Anda di halaman 1dari 11

APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

PANDUAN PENGGUNAAN
APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM
VERSI 1.0

1.0 Pengenalan
Aplikasi Markah Kokurikulum adalah satu inovasi penambahbaikan
Sistem Maklumat Murid (SMM) yang sedia ada. Aplikasi ini digunakan
untuk mencabut keluar Maklumat Murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6
Atas yang terdapat di dalam (SMM). Dengan adanya aplikasi ini pihak
sekolah tidak perlu menaip semula maklumat yang sedia ada dalam
SMM untuk digunakan dalam menyediakan Borang Markah
Kokurikulum. Pihak sekolah hanya dikehendaki melengkapkan
bahagian-bahagian perlu di dalam borang ini.

Hanya lima langkah mudah untuk pihak sekolah bertindak supaya


markah kokurikulum murid T5 dan T6A sampai ke Bahagian Sekolah
KPM iaitu :-
i) Install Aplikasi
ii) Import Data Tahun Lalu
iii) Isi Markah
iv) Cetak Laporan dan
v) Eksport Data

2.0 Objektif

2.1 Mengelakkan kerja berulang menaip dan mengisi borang-


borang di peringkat sekolah

2.2 Mengurangkan kesilapan dalam memberi maklumat dan


mengisi data

2.3 Menyeragamkan format Borang Markah Kokurikulum di


semua sekolah.

2.4 Memudahkan Jawatankuasa di peringkat Kementerian


membuat rujukan, semakan, pertimbangan dan keputusan .

2.5 Menyimpan rekod dengan lebih kemas dan sistematik.

3.0 Keperluan Asas Aplikasi

3.1 Aplikasi BMM dibina berasaskan MS Access versi 2000, dan


semua pengguna MS Access versi 2000, 2002, 2003 dan ke
atas boleh menggunakan aplikasi ini.

3.2 Untuk mendapatkan maklumat asas murid Tingkatan 5 dan 6

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 1


APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

Atas tahun lalu, pengguna perlu ada data SMM Versi 3.02
(fail HEMver3.mdb) kutipan bulan Jun tahun sebelumnya
atau kutipan terakhir tahun lalu..

4.0 Installasi Aplikasi


4.1 CD Aplikasi mempunyai satu fail bernama koku.exe
dwiklik fail ini dan ikuti arahan seterusnya seperti berikut:-

4.2 Klik butang Install dan satu folder baru C:\koku akan dibina .
Semua fail-fail yang berkaitan dengan Aplikasi Markah akan
dihantar ke folder ini.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 2


APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

4.3 Folder C:\koku yang telah dibina akan mengandungi


komponen fail-fail yang berikut:-

4.5 Satu Shortcut ikon akan dibina di desktop untuk


memudahkan pengguna memulakan aplikasi.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 3


APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

5.0 Memulakan Aplikasi


5.1 Sebelum memulakan aplikasi, pengguna perlu meletakkan
file HEMver3.mdb tahun lalu yang mengandungi data murid
Tingkatan 5 dan 6 Atas dalam folder C:\koku

5.2 Folder C:\koku yang telah dimasukkan (paste) fail


HEMver3.mdb akan kelihatan seperti berikut:-

5.3 Mulakan aplikasi dengan dwiklik Shortcut ikon akan di


desktop

5.4 Satu form Login seperti ini akan dipaparkan.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 4


APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

5.4 Pengguna mesti memasukkan Nama Pengguna dan Kata


Laluan yang betul kemudian klik butang Teruskan.

6.0 Mengimport Data


6.1 Selepas berjaya memulakan aplikasi, langkah pertama ialah
menarik masuk maklumat murid T5 dan T6A ke dalam
sistem.

6.2 Terdapat Pulldown Menu seperti berikut di bahagian atas


paparan muka hadapan.

6.3 Pilih menu Import/Eksport dan pilih submenu Sekolah dan


Import.

6.4 Paparan berikut akan muncul. Pastikan fail HEMver3.mdb


yang mengandungi data murit T5 dan T6A ada di folder
C:\koku kemudian klik butang Import.

