Anda di halaman 1dari 2

7.

0 Refleksi

Tugasan bagi subjek Tamadun Islam dan Asia Tenggara (TITAS) pada kali ini telah
banyak memberi ilmu pengetahuan baru pada saya. Melalui tugasan yang diberikan,
saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang kegemilangan dan kemunduran
Tamadun Islam di Tanah Melayu dan kesan kepada pembentukan Tamadun Malaysia
hari ini.

Sebelum ini, saya hanya mengetahui bahawa Islam sampai ke Tanah Melayu
dari Tanah Arab, India dan China. Walaupun begitu, saya kurang mengetahui tentang
sejarah kedatangan Islam dari ketiga-tiga negara ini. Dalam usaha mencari maklumat
tentang Tamadun Islam, saya telah dapat faktor-faktor yang membawa kegemilangan
dan kemunduran Tamadun Islam di Tanah Melayu.

Selain itu, saya juga telah mengetahui tentang kesan-kesan seperti agama dan
kepercayaan, pendidikan, perlembagaan dan sistem kekeluargaan yang dibawa oleh
Tamadun Islam. Saya dapat mengetahui bentuk-bentuk perubahan yang berlaku di
Tanah Melayu dan perbezaan cara hidup penduduk Tanah Melayu sebelum dan selepas
kedatangan Islam. Saya juga dapat mengetahui kepentingan pedagang dan pendakwah
dari India dan China dalam membawa Islam masuk ke Tanah Melayu.

Semasa dalam proses menyelesaikan peta minda i-Think kerja kursus ini, saya
telah belajar teknik untuk mereka bentuk peta minda yang lebih menarik dan diisikan
dengan warna-warni. Bukan ini sahaja, saya juga telah belajar kemahiran meringkaskan
ayat saya untuk menghasilkan peta minda i-Think yang mengandungi isi yang penting
dalam ruang yang terhad. Selain itu, saya telah banyak mendapat ilmu pengetahuan
tentang kegemilangan dan kemunduran Tamadun Islam dan kesannya terhadap
pembentukan Tamadun Malaysia. Jelaslah bahawa, saya rasa sangat memuaskan
kerana terdapat banyak ilmu pengetahuan tambahan tentang Tamadun Islam yang tidak
dapat dipelajari dengan buku teks di bilik darjah.

Di samping itu, saya turut dapat mengetahui tentang kesan-kesan yang dibawa
oleh Islam dalam negara Malaysia sama ada dari segi agama dan kepercayaan,
pendidikan, perlembagaan dan sistem kekeluargaan. Saya kini memahami tentang
agama, perlembagaan, pendidikan dan sistem kekeluargaan di Malaysia yang
dipengaruhi oleh Tamadun Islam. Ternyata banyak kesan yang dapat dilihat pada masa
kini yang dibawa oleh Islam dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara Islam
yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Saya juga dapat menerap nilai-nilai selepas mempelajari kegemilangan dan


kemunduran Tamadun Islam. Dengan pengalaman ini, saya dapat menerapkan unsur-
unsur dan pengajaran yang berlaku pada tamadun dahulu dan memajukan negara
dengan mengambil pengajaran yang berlaku semasa Tamadun Islam.

Setelah selesai menyiapkan tugasan ini, inilah antara pengetahuan baru yang
penting yang dapat saya senaraikan. Tidak dinafikan bahawa kedatangan Islam itu
membawa seribu satu perubahan kepada masyarakat dan Tanah Melayu atau Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai