Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN SENI KHAT PERSATUAN AGAMA ISLAM

1. PENDAHULUAN

Kaligrafi merupakan salah satu program kesenian dan kebudayaan Islam, terbuka kepada
semua murid-murid sekolah tahap 2, demi memartabatkan Islam dari sudut kemahiran
penulisan kaligrafi. Program ini juga akan mencungkil bakat-bakat seni penulisan kaligrafi Islam
dalam kalangan murid-murid di sekolah ini. Di samping itu juga, murid-murid akan didedahkan
berkaitan dengan seni dan kebudayaan penulisan menurut perspektif Islam. Secara tidak
langsung, ianya dapat memberi latihan kepada murid-murid dalam penulisan jawi dan al-quran.

2.OBJEKTIF:

i. Memberikan pendedahan tentang jenis tulisan dan gaya khat dan jawi
ii. Memberikan pendedahan teknik yang betul tentang kaedah asas penulisan khat
iii. Menulis dan menghayati keindahan tulisan khat
iv. Menyemai semangat cintakan seni khat dan jawi
v. Mencapai ketenangan jiwa melalui seni khat

3. TEMA:

" Bersama Memartabatkan Tulisan Al-Quran"

4. ANJURAN:

PERSATUAN AGAMA ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN TEHEL

5. TARIKH DILAKSANAKAN

- 31 MAC 2014 (ISNIN)


6. TEMPAT
- DEWAN JUNDULLAH, SEKOLAH KEBANGSAAN TEHEL.

7. JADUAL AKTIVITI

- PERTANDINGAN KALIGRAFI TAHAP 2, 2014

TARIKH/
2.30PTG - 3.00PTG 3.00 PTG – 3.45 PTG 3.45 PTG – 4.30 PTG 4.30PTG – 5.00PTG
MASA

KALIGRAFI 1 KALIGRAFI 2
ISNIN -Majlis Penutup
PENDAFTARAN Tajuk: Tajuk:
31 MAC -Penyampaian Hadiah
PESERTA KHAT NASAKH & KHAT KHAT SULUS & KHAT
2014 -Bersurai
RAQA’AH DIWANI

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BELANJAWAN
Pertandingan Kaligrafi Kesenian Islam

Bil Perkara Harga/Unit Kuantiti Jumlah (RM)

1. Pen Kaligrafi RM 3.00 25 RM 75.00


2. Kertas A4 RM 1.00 25 RM 25.00
3. Air Mineral (Pengadil) RM 2.50 4 RM 10.00
4. Hadiah & Saguhati 5 RM 150.00
5. Saguhati Hakim RM50.00 3 RM 150.00

JUMLAH BELANJAWAN KESELURUHAN RM 410.00


9. JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA

PERTANDINGAN KALIGRAFI TAHAP 2, 2014

Penaung

Pn. Rosnani binti Hj. Yunus

GURU BESAR

SK TEHEL, BEMBAN MELAKA

Penasihat 1

En Ali b. Bakar

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

SK TEHEL, BEMBAN MELAKA

Penasihat 2

En Usman b. Daud

PENOLONG KANAN 1

SK TEHEL, BEMBAN MELAKA

Penasihat 3

En. Awang@Ibrahim bin Ahmad

PENOLONG KANAN HEM

SK TEHEL, BEMBAN MELAKA


Pengerusi

Us. Ahmad Fauzi bin Yaakob

Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral

SK TEHEL, BEMBAN MELAKA

Pengurus Pertandingan

Us. Md. Fakhrurrazi bin Yassin

GPI

SK TEHEL, BEMBAN MELAKA

Penolong Pengurus Pertandingan

Us. Roshaidin bin Othman

GPI

SK TEHEL, BEMBAN MELAKA

Setiausaha

Noresah Abdullah
AHLI-AHLI

JK Pengadil dan Hakim JK Hadiah dan Cenderamata

En. Saperi bin Paee Ust. Noresah binti Mohd@Abdullah (Ketua)

Us. Normaziah binti Ibrahim


JK Persiapan JK Tugas-Tugas Khas

Us. Nassru bin Abdul Latiff Us. Awangku Zulkarnain bin Awang Ayob (Ketua)

Ahli-Ahli Task Force yang lain

10. PENUTUP

Semoga penganjuran kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada


masyarakat demi memartabatkan kesenian dan kebudayaan warisan kaligrafi islam bagi
mencapai slogan ”1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini dapat mengasah bakat
pelajar dalam penulisan seni khat serta lebih berkeyakinan menghadapi masyarakat luar
dalam mempamerkan kesenian Islam pada masa kini.

Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikan
pertandingan ini serta berharap dengan berakhirnya pertandingan ini juga nanti, segala
bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan
sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola
pertandingan seumpama ini dengan lebih baik.
DISEDIAKAN OLEH;

................................................

Noresah Abdullah
Setiausaha, Pertandingan Kaligrafi Tahap 2 2014
SK TEHEL, BEMBAN MELAKA

DISEMAK OLEH;

...................................................

En Ali B. Bakar
GPK Kokurikulum,
SK TEHEL, BEMBAN MELAKA

DISAHKAN OLEH;

……………………………………..

Pn. Rosnani binti Hj. Yunus


Guru Besar
SK TEHEL, BEMBAN MELAKA

Anda mungkin juga menyukai