Anda di halaman 1dari 2

Laporan AJK Persediaan Tempat dan Peralatan

Pada 13 Julai 2016 guru pelatih PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2014 telah
menganjurkan satu pertandingan bola keranjang yang melibatkan seramai 19 orang guru
pelatih. Sebelum pertandingan, persiapan dari segi peralatan dan tempat telah dilaksanakan
dengan sebaik mungkin bagi memastikan kelancaran pertandingan. Pada mulanya,
perbincangan AJK persediaan dan peralatan telah dilakukan bersama dengan pengerusi
pertandingan iaitu saudara Constantine Bugis dan timbalan pengerusi iaitu saudari Florinah
Kilim bagi mendapatkan gambaran sebenar berkaitan dengan susun atur pertandingan yang
akan dilaksanakan. Perbincangan yang dilakukan adalah melibatkan bidang tugas yang
perlu dikendalikan setiap AJK dimana masing-masing mempunyai peranan yang berbeza.
Oleh itu, bagi AJK Peralatan dan Persiapan tempat yang dikendalikan oleh saudari Gelson
Ganting dan Morgan anak Mandor, perbincangan bersama juga telah diadakan bagi
membincangkan perkara yang berkaitan dengan penyediaan alatan dan penggunaan
tempat pertandingan. Kami telah menyenaraikan beberapa alatan yang diperlukan untuk
pertandingan bola keranjang. Antara alatan asas yang disenaraikan adalah seperti 5 biji
bola keranjang, 8 skitel, pembesar suara dan peti pertolongan cemas.

Selain itu, tugas yang lain adalah menyediakan alatan yang lain seperi kerusi dan
meja yang mencukupi semasa pertandingan. Ini termasuklah menyediakan meja dan kerusi
untuk tempat pendaftaran peserta dan penilai. Sebelum pertandingan, AJK peralatan perlu
mengisi borang peminjaman alatan daripada unit kokurikulum dan mendapatkan kebenaran
untuk meminjam alatan yang diperlukan. Bagi penyediaan tempat pertandingan, AJK
persiapan tempat telah menempah gelanggang bola keranjang daripada pihak unit
kokurikulum IPG Kampus Dato’Razali Ismail untuk meminta kebenaran menggunakan
gelanggang untuk menganjurkan pertandingan tersebut. Sementara itu, aspek keselamatan
gelanggang pertandingan perlu diambil kira sebelum pertandingan. Ini termasuklah
memastikan tiada benda tajam di kawasan gelanggang yang boleh mencederakan pemain.
Selain itu, memastikan gelanggang tidak licin dan selamat digunakan semasa pertandingan.
Pada masa yang sama, AJK yang terlibat perlu memastikan setiap kemudahan di dalam
gelanggang seperti jaring dan papan keranjang selamat digunakan.
Gambar 1

Gambar 2 Gambar 3

Gambar 1, 2, dan 3 menunjukkan AJK peralatan dan persiapan memastikan


gelanggang selamat digunakan dan alatan yang diperlukan seperti jaring dipasang dengan
betul. Semasa pertandingan berlangsung, AJK peralatan dan persiapan tempat akan
memastikan alatan yang digunakan semasa pertandingan mencukupi dan jika ada sebarang
kekeliruan semasa menggunakan alatan perlulah dirujuk kepada AJK yang terlibat.
Sepanjang pertandingan berlangsung, tiada sebarang kesulitan yang dialami kerana alatan
yang diperlukan dalam pertandingan telah disediakan dengan sebaiknya. Akhir sekali,
setelah selesai pertandingan, AJK Peralatan dan Persiapan Tempat akan memastikan
alatan yang dipinjam berada dalam keadaan yang asalnya dan tidak berlaku sebarang
permasalahan. Jumlah alatan yang dikembalikan juga mencukupi berdasarkan jumlah
semasa meminjam alatan berkenaan. Bagi AJK Peralatan dan Persiapan tempat untuk
pertandingan bola keranjang pada kali ini, mendapati semua alatan yang telah dipinjam
telah dikembalikan dengan kuantiti yang sama dan tiada sebarang kerosakkan pada alatan
yang dipinjam. Sementara itu, bagi AJK Persiapan Tempat telah memastikan gelanggang
yang telah digunakan dalam bersih seperti dalam keadaan asalnya.

Anda mungkin juga menyukai