Anda di halaman 1dari 2

Ramai tokoh dan pemikir telah membincangkan mengenai konsep bangunan dalam Islam.

Mereka banyak mengelurkan penulisan ini dalam makalah, tesis dan jurnal. Maka idea mengenai
konsep bangunan dalam Islam ini dapat dilihat dan diperbahaskan melalui banyak cara.
Antaranya adalah Umar ibn Khattab telah meletakkan syarat bagi pembangunan sesebuah
tempat. Syaratnya adalah Masjid merupakan pusat bagi kawasan pada bandar tersebut. Pada
sekeliling masjid itu mestilah mempunyai jalan untuk kenderaan dan pejalan kaki. Sebab
mengapa jalan dibuat adalah untuk mengelakkan jarak antara rumah dengan rumah yang lain
terlalu dekat. Dalam sunnah, rumah yang luas adalah lebih baik daripada rumah yang sempit.

Dalam periwayatan yang lain, Umar ibn Ali ibn Abdul Rahman telah menghantar sebahagian
orang bertemu dengan ibn Ruman untuk memberikan sebahagian wang untuk membina rumah.
Dan meletakkan panduan untuk membina rumah tersebut. Anatara syaratnya adalah membina
tandas dan ruang menunggu. Maka Ibn Ruman telah membina sepertima yang dikehendaki oleh
Umar Ibn Ali. Setelah selesai, Umar Ibn Ali memberitahu kepada Ibn Ruman bahawa kamu telah
melakukan kerja yang baik tetapi tidak ada pada rumah tersebut masjid (tempat untuk dirikan
sembahyang). Berdasarkan kepada riwayat ini, maka kita mengetahui bahawa di sisi Islam,
setiap rumah mestilah mempunyai dua perkara yang penting, iaitu, tandas dan tempat untuk
mendirikan sembahyang.

M/S 171:

Islam menggalakkan supaya setiap rumah yang dibina mestilah luas dan lapang dan tinggi lebih
baik daripada rendah. Dan digalakkan supaya meletakkan ayat-ayat al-quran pada top of house.

M/S 172:

Perkara yang penting yang perlu dibina dalam sesebuah rumah menurut ajaran Islam adalah
bilik mandi, tandas. Ini kerana untuk mengambil air sembahyang dan menjaga maruah
seseorang. Di samping itu juga, perkara yang perlu bagi sesebuah rumah adalah khukhah (satu
ruangan kosong sebelum masuk ke dalam bilik). Ruangan ini adalah untuk memastikan tetamu
yang hadir ke rumah tidak langsung bertemu dengan tuan rumah. Ini memberikan waktu kepada
tuan rumah untuk membuat persiapan menyambut kedatangan tetamu. Selain daripada itu,
perkara yang perlu ada dalam sesebuah rumah adalah al-Qaah (sitting room). Ruangan ini adalah
sebagai ruangan untuk bertemu para tetamu. Perkara seterusnya adalah ruangan khas untuk
sembahyang.

Pada m/s 235:

Di negara Mesir, Falsafah alam pembinaan tandas dalam sesebuah rumah, terdapat dua jenis
tandas yang diklasifikasikan. Yang pertama adalah tandas yang umum yang digunakan oleh
setiap orang. Yang kedua adalah tandas yang khusus digunakan oleh ahli keluarga sahaja.

Berkata Abdul Latif al-Baghdadi, tandas di mesir terdapat tiga jenis. Jenis pertama adalah
dipanggil sebagai Maslakh/Baridah (tempat untuk meletakkan pakaian) dan tempat ini adalah
bahagian sejuk. Jenis yang kedua adalah al-Hujrah al-Dafiah (tempat di mana mengeluarkan
udara sejuk keluar). Bahagian ketiga dipanggil sebagai al-Hujurat al-Saakhinah (Bilik panas). Bilik
ini tertutup, cahaya matahari yang masuk ke dalam ruangan bilik ini yang menyebabkan udara
dan air menjadi panas.

Anda mungkin juga menyukai