Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda
minum boleh menurunkan berat badan anda.
• Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap
hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air
sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah
dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari
dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama
sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup.
Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak
kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat
mengurangkan jumlah dia buang air kecil.
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah
dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian
utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan
dada di lumur.
Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil
satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan
bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum
sarapan.
Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air
panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.
8. MENGHILANGKAN KEDUT
9. PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh
dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci
muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the
tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih.
Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh
minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda
akan nampak keberkesanannya.
11.MULUT BERBAU
Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini
menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di
tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar
ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil
sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar
mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang
pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang
memuaskan.
Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda
menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi
masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda
pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan
penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk
angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih
muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya
ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan
ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan
sendirinya.
Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan
barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.
Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda
akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening
atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan
curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah
semuanya beres.
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan
menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.
Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan
melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala
dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat
kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas
daripadanya.
21.ARANG KAYU PERAPI RAMBUT
Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan
rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk
sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan
ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang
boleh.
22.PENAWAR BISUL/KUDIS
Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar,
kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut.
Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di
atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya,
sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher.
Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua
gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan
cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.
Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada
petua untuk menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan
kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika
dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya
hilang.
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu
hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur,
sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-
menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.
Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan
ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh
diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan
sisa-sisa darah kotor.
28.MENGHILANGKAN GATAL-GATAL
Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili
boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan
hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah
akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan
gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian
barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau pedasdan cili
tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.
Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau
seluar anda tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki
dengan cara, taburkan bedak di atasnya lalu anda getak-gerakkan beberapa
kali sehingga zip itu lancar semula.
Tauge akan lebih lama segar di dalam peti sejuk sekiranya anda memerahkan
sedikit limau ke dalam air tempat anda merendamnya. Tetapi pastikan anda
menukar airnya setiap hari.
Kalau anda tidak mempunyai peti sejuk, cara untuk menyimpan keju ialah
dengan membungkus keju itu kejap-kejap (rapat-rapat) dalam sehelai kain
bersih yang dilembabkan denga air garam terlebih dahulu.
Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda
keras, anda jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang
berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.
38.MENGHILANGKAN BISUL
Apabila anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia
membesar yang bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana
itu bila anda sedar akan terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang putih.
Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang
berbau tengik itu, bisuk anda tidak sempat membesar akhirnya akan
mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.
Ikan keli (darat) atau ikan keli sembilang (laut) kedua-duanya mempunyai
sengat berupa duri di sirip kiri kanannya. Sengat ini sungguh bisa apabila
terkena manusia, sebab itu hendak menangkapnya terpaksa berhati-hati.
Walaupun berhati-hati kadang-kadang terkena juga. Kalau ini berlaku kepada
anda, lekas-lekaslah ambil dua hingga tiga sudu makan serbuk kopi,
tuangkan sedikit air setengah mendidih, kacau hingga sebati. Wapkan
bahagian yang terkena sengatan itu, Insya-Allah bengkaknya hilang dan
sakitnya segera sembuh.
Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas
bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan kanan
kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang,
lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-
kelamaan sakit kepala akan hilang.
Cara yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin ialah
dengan memarut dua ketul halia sederhana besar, campurkan dua sudu
cuka. Gaul ramuan ini dan sapukan ke sekeliling pinggang. Cara begini
akan mengelakkan pecah-pecah dan calar pada kulit perut. Selepas ramuan
ini disapu, lilitkan bengkung seperti biasa sebagai satu rawatan
menegangkan semula perut selepas anda bersalin.
Masalah sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan
kuman dapat diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah
sahaja. Cucilah mata anda dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa
titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit.
Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah mata
anda akan pulih sediakala.
Setiap kali menghiris bawang merah, pasti mata pedih dan berair. Bagi
mengatasi masalah itu, selepas kulitnya dikupas, rendamkan dahulu dengan
air garam kira-kira sepuluh minit. Kemudian barulah dihiris-hiris.
Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan
berlendir. Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala.
Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam
seminggu. Selamat mencuba.
Daging liat? Mudah empuk jika anda memasukkan beberapa daun nangka ke
dalam rebusan daging anda.
48.HILANGKAN PAHIT PUCUK BETIK
Pucuk betik memang enak jika dicelur dan dijadikan hidangan dengan
sambal belacan. Tetapi ada ketikanya daun betk yang diambil itu pahit. Untuk
mrnghilangkannya, cuba anda masukkan beberapa helai daun jambu batu
atau dua tiga biji buah pinang masak ketika merebusnya.
Satu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil
seberapa banyak serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata.
Kemudian bolehlah ditanam di samping menyiramnya selalu.
53.MEREDAKAN BENJOL
Sekiranya kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu, kayu dan
sebagainya hingga membenjol, segeralah ambil asam jawa dan garam
secukupnya. Masukkan air dan kacau hingga kedua-dua bahan itu larut
dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam dan garam itu ke bahagian
yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit, benjolan itu akan mengecil
dan mengempis, kemudian hilang sama sekali dari kepala anda.
54.BATUK
55.BATUK BERTERUSAN
56.PENAWAR PENGSAN
Sekiranya anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri,
segeralah ambil air segelas dan bacakan ‘Ayat Kursi’ sebanyak sebelas kali.
Sapukan air itu ke muka. Kepala dan badannya. Kemudian tiup pada
telinganya sambil menyebut namanya (jika tahu namanya). Buatlah dengan
tenang dan penuh sabar. Insya-Allah, dia akan sedar dari pengsannya.
59.MENCANTIKKAN BETIS
Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan
licin. Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan
minyak rambut atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.
Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus.
Anda tidak perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau
losyen. Selain itu anda boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari
sekali dengan menggunakan hampas kelapa yang telah diperah santannya.
Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga menjadi bersih.
Selalunya wanita hamil akan mengalami keadaan di mana urat betisnya akan
menonjol, dan akan berterusan hingga sesudah bersalin. Ambillah
segenggam kacang hijau, rebus dengan air bersih tanpa mencampur dengan
suatu apa pun (tanpa gula, garam atau apa-apa ramuan lagi). Rebuslah
sampai mendidih. Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah kulitnya, dan air
rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api. Minumlah air rebusan kacang itu
bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Menjelang tidur,
angkatlah kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat selama
lebih kurang 10 minit. Lakukan setiap malam menjelang tidur. Insya-Allah,
urta betis anda kembali semula seperti biasa.
Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir
pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam
satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh
rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama
setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain
rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.
Jika ada anak anda berumur 5 tahun ke atas masih lagi kencing malam,
cubalah ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh,
kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan
ikatkan dengan kain. Buatlah selama
Dinding yang baru dicat terutamanya dalam bilik boleh mengeluarkan bau
yang kurang menyenangkan. Apa kata letakkan sebesen air yang dicampur
garam di dalam bilik itu dan biarkan ia semalaman di situ. Bau cat yang
kurang menyenangkan itu, akan hilang perlahan-lahan.
Promosi Kad Kredit Bank Islam
Income Requirements
Documents
Sesiapa yang berminat nak apply personal loan dengan Bank Islam (Lembah
Klang shj) boleh SMS nama, pekerjaan dan lokasi. Ingat, SMS sahaja!
Bagi mereka yang memakai cermin mata, sudah tentunya di bawah mata
akan kelihatan kasar dan hitam serta ada kesan lebam. Untuk
mengembalikan kelembutan kulit pada bahagian itu, mudah saja. Ambil
sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan-lahan bermula
dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 10 hingga 15 minit. Lakukannya pada
sebelah malam sebelim hendak tidur. Tetapi ingat, selepas tempoh itu,
bersihkan semula muka anda kesan positif beberapa hari kemudian.
Jika ada antara pembaca yang dihinggapi kurap, ini ada petua mudah
menyembuhkannya. Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih.
Kemudian ramas-ramaskan daun itu dan gosokkan pada badan atau
bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu. Lakukannya berulang-ulang kali
pastinya kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya.
Bagi ibu yang gemar melihat anak-anak mereka memiliki bulu kening hitam
dan lebat. Ambil setangkai daun sirih, kemudian patahkan tangkai dari
daunnya dan sapukan bahagian yang bergetah pada kening anak anda.
Ambilkan setiap hari. Anda akan dapati tidak berapa lama selepas itu, kening
anak anda menjadi lebat dan hitam menawan. Bagaimanapun, petua ini
hanya sesuai diamalkan untuk bayi berumur hingga setahun saja. Bayi yang
berusia lebih dari itu agak sukar sedikit.
Biasanya selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan
berbintik merah dan ia agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil
beberapa jagung muda, bersih dan parut halus. Kemudian gosokkan pada
parut dan bintik merah pada seluruh tubuh berkali-kali. Hasilnya pasti
memuaskan hati.
Ada petua mudah untuk mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan juga
lambat beruban terutamanya kalangan remaja hari ini. Apabila membancuh
teh, hampasnya jangan terus dibuang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah
rambut anda gosok-gosokkan rambut anda dengan air rendaman hampas
the tadi. Lakukan banyak kali. Selain rambut menjadi hitam berkilat dan
lembut, ia juga membuatkan rambut anda lambat beruban.
