Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Umumnya aktiviti Kelab Dan Persatuan yang diadakan semasa perjumpaan Mingguan kokurikulum
sedikit hambar dan kurang mendapat sambutan di kalangan murid-murid berbanding dengan aktiviti
unit beruniform. Penglibatan murid yang sedemikian rupa menjadikan aktiviti persatuan perlu diberi
nafas baru sebagai peransang untuk mereka mengikuti aktiviti tanpa rasa jemu.

Walau bagaimanapun, hasil garapan dan idea guru-guru pemimpin persatuan, satu karnival
kesenian, kebudayaan dan permainan yang julung kali akan diadakan sebagai suntikan baru dan lain dari
yang lain, semasa aktiviti persatuan berlangsung.

2.0 VISI

Sejajar dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia maka aktiviti ini membantu mencapai
matlamat melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi
memenuhi aspirasi negara. Pertandingan ini membentuk warganegara yang berdisiplin, semangat cinta
akan Negara, berdaya saing, memperluaskan integrasi nasional dan memperkukuhkan kecintaan
terhadap seni dan budaya masyarakat Malaysia.

Perancangan program karnival ini adalah bertujuan untuk menjadikan perjumpaan unit kelab dan
persatuan sebagai tarikan baru murid dan guru untuk mengikuti aktiviti mingguan ini. Justeru, Unit
Pengurusan Kokurikulum dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah akan mengadakan program
Karnival Kesenian, Kebudayaan dan permainan SK Sebauh bagi tahun 2017.

3.0 MISI
3.1 Memupuk disiplin dan minat dalam kalangan murid agar hadir ke sekolah melalui aktiviti
kesenian dan kebudayaan yang menarik.
3.2 Melahir, mencungkil dan memupuk bakat dan seni bangsa yang ada dalam diri murid tanpa
mengira kaum dan batas agama serta memupuk semangat bertangungjawab terhadap potensi diri
melalui aktiviti kesenian dan kebudayaan.
3.3 Memastikan warisan seni budaya hidup subur dalam jiwa generasi pada masa kini.
3.4 Membentuk kemahiran lisan dalam kalangan murid terutamanya kemahiran berinteraksi.

1
3.5 Membina semangat cintakan tradisi bersesuaian dengan konsep 1Malaysia.
3.6 Menjadikan aktiviti Kelab dan Persatuan kokurikulum terus mendapat sambutan semasa
perjumpaan diadakan.

4.0 SASARAN
 Semua murid dan guru SK Sebauh

5.0 TARIKH DAN MASA


 20 November 2017
 Hari Selasa
 Masa : 8.00 pagi – 12.00 Tengahari

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Kos Program

Perbelanjaan
Hadiah Johan (Kumpulan) Hamper Anggaran RM40
Hadiah Naib Johan (Kumpulan) Hamper Anggaran RM30
Hadiah – Ke 3 (Kumpulan) Hamper Anggaran RM20
Hadiah Johan (Individu) Hamper Anggaran RM25
Hadiah Naib Johan (Individu) Hamper Anggaran RM20
Hadiah – Ke 3 (Individu) Hamper Anggaran RM15
Gam Kertas RM 10 X 5Botol
Kertas Warna A4 (Florecent Mix) RM 25 X 3rim
JUMLAH

2
7.0 TENTATIF PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI TEMPAT

Dataran
08.00am Persiapan Tempat/Taklimat Ringkas
Perhimpunan

Nyanyian Solo Terbuka


Dataran
Pertandingan Jala Ikan (Saringan)
Perhimpunan
08.00am – 10.00am Kolaj Wau Bulan & Batik Tahun 1-2
/Dewan Sri
Batu Seremban (Saringan)
Semerbak/Kafe Ilmu
Pertandingan Tuju Tin (Saringan)
10.00am - 10.30am Rehat
Selasa Dataran
(20/11/2017) 10.30am – 11.30pm Pertandingan Sepak Raga
Perhimpunan
Pertandingan Tuju Tin (Akhir)
Dataran
Batu Seremban (Akhir)
Perhimpunan/Kafe
10.30am – 11.30am Pertandingan Jala Ikan (AKhir) Ilmu/Padang Sk
Sebauh
Persiapan majlis Penyampaian Hadiah

Dataran
11.30am – 12.00 Penyampaian Hadiah
Perhimpunan

8.0 JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL

Jawatankuasa Induk Pelaksana

 Penasihat : En. Bernard Tahim Anak Bael (Guru Besar )


 Pengerusi : Pn. Moni Nanang (PK Kokurikulum )
 Penyelaras : En. Hasmiyuhairi Bin Yusoff
 Bendahari : Pn. Cecelia Anak Rasa
 AJk : Pn. Rebecca Anak Banyeh
Pn. Siti Hawa Bt Ridwan
Pn. Ann Anak Ludan

3
JAWATANKUASA KERJA

BATU SEREMBAN
Pn. Grace Enchau Anak Minggat
Cik Nurul Syafiqah Bt Badruddin

KOLAJ WAU BULAN & BATIK


Cik Najiddatun Bt Ramli
Pn. Hanisah Bt Ahmad Jaafar
Pn. Nursyamira Bt Hasanudin
En. Chin Ah Tsun

SEPAK RAGA
En.Mark Eston
En.Lucas Anak Naga

NYANYIAN SOLO
En. Lucas Anak Naga
Cik Lina Anak Eran

JALA IKAN
En. Mohd Fathi Bin Yusoff
En. Muhamad Hilmi Bin Ahmad Shukri

TUJU TIN
En. Mohd Hilal Izzudin
En. Muhd Khairuddin

SIARAYA
En. Muhammad Taufiq Bin Abdul Rahman

LAPORAN DAN DOKUMENTASI


Pn. Nursyamira Bt Hasanudin

PENGERUSI MAJLIS
En. Hasmiyuhairi Bin Yusoff

HIASAN PENTAS
Pn. Rabiatul Adawiyah
Cik Lina Eran
Cik Musdalipah Bt Ariffin

DISIPLIN DAN KAWALAN MURID


Pengawas, Guru Disiplin, Semua Guru & AKP

4
9.0 PENUTUP

Harapan kami selaku penganjur amat memerlukan bantuan dan kerjasama yang sewajarnya bagi
menjayakan Karnival Kesenian dan Kebudayaan SK Sebauh bagi tahun 2017 ini. Semoga segala tenaga
dan masa yang bakal digembeleng dapat memberikan manafaat untuk semua.

Jazakumullahu khairan kathiran

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………………… ………………………………………………………..
(EN. HASMIYUHAIRI BIN YUSOFF) ( PN. MONI NANAG)
Penolong Kanan Kokurikulum
Penyelaras Karnival Kesenian & Kebudayaan
Sk Sebauh
SK Sebauh

Disahkan oleh:

…………………………………………………
( EN. BERNARD TAHIM ANAK BAEL)
Guru Besar
SK Sebauh,
97100 Sebauh, Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai