Anda di halaman 1dari 21

Blog: cikgusazali.blogspot.

com

MODUL KECEMERLANGAN
BAHASA MELAYU
PENILAIAN MENENGAH RENDAH

KAJIAN ANTOLOGI
GEMA SEPI GADIS GENIUS
TINGKATAN 2
(PUISI MODEN)
CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM
M.A (Bahasa Melayu) UPM
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SMK LALOH, KUALA KRAI,
KELANTAN.

“ULI SAPA LET IT”


CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 1
Blog: cikgusazali.blogspot.com

PERSAHABATAN
(MOHD. AMRAN DAUD)

Maksud:

Seorang kanak-kanak
berbaju kurung nampak cantik
berlesung pipit beralis lentik
bermain-main riang, bermain keseorangan
pada wajahnya meriak gembira
pada bibirnya menguntum ceria
berderai ketawa mengocak suasana.

Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju kurung.
Mempunyai lesung pipit dan kening yang lentik. Dia sedang bermain-main keseorangan dalam keadaan
keriangan. Di wajahnya menampakkan kegembiraan melalui senyum dan ketawanya.

Seorang kanak-kanak
berpakaian ceongsam bertocang dua
bergincu pipi tampak ceria
tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa
menghulur senyum dan ketawa manja
pada wajahnya menyerlah keriangan
mereka bermain alang-kepalang
berkejar-kejaran tanpa halangan.

Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang mengenakan pakaian cheongsam dan mempunyai
dua tocang pada rambutnya. Wajahnya menampakkan keceriaan. Kemudian dia datang bertegur sapa
dengan kanak-kanak berbangsa Melayu. Dia menghulurkan senyuman dan ketawa manja yang
menyerlahkan keriangannya. Kemudian mereka bermain dan berkejaran bersama-sama tanpa sesiapa
yang menghalang.

Seorang kanak-kanak
bersari bergelang kaki
bertindik hidung menguntum seri
melihat saja telatah manja
si comel berdua, bermain, dan tertawa
dirinya bagai digamit bermain bersama
mengongsi kemesraan
menterjemah makna kejiranan.

Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa India yang mengenakan pakaian sari, bergelang dan bertindik
hidung. Apabila dia melihat keriangan kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina itu bermain bersama-
sama maka timbul rasa di hatinya untuk bermain bersama-sama dan berkongsi kemesraan.

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 2
Blog: cikgusazali.blogspot.com

Ah, kanak-kanak
biar berlainan agama
biar berlainan bangsa
mereka saling bersalaman
dan berpeluk mesra
tanpa menghiraukan adat dan budaya
membina keakraban tanpa curiga
membentuk perpaduan tanpa prasangka
bersatu hati membentuk jati diri
ke arah wawasan lebih bererti!

Kanak-kanak yang berlainan agama dan bangsa itu saling bersalaman dan berpeluk mesra. Mereka tidak
menghiraukan perbezaan adat dan budaya yang wujud antara mereka. Mereka telah membina hubungan
baik antara satu sama lain tanpa rasa curiga. Wujudnya perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa
prasangka. Mereka telah bersatu hati membentuk jati diri bagi merealisasikan wawasan negara agar lebih
bererti.

Tema:

Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum – masyarakat berbilang kaum perlulah
bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan.

Persoalan:

i. Persoalan hubungan persahabatan yang wujud tanpa mengira kaum dan agama.

ii. Persoalan keakraban dan perpaduan dapat dicapai tanpa wujudnya rasa sangsi atau curiga antara
satu sama lain.

iii. Persoalan kemesraan dalam perhubungan contohnya kanak-kanak pelbagai kaum bermain
bersama-sama dengan riang dang gembira.

iv. Persoalan sikap ramah mesra tanpa batasan kaum iaitu kanak-kanak berbangsa Melayu terhadap
kanak-kanak berbangsa lain untuk bermain bersama-sama.

Nada:

Sajak ini bernada patriotik

Gaya Bahasa:

i. Kata ganda
Kanak-kanak / Bermain-main / berkejar-kejaran.

