Anda di halaman 1dari 5

Halau Lalat Cara Nenek Moyang Kita

Oleh:Nadia Mingguan Wanita


Ada ketikanya, lalat banyak berkerumun di dapur. Lebih-lebih lagi ketika kita sedang sibuk
memasak. Bagi mengatasi masalah lalat, ada beberapa petua lama yang boleh diamalkan.

1. Bunga cengkih
Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air.
Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan
sendirinya daripada ruang dapur anda.

2. Manfaat daun kari

Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan
daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat
menghalau lalat dari meja makan.

3. Daun belimbing

Selain daun kari, anda boleh juga menggunakan beberapa tangkai daun belimbing. Cara sama juga
dengan daun kari, kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.

4. Guna cecair peluntur

Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air.
Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur
memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.

5. Pakai lilin
Ambildua2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat
meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda
4 Bahan Dapur Yang Boleh Usir Semut Di Rumah

Oleh:Nadia Mingguan Wanita


Baru letak kejap makanan, tengok sajian sudah dihurung semut. Tambah pula kalau menu yang
manis-manis. Ini memang boleh ganggu emosi, nak buang makanan itu haruslah rasa serba salah.
Jadi macam mana nak atasi masalah ini?

Tak perlu jadikan semut itu musuh sebab anda boleh halau semut dengan beberapa bahan dapur
seperti ini..

1. Kayu Manis
Bau menyengat kayu manis tak disukai semut. Jika ingin semut pergi jauh dari bekas gula, masukkan
saja satu batang kayu manis di dalam gula dan biarkan. Anda juga boleh halau semut dengan taburan
kayu manis. Cukup taburkan di meja dan ratakan di bahagian yang selalu dihurung semut.

2. Cabai
Ambil beberapa cabai dan masukkan dalam bekas gula. Cara yang efektif mengusir semut jika anda
menggunakan serbuk cabai.
3. Cuka
Campur cuka dan air dengan perbandingan 50:50 dan letak di bahagian yang sering dihurung semut
atau tabur sekeliling makanan untuk elak dihurung semut.

4. Oatmeal
Oatmeal mungkin tidak berbau tajam seperti kayu manis, cuka atau cabai, tapi ternyata boleh
menyingkirkan semut dan mencegah hurung pada makanan. Namun bahan ini cukup sayang jika
dijadikan bahan pengusir semut kerana harganya sedikit mahal.

Inilah beberapa bahan dapur alami yang mampu usir semut datang. Tak perlu menggunakan
pembasmi serangga, kerana bahan kimia yang ada agak berbahaya dan jika salah sembur, jadi racun
dalam makanan. Pilihlah, mana yang mudah dan terbaik untuk kehidupan harian anda!

Anda mungkin juga menyukai