Anda di halaman 1dari 3

Setiap individu adalah berbeza dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial serta

perbandingan tidak harus dilakukan. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979) menjelaskan


manusian tidak hidup dalam keadaan vakum yang terpisah dari sistem dan persekitaran luar.
Konteks sistem luar keluarga seperti kejiranan, persekitaraan tempat kerja, peraturan dan
undang-undang, adat resam dan tatasusila budaya mengikut konteks tempatan mempunyai
pengaruh tersendiri dan mampu pula dipengaruhi oleh keluarga. Dengan perpandukan teori
ekologi, hampir setiap aras menjadi faktor pembentukan individu bermoral.

4.1 FAKTOR KELUARGA

Seorang individu bermula membentuk nilai-nilai moral sejak zaman kanak-kanak mereka
sebagai tindak balas kepada persepsi mereka tingkah laku ibu bapa mereka. Kanak-kanak
adalah lebih cenderung untuk menerima nilai moral jika ahli keluarganya mengamalkan nilai
moral tersebut. Misalnya, apabila seorang bapa mengamalkan sikap jujur, maka anaknya pula
akan mengikut jejak ayahnya. Selain itu, ganjaran dan hukuman yang diberi pada tindakan
seorang anak akan mempengaruhi tindakan tersebut. Apabila sesuatu tindakan moral diberi
ganjaran maka tindakan tersebut akan berterusan serta tindakan tidak bermoral harus diberi
hukuman ataupum amaran supaya ia tidak berterusan dan akhirnya pupus. Ia kerana alam
kehidupan anak-anak bermula dari sebuah keluarga, masalah rumahtangga akan menjadi
faktor untuk lahirnya anak yang tidak bermoral. Oleh itu, ibubapa perlu menjadi suri teladan
yang bermoral serta perlu memberikan kasih sayang yang penuh terhadap anak-anaknya.
Ketandusan kasih sayang juga akan melahirkan kanak-kanak yang kejam, emosinya tidak
stabil dan sering melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti vandalisme,
gangsterisme dan pembuli. Pada sudut yang bertentangan pula, anak-anak yang dicurahkan
kasih sayang akan mengelakkan dirinya daripada perkara tersebut dan akan mengamalkan
nilai-nilai bermoral seperti hormat-menghormati hak orang lain, menerima pendapat rakan dan
bertolak ansur. Ibu bapa juga perlu memberikan jalan kepada anak mereka dalam memilih
kehidupan masing-masing. Penjagaan yang terlalu mengongkong dan memaksa anak-anak
untuk mencapai target yang tinggi tidak membantu dalam pembentukan individu yang
bermoral malah melahirkan individu yang mengejar markah dan status.

4.2 FAKTOR PENDIDIKAN

Anak-anak pada masa kinilah akan menjadi pemimpin masa depan yang berupaya membawa
hala tuju negara ke arah lebih membangun. Pendidikan formal dan juga tidak formal harus
diberikan kepada anak-anak supaya mereka bijak mengatur kehidupan sendiri malah mampu
menonjolkan diri di kalangan sosial. Misalnya, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama,
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah
rendah dan sekolah menengah. Mata pelajaran Pendidikan Moral bertujuan untuk membentuk
individu yang menyeluruh dan seimbang, matang dan bermaklumat, yang berupaya
manaakul, berperasaan dan bertingkah laku moral ke arah pembangunan mesyarakat
beretika yang adil dan berkepedulian (Vishalache Balakrishnan, 2009). Pendidikan informal
boleh disalur melalui aktiviti ko-korikulum seperti unit-beruniform, permainan, kelab,
pertandingan dan sebagainya. Melalui pendidikan informal, anak-anak dapat mempelajari nilai
seperti hormat-menghormati para peserta lain, menerima pendapat, bertolak ansur, menerima
kegagalan, bedaya saing dan berusaha.

4.3 DIDIKAN AGAMA

Bagi menwujudkan individu yang bermoral, ibu bapa perlu memastika anak-anaknya diberi
didikan agama yang sempurna serta nilai kerohanian mesti disemai dengan nilai-nilai moral
sejak kecil lagi. Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ yang bermaksud
bahawa pembentukan serta penerapan akhlah dan rohani anak-anak perlulah sejak kecil.
Apabila kurangnya didikan agama, anak-anak akan mengalami keruntuhan akhlak dan
menjadi hamba kepada segala nilai-nilai negatif. Situasi seperti ini tidak harus berlaku kerana
ia akan menjejaskan nama dan masa depan negara Malaysia. Kelakuan anak-anak yang tidak
bermoral dikatan sebagai menconteng arang ke muka keluarga dan juga negara. Misalnya,
kes pembuangan bayi kerap berlaku ia kerana remaja pada masa kini tidak mempunyai nilai-
nilai moral seperti kasih sayang serta hormat-menghormati adat, budaya dan pantang larang
agama. Oleh itu, bukan sahaja di sekolah, didikan agama perlulah bermula di rumah dengan
menghantar anak-anak ke kelas mengaji dan ceramah-ceramah yang dapat membina rohani
mereka.

4.4 PENGARUH RAKAN SEBAYA

Pelajar pada masa kini, kerap mengikut rakan sebaya ataupun jejak-jejak senior tidak kira
perbuatannya negatif ataupun positif. Pelajar-pelajar tersebut tidak dapar membezakan
kebaikan daripada keburukan oleh kerana kekosongan nilai-nilai moral yang membolehkan
mereka berfikir dengan rasional. Peningkatan kemasukan pelajar remaja ke sekolah jahat
seperti Sekolah Henry Gurney dapat membuktikan bahawa anak-anak masa kini mengikut
jejak rakan yang negatif. Menurut ahli psikologi yang terkenal Norm Chomsky, alam remaja
merupakan alam transisi daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa ia berlaku perubahan
fizikal dan tingkah laku. Remaja cuba membentuk peribadi dan personaliti masing-masing dan
mereka juga memerlukan seorang rakan yang boleh menemani mereka sepanjang
perkembangan zaman remaja. Dengan adanya rakan-rakan tersebut mereka boleh bertukar-
tukar fikiran, berkongsi masalah dan bantu-membantu ke arah kebaikan atau sebaliknya.
Kecenderungan remaja terhadap pengaruh rakan sebaya paling tinggi adalah pada umur 14
tahun hingga 18 tahun. Oleh itu, seseorang individu harus memilih rakan sebaya yang
bersikap positif dan boleh menjadi suri teladan. Dari sudut positif, pengaruh rakan sebaya
boleh menjadikan remaja-remaja sebagai seorang yang berguna dan berbudi pekerti yang
baik sekiranya mereka memilih untuk bergaul dan mendapatkan rakan-rakan yang boleh
dipercayai dan mempunyai nilai-nilai moral yang baik. Mereka akan melakukan perkara-
perkara yang tidak terkeluar daripada norma-norma masyarakat. Sahabat yang baik adalah
sahabat yang saling menegur, saling mengingati serta saling membantu. Memilih sahabat
baik umpama berkawan dengan si penjual minyak wangi, kita akan turut terkena percikan
wangiannya dan jika berka!an dengan si tukang besi, pasti kita akan terkena percikan apinya.

Anda mungkin juga menyukai