Anda di halaman 1dari 1

SOALAN TEKA TEKI DAN JAWAPAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING REBAK TAHUN 2017

SOALAN 1

Dalam satu pertandingan lumba lari, anda telah berjaya memotong pelari di tempat ke-2. Jadi,
sekarang anda di tempat yang ke berapa?

JAWAPAN : NOMBOR 2

SOALAN 2

Ambil 1000 dan tambah 40. Sekarang tambah lagi 1000. Kemudian, tambah lagi 30, dan lagi
1000. Lepas tu, tambah 20, tambah 1000, dan akhir sekali 10. Jadi, berapa yang anda dapat?

JAWAPAN : 4100

SOALAN 3

Satu hari anda sakit kepala. Dalam banyak-banyak ubat, doktor bagi 3 biji ubat je. Tapi
syaratnya, anda perlu makan satu biji setiap setengah jam. Jadi, berapa lama anda perlukan
untuk makan kesemua 3 biji ubat tu?

JAWAPAN : 1 JAM, BUKAN 1 JAM SETENGAH. CONTOH: UBAT PERTAMA


MAKAN PUKUL 1:00, KE-2 PUKUL 1:30, DAN KE-3 PUKUL 2:00.

SOALAN 4

Ada 3 sekawan pergi mandi-manda di kolam renang. Tapi lepas mandi, hanya 2 orang yang
kepalanya basah. Kenapa yang lagi seorang ni tak basah?

JAWAPAN : SEBAB DIA BOTAK

SOALAN 5

Apa benda yang kita boleh nampak, tapi bila kita cuba pegang tak dapat-dapat walaupun dia
tak lari pun?

JAWAPAN : AIR

SOALAN 6

Ada brader ni nak naik bas, tapi Dia ada 50 sen je. Masalahnya, tambang bas ke tempat dia
nak pergi tu kena bayar 60 sen. Cuba teka apa dia buat untuk dapat ke tempat tu?

JAWAPAN : BUAT MUKA SEPOSEN

Anda mungkin juga menyukai