Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Haiwan kesayangan merupakan haiwan yang dipelihara dan dijaga oleh manusia kerana
naluri kasih sayang dan suka kepada binatang. Dengan ini, haiwan yang menjadi pilihan
akan dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang serta dianggap sebagai sebahagian
daripada ahli keluarga. Kumpulan kami yang terdiri daripada Lee Peiying dan Wong Rou
Chen telah memilih kura-kura brazil sebagai haiwan kesayangan untuk tugasan 1 bagi
kursus pengenalan kepada teknologi pertanian (RBTS3223).

Faktor pemilihan kura-kura Brazil sebagai haiwan kesayangan kerana kura-kura


Brazil mudah dipelihara dan dijaga. Bukan itu sahaja, kura-kura Brazil juga mudah dapat
dalam pasaran berbanding dengan kura-kura jenis lain. Kura-kura Brazil merupakan adalah
sejenis kura-kura semi-aquatic dan salah satu jenis reptilia. Oleh itu, kura-kura Brazil
perlukan air untuk makan, minum dan juga memerlukan darat untuk bernafas atau berjemur.

Cara memilih kura-kura Brazil yang sihat

1. Perhatikan kumpulan kura-kura yang akan dibeli

Perhatian kepada sifat kura-kura Brazil yang aktif dan berwaspada kepada
sekelilingnya. Kura-kura Brazil yang bersifat aktif adalah lebih sihat berbanding dengan
kura- kura yang tidak aktif.

2. Pemeriksaan kura-kura Brazil

Kura-kura Brazil yang sihat seharusnya adalah berat yang memadai. Apabila
memegang kura-kura Brazil, kura-kura Brazil yang sihat akan terkial-kial dengan
mengerak kakinya serta memberi respond yang cepat.

3. Perhatikan kepala kura-kura Brazil

Mata kura-kura Brazil harus terbuka lebar dan cerah dan bahagian pipi kura-kura Brazil
harus bertonjol dengan ukuran yang sama.

4. Perhatikan bahagian kaki dan ekor kura-kura Brazil

Pastikan tidak ada luka atau pembengkakan yang aneh.

5. Perhatikan cangkerang kura-kura Brazil

Jangan memilih kura-kura Brazil yang mempunyai luka atau tanda-tanda infeksi di atas
atau bawah cangkerang dan cangkerang yang lembut dan lentur kerana kura-kura
Brazil mungkin mempunyai penyakit tulang.
Makanan kura-kura Brazil

Terdapat tiga jenis makanan yang boleh diberi iaitu:

Buah-
Makanan buahan &
Sayur-
Hidup
sayuran

Makanan
Komersil &
Suplemen
Vitamin

Kura-kura Brazil boleh makan sayur-sayuran seperti lettuce, green mustard, turnip
hijau dan bayam atau tanaman air seperti duckweed, water lettuce dan water hyacinth yang
mengandung banyak kalsium untuk perkembangan tempurungnya. Bukan itu sahaja, kura-
kura Brazil juga boleh makan buah-buahan dalam potongan kecil seperti tomato, pisang
dan betik. Walau bagaimanapun, kura-kura Brazil tidak digalakkan makan buah-buahan
yang terlalu banyak kerana akan menyebabkan kura-kura sering membuang air besar.
Apabila kura-kura Brazil menjadi semakin besar, kura-kura Brazil boleh makan makanan
hidup seperti jangkrik, cacing tanah, keong air atau ikan cere. Makanan komersil dan
suplemen vitamin merupakan makanan yang paling mudah didapatkan dan diberikan
kepada kura-kura Brazil kerana tidak perlu dipotong kecil-kecil lagi. Walaupun pelet mudah
diberi, tetapi kura-kura Brazil juga harus diberi jenis makanan yang berbeza supaya
mendapat makanan yang seimbang.

Cara membersihkan kura-kura Brazil

Kura-kura Brazil biasanya dibersihkan sekali sehari dan sebaiknya dilakukan pada
pagi atau siang hari supaya kura-kura Brazil dapat dijemur setelah dimandikan atau untuk
menghilang kepanasan. Seluruh badan kura-kura Brazil disiram dengan menggunakan air
yang bersih. Tempurung bahagian atas, kaki dan tangan kura-kura haruslah dibersihkan
dengan berhati-hati melalui tangan selama 1 hingga 3 minit. Kura-kura Brazil perlu dibilas
dengan menggunakan air bersih beberapa kali untuk memastikan kebersihan seluruh
badan kura-kura Brazil. Pada proses membersihkan kura-kura Brazil, bak khusus untuk
mandi harus disediakan kerana kura-kura Brazil mengandung bakteria salmonella.

Perangai kura-kura Brazil

Kura-kura Brazil juga mempunyai perangai yang berbeza seperti manusia. Sebagai
contoh, “Bobo” bersikap gedik dan peka kepada suara. “Bobo” amat bersuka bermain
dengan batu-batu. Namun “Girl” bersikap tidak aktif dan suka tidur berbanding dengan
“Bobo”. Bukan itu sahaja, “Bobo” dan “Girl” juga merupakan pemalu. “Bobo” dan “Girl” akan
berasa tidak selesa apabila ada orang memandang atau menyentuh “Bobo”. Walau
bagaimanapun, kedua-dua ekor kura-kura Brazil iaitu “Bobo” dan “Girl” sentiasa makan
banyak dan cepat apabila makanan diberi pada masa yang tetap.

Anda mungkin juga menyukai