Anda di halaman 1dari 8

1

1.0 Pengenalan
Tujuan manual ini adalah untuk membantu guru mengisi maklumat dalam Kajian
Penggunaan Aplikasi/Sistem ICT di sekolah. Kajian ini adalah bertujuan untuk
mengenal pasti perkara-perkara yang berikut:
i. aplikasi yang digunakan di sekolah;
ii. punca kuasa arahan penggunaan aplikasi;
iii. keperluan menggunakan aplikasi;
iv. guru yang terlibat dalam kemasukan data; dan
v. kekerapan penggunaan aplikasi.

Pengisian maklumat dalam kajian ini terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu:
1. Aplikasi/sistem yang dibangunkan oleh KPM
2. Aplikasi/sistem yang bukan dibangunkan oleh KPM.

1.1 Kumpulan pengguna


Pengguna yang diberi kebenaran untuk menjawab soal selidik atas/dalam talian
ialah guru data. Sebagai langkah keselamatan, kata laluan akan dihantar melalui
kepada pengetua/guru besar melalui e-mel berasingan.

1.2 URL Kajian


URL untuk kajian ini ialah: https://www.surveymonkey.com/r/apsekolah

URL kajian ini akan dihantar melalui emel kepada semua sekolah menggunakan
emel rasmi sekolah.

1.3 Maklumat Penting Kepada Pengguna


a) Pengguna perlu memasukkan kata laluan untuk memulakan kajian ini. Kata
laluan akan dihantar melalui e-mel kepada pengetua/ guru besar sekolah.

b) Kajian ini sesuai diakses dengan menggunakan browser Google Chrome 16


ke atas, Mozilla Firefox 13.0 ke atas, Safari 5.0 ke atas atau Internet Explorer
9.0 ke ke atas serta resolusi skrin 1024 x 768 pixels

2
c) Kajian ini hanya mengambil masa kurang daripada 30 minit. Pengguna perlu
melengkapkan semua item di dalam soal selidik dan tekan butang selesai
setelah habis menjawab. Pengguna tidak dibenarkan meninggalkan atau
menangguhkan pengisian maklumat kajian yang telah dimulakan.

d) Pengguna perlu menyediakan maklumat berkenaan semua aplikasi ICT yang


digunakan di sekolah sebelum membuat pengisian. Maklumat yang diperlukan
adalah seperti yang berikut:
i. aplikasi yang digunakan di sekolah;
ii. punca kuasa arahan penggunaan aplikasi;
iii. keperluan menggunakan aplikasi;
iv. guru yang terlibat dalam kemasukan data; dan
v. kekerapan penggunaan aplikasi.

2.0 Prosedur Penggunaan Aplikasi Kajian

1. Log masuk ke dalam aplikasi kajian https://www.surveymonkey.com/r/apsekolah


2. Masukkan kata laluan dalam ruangan yang disediakan dan tekan butang Hantar
Kata Laluan

3
3. Sila isi maklumat sekolah.

4. Sila pilih daripada menu drop down bagi maklumat pengisi data, penyemak data,
dan pengesah data untuk setiap aplikasi yang tersenarai.

4
5. Sila pilih daripada menu drop down bagi maklumat arahan penggunaan, mesra
pengguna, kekerapan pengisian dan kepentingan bagi operasi sekolah untuk
setiap aplikasi yang tersenarai.

6. Setelah selesai melengkapkan maklumat semua aplikasi yang diperlukan, klik


butang seterusnya untuk meneruskan ke halaman ke dua.

5
7. Nyatakan bilangan aplikasi yang digunakan di sekolah selain daripada aplikasi
yang tersenarai di halaman pertama.

8. Namakan 10 aplikasi yang paling kerap digunakan daripada bilangan aplikasi


lain yang dinyatakan dalam soalan sebelum.

6
9. Sila pilih daripada menu drop down bagi maklumat pengisi data, penyemak data,
dan pengesah data untuk setiap aplikasi yang telah disenaraikan.

10. Sila pilih daripada menu drop down bagi maklumat arahan penggunaan, mesra
pengguna, kekerapan pengisian dan kepentingan bagi operasi sekolah untuk
setiap aplikasi yang telah disenaraikan.

7
11. Sila berikan komen atau cadangan berkenaan aplikasi yang digunakan di sekolah.
Seterusnya klik butang Selesai untuk menghantar soal selidik yang telah
dilengkapkan dengan jayanya.

HelpDesk Aplikasi Kajian


Sekiranya terdapat sebarang masalah semasa melaksanakan kajian, sila berhubung
dengan helpdesk seperti yang berikut:
a. Teknikal : 03-88009033
b. Soalan kajian : 03-8872 1457 / 03-8884 6358

Anda mungkin juga menyukai