70.MENYEMBUHKAN DEMAM
Petua ini hanya sesuai untuk mereka yang deman biasa. Ambil segenggam
daun betik. Bersih dan tumbuk hingga halus dan kemudian saring airnya
menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah
diminum. Insya Allah dalam tempoh 12 jam anda akan melihat
perbezaannya. Jika demam tidak sembuh, jangan lupa berjumpa doktor.
Dewasa ini dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai yang menderita
sakit tekak. Petua mudah menghilangkan sakit tekak, ambil beberapa keping
asam gelugur, dibakar hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan
dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit.
Insya- Allah sakit tekak anda akan cepat sembuh.
73.KAIN BATIK TIDAK LUNTUR
Untuk mengelak kain batik luntur dan pudar warnanya, ambil beberapa helai
daun batik, kemudian rebus dengan setengah periuk air. Apabila air
mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam satu bekas. Masukkan kain batik
dan rendam semalaman. Esoknya, cucilah seperti biasa dan jemur.
76.WANGIKAN RAMBUT
Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat.
Kemudian sapukan pada seluruh rambut dan kulit kepala, pada sebelah
petang. Biarkan beberapa jam dan cucilah rambut anda dengan air bersih
sebelum tidur. Hasilnya rambut anda menjadi wangi dan mencegahnya
daripada beruban.
Sakit gigi membuatkan anda serba tidak kena dan mudah marah. Untuk
menghilangkan rasa sakit gigi, cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun
pokok gajus. Atau ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu dikunyah-
kunyah atau tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan ke dalam air
hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai
bahan kumur. Boleh juga ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi
yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.
78.BENGKAK GUSI
• Gusi bengkak boleh diatasi dengan mencuba petua ini. Ambil 5 helai daun
jarak, satu liter air bersih dan sesudu besar air kapur sirih. Rebuskan
ramuan ini dan minum airnya.
79.GUSI BERDARAH
Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air.
Campurkan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan apabila airnya
mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa.
Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi anda luka, elok juga berkumur
dengan air daun sirih.
Jika ingin berjimat dan tidak mahu membazirkan wang membeli pelembab
muka, anda boleh menggunakan pelembab muka semula jadi. Ambil
beberapa lebar daun kubis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun
kubis sehingga halus dan gaulkan dengan kedua-dua bahan itu. Sapukan ke
wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara menggunakan
kapas lembab. Bersihkan dengan lembut. Pasti kulit anda akan sentiasa
lembab dan tegang.
Inai bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi
ada juga banyak kegunaannya. Untuk mendapatkan wajah yang cantik
berseri membuatkan orang tidak jemu memandang gunakanlah khasiat inai.
Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang terutamanya
wanita. Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak tua
dan rebus kira-kira tiga cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga
kali seminggu. Insya-Allah wajah anda berseri.
Mingkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit muda boleh menaikkan seri
wajah seseorang. Unutk mencubanya, dapatkan kunyit muda yang segar,
bersih dan potongkan nipis. Jadikan ia ulam sewaktu anda makan nasi.
Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang mentah, anda boleh mengambil
ulam lain sebagai sampingan. Jika anda rajin mengamalkannya, wajah pasti
akan berseri dan menawan
Daun pandan bukan saja menambah aroma dan keenakan nasi lemak dan
juadah kuih-muih tradisional Melayu, tetapi ia juga boleh dijadikan bunga
rampai dalam majlis pertunangan dan perkahwinan Melayu. Khusus bagi
mereka yang inginkan almari pakaian sentiasa berbau harum menggunakan
bahan yang murah dan bersih. Daun pandanlah jawapan terbaik.
• Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, kerat-
keratkan kepada lebih kurang tiga sentimeter panjang dan letakkannya di
dalam almari pakaian anda. Tukar kepada daun pandan yang baru selepas
tiga hari.
Apabila kaki anda luka kerana terpijak paku yang berkarat, segera cari
bawang putih yang berdaun. Buang kulitnya dan celupkan ia ke dalam
minyak dan panaskan seketika di atas api yang sederhana besar. Kemudian
segera tampalkan bawang putih itu pada bahagian yang luka tadi dan tukar
bawang putih dua kali sehari. Ia dengan segera membuang bisa karat yang
melekat dalam daging kaki anda. Jika keadaannya tidak pulih dan terus
berbisa, segera jumpa doktor.
87.MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Ada dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk menurunkan tekanan
darah tinggi.
• Pucuk dan bunga betik. Caranya ialah dengan mencelurkan pucuk dan
bunga betik itu hingga masak dan dimakan. Ia boleh dibuat kerabu atau
dimakan sengan sambal belacan. Rasanya memang sedikit pahit, tetapi
amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi.
