Anda di halaman 1dari 14

JENIS E-DAGANG

APA ITU E-DAGANG?


• E-dagang merupakan penggunaan Internet dan
juga laman web untuk menjalankan transaksi
perniagaan dan tidak lagi terikat kepada masa dan
tempat.
• Dengan kata lain, e-dagang ialah menjalankan
aktiviti pembelian produk-produk, perkhidmatan
dan lain-lain transaksi dengan menggunakan
Internet sebagai medium transaksi.
• Seterusnya, pengguna boleh berurus niaga dengan peniaga
menggunakan Internet atau rangkaian awam yang lain.
Urusniaga secara ini dapat mengurangkan kos, dan selain
itu kawasan perniagaan menjadi lebih luas.
• E-dagang sebagai penggunaan rangkaian komputer untuk
meningkatkan lagi prestasi organisasi iaitu meningkatkan
keuntungan, memperoleh pasaran yang lebih luas dan
penghantaran produk dengan lebih pantas kepada
pengguna.
• Oleh itu, e-dagang membolehkan seseorang peniaga
menjadi lebih kompetitif dalam pasaran, seterusnya
memberikan banyak kelebihan kepadanya berbanding
pesaing lain.
Jenis-jenis E-Dagang
• Sebagaimana yang dinyatakan pada definisi di atas,
e-dagang ialah menjalankan akativiti-aktiviti
perniagaan melalui internet sebagai medium
transaksi.
• Terdapat beberapa jenis e-dagang iaitu Business to
Business, Business to Consumer, Consumer to
consumer, mobile commerce dan facebook
commerce.
Business to Business (b2b)
• Business to Business telah pun digunakan beberapa tahun yang lalu
dan juga dikenali sebagai EDI (Electronic Data Interchange).
• EDI dilaksanakan melalui hubungan secara terus antara 2 bisnes.
• Kedua-dua bisnes ini menghantar maklumat secara elektronik di
antara satu sama lain.
• Buat masa ini, B2B menyumbangkan kira-kira 94% terhadap
transaksi yang melibatkan e-dagang.
• eSteel.com merupakan laman web yang diaplikasikan dengan
menggunakan kaedah ini.
Contoh salah satu website menerapkan jenis b2b
(Bizzy)
Business to Consumer (b2c)
• Business to Consumer merupakan hubungan antara
bisnes dengan pelanggan.
• Sebagai contohnya Amazon.com menawarkan
pelbagai jenis buku melalui laman webnya.
• Pelanggan hanya mencari buku yang diperlukan,
dan memasukkan nombor kad kredit. Buku-buku
yang dipesan akan terus dihantar ke rumah.
Contohnya
Consumer to Consumer (c2c)
• Contoh laman yang melibatkan hubungan pelanggan
dengan pelanggan adalah laman lelongan (auction
sites), contohnya eBay.com
• Pelanggan menyenaraikan item-item untuk dijual
ke laman lelongan. Pelanggan-pelanggan lain akan
masuk ke laman tersebut untuk membuat
penawaran.
Contohnya,
Mobile Commerce ( M- Commerce)
• Mobile commerce atau M-Commerce merujuk
kepada penggunaan peranti digital tanpa wayar
untuk membolehkan transaksi secara atas talian.
• Pelanggan menggunakan rangkaian tanpa wayar
untuk menyambungkan telefon selular dan PDA
terus ke web.
• Pelanggan mobile mampu menjalankan pelbagai
transaksi termasuk perbankan, tempahan
pelancongan, urusniaga saham dan sebagainya.
Facebook Commerce
• f-dagang, dan f-comm merujuk kepada membeli dan
menjual barangan atau perkhidmatan melalui Facebook,
• Sehingga Mac 2010, 1.5 juta perniagaan mempunyai
halaman di Facebook yang dibina oleh Facebook Markup
Language (FBML).
• Setahun kemudian, pada Mac 2011, Facebook telah
menolak FBML dan mengadopsi iframes. Ini
membenarkan pemaju untuk mengumpulkan lebih banyak
maklumat mengenai pelawat Facebook mereka.

Anda mungkin juga menyukai