Anda di halaman 1dari 7

KONSEP KETUHANAN ANTARA AL-FRBI DAN

ARISTOTLE: SATU KAJIAN PERBANDINGAN

Syed Haashim Bin Syed Abdul Rahman


No Matrik: P78833

Fakulti Pengajian Islam


Universiti Kebangsaan Malaysia

April 2015

KONSEP KETUHANAN ANTARA AL-FRBI DAN ARISTOTLE: SATU


KAJIAN PERBANDINGAN
Abstrak
Konsep ketuhanan adalah satu agenda perbincangan oleh setiap
ahli pemikir dalam semua tamadun. Latar belakang dan kaedah
pengkajian adalah faktor utama dalam membentuk kerangka
kefahaman terhadap sesuatu konsep dan nilai ketuhanan. Kajian ini
meneliti perbezaan dan persamaan antara falsafah Islam dan
Falsafah Barat dalam menentukan epestemologi dan metodologi
tentang konsep Ketuhanan. Hasil kajian ini adalah mencari makna
yang sebenar terhadap konsep ketuhanan menurut falsafah Islam
dan Falsafah Barat serta metodologi yang digunakan.
Pendahuluan
Nilai ketuhanan merupakan satu agenda utama bagi seluruh ahli
pemikir dalam semua tamadun untuk mencari dan memaknai
Tuhan. Pencarian dan pemaknaan ketuhanan ini tidak terlepas
daripada latar belakang dan pandangan alam sesebuah tamadun.
Corak pemikiran dan asas kefahaman mereka itu di bentuk daripada
hasil dapatan mereka dalam mengkaji dan melihat persekitaran
serta pandangan ahli pemikir.
Pengkajian
dan
pemahaman
terhadap
konsep
ketuhanan
merupakan satu penilaian yang memerlukan kepada intelektual
yang tinggi serta heiraki yang tersusun. Seperti yang diungkapkan
oleh Charles Genequand:
The basic hierarchical structure, intellect-soul-nature, could be deduce
from those texts, but the very special status of the One beyond intellect
and being was totally erased1.

Aristotle2 dan al-Frbi3 merupakan antara tokoh pemikir yang yang


memberikan penjelasan berkenaan tentang konsep ketuhanan.
1 Oliver Leaman and Seyyed Hossein Nasr. 2001. History of Islamic
Philosophy. Jilid 2. Hlmn 475. London. Routledge, Taylor and Francis Group.
2 Aristotle lahir pada 384 B.C. Beliau mulai belajr di Acedemik Plato ketika
berusia 17 tahun. Beliau merupakan salah seorang murid yang dekat
dengan Plato. Beliau memulai karya pada mulai remaja dengan karya
pertama Categories. Pada 343 B.C beliau diundang ke Macedonia sebagai
tenaga pengajar kepada Alexander The Great. Beliau digelar (Guru
Pertama) kerana banyak menulis karya dan membuat beberapa kaedah
logic dan metafiizk serta pelbagai bidang.

Berlandaskan latar belakang dan pandangan alam yang berbeza,


kedua tokoh ini merungkap dan membentuk satu pendekatan
metodologi bagi merungkai tentang penciptaan alam dan mencari
tentang Pencipta Yang Pertama.

Konsep Ketuhanan
Tuhan, menurut al-Farabi adalah al-Maujud al-Awwal. Baginya Allah
adalah sebab pertama bagi segala sesuatu di dunia ini. Bagi alFarabi, segala sesuatu yang bersifat ada (maujud) di dunia ini
hanya ada dua; Wajib al-wujud dan Mumkin al-wujud. Al-Farabi
menyatakan:


4
Prinsip utama yang diutarakan oleh al-Farabi merupakan asalan
yang terawal dari segala kewujudan di dunia ini. Tuhan, wajib bagi
dirinya sendiri yang demikian Dia tidak memerlukan yang lain bagi
kewujudan atau penghidupanNya.
Penghuraian dan penerangan yang dikemukakan oleh al-Farabi bagi
menghubungkan antara kewujudan awal dengan segala bentuk
kejadian di alam ini meletakkan teori Sadiran (emanation scheme)
sebagai kaedah pembuktiannya.
Pendekatan dalam penghuraian Aristotle berkaitan dengan konsep
ketuhanan (Metaphysics) dengan menyatakan perbezaan Zat Tuhan
dan alam ciptan-Nya. Kewujudan Tuhan yang sememangnya tidak
mampu dinafikan oleh rasional akal berusaha untuk mencari
3 Beliau adalah Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhn ibn Uzlagh Abu
Nasr al-Frbi. Lahir di kampung Wasij berhampiran Farab pada
257H/870M. Menuntut ilmu di Baghdad dan Syria di bawah Khaifah Sayf
al-Dawlah al-Hamdni. Beliau seorang yang menguasai banyak bidang
ilmu terutama pemikiran Aristotle dan diberikan gelaran al-Muallim althani (Guru Yang Kedua). Beliau banyak memberi komentar terhadap
penulisan Aristotle seperti Metafizik dan Logik. Beliau banyak menulis
karya dalam pelbagai bidang ilmu seperti politik, Musik, Logik dan
sebagainya. Rujukan, M. Saeed Sheikh. 1982. Islamic Philosophy. Hlmn 57.
London. The Octagon Press.
4 Al-Frb, Ab Nar Muammad. 1974. r Ahl al-Madnat al-Filah.
Hlmn 2.Canada. University Of Toronto.

pencipta pertama alam ini. Maka, sebahagian dari manusia cuba


untuk meletakkan bahawa konsep dan zat tuhan itu pada alam
penciptaan.
Metaphysics where Aristotle explicitly defines its subject matter as
theologike. Metaphysics is there regarded as the science of the substance
that is both unmoved and separated from matter, as opposed to physics or
natural philosophy which deal with the movable and material substance 5.

Perbezaan dan ketidak setaraan antara Pencipta Pertama dan alam


penciptaannya menjadi agenda dan tujuan utama penerangan
Aristotle berkenaan dengan konsep Ketuhanan itu.
Al-Farabi juga menjelaskan satu pendekatan, pengaruh atau
pembuktian kewujudanNya terkait dengan kewujudan alam ini.
Beliau berpendapat bahawa daripada Yang Esa mengalir atau
tersadir hanya satu benda kerana sifat mengetahui dan kebaikanNya. Yang Sadir (emanation) inilah Akal Pertama iaitu Tuhan yang
menciptakan6.
Yang Maha Esa atau Yang Pertama ini dari segala sesuatu bersifat
sempurna, wajib mandiri abadi, tidak mempunyai sebab tidak
mempunyai sekutu, immaterial, dan tidak dipengaruhi oleh wujud
yang terbatas7.Oleh itu, kesempurnaan Akal Pertama melewati
segala kejadiaan ini tidak mampu dicapai oleh akal manusia. AlFarabi menyatakan:


.
. .
.8
5 Oliver Leaman and Seyyed Hossein Nasr. 2001. History of Islamic
Philosophy. Jilid 2. Hlmn 476. London. Routledge, Taylor and Francis Group.
6 M.M Sharif. 1994. Sejarah Islam Dari Segi Falsafah. Hlmn 455. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
7 Majid Fakhry. 1993. Sejarah Falsafah Islam. Kuala Lumpur. Hlmn 142
.Dewan Bahasa Dan Pustaka.
8 Al-Frb, Ab Nar Muammad. 1974. r Ahl al-Madnat al-Filah.
Hlmn 7.Canada. University Of Toronto.

Al-Farabi memberikan penjelasan tentang emanasi (pancaran)


segala sesuatu dari Wujud Pertama dalam suatu cara yang sangat
sistematik. Kewujudan seluruh alam semesta yang teratur melalui
sesuatu kewajipan alam yang sama sekali tidak bergantung kepada
kehendak-Nya. Alam semesta tidak menambah suatu apa pun
kepada kesempurnaan kewujudan yang tertinggi.
Pancaran dari Akal Pertama ini adalah akan yang mempunyai
kemampuan untuk memikirkan kehendak penciptaannya dan juga
diri-Nya sendiri. Kerana tindakan Akal Pertama inilah munculnya
akal yang kedua sehingga munculnya akal yang kesepuluh.
Aristotle turut mengemukakan kaedah yang bersamaan dengan
kaedah al-Farabi. Dalam penghuraian berkenaan dengan teori Akal
Sepuluh (emanation scheme) ini. Al-Farabi dan Aristotle meletakkan
asas yang sama.
Al-Farabi thus meets the objection he had himself made to Aristotles
scheme on the ground that it did not account for the existence of the
heavens, but only for the motion. The reason for the latter explained a
little later in the same work each of the heavenly bodies also has a form,
which is Intellect, by means of which it thinks the First and the Intellect
from which it derives its own existence9.

Penghujahan berkenaan metodologi ini, memperlihatkan bahawa


hubungan antara falsafah Islam dan falsafah Barat saling terkait
rapat. Konsep Akal Sepuluh ini adalah lanjutan daripada Falsafah
Barat ke dalam Falsafah Islam dalam menentukan dan mengkaji
tentang konsep tuhan dan hubungkait-Nya dengan alam penciptaan
ini.
Kesimpulan
Kewujudan Tuhan merupakan satu kepastian yang tidak boleh
dinafikan oleh sifat semula jadi atau dengan rasioanal manusia.
Kewujudan-Nya sebagai permualaan yang terawal memberikan
isyarat kepada aka dan jiwa manusia terutamanya dengan
menyandarkan sifat dan kehendakanya pada alam kejadiaan ini.
Pencarian dan pengkajian terhadap kewujudan Tuhan memerlukan
satu konsep dan metodologi yang betul dan jitu. Kedua-dua
keperluaan ini adalah bagi meletakkan garis sempadan antara

9 Oliver Leaman and Seyyed Hossein Nasr. 2001. History of Islamic


Philosophy. Jilid 2. Hlmn 479. London. Routledge, Taylor and Francis Group.

kewujudan secara realiti atau hanya berbentuk imijinasi di dalam


intelektual manusia sahaja.
Al-Farabi dan Aristotle merupakan tokoh ilmuan yang meletakkan
garis panduan dan mettodologi yang jelas bagi membuktikan
kewujudan Tuhan sebagai pencipta atau sebagai Permulaan dari
segala kewujudan alam.

BIBILIOGRAFI
Al-Frb, Ab Nar Muammad. 1974 .r Ahl al-Madnat al-Filah.
Canada. University Of Toronto.
Kathleen Freeman. 1970. God, Man And State: Greek Concept.
United State Of America. The Bacon Press.
Garret Thomson, Marshall Missner. 2000. On Aristotle. United States
Of America. Wardsworth/Thomson Learning.
M.M Sharif. 1994. Sejarah Islam Dari Segi Falsafah. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Majid Fakhry. 2002. Al-Frbi, Founder of Islamic Neo-Platonism His
Life, Works And Influence. England. OneWorld Oxford.
Majid Fakhry. 1993. Sejarah Falsafah Islam. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Muhsin Mahdi. 1961. Philosophy Of Aristotle. Beirut. Dr Majallat
Shir.
Sheikh, M.Saeed. 1982. Islamic Philosophy. London. The Octagon
Press.
Wilhelm Kutsch, Stanley Marrow. 1986. Al-Farabis Commentary On
Aristoltes. Beyrouth, Liban. Dr El-Machreq Editeurs.

Anda mungkin juga menyukai