Anda di halaman 1dari 2

JAAMUNASREE A/P PONNUSAMY (S5)

NARATIF GURU BAHARU, KESEDIAAN DAN HALA TUJU

Daripada bicara tersebut saya telah mengenali Kualiti guru merupakan asas kepada
menjana murid yang cemerlang yang selaras dengan aspirasi negara kira. Dalam video
tersebut, Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim telah mengatakan secara teliti tentang proses
transfomasi profesion keguruan yang sedang berlaku. Saya setuju dengan kata-kata Dr.
tentang transfomasi dalam profesion keguruan. Hal ini kerana, saya sebagai bakal guru
saya telah menghadapi beberapa langkah sebelum dipilih sebagai seorang guru pelatih.
Semua siswa siawi guru yang mohon jadi guru di IPG perlu lulus dalam ujian kecergasan
fizikal, ujian kecergasan mental serta temuduga. Dengan proses tapisan ini, kerajaan dapat
memilih bakal guru yang sihat, berilmu pengetahuan serta bakal guru yang mempunyai nilai-
nilai profesionalisme. Oleh itu, saya setuju bahawa transfomasi dalam profesion keguruan
telah berlaku serta sedang berlaku dalam kaedah memilih bakal guru.

Pada pendapat saya, kursus serta latihan yang ditawarkan oleh pihak IPGM adalah
selaras dengan sistem pendidikan kita seperti yang dikatakan oleh Dr. Ahmad Rafee bin
Che Kassim. Hal ini kerana, sebagai seorang bakal guru yang tidak lama lagi menjadi guru
saya telah mendapat ilmu tentang pentaksiran berasaskan bilk darjah, Transfomasi Sekolah
25, NPDL dan sebagainya ketika belajar di ipg. Oleh itu, saya dapat melaksanakan
tanggungjawab saya tanpa sebarang halangan jika dapat penempatan. Pihak IPGM juga
telah menyediakan pelbagai jenis aktiviti untuk melahirkan seorang guru yang berprofesional
antaranya ialah, aktiviti perkhemahan unit beruniform, program Bina Insan Guru, kursus
PTM dan sebagainya.

Saya juga setuju dengan perkongsian Dr.Rusmini Bt Ku Ahmad iaitu rector IPGM
tentang kursus yang disediakan kepada guru dalam perkhidmatan. Hal ini kerana, saya telah
mendapat pengalaman secara langsing tentang MQA dan sebagai semasa saya
melaksanakan PBS yang kedua saya. Selain itu, saya juga telah mengenali tentang banyak
perkara tentang aktiviti yang patut dilaksanakan oleh seorang guru melalui pendapat guru
pembimbing saya ketika melaksanakan praktikum. Walaubagaimanapun, saya turut
mempunyai banyak persoalan tentang tugas seorang guru serta aktiviti yang patut melibat
dan sebagainya. Hal ini kerana, saya belum mendapat pengalaman tentang suasana
pekerjaan sebagai seorang guru. Mungkin, saya akan mengenali segala proses ini selepas
yang ditempatkan di sekolah sebagai seorang guru.
JAAMUNASREE A/P PONNUSAMY (S5)

Selain itu, melalui bicara tersebut saya dapat mengenali tentang lebih mendalan
tentang BPG iaitu bahagian pembangunan guru yang telah diterangkan oleh Dr Hjh Roziah
iaitu pengarah BPG. Program Pembangunan Guru Baharu merupakan suatu ilmu yang baru
kepada saya. Ia merupaka program yang membantu guru baharu untuk mengenali
professional keguruan dengan lebih mendalam melalui bimbingan mentor. Ia hampir sama
dengan program mentor mentee yang dilaksanakan oleh pihak IPGM.

Daripada bicara ini, saya telah mendapat banyak ilmu tentang hala tuju seseorang
guru serta peluang yang terdapat untuk meningkatkan taraf seorang guru. Banyak perkara
yang telah saya belajar dalam subjek EDUP 3083 dibincangkan dalam bicara tersebut.
Salah satunya ialah Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang diterangkan
oleh pengarah BPG. Saya bersetuju dengan pendapat beliau tentang pelaksanaan
penyelidikan demi meningkatkan kualiti pengajaran kita. Penyelikan akan bantu seorang
guru untuk mengenali masalah yang dihadapi oleh para murid serta kita boleh mengkaji
serta mencipta cara penyelesaian masalah tersebut.

Saya juga telah mendapat gambaran yang sangat jelas tentang guru cemerlang
melalui bicara ini. Saya telah mengenali tentang cara memohon untuk guru cemerlang,
penyediaan yang patut buat, cara merekod data, tempoh masa bagi mohon guru cemerlang
dan sebagainya dengan lebih jelas. Dengan ini, saya telah mengenali bahawa proses untuk
menjadi guru cemerlang adalah bermula apabila kita ditempatkan disekolah.

Anda mungkin juga menyukai