6.5 Selepas selesai proses import paparan berikut akan muncul,


klik butang OK.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 5


APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

7.0 Mengisi Markah


7.1 Klik menu Markah dan pilih T5 atau T6A untuk melihat
senarai nama murid dan memasukkan markah kokurikulum.

7.2 Senarai nama murid dipaparkan dan disusun ikut kelas dan
jantina. Pengguna hanya perlu memasukkan Markah Akhir
Kokurikulum bagi setiap murid.

7.3 Nilai Markah Akhir Kokurikulum setiap murid tidak boleh lebih
dari 10.00 markah.

7.4 Masukkan juga Nombor Angka Giliran Peperiksaan


SPM/STPM untuk tujuan semakan. Pastikan Nombor KP dan
Nama adalah tepat. Sila gunakan HURUF BESAR semasa
mengisi data.

7.5 Sekiranya ada nama murid yang tercicir dari senarai, sila klik
butang Tambah Rekod di bahagian bawah senarai murid ini
dan isi maklumat murid berkenaan.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 6


APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

8.0 Mencetak Laporan


8.1 Senarai markah boleh dilihat dan dicetak dengan memilih
menu Laporan.

8.2 Pilih menu cetak untuk mencetak senarai markah murid atau
selesai untuk keluar.

9.0 Mengeksport Data


9.1 Data markah murid ini hendaklah dieksport ke disket untuk
dihantar ke PPD. PPD akan menggabung data semua
sekolah untuk di hantar ke JPN. Pihak JPN akan
menggabung dan mengeksport data seluruh negeri ke
Bahagian Sekolah, KPM.

9.2 Untuk mengeksport data di peringkat sekolah , sila pilih menu


Import/Eksport Sekolah. Kemudian pilih menu Eksport.

9.3 Paparan berikut akan muncul

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 7


APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

9.4 Untuk peringkat satu sekolah, sila pilih Eksport Semua Data
ke Disket A:\ . Pastikan pengguna masukkan disket di
pemacu disket A. Klik batal jika ingin membatalkan tindakan.

9.5 Klik OK selepas selesai eksport, dan labelkan disket dengan


kemas.

9.6 Untuk penggunaan aplikasi peringkat PPD/JPN, sila guna


pilihan Inport/Eksport PPD/JPN.

9.7 Import PPD/JPN ada kemudahan mengimport data dari


sekolah-sekolah dan menggabungnya menjadi data
PPD/JPN.

9.8 Klik butang Import data dari disket A:\ ke dalam pangkalan
data dan diikuti dengan butang Gabung data yang telah
diimport

9.9 Untuk kemudahan Eksport Data PPD/JPN, ada kemudahan


mengeksport data satu sekolah pilihan.

9.10 Buat pilihan Kod Sekolah yang ingin dieksport dan kemudian

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 8


APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

klik butang Eksport Data Sekolah Pilihan ke Disket A:\

9.11 Jika ingin eksport semua data ke JPN, sila pilih butang
Eksport Semua Data ke Disket A:\

10.0 Lain-Lain Kemudahan


10.1 Beberapa kemudahan lain disediakan , sila pilih menu
Kemudahan .

10.2 Sub menu hapus rekod ialah untuk tujuan memadam semua
rekod dalam aplikasi. Untuk data PPD/JPN , menu ini
digunakan untuk menghapuskan rekod mana-mana sekolah
pilihan.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 9


APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

10.3 Pilih Kod Sekolah pilihan jika ingin menghapuskan rekod satu
sekolah. Jika ingin hapus semua rekod, sila pilih butang
Hapus Semua Rekod

10.4 Kemudahan ke dua ialah menyemak Regional Settings.


Proses import/Eksport akan gagal jika regional settings tidak
seragam. Sila pastikan semua komponen regional settings
adalah OK.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 10


APLIKASI MARKAH KOKURIKULUM

10.5 Kemudahan berikutnya ialah untuk kegunaan sekolah baru,


iaitu sekolah yang tidak ada data SMM tingkatan 5 dan
Tingkatan 6 Atas tahun lalu.

10.6 Sila isi semua maklumat asas sekolah baru dan kemudiannya
klik tambah rekod.

10.7 Selepas selesai mengisi maklumat sekolah barulah boleh


mengisi maklumat murid dan markah murid seperti
keterangan awal 7.0.

11.0 Keluar Aplikasi


11.1 Untuk keluar aplikasi dan selesai, sila klik menu Kelua dan
keluar aplikasi.

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 11

Anda mungkin juga menyukai