Anda di halaman 1dari 7

[Kertas kerja Kejohanan Merentas Desa kali ke-7] [2018]

1) PENGENALAN
Merentas desa merupakan salah satu acara wajib sukan untuk semua(1M1S)
yang perlu dijalankan di peringkat sekolah. Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk
pertandingan antara 4 buah rumah sukan iaitu Rumah Biru, Hijau, Jingga dan Merah.
Satu lagi tambahan kategori dipertandingkan dikalangan murid Tingkatan 1 (lelaki dan
perempuan) disebabkan murid-murid ini masih belum ditentukan rumah sukan. Selain
itu, murid berlebihan berat badan juga dipertandingkan dalam kategori khas bagi
menggalakkan murid-murid ini menyertai pertandingan ini dengan bersungguh-
sungguh. Kejohanan ini dijalankan bagi meningkatkan kepekaan pelajar terhadap
sukan untuk semua dan merupakan salah satu aktiviti yang sejajar dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Negara.

2) MATLAMAT
Matlamat pelaksanaan Kejohanan Merentas Desa adalah seperti berikut:
i) Membina budaya dan gaya hidup sihat
ii) Melahirkan pelajar yang aktif, produktif, berdisiplin, bersemangat sukan yang
tinggi dan bersatu padu.
iii) Memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan selaras dengan hasrat KPM “1 murid 1 sukan”.

3) OBJEKTIF
Penganjuran Kejohanan Merentas Desa ini adalah bertujuan untuk
mengembangkan seluruh potensi diri seseorang pelajar. Adalah diharapkan lima
objektif utama yang telah dirangka ini dapat dicapai oleh pelajar dan seterusnya
menjadi inspirasi kepada pelajar:

i) Melahirkan pelajar yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik.


ii) Membudayakan gaya hidup sihat dikalangan pelajar.
iii) Membentukpersefahaman dan toleransi antara pelbagai kaum di sekolah.
iv) Menggalakkan persaingan sihat antara rumah sukan yang bertanding.
v) Mengenalkan larian merentas desa merupakan salah satu aktiviti sukan untuk
semua.

4) TENTATIF PROGRAM

i) Latihan pertama
Tarikh : 4 Januari 2018 (Khamis)
Masa : 3.00 ptg – 5.00 ptg
ii) Latihan kedua
Tarikh : 11 Januari 2018 (Khamis)
Masa : 3.00 ptg – 5.00 ptg
iii) Kejohanan Merentas Desa
Tarikh : 19 Januari 2018 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

1
[Kertas kerja Kejohanan Merentas Desa kali ke-7] [2018]
5. SASARAN
Kejohanan ini melibatkan semua pelajar SMK Kuala Selangor. Kejohanan ini
dikelaskan kepada kategori-kategori berikut:
i) Pelajar lelaki bawah 18 tahun (15 pemenang)
ii) Pelajar perempuan bawah 18 tahun (15 pemenang)
iii) Pelajar lelaki bawah 15 tahun (15 pemenang)
iv) Pelajar perempuan bawah 15 tahun (15 pemenang)
v) Pelajar perempuan Tingkatan 1 (10 pemenang)
vi) Pelajar lelaki Tingkatan 1 (10 pemenang)

6. JAWATANKUASA PENGELOLA

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En Zainal Bin Kasim (Pengetua SMK KUSEL)


Timb Pengerusi : Tn. Hj. Ghazali Bin Arifin PK Kokurikulum
Naib Pengerusi I : Pn. Zaleha bt Masran PK Pentadbiran
Naib Pengerusi II : Pn. Sa’yah bt Yusop PK HEM
Naib Pengerusi III : Pn. Roslizar Bt Yaakob PK Petang
Setiausaha : En. Suib b. Othman
Naib Setiausaha : En. Mohd Nasir Bin Ramli
Bendahari : Pn. Siti Farrah bt. Md. Nasir

JAWATANKUASA KECIL TUGAS


PERTANDINGAN 1. Menyediakan peraturan pertandingan
En. Suib B Othman 2. Mengenalpasti laluan larian.
En. Muhamad Nasir b. Ramli
KEPEGAWAIAN 1. Menyediakan senarai pegawai diperlukan.
En. Suib B Othman 2. Mengagihkan tugas kepegawaian.
3. Menyediakan QM untuk membantu pegawai
4. Memberi taklimat kepada pegawai tentang tugas
masing-masing.
TEKNIK 1. Menyenaraikan borang & peralatan diperlukan.
En. Suib B Othman 2. Menyediakan borang dan mengedar sebelum
En. Mohd Nasir B. Ramli acara dimulakan.
3. Mengedar semua peralatan sebelum acara
dimulakan.
PERSEDIAAN TEMPAT/PERALATAN 1. Menyediakan peralatan dan tempat pertandingan.
1. En. Muhamad Nasir b Ramli 2. Menanda arah laluan dengan jelas.
2. En. Asrul Asyik B. Md. Arop 3. Memulangkan semua peralatan ke tempat asal.
3. En. Mohd Rashiddiq Hassan 4. Memastikan laluan larian adalah betul dan selamat.
4. En. Abd Ghaffar Husin 5. Memaklumkan kepada ibu pejabat polis tentang
acara yang akan diadakan.
6. Mendapatkan bantuan pihak polis untuk mengawal
trafik.

MARSYALL/PERONDA 1. Memastikan semua pegawai bertugas disetiap


1) En. Suib b Othman stesen telah bersedia sebelum melepas peserta
2) En. Mohd Rashiddiq b Hassan 2. Mengenalpasti peserta terakhir ke tempat penamat
3) En. Muhamad Nasir b Ramli 3. Memaklumkan kepada petugas kecemasan
sekiranya terdapat kecederaan atau kecemasan
4) En. Asrul Asyik B. Md. Arop
kepada peserta larian atau pegawai bertugas .
5) En. Ismail Bin Abd KAdir 4. Menguruskan keselamatan dan pergerakan

2
[Kertas kerja Kejohanan Merentas Desa kali ke-7] [2018]
kenderaan(lalu lintas) semasa peserta melalui jalan
raya utama.
5. Memastikan tiada pelajar yang lepak di tempat-
tempat tertentu.

HADIAH & SIJIL 1. Mengenalpasti bilangan hadiah & sijil yang


1. Pn. Norasidah Bt Ageman diperlukan.
2. Pn. Nurul Syuhada Bt Suib 2. Membuat tempahan hadiah.
3. QM 3. Menerima hadiah dari pembekal dan menyemak
semua hadiah.
4. Menyediakan sijil untuk semua peserta dan
mengedarkan sijil penyertaan kepada pengurus
pasukan.
5. Menyelaras penyampaian hadiah semasa
kejohanan.
JAMUAN DAN MINUMAN GURU/VIP 1. Menyediakan bilangan minuman dan makanan
1. Pn. Siti Farrah Bt. Md. Nasir yang perlu disediakan.
2. Pn. Siti Noor Abd Hamid 2. Membuat tempahan minuman & makanan
pegawai.
3. Menyediakan jamuan untuk VIP
DISIPLIN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH / KECEMASAN 1. Memastikan disiplin murid terkawal.
En. Mohd Arif Asyraf Bin Halim 2. Membantu JK Kebersihan.
Pn. Suraida Marof 3. Memaklumkan pusat kesihatan tentang acara yang
Pn. Hamizah Bt Hamin akan diadakan.
Ketua rumah sukan 4. Menyediakan bekalan perubatan yang secukupnya.
5. Mendapatkan kenderaan untuk membawa peserta
yang perlu dibawa ke klinik.

PELEPAS / SAMBUTAN 1. Menjadi hakim pelepas.


1. En. Zainal Kasim 2. Menyambut tetamu (jika ada)
2. Tn. Hj Ghazali Bin Ariffin 3. Menjemput tetamu ke jamuan VIP.
3. Pn. Zaleha bt Masran
4. Pn. Sa’yah bt. Yusop
5. Pn. Roslizar bt. Yaakob

BUKU PROGRAM 1. Menyediakan buku program kejohanan.


1. Pn. Ruhama Bt Othman 2. Menyerahkan semua buku program yang telah
dicetak kepada SU sebelum kejohanan.

SIARAYA 1. Menyediakan sistem siaraya di tempat permulaan


1. En. Saparin Amat Sehab dan penyampaian hadiah di tapak perhimpunan
2. En. Abd Ghaffar Bin Hussin pagi/foyer.

KEBERSIHAN 1. Menyediakan beg sampah.


Semua ketua rumah sukan/pengurus pasukan 2. Membersihkan kawasan selepas acara.

DOKUMENTASI & JURUGAMBAR 1. Mengambil gambar sebelum dan selepas acara.


En. Khirman Bin Mapul (jurugambar) 2. Menyediakan borang soal selidik dan mengedarkan
Pn. Hamizah Bt Hamin (dokumentasi) kepada peserta untuk penilaian.
QM 3. Menyediakan dokumentasi yang lengkap.

3
[Kertas kerja Kejohanan Merentas Desa kali ke-7] [2018]
PENGURUS PASUKAN 1. Menyediakan nombor peserta.
1) Pn. Noor Haizawati (Biru) 2. Menggalakkan murid untuk hadir semasa latihan
2) Pn. Hussalkhairon Syahidah dan mengambil bahagian dalam kejohanan
3) Pn. Tan Jin Hua (Hijau) dengan penuh semangat.
3. Menyediakan makanan/minuman peserta semasa
4) Pn. Noor Raza
kejohanan.
5) Pn. Roshayati Bt Md Derus (Merah) 4. Memastikan pelajar yang tidak sihat (mempunyai
6) Pn. Roshita bt Mohd Ridzuan surat doktor) supaya tidak menyertai