Anda di halaman 1dari 1

INJEKSI ASMAULHUSNA DAN UNSUR KEROHANIAN KE DALAM SILIBUS SEKOLAH

BUKU Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 (KSSR- Kurikulum Standard Sek Rendah)

Unit 1 MANUSIA

Ms 1.

Asal:

Anas dan kawan2nya sedang bermain di halaman rumah. Mereka menyediakan keperluan asas
seperti makanan, air dan tempat perlindungan.

Selepas injeksi Asmaul Husna:

Anas dan kawan2nya sedang bermain di halaman rumah. Kita harus bersyukur kerana diberi kasih
sayang oleh Allah Ar Rahman Ar Rahim melalui kawan-kawan dan diberikan oleh Allah Ar
Rahman rumah untuk kita duduk.

Mereka menyediakan keperluan asas untuk jasmani seperti makanan, air dan tempat perlindungan.
Kita harus bersyukur kepada Allah Ar Razaq kerana memberi kita makanan dan air, dan syukur
kepada Allah Al Hafiz Al Muhaimin kerana melindungi kita dengan memberi tempat perlindungan.

Selain dari keperluan jasmani, manusia sangat memerlukan keperluan rohani untuk sentiasa ingat
kepada Allah setiap masa. Diantara keperluan rohani ialah Solat, Zikir dan Tazkirah. Tanpa
keperluan rohani, manusia mudah lupa Allah dan syaitan boleh menggoda kita untuk melakukan
dosa dan maksiat.

Ms2:

Keperluan Asas Kita

Asal:

Rumah Nina ditenggelami air. Keluarga Nina mendapat bantuan daripada pasukan penyelamat.

Selepas injeksi Asmaul Husna:

Rumah Nina ditenggelami air. Sesungguhnya Allah Ar Rahim sayang kepada kita agar kita sentiasa
ingat kepada Dia dan merasai kekuasaanNya dengan memberi ujian. Allah Ad Dharru mampu
memberi sedikit kemudharatan kepada kita agar kita takut melakukan dosa kepadaNya dan suka
menyebut2 nama2Nya dan suka bermohon kepadaNya. Rumah Nina ditenggelami air bukan
kerana Allah tidak suka Nina, tetapi kerana Allah sayang pada Nina supaya Nina tidak lupakan
Allah dan akan selalu berdoa dan ingat Allah.

Keluarga Nina mendapat bantuan daripada Allah Al Hafiz Al Muhaimin dengan menghantar
bantuanNya melalui pasukan penyelamat . Mari kita mengucapkan syukur dan terima kasih
kepada Allah Al Hafiz Al Muhaimin.

Anda mungkin juga menyukai