleh dilipat), berpoket satu sahaja di sebelah kiri, tidak
berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. Baju dimasukkan ke dalam seluar.
3.1.4 Memakai sampin berwarna hijau tua.
3.1.5 Kasut putih penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci
dipakai dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada buku lali. Kasut
sekolah hendaklah dibuka dan disusun kemas di tempat yang disediakan
sebelum masuk ke dalam sekolah. Pelajar dinasihatkan agar menanda
kasut masing-masing bagi mengelakkan kehilangan kasut.
3.1.6 Lencana dilekatkan pada poket baju sebelah kiri dada.
3.1.7 Songkok baldu bewarna hitam sahaja. Ketayap atau lain-lain tidak
dibenarkan.

3.2. Pakaian Pelajar Perempuan:


3.2.1 Baju kurung potongan tradisional bewarna putih, leher Teluk Belanga dan
berlengan panjang mesti berkancing serta labuh mesti melebihi paras
lutut. Tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain
yang jarang dan licin.
3.2.3 Kain sarung warna hijau tua, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan
terlalu labuh sehingga menyapu lantai.
3.2.4 Lencana dilekatkan pada tudung sebelah kiri dada.
3.2.5 Anak tudung berbentuk bulat dan bewarna putih.
3.2.6 Tudung labuh bahagian hadapan sejengkal daripada pusat dan labuh
bahagian belakang melebihi paras punggung.
3.2.7 Kasut putih penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci
dipakai dengan stokin putih berukuran sejengkal daripada buku lali. Kasut
sekolah hendaklah dibuka dan disusun kemas di tempat yang disediakan
sebelum masuk ke dalam sekolah. Pelajar dinasihatkan agar menanda
kasut masing-masing bagi mengelakkan kehilangan kasut.
3.2.8 Pelajar dibenarkan memakai singlet atau t-shirt putih tanpa corak sahaja di
bahagian dalam baju sekolah.
3.2.9 Pelajar hendaklah memakai tanda nama yang diletakkan di sebelah kiri
baju atau tudung dan tanda nama mestilah mengikut syarat yang telah
ditentukan oleh pihak sekolah.
3.2.10 Pakaian seragam ini hendaklah dipakai sewaktu masa persekolahan,
menghadiri kelas tambahan, kegiatan kelab dan persatuan, kegiatan-
kegiatan lain sekolah, menyertai rombongan anjuran sekolah dan
sepanjang masa peperiksaan.
3.2.11 Pakaian Pengawas Sekolah mestilah sesuai dengan syarat yang telah
ditetapkan sekolah.
3.3. Pakaian Pengawas
3.3.1 Pengawas lelaki. Sama seperti pakaian pelajar lelaki. Sampin berwarna
merah dan kasut serta stokin berwarna hitam.
3.3.2 Pengawas perempuan. Sama seperti pakaian pelajar perempuan. Kain
berwarna merah dan kasut serta stoking berwarna hitam.
3.4. Pakaian Pendidikan Jasmani:
T-shirt rumah sukan atau T-shirt putih tanpa tulisan atau iklan. Seluar trek bottom sekolah
atau trek bottom hitam atau bewarna gelap. Semua murid perempuan wajib memakai
tudung semasa pendidikan jasmani.

3.5. Pakaian Aktiviti Luar Darjah / Ko-Kurikulum / Kelas Tambahan:


Pakaian seragam sekolah yang lengkap, yang menutup aurat ketika hadir kelas tambahan.
Pakaian ko-kurikulum yang dikhaskan oleh pihak sekolah untuk kegiatan ko-kurikulum.

4. KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN


4.1 Pelajar lelaki ditegah berambut panjang, rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek
iaitu :
4.1.1 Di belakang : Rambut mesti jatuh tidak melebihi paras bawah dua cuping
telinga, tidak mengenai kolar baju dan mesti nipis keseluruhannya serta
kemas.
4.1.2 Di depan : Rambut tidak menutupi garisan tengah dahi.
4.1.3 Di bahagian tepi : Rambut tidak menutupi telinga dan sideburn hendaklah
nipis dan tidak melebihi garisan tengah muka.
4.1.4 Di atas : Rambut tidak melebihi 3 inci
4.2 Pelajar diharamkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen tertentu.
4.3 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama sekali.
4.4 Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang.
4.5 Pelajar diharamkan memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang, rantai leher
dan rantai kaki.
4.6 Pelajar tidak dibenarkan berkaca mata gelap (sun glass) atau kacamata berbentuk luar
biasa.
4.7 Pelajar yang memakai cermin mata kerana kerosakan mata, dibenarkan memakai
cermin mata berkanta jenis photo sun atau photo grey.
4.8 Pelajar dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak bewarna-warni,
pakaian jeans dan pakaian tidak menutup aurat semasa ke sekolah.
4.9 Setiap pelajar dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi peraturan-
peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada di kawasan sekolah.

5. PERHIMPUNAN
5.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Isnin dan kehadiran adalah diwajibkan.
5.2 Perhimpunan harian akan ditentukan oleh Guru Besar iaitu pada mana-mana hari
dalam sesuatu minggu persekolahan.
5.3 Semua pelajar dimestikan berada di tempat perhimpunan 15 minit sebelum
perhimpunan bermula.
5.4 Pengawas bertanggungjawab menyusun barisan dan mengawal ketenteraman
perhimpunan. Pelajar hendaklah mendengar dan mematuhi arahan pengawas.
5.5 Pelajar hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada pengumuman dan ucapan yang
disampaikan oleh guru atau pengawas. Semua pelajar dilarang berbual-bual antara
satu sama lain.
5.6 Selepas perhimpunan, para pelajar hendaklah segera berjalan ke bilik darjah mengikut
barisan. Pemeriksaan kebersihan pakaian, kasut, rambut, kuku dan sebagainya akan
dijalankan oleh guru-guru disiplin/bertugas dan pengawas.
5.7 Pelajar yang tidak menghadiri perhimpunan tanpa sebab yang munasabah dan tanpa
makluman akan diambil tindakan.

6. KAWASAN SEKOLAH
6.1 Meninggalkan Kawasan Sekolah
6.1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu
kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar yang
dibenarkan mesti memakai PAS KELUAR.
6.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan
meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan
mendapat kebenaran guru.
6.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan
tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, pelajar-pelajar tidak
dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa
surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting.
6.1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu
umpamanya ke tandas atau lainnya. Setiap ketua tingkatan bertanggungjawab
mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.
6.1.5 Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu
hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan.
6.1.6 Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar berkenaan
hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru tingkatan dengan mengisi
borang khas. Surat kebenaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru atau
pelajar yang bertugas.
6.1.7 Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu,
pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru Besar, Penolong
Kanan atau Penyelia Petang dengan mengisi borang khas. Satu salinan
hendaklah kepada Guru Tingkatan dan satu salinan hendaklah disimpan oleh
pelajar.

7. KELAS
7.1 Pelajar di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan harta benda
sekolah di dalam bilik darjah masing-masing. Sebarang kerosakan yang
disebabkan oleh pelajar samada disengajakan atau tidak, pelajar kelas berkenaan
wajib bertaggungjawab.
7.2 Para pelajar di dalam sebuah kelas bertanggungjawab tentang kesempurnaan bilik
darjah dari segi lantai, siling, dinding, tingkap, lampu, kerusi, meja dan sebagainya.
Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
7.3 Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong
dan pengawas kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik
darjah dan hendaklah mencari guru yang sepatutnya mengajar pada waktu
tersebut.

1. KELUAR-MASUK KELAS
8.1 Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua kelas atau penolong ketua
kelas. Hanya dua orang pelajar (seorang lelaki dan seorang perempuan)
dibenarkan keluar untuk satu-satu masa dan diwajibkan memakai pas/bip/tag
kebenaran keluar kelas. Pelajar juga mestilah menulis nama di dalam buku
keluar/masuk kelas.
8.2 Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa rehat.
8.3 Para pelajar hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan tenang ketika ke
makmal, bengkel dan sebagainya. Tidak dibenarkan singgah dimana-mana ketika
dalam perjalanan itu. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut selagi guru
tiada di dalamnya.
8.4 Setiap pelajar hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau keluar dalam
masa guru berada di dalam kelas dan ketua kelas ketika guru tidak ada.
8.5 Pelajar dari kelas lain yang ada urusan di sesuatu kelas, hendaklah juga mematuhi
peraturan 8.4.
1. BUDI PEKERTI DI DALAM KELAS
9.1 Pelajar mesti berada di kelas masing-masing sepanjang waktu persekolahan dan
tidak dibenarkan sama sekali berada di kelas lain kecuali dengan kebenaran guru.
9.2 Pelajar-pelajar tidak boleh membuat bising. Suasana tenang dan senyap
hendaklah diwujudkan sepanjang masa.
9.3 Setiap pelajar hendaklah memberi sepenuh perhatian kepada guru apabila guru
sedang mengajar. Arahan guru wajib dipatuhi.
9.4 Pada masa pertukaran waktu, pelajar tidak boleh meninggalkan tempat masing-
masing sementara menanti ketibaan guru.
9.5 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa waktu belajar atas
alasan menemui guru. Pertemuan seumpama itu boleh dibuat dalam waktu rehat
atau di luar waktu pelajaran atau dipanggil oleh guru untuk sesuatu perkara yang
perlu diselesaikan segera.
9.6 Pelajar-pelajar tidak boleh terkecuali dari mana-mana waktu pengajaran dan
pembelajaran kecuali dengan alasan yang munasabah.
9.7 Jika seseorang pelajar tidak mengambil sesuatu mata pelajaran, pelajar
berkenaan hendaklah berada di dalam kelas mengikuti pelajaran guru berkenaan.
9.8 Pelajar-pelajar dikehendaki bangun memberi hormatapabila pelawat, pengetua
atau guru-guru masuk atau keluar kelas.
9.9 Apabila pengetua, atau guru masuk, pelajar-pelajar hendaklah berdiri dan
memberi salam.

1. YURAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH

10.1 Setiap pelajar wajib menjelaskan semua yuran bulanan yang telah ditetapkan oleh
sekolah dalam tempoh yang ditentukan iaitu bermula dari 1 5 hari bulan setiap
bulan.
10.2 Surat amaran akan dikeluarkan sekiranya pelajar tidak membayar yuran dalam
tempoh seperti yang dinyatakan di atas.
10.3 Pelajar yang tidak membayar yuran melebihi 3 bulan akan digantung sekolah.
10.4 Harta benda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta
benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, pelajar/kumpulan
terlibat akan dikenakan hukuman yang setimpal dan menggantinya/membayar
harga barang tersebut.
10.5 Buku-buku teks:
10.5.1 Buku teks adalah kepunyaan sendiri
10.5.2 Menjadi tanggungjawab pelajar menjaga kebersihan dan keselamatan
buku tersebut.
10.5.3 Pelajar diwajibkan menyampul/membalut buku tersebut.
10.5.4 Pelajar dilarang menconteng/mengotorkan buku itu. Dilarang merosakkan
seperti menggunting gambar atau menekap dari buku.
10.5.5 Pelajar dilarang meninggalkan buku teks dalam bilik darjah apabila habis
masa sekolah.
10.5.6 Jika peraturan itu dilanggar, pihak sekolah berhak merampas atau
meminta ganti dengan buku juga atau harga buku tersebut.
10.5.7 Pelajar hendaklah memulangkan semula buku pinjaman pada akhir tahun
seperti yang diarahkan oleh sekolah.
10.5.8 Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada masa yang telah
ditetapkan pihak sekolah akan diambil tindakan.

1. KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN


11.1 Tidak dibenarkan pelajar-pelajar menulis, melukis, menggaris, menconteng atau
mengotorkan mana-mana bahagian bangunan seperti dinding, tiang, pintu dan
sebagainya kecuali dengan kebenaran.
11.2 Gunakan tandas dengan betul dan berperaturan.
11.3 Jangan meludah atau membuang kahak merata-rata.
11.4 Kebersihan bangunan dan kawasan sekolah adalah tanggungjawab bersama.
11.5 Pelajar-pelajar hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang
disediakan.

12. SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT


12.1 Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru
Bertugas, Pengawas atau Ketua Tingkatan.
12.2 Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah
sehingga sembuh.
12.3 Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau
mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak
sekolah
12.4 Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat kebenaran dari
pihak sekolah.
12.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital kerajaan
jika sakit kuat.

13. KAWASAN YANG DILARANG


13.1 Tempat letak kenderaan guru
13.2 Kawasan tangki septik
13.3 Bilik Guru
13.4 Bilik Peperiksaan
13.5 Kawasan Tangki Air
13.6 Kawasan-kawasan bertanda Kawasan Larangan
14. KEBERSIHAN
14.1 Tong Sampah
14.1.1 Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah.
14.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang
sampah sahaja.

14.2 Kantin

14.2.1 Tidak dibenarkan pelajar-pelajar membeli makanan/minuman dalam masa


belajar atau masa pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran.
14.2.2 Ditegah berebut-rebut dan membuat bising di kantin/koperasi ketika
membeli makanan dan minuman.
14.2.3 Jangan tinggalkan bekas-bekas makanan atau minuman di atas meja
atau lantai kantin. Letakkan di dalam bekas yang disediakan. Hindarkan
daripada menumpahkan makanan dan minuman.
14.2.4 Bersopan ketika makan dan minum iaitu hendaklah duduk dan tidak
makan atau minum sambil berjalan.
14.2.5 Buang pembungkus makanan/minuman ke dalam tong sampah yang
disediakan.

14.3 Bilik Darjah


14.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan
teratur.
14.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga,
tidak dicakar atau dikotorkan.
14.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan
memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan
koridor.
14.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan
seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar ganti rugi.
14.3.5 Setiap kelas dibekalkan 2 batang penyapu, 1 penyodok dan 1 tong
sampah.

14.4 Tandas
14.4.1 Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan.
14.4.2 Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.
14.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas
sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.
15. KESELAMATAN

15.1 Beratur
15.1.1 Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke
mana-mana tempat.

15.2 Waktu balik


15.2.1 Lima minit sebelum pulang, pelajar mestilah mengemaskan kerusi meja,
membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas.
15.2.2 Apabila masa pulang telah sampai, pelajar boleh keluar kelas dengan
teratur. Pelajar hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan
apabila diarahkan.
15.2.3 Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal
laluan.
15.2.4 Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu
di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan.
15.2.5 Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.
15.2.6 Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan
dan tidak secara beriringan.
15.2.7 Pelajar transit hanya akan dibenarkan turun setelah van/kenderaan
sekolah/ibu bapa sampai.

16. PELAWAT

16.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu
rehat.
16.2 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan
pelajar tanpa memberi sebarang penjelasan.
16.3 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa
dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat
kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.
16.4 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan.

17. KETUA MURID DAN PENGAWAS

17.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Guru Besar
dengan kerjasama guru-guru.
17.2 Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat, Pengerusi,
Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas Darjah Atas.
17.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi
Guru Besar dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan
Pengawas sekiranya perlu.
17.4 Guru Besar ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu.
17.5 Sifat-sifat Kelayakan:
17.5.1 Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah
mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi
akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam
kegiatan sekolah.
17.5.2 Lain-lain kelayakan :
a) Bertanggungjawab dengan sepenuhnya
b) Berwibawa dan bekerjasama
c) Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
d) Jujur dan berakal
e) Menepati masa
17.6 Tugas-tugas pengawas:
17.6.1 Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk
mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar,
semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan
sekolah dipatuhi.
17.6.2 Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah supaya tidak
dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga
kebersihan kelas dan sekolah.
17.6.3 Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa
perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah.
Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-
pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi
amaran.
17.6.4 Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas
tetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh
berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar.
Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua
amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru
Lembaga Disiplin.

18. WAKTU SOLAT


18.1 Waktu Solat Zohor dan Asar bagi sesi petang adalah mengikut sekolah masing-
masing.
18.2 Sejadah hendaklah disimpan setelah digunakan.
18.3 Pelajar perempuan dikehendaki untuk membawa telekung masing-masing.
18.4 Pelajar hendaklah beratur sewaktu mengambil wudhu.

19. WAKTU REHAT

Waktu rehat adalah mengikut kesesuaian jadual waktu sekolah masing-masing.


20. LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN
20.1 Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas
dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat).
20.2 Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari
dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain.
20.3 Di tempat berkumpul itu, guru-guru darjah hendaklah berada bersama barisan
pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap
pelajar di dalam kelasnya berada di situ.
20.4 Guru darjah hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar jika
ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu
dengan segera.
20.5 Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk
mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.
20.6 Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat
berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah
ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru darjah dan berada
bersama-sama rakan-rakan sekelasnya.