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 3
Blog: cikgusazali.blogspot.com

ii. Personifikasi
pipi tampak ceria bergincu (Rangkap 2, baris 3)

iii. Inversi
bertindik hidung menguntum seri (Rangkap 3, baris 3)

iv. Simile
Dirinya bagai digamit bermain bersama. (Rangkap 3, baris 6)

v. Anafora
pada wajahnya meriak gembira
pada bibirnya menguntum ceria. (Rangkap 1, baris 5&6)

vi. Asonansi
melihat saja telatah manja (Rangkap 3, baris 4)
(pengulangan konsonan ’a’)

vii. Aliterasi
menterjemah makna kejiranan (Rangkap 3, baris 8)
(pengulangan konsonan ’n’).

Bentuk:

i. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap

ii. Jumlah baris adalah bebas.


Contohnya: Rangkap 1- ada tujuh baris, Rangkap 2 – ada lapan baris, Rangkap 3 –
ada lapan baris dan Rangkap 4 –ada sepuluh baris.

iii. Jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah kata sebaris.

iv. Jumlah suku kata antara lima hingga lima belas suku kata sebaris.

v. Rima akhir bebas

Nilai Murni:

i. Nilai perpaduan
Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain untuk menjayakan wawasan negara.

ii. Nilai keakraban dalam hubungan persahabatan


Kanak-kanak pelbagai kaum menjalin hubungan persahabatan tanpa timbul rasa curiga.

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 4
Blog: cikgusazali.blogspot.com

Pengajaran:

i. Kita hendaklah menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengira kaum atau agama.

ii. Kita janganlah menyimpan perasaan curiga atau prasangka antara satu sama lain.

iii. Masyarakat perlulah bersatu-padu antara satu sama lain bagi menjayakan wawasan negara.

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 5
Blog: cikgusazali.blogspot.com

HARI GURU
(SELINA S.F. LEE)
Maksud:

Hari ini
adalah hari kita
menjunjung amanah
sandaran harapan insan berjuta
yang bernama ibu dan bapa
memikul misi murni
mengasuh mendidik
tunas bangsa
harapan nusa.

Semasa sambutan Hari Guru, para guru bertekad menunaikan amanah dan harapan para ibu bapa untuk
melaksanakan tugas mendidik anak-anak yang bakal menerajui negara pada masa hadapan.

Hari ini
adalah hari yang menuntut kita
bertafakur
apakah tiang azam
masih tegak kukuh
apakah perdu semangat
tak tergoncang ribut
ataukah langkah kita
sudah pincang tertusuk
duri-duri duga?

Sambutan Hari Guru merupakan hari para guru bermuhasabah diri tentang tanggungjawab dan keazaman
mereka sama ada masih lagi kukuh atau telah hilang kerana pelbagai dugaan.

Hari ini
ada bunga dikalungkan
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenang
ada salam dihulur
tanda hormat;
pada insan yang bergelar GURU.

Hari guru merupakan hari para guru menerima penghormatan dan penghargaan kerana jasa-jasa mereka.

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 6
Blog: cikgusazali.blogspot.com

Tema:

Sajak ini mengemukakan tema tentang penghargaan kepada para guru melalui sambutan Hari Guru.

Persoalan:

i. Persoalan peranan guru mendidik anak bangsa.

ii. Persoalan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita.

iii. Persoalan kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul.

iv. Persoalan tugas guru yang sentiasa dikenang dan dihargai.

Gaya Bahasa:

i. Personifikasi
adalah hari yang menuntut kita. (Rangkap 2, baris 2)

ii. Metafora
apakah tiang azam (Rangkap 2, baris 4)
tunas bangsa (Rangkap 1, baris 8)

iii. Anafora
ada bunga dikalung
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenangkan (Rangkap 2, baris 2 hingga 3)

iv. Asonansi
adalah hari kita. (Rangkap 1, baris 2)
(Pengulangan vokal ’a)’

v. Aliterasi
masih tegak kukuh (Rangkap 2, baris 5)
(pengulangan konsonan ’k’.)

Bentuk:

i. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 7
Blog: cikgusazali.blogspot.com

ii. Rima akhir bebas.

iii. Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah kata.

iv. Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga sebelas suku kata.

v. Jumlah baris serangkap adalah bebas


Contohnya : (Rangkap 1 – ada sembilan baris, Rangkap 2 – ada sepuluh baris dan Rangkap 3 –
ada tujuh baris).

Nada:

Nada sajak ini patriotik.

Nilai Murni:

i. Nilai amanah
Para guru memikul amanah para ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.

ii. Nilai tanggungjawab


Guru-guru bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas / tanggungjawab mereka untuk
membimbing anak bangsa.

iii. Nilai penghargaan terhadap orang yang berjasa


Jasa guru dihargai dan dikenang melalui sambutan hari guru.

iv. Nilai kesedaran


Para guru sepatutnya sedar akan tugas dan peranan mereka dalam mendidik pelajar.

Pengajaran:

i. Para guru hendaklah menunaikan amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.

ii. Kita hendaklah menghargai peranan para pendidik (guru) dalam usaha mendidik dan memberi ilmu
kepada anak bangsa kita – sambutan hari guru merupakan salah satu cara yang dilakukan
bagi menghargai para pendidik.

iii. Para guru hendaklah sedar peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.

iv. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang banyak memberi ilmu kepada kita – jasa para guru
hendaklah sentiasa kita kenang.

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 8
Blog: cikgusazali.blogspot.com

BURUNG-BURUNG PAGI
(A.WAHAB ALI)

Maksud:

Kau telah bangun


Mengirai sayapmu
Entah siul keberapa kau nyanyikan
Membuka mataku

Kemunculan golongan pengemis pada awal pagi untuk mencari rezeki telah menyedarkan penyajak.

Aku bangun
Masih kuap sekali di pintu
Dan setompok cahaya matahari di dadaku
Kerjaku sudah memadai

Pada ketika itu penyajak baru sahaja bersiap-siap untuk keluar ke tempat kerja.

Kulihat kau mematuk pasir pertama


Melintas kota tandus dari pepohon
Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu
Atau secebis roti busuk
Dan remah anak-anak sekolah
Rezekimu
Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu

Penyajak memerhatikan golongan pengemis yang berusaha mencari rezeki di tengah kota. Penyajak
tertanya-tanya sama ada golongan ini mampu terus mendapatkan sedikit rezeki atau lebihan makanan
daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut tidak sesuai bagi golongan ini untuk terus mendapatkan
rezeki.

Tapi kau yang hanya


Sejemput daging
Begitu yakin dengan
Sayapmu yang kecil

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 9
Blog: cikgusazali.blogspot.com

Namun penyajak dapat merasakan bahawa golongan ini begitu yakin dengan kudrat dan kemampuan
mereka walaupun serba kekurangan.

Tema:

Sajak ini mengemukakan tema kehidupan golongan pengemis di sebuah kota – Golongan pengemis ini
dilambangkan dengan burung-burung yang keluar pada waktu pagi untuk mendapatkan makanan.

Persoalan:

i. Persoalan kegigihan mencari rezeki iaitu golongan pengemis keluar pada awal pagi untuk mencari
rezeki.

ii. Persoalan keprihatinan iaitu penyajak tergerak hati untuk memikirkan nasib golongan pengemis di
kota tersebut.

iii. Persoalan keyakinan diri, golongan pengemis yakin dengan diri mereka untuk terus mencari rezeki
di kota tersebut.

Bentuk:

i. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.

ii. Rima akhir bebas.

iii. Jumlah baris bebas.


Contohnya : Rangkap 1, 2 dan 4 - 4 baris, Rangkap 3 – 7 baris

iv. Jumlah perkataan sebaris antara satu hingga enam patah kata.

v. Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga lima belas suku kata.

Gaya Bahasa:

i. Kata ganda
Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu (Rangkap 3, baris 3)

ii. Sinkope
Kulihat kau mematuk pasir pertama (Rangkap 3, baris 1)

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 10
Blog: cikgusazali.blogspot.com

iii. Asonansi
Dan remah anak-anak sekolah (Rangkap 3, baris 5)
(Pengulangan vokal ’a’)

iv. Aliterasi
membuka mataku (Rangkap 1, baris 4)
(Pengulangan konsonan ‘m’)

Nada:

Sajak ini bernada sinis

Nilai Murni:

i. Nilai keprihatinan
Prihatin dengan nasib golongan pengemis di kota.

ii. Nilai kegigihan


Pengemis berusaha mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka.

iii. Nilai keyakinan


Golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup di kota-kota besar.