• Daun kucai. Bersihkan secekak daun kucai dan dengan sedikit gula batu,
kisar tanpa menggunakan air. Ambil pekatan yang dihasilkan itu dan
embunkan semalaman. Kemudian boleh diminum pada sebelah pagi dan
sebelum makan. Daun kucai amat baik untuk mengurangkan tekanan
darah tinggi seperti bunga dan pucuk betik tadi. Amalkan selalu, insya-
Allah hasilnya sungguh memuaskan.
Bagi mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tanda-
tanda awal ada penyakit batu karang, ambil beberapa biji lobak putih dan
batang kangkung dengan akarnya sekali. Bersihkan kedua-dua bahan ini dan
rebus pada kadar air yang sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup
masak, angkat dan biarkan air menjadi agak-agak suam, barulah diminum.
Petua ini selain dapat melawaskan kencing, juga dapat memecahkan batu
karang yang belum serius.
Bagi anda yang suka makan daun betik sebagai ulam, anda boleh
menghilangkan rasa pahit daun betik itu dengan mencampurkan daun
senduduk ketika merebusnya.
Mencuci tapak seterika yang kotor ada caranya. Petuanya adalah dengan
menabur sedikit garam halus ke atas kertas tisu, kemudian gosok pada tapak
yang kotor tadi. Lakukan beberapa kali dan anda akan dapati kotorannya
akan hilang.
Campurkan kepala dan tahi ikan bilis ke dalam manakan ayam. Ia berzat dan
berkhasiat untuk binatang. Jika direndam selama beberapa hari dan disiram
pada pokok bunga, ia menyegarkan pokok.
Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu berasa letih dan lesu, untuk
mengembalikan kesegaran surat sarat anda boleh gunakan daun serai, daun
pandan dan daun nangka yang direbus. Biarkan air tersebut menjadi suam
kuku setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandian selama tiga hari.
Anda akan dapati bahan yang letih lesu itu akan sembuh dan akan bertenaga
kembali.
Jika anda mengalami sakit tekak, memang sukar untuk menelan terutama
makanan yang keras, untuk merawatnya, ambilkan air didih nasi sebanyak
satu cawan, minumlah air didih nasi itu, lakukan cara ini beberapa kali
sehingga rasa perit dan sakit kerongkong anda sembuh.
Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal,
caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas
air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta
kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia
menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu
sekali.
97.SANTAN TIDAK PECAH MINYAK
Bagi ibu bekerja, biasanya ikan dibeli untuk dua atau tiga hari dan disimpan
di dalam peti sejuk. Namun adalanya bekalan electrik tiba-tiba terputus dan
menyebabkan ikan jadi busuk. Jangan bimbang kerana masih ada cara untuk
mencegahnya. Caranya, ambil ikan yang telah disiang dan dicuci bersih,
gaulkan ikan ini dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Nasi mestilah benar-
benar sejuk kerana nasi yang panas atau suam akan menyebabkan ikan
busuk. Esoknya basuh ikan itu seperti biasa.
Campurkan sedikit minyak masak ke dalam periuk berisi air rebusan. Setelah
sayur-sayuran dicelur, toskan airnya. Hasilnya sayu-sayuran ini akan nampak
segar dan berkilat.
Tembikai mudah layu dan busuk jika disimpan lama. Bagi mengelakkannya,
sapukan kapur makan di pangkal tembikai. Insya-Allah, tembikai tidak
mudah busuk dan tahan lama.
Halia bukan saja menjadi perencah masakan tetapi juga berguna untuk
dijadikan ubat kembung perut. Dengan mengambil sebuku halia yang
sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk tetapi jangan sampai lumat,
masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas mendidih anggaran setengah
gelas. Tutup permukaan gelas itu dengan piring selama 10 minit, tapis dan
jadikan dua bahagian. Sebahagiannya anda minum dan sebahagian lagi
disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya perut anda terasa kembung lagi,
ulang meminumnya hingga perut berasa lega.
Biasanya, kening yang cantik bukan saja elok terbentuk tetapi juga hitam
lebat. Untuk melebatkan bulu kening ambil isi kelapa tua sebesar dua jari.
Kemudian bakar di atas api sederhana hingga ia menjadi hitam. Selepas itu,
angkat dan biarkan ia sejuk dan bolehlah disapu pada bulu kening. Jika rajin
mengamalkannya, kening akan menjadi lebat dan hitam menawan. Selamat
mencuba.
Jika ada yang menderita penyakit kurap, ini ada petua mudah untuk
mengubatinya. Ambil beberapa helai daun peria dan bersihkannya. Kemudian
ramas-ramaskannya dan gosokkannya pada badan atua kulit yang dijangkiti
kurap. Lakukannya berulang-ulang kali, pasti hasilnya sangat memuaskan.