Anda di halaman 1dari 10

PENGURUSAN KOKURIKULUM

PERANCANGAN PROJEK

PENSYARAH : EN. KRISHNA KUMAR


A/L VARATHARAJ
1.0 TUJUAN

Kertas Kerja ini bertujuan untuk memohon kebenaran dan kelulusan daripada pihak atasan sekolah untuk mengadakan
Konsert Malam Aneka Ragam Sekolah. Dengan ini, dapat mencungkil bakat – bakat yang terpendam serta
mendedahkan ahli-ahli dengan kemahiran muzik dan teknik yang lebih matang serta meningkatkan tahap persembahan

2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG

2.1 Pengenalan ringkas kelab

Konsert Malam Aneka Ragam Sekolah merupakan satusatunya aktiviti terbesar anjuran Kelab Pancaragam Brass. Sebelum ini, Kelab
Pancaragam Brass telah menganjur dan mengendalikan beberapa program yang berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang.
Antaranya ialah Konsert Wind Orkestra.

Kelab ini turut bekerjasama dengan guru- guru sekolah demi kelancaran program. Kelab Pancaragam Brass turut menyertai Festival
Muzik UKM dari tahun 2006 hingga 2011. Oleh itu, kami mempunyai motivasi untuk menganjurkan persembahan lagi pada tahun
depan.

2.2 Sejarah/Rekod kelab

Pasukan Pancaragam Brass sekolah ini telah ditubuhkan pada awal tahun 70an. Pada masa itu pasukan ini lebih merupakan sebuah
‘military band’ di mana alat-alat muziknya terdiri daripada alat drum, bag pipe dan alat-alat brass. Sehinggalah pada tahun 2000,
hanya beberapa alat didapati masih boleh digunakan iaitu 2 trumpet, 1 trombon, 1 euphonium, 2 clarinet, 6 snare drum dan
sebuah bass drum.
3.0 MISI

Mengembangkan lagi potensi dan bakat pelajar serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar.

4.0 MATLAMAT

Untuk membuka satu lembaran baru dalam aspek pemikiran pelajar agar lebih menghayati muzik serta mencapai
matlamat integrasi budaya melalui persembahan dengan gabungan unsur-unsur budaya bangsa Malaysia.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memartabatkan nama Kelab Pancaragam Brass secara menyeluruh di peringkat sekolah.
5.2 Merealisasikan visi dan misi SJK(T) SIMPANG LIMA, KLANG
untuk melahirkan insan yang mempunyai nilai tambah melalui program muzikal ini.
5.3 Menonjolkan pelajar yang berketrampilan, berkepimpinan dan berkebolehan melalui penyertaan dalam aturcara
program yang disediakan.
5.4 Menghargai jasa dan komitmen peserta yang banyak menabur jasa dalam memartabatkan Kelab Pancaragam
Brass.
6.0 TEMA

CINEMELODY

7.0 ANJURAN

Persembahan ini dianjurkan oleh Kelab Pancaragam Brass bersama dengan warga pendidik SJK(T) Simpang Lima.

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:


Tarikh : 18 APRIL 2018 (Rabu)
Masa : 7.30 – 10.00 malam

9.0 TEMPAT PROGRAM

DEWAN SERBAGUNA PIBG SJK(T) SIMPANG LIMA

10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

12.1 Semua peserta dari Kelab Pancaragam Brass


12.2 Pelajar –pelajar dari kelab lain
11.0 STRUKTUR ORGANISASI

GURU BESAR

KRISHNA KUMAR A/L VARATHARAJ

GURU PENASIHAT

THARISHINI A/P ANBALAKAN


TANESHWARY A/P SATHASIVAN

PENGERUSI
MAHA A/L RONALDO

NAIB PENGERUSI
CYNTHIA MIRZA A/P DAVID BECKAM

SETIAUSAHA
MISHA PERRY A/P UBAYA KUSHALOBARAN

BENDAHARI
RIYA ELIZABETH A/P ARUNACHALAM
12.0 TENTATIF PROGRAM

7.30pm Ketibaan hadirin

7.45pm Ketibaan dif – dif kehormat

8.00pm Konsert Bermula


Negaraku
Varsiti Kita
Persembahan Kumpulan

Persembahan Kumpulan
String Persembahan

9.00pm Rehat

9.15pm Persembahan kumpulan

10.00pm Majlis Bersurai


13.0 PERINCIAN PROGRAM

Ahli-ahli Kelab Pancaragam Brass akan menampilkan kepelbagaian persembahan melalui gabungan muzik
tradisional dan muzik moden sejajar dengan perkembangan muzik.

14.0 BELANJAWAN Anggaran Perbelanjaan


Poster ( Lampiran D)

Kad Jemputan ( Lampiran E)

400.00

300.00
Bahagian Program 500.00
Makanan

Bahagian Protokol 100.00


Beli Hiasan
Bahagian Teknikal 10.00
CD 90.00
Kos untuk sewa PA system
100.00
15.0 PEJABAT URUSAN

 Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi:

Maha A / L Ronaldo
Pengerusi,
Konsert Malam Aneka Ragam Sekolah SJK(T) SIMPANG LIMA
Tel : 016-417 6261

Misha Perry A / P Ubaya Kushalobaran,


Setiausaha,
Konsert Malam Aneka Ragam Sekolah SJK(T) SIMPANG LIMA
Tel : 011 – 3620 9130

16.0 PENUTUP

Konsert Malam Aneka Ragam Sekolah, Persembahan Kelab Pancaragam Sekolah ini merupakan sebuah
program yang dapat menguatkan ikatan talisilaturahim dalam kalangan pelajar. Selain itu, memupuk sifat
kepimpinan berpasukan di samping tidak mengabaikan pelajaran dan akademik. Semoga segala aktiviti yang
telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.
Diharap permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dan kelulusan daripada pihak
tuan. Kerjasama dan jasa baik tuan, kami dahului dengan lafaz jutaan terima kasih. Sekian.
KAD JEMPUTAN
POSTER

Anda mungkin juga menyukai