Pengajaran:

i. Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain contohnya penyajak
prihatin dengan nasib golongan pengemis.

ii. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki contohnya golongan pengemis keluar
awal-awal pagi untuk mencari rezeki.

iii. Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri contohnya golongan pengemis yakin dengan
kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha mereka mencari rezeki.

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 11
Blog: cikgusazali.blogspot.com

KETENANGAN
(NOR ROSIDAH MOHD)

Maksud:

Aku terus berjalan


tanpa menghiraukan rintangan
cabaran yang menghalang
air mataku menitis
jiwaku meraba
hatiku terseksa
mencari ketenangan jiwa.

Penyajak berusaha untuk mencari ketenangan dalam dirinya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai
halangan dan kesusahan.

Ketenangan
kini kutemuimu
suasana sepi menjadi riang
suasana gelap menjadi terang.

Penyajak telah menemui ketenangan yang dicari-cari sehingga kesepian yang dialami selama ini diganti
dengan kegembiraan dan sesuatu yang kabur menjadi jelas.

Kini kusedari
bahawa ketenangan
bukan datangnya
dari kesenangan
kekayaan dan kemewahan.

Kini penyajak sedar bahawa setiap ketenangan dalam diri seseorang bukan diperoleh dengan cara
mencapai kekayaan dan kemewahan hidup.

Berilmu dan beriman

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 12
Blog: cikgusazali.blogspot.com

di situ ia datang
menjadikan jiwaku tenteram
apabila aku mendekati-Nya.

Penyajak menjelaskan bahawa ketenangan sebenarnya dapat dicapai dengan cara memantapkan ilmu
dalam diri dan menguatkan keimanan terhadap tuhan. Keadaan ini menjadikan jiwa penyajak tenang
apabila mengamalkan kedua-dua perkara tersebut.

Tema:

Sajak ini mengemukakan tema tentang ketabahan hati seseorang mencari ketenangan dalam hidup.
Penyajak berusaha mencari ketenangan dalam hidupnya sehingga beliau berjaya menemuinya.

Persoalan:

i. Persoalan kegigihan bagi mendapatkan sesuatu yang diinginkan


penyajak gigih berusaha untuk mencari ketenangan dalam hidupnya walaupun menghadapi
pelbagai dugaan.

ii. Persoalan dapat menghilangkan segala kesepian dan kedukaan dalam hidup
masalah kesepian dan kesedihan penyajak berjaya diatasi apabila beliau menemui ketenangan
hidup.

iii. Persoalan kemewahan dan kekayaan hidup tidak menjanjikan ketenangan dalam hidup seseorang.

iv. Persoalan menuntut ilmu dan meneguhkan keimanan terhadap tuhan merupakan jalan terbaik bagi
mencapai ketenangan.

Bentuk:

i. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.

ii. Rima akhir adalah bebas.

iii. Jumlah baris serangkap bebas


Contoh: Rangkap 1- tujuh baris, Rangkap 2 – empat baris dan sebagainya.

iv. Jumlah perkataan dalam satu baris antara satu hingga empat patah kata.

v. Jumlah suku kata dalam satu baris antara empat hingga sepuluh suku kata.

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 13
Blog: cikgusazali.blogspot.com

Gaya Bahasa:

i. Anafora
Suasana sepi menjadi riang
Suasana gelap menjadi tenang (Rangkap 2, baris 3 dan 4)

ii. Sinkope
Kini kutemuimu (Rangkap 2, baris 2)

iii. Asonansi
Kekayaan atau kemewahan (Rangkap 3, baris 5)
(Pengulangan vokal ‘a’).

iv. Aliterasi
Tanpa menghiraukan rintangan (Rangkap 1, baris 2)
(Pengulangan konsonan ‘n’)

Nada:

Nada sajak ini ialah romantis.

Nilai Murni:

i. Nilai kegigihan
Penyajak gigih berusaha untuk mencari ketenangan diri.

ii. Nilai ketabahan


Penyajak tabah menghadapi segala cabaran dan kesusahan dalam usaha mencari
ketenangan dalam dirinya.

Pengajaran:

i. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan – penyajak berusaha


untuk mencari ketenangan dalam hidupnya.

ii. Kita hendaklah meneguhkan keimanan kita kepada tuhan untuk mendapat ketenangan – penyajak
berjaya menemui ketenangan yang dicarinya dengan cara meneguhkan keimanan kepada tuhan.

iii. Kita hendaklah sedar bahawa kemewahan dan kekayaan mampu memberi segala keinginan kita –
ketenangan diri tidak dapat dicapai dengan kemewahan hidup.

iv. Kita hendaklah sentiasa menuntut ilmu walau di mana sahaja kita berada.

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 14
Blog: cikgusazali.blogspot.com

SAJAK LAUT
(ISMAIL SHARIF)

Maksud:

Laut ini begitu biru


laut ini begitu luas
laut ini begitu indah

Penyajak memerihalkan tentang laut yang membiru dan luas terbentang terlalu indah dipandang.

Betapa bahagianya hati


laut ini membuatku bahagia
laut ini begitu tenang
begitu kaya.

Keindahan dan ketenangan laut dapat memberi kebahagian dan ketenangan kepada penyajak.

Kulihat pasir putih


kulihat kerang
kurasakan ombak menyapa kaki
dan kurasakan
angin pantai membelai.

Penyajak menikmati keadaan dan suasana kawasan laut seperti terdapat kulit kerang dan pasir pantai
yang putih.

Seorang nelayan jauh di sana


berdiri di atas perahu kecil
menebarkan jala
mencari ikan untuk keluarga.

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 15
Blog: cikgusazali.blogspot.com

Penyajak memerhatikan seorang nelayan di tengah lautan. Seorang nelayan berdiri seorang diri di atas
sebuah perahu kecil sambil menebarkan jala untuk menangkap ikan bagi mencari rezeki menyara
keluaraga.

Burung laut menari-nari di sana


mengepak-ngepakkan sayapnya
begitu gembira mereka bernyanyi
bagai berlumba
dengan nyanyian ombak.

Kelihatan burung-burung berkicauan dan berterbangan bebas ke sana dan ke sini diiringi dengan bunyi
deruan ombak.

Setengah matahari kulihat di seberang


di seberang laut biru ini
bagai malu-malu ia mengintip
namun dengan setia
memberi sinarnya.

Penyajak juga dapat melihat keindahan matahari terbenam di seberang laut.

Hai, laut biru


Hari ini juga aku nyatakan
Kau adalah saudaraku!

Penyajak menyatakan hubungannya dengan laut sangat akrab.

Tema:

Sajak ini mengemukakan tema keindahan pemandangan di kawasan laut yang dapat menenangkan jiwa
seseorang.

Persoalan:

i. Persoalan keindahan kawasan laut dapat menenangkan jiwa – penyajak dapat berasakan
ketenangan jiwa apabila menikmati suasana di kawasan laut.

ii. Persoalan kegigihan mencari rezeki – nelayan gigih menangkap ikan bagi menyara kehidupan
keluarganya.

iii. Persoalan keindahan alam ciptaan tuhan – suasana kawasan laut menandakan betapa indahnya
alam ciptaan tuhan.

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 16
Blog: cikgusazali.blogspot.com

Bentuk:

i. Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.

ii. Rima akhir adalah bebas.

iii. Jumlah baris serangkap bebas.


Contohnya : Rangkap 1- 3 baris dan Rangkap 2 – 4 baris dan sebagainya.

iv. Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah perkataan.

v. Jumlah suku kata sebaris antara lima hingga empat belas suku kata.

Gaya Bahasa:

i. Anafora
Laut ini begitu biru
Laut ini begitu luas
Laut ini begitu indah

ii. Personifikasi
Laut ini begitu tenang / ombak menyapa kaki.

iii. Sinkope
membuatku bahagia.

iv. Simile
begitu gembira mereka menyanyi bagai berlumba

v. Asonansi
Betapa bahagianya hati.
(Pengunaaan vokal ‘a’)

vi. Aliterasi
dengan nyanyian ombak.
(Pengulangan konsonan ‘n’)

Nada:

Sajak ini bernada romantis.

Nilai Murni:

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 17
Blog: cikgusazali.blogspot.com

i. Nilai kesyukuran
Bersyukur dengan nikmat keindahan alam yang mampu memberikan ketenangan dalam hidup kita.

ii. Nilai kegigihan


Kegigihan nelayan mencari rezeki untuk menyara keluarga

Pengajaran:

i. Kita hendaklah bersyukur dengan keindahan alam ciptaan tuhan – keindahan dan ketenangan di
kawasan laut dapat memberi ketenangan.

ii. Kita perlulah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki – nelayan berusaha gigih bagi
mendapatkan rezeki untuk menyara keluarga.

iii. Kita seharusnya menghargai keindahan alam sekeliling kita.

WARKAH KEPADA GENERASI


(AMIRUDDIN MD ALI HANAFIAH)

Maksud:

Generasiku tercinta
kalian adalah kelompok bertuah
yang sempat berteduh di langit alaf baru
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah
di tanah merdeka milik abada kita

Penyajak menjelaskan bahawa generasi muda sebagai golongan yang beruntung kerana hidup pada
zaman sekarang. Mereka hidup sebagai bangsa yang bermaruah di negara yang merdeka.

Generasiku yang bijak bestari


ini bumi suci perjuangan nenek moyang
yang bersumpah setia memartabatkan bangsa
mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan
membina istana merdeka yang kalian diami

Penyajak mengingatkan generasi muda yang berilmu bahawa negara yang didiami oleh mereka sekarang
merupakan hasil perjuangan nenek moyang mereka yang berusaha mendapatkan kemerdekaan negara.

Penutup warkah ini


ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah
tercabut dari bumi bertuah ini.

Penyajak mengakhiri pesanannya agar kita semua tidak melupakan sejarah negara.

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 18
Blog: cikgusazali.blogspot.com

Tema:

Sajak ini mengemukakan tema peringatan dan pesanan kepada golongan muda/generasi sekarang
tentang sejarah kemerdekaan negara.

Persoalan:

i. Persoalan generasi muda yang bertuah kerana dapat hidup di sebuah negara yang merdeka.

ii. Persoalan kemerdekaan negara merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan nenek moyang
kita.

iii. Persoalan kepentingan sejarah kemerdekaan negara.

Gaya Bahasa:

i. Metafora
tanah merdeka (Rangkap 1, baris 5)
istana merdeka (Rangkap 2, baris 5)
akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)

ii. Sinkope
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)

iii. Asonansi
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah. (Rangkap 1, baris 4)
(pengulangan vokal ’a’)

iv. Aliterasi
tercabut dari bumi bertuah ini. (Rangkap 3, baris 3)
(pengulangan konosonan ‘t’.)

Nada:

Sajak ini bernada patriotik.

Bentuk:

i. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

ii. Rima akhir bebas.

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 19
Blog: cikgusazali.blogspot.com

iii. Jumlah baris serangkap bebas


Contohnya : Rangkap 1-5 baris, Rangkap 2 – 5 baris dan Rangkap 3 – 3 baris).

iv. Jumlah perkataan sebaris adalah antara dua hingga tujuh patah kata.

v. Jumlah suku kata sebaris adalah antara tujuh hingga enam belas suku kata.

Nilai Murni:

i. Nilai kesyukuran
Penyajak mengajak generasi muda bersyukur dengan nikmat kemerdekaan negara.

ii. Nilai pengorbanan


Nenek moyang kita sanggup berkorban demi mendapatkan kemerdekaan negara daripada
penjajah.

iii. Nilai cinta akan negara


Semangat cinta akan negara amat penting dalam diri seseorang agar kita sama-sama dapat
berusaha untuk memajukan negara.

Pengajaran:

i. Kita hendaklah menghargai nikmat kemerdekaan negara agar kita tidak lupa untuk
mempertahankannya.

ii. Kita perlulah sanggup berjuang dan berkorban demi kemerdekaan negara.

iii. Kita seharusnya sedar betapa pentingnya kemerdekaan kepada negara agar negara kita tidak lagi
dijajah pada kemudian hari.

iv. Kita janganlah lalai dengan nikmat dan kesenangan yang kita nikmati selama ini kerana kelalaian
tersebut boleh menyebabkan kita kembali dijajah oleh musuh.

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 20
Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012
Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Puisi Moden 21

Anda mungkin juga menyukai