21. BAYARAN TAMBAHAN


Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah.

22. KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH


22.1 Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta
benda sekolah semasa berada di sekolah seperti :
22.1.1 Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng
22.1.2 Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng
22.1.3 Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan
baik
22.1.4 Tandas hendaklah diguna dengan betul
22.1.5 Cermin tingkap jangan dipecahkan
22.1.6 Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak
membazir
22.1.7 Alatan pendidikan / permainan hendaklah dikendalikan dan dijaga
dengan baik

23. KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)


23.1 Pelajarpelajar digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh sekolah.
23.2 Pelajarpelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar
sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah.
23.3 Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru Besar
sekiranya seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di
dalam kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan
lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.
23.4 Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan
haram atau kongsi gelap.
24. KATEGORI KESALAHAN
24.1 Kesalahan Ringan
24.1.1 Menyimpan misai, janggut dan jambang.
24.1.2 Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan
tertentu.
24.1.3 Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
24.1.4 Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah
dari sekolah tanpa kebenaran.
24.1.5 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar, atau Guru-guru
Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada
ketika itu.
24.1.6 Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P)
tanpa kebenaran.
24.1.7 Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan
sekolah tanpa kebenaran.
24.1.8 Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran
Guru Besar atau wakilnya.
24.1.9 Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.
24.1.10Makan dan minum di dalam bilik darjah.
24.1.11Melakukan pembaziran air atau elektrik.
24.1.12 Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian
sekolah dengan kemas.
24.1.13 Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa
buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
24.1.14Lewat ke sekolah.
24.1.15Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/kelas.
24.1.16Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.
24.1.17Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
24.1.18Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.
24.1.19Tidak membuat tugasan yang diarahkan.
24.1.20Mengganggu kawan.
24.1.21Mengganggu guru.
24.1.22Lewat masuk kelas.
24.1.23Mengotorkan kelas.
24.1.24Tidak duduk setempat.
24.1.25Berada dalam kawasan larangan.
24.1.26 Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa
kebenaran.
24.1.27Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin.
24.1.28Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.
24.1.29Membuang sampah merata-rata.
24.1.30Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.
24.1.31 Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa
kebenaran.
24.1.32 Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa
kebenaran pihak sekolah.
24.1.33Memakai cermin mata berfesyen.
24.1.34 Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah
24.1.35Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar.
24.1.36Membawa telefon bimbit dan MP3.

24.2 Kesalahan Sederhana


24.2.1 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.
24.2.2 Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik
sekolah tanpa kebenaran.
24.2.3 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
24.2.4 Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.
24.2.5 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
24.2.6 Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan
kebangsaan.
24.2.7 Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna.
24.2.8 Menconteng pada harta benda sekolah.
24.2.9 Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan
memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.
24.2.10Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

24.3 Kesalahan Berat


24.3.1 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga
24.3.2 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam
kegiatan dadah.
24.3.3 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau
sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan.
24.3.4 Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
24.3.5 Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
24.3.6 Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru /
pengawas / murid.
24.3.7 Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
24.3.8 Memeras ugut guru / pengawas / murid.
24.3.9 Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
24.3.10Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
24.3.11 Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan
larangan.
24.3.12Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
24.3.13 Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana,
majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.
24.3.14Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
24.3.15Mencabul kehormatan guru / murid.
24.3.16Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
24.3.17Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
24.3.18 Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
24.3.19 Mengintai murid lelaki / perempuan.
24.3.20 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
24.3.21 Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
24.3.22 Membawa atau menggunakan bahan letupan.
24.3.23 Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan
perbuatan lucah.
24.3.24 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau
merusuh.
24.3.25 Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan
multimedia.
24.3.26 Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.
24.3.27 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang
bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
24.3.28 Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan
tanpa kebenaran pihak sekolah.
24.3.29 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari
atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi
persekolahan.
24.3.30 Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang
menjalankan tugas.
24.3.31 Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa
kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
24.3.32 Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan
lucah.
24.3.33 Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
24.3.34 Melakukan hubungan yang dicurigai.
24.3.35 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini
oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah .

25 SALAH LAKU
25.1 Tingkah Laku Jenayah
25.1.1 Mendera dan mencederakan.
25.1.2 Bertindak ganas dan mencederakan.
25.1.3 Memeras ugut.
25.1.4 Bergaduh.
25.1.5 Mencuri.
25.1.6 Menipu atau memperdayakan.
25.1.7 Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar.
25.1.8 Menyalahgunakan dadah.
25.1.9 Khalwat.
25.1.10Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.
25.1.11Menyertai kumpulan kongsi gelap.

25.2 Tingkahlaku Lucah


25.2.1 Mencarut.
25.2.2 Berdua-duaan.
25.2.3 Becumbu-cumbuan.
25.2.4 Melihat / membaca bahan lucah.
25.2.5 Melukis / menulis bahan lucah.
25.2.6 Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.
25.2.7 Bersubahat dalam perbuatan sumbang.
25.2.8 Berpakaian tidak senonoh.

25.3 Tingkahlaku Anti-Sosial


25.3.1 Tidak mahu bergaul.
25.3.2 Merosakkan harta benda individu / sekolah.
25.3.3 Membuat bising.
25.3.4 Menjerit-jerit tidak tentu pasal.
25.3.5 Mengganggu orang lain.
25.3.6 Menulis dan menconteng bangunan.
25.3.7 Membuang sampah merata-rata.
25.3.8 Mendendam / hasat dengki / cemburu.
25.3.9 Memaki hamun.
25.3.10Sombong , bongkak dan biadap.

25.4 Tingkahlaku Tidak Jujur


25.4.1 Meniru dalam ujian dan peperiksaan.
25.4.2 Meniru tandatangan orang lain.
25.4.3 Bercakap bohong.
25.4.4 Mengubah markah yang dicatat oleh guru.
25.4.5 Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.
25.4.6 Menganiaya sesama rakan.
25.4.7 Tidak amanah.
25.4.8 Mengampu.
25.4.9 Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.
25.4.10Mengambil barang orang lain tanpa izin.
25.4.11Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.
25.4.12Berdolak-dalik.

25.5 Tingkahlaku Tidak Sopan


25.5.1 Berbahasa kasar.
25.5.2 Tidak menghormati guru.
25.5.3 Menghisap rokok.
25.5.4 Berambut panjang.
25.5.5 Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
25.5.6 Lalai dan cuai terhadap pelajaran.
25.5.7 Mempermain / memperlekehkan guru.
25.5.8 Selalu lewat.
25.5.9 Suka bertengkar.
25.5.10Pakaian tidak sesuai.

1. PERATURAN KHAS

9.1 Ibu bapa / penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan pelajar-
pelajar, perlu memaklumkan pihak sekolah sebelum mengambil sebarang
tindakan.
9.2 Ibu bapa / penjaga yang perlu menghantar / mengambil pelajar-pelajar ke / dari
sekolah dikehendaki berada di luar pagar sekolah pada setiap masa.
9.3 Pelajar-pelajar hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi sekolah
seperti surat, resit, kad ujian, dan seumpamanya kepada ibubapa / penjaga
apabila diarahkan berbuat demikian oleh pihak sekolah.

1. PERATURAN LAIN ATAU BARU

26.1 Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku ini, pelajar-pelajar


juga wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang tidak
tercatat di dalam buku ini.
26.2 Pihak sekolah juga akan mengeluarkan peraturan-peraturan baru dari semasa
ke semasa dan setiap pelajar wajib mematuhinya.
26.3 Pelajar juga dikehendaki mematuhi arahan-arahan / peraturan-peraturan dari
semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor /
Pejabat Pelajaran atau Kementerian Pelajaran.

BORANG PENGAKUAN
Guru Besar,
Sekolah Rendah Islam Sri Suria,
No. 9A & 15A, Jalan Waruna AR U5/AR,
Taman Desa Subang,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Melalui Guru Darjah,


BUKU PANDUAN TATATERTIB DAN DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH RENDAH ISLAM SRI
SURIA

1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan saya
sendiri.
2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya segala
yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang.
3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah jika
saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang setimpal dan
tidak akan membuat rayuan.

Tanda tangan Pelajar :

Nama :

Kelas :

Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga :

Nama :

Tanda tangan Guru Kelas :

Nama :

Anda mungkin juga menyukai