Anda di halaman 1dari 1

Info Tip Usaha Mencari Jodoh Bagi Kaum Wanita

1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan.


Biasanya produk 'solehah' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai
permintaan tinggi di dunia dan di akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya,
serahkanlah 'kesetiaan hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.

2. Berusaha mengawal diri supaya jangan jadi gedik, mudah menyerah dan mudah
melayan
kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak
sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, call,
pujian dan sebagainya), senang untuk dipersia-siakan.

3. Berkawan dengan rakan-rakan yang sejantina yang solehah.


Jodoh anda mungkin dalam kalangan abang mereka, saudara mereka dan
sebagainya yang soleh-soleh juga.

4. Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah
cara melalui orang tengah yang soleh juga. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia
boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda di matanya.

5. Minta ibu bapa, abang atau saudara mara yang mencarikan calon untuk anda.
di cerita Habiburrahman tajuk Ketika Cinta Bertasbih tu, bila dia punya hero dah surrender, dia
akhirnya jodoh dia kepada Allah dan meminta ibu dia je yang carikan untuknya. Akhirnya dia
dapat isteri yang solehah lagi baik akhlaknya. Tapi tu semua dalam novel. Dalam realiti, kalau
wanita tu baik, insyaALLAH, usaha, berdoa dan bertawakal, maka akan datanglah jodoh tu. Aku?
Haha! Single but unavailable.

6. Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan
akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan
cara yang lebih mulia iaitu dengan melibatkan ibu bapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda
wahai wanita dengan lelaki tersebut. Ingat cara menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah
itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Anda sebagai wanita, InsyaALLAH, bolehlah praktikkan ni! Jangan masuk telinga kanan, keluar kat
hidung, tak sempat pun nak keluar kat telinga kiri. Contoh dia, macam aku lah! Haha!

Jadilah wanita yang berkualiti dan diiktiraf serta diyakini. Hehe!

Anda mungkin juga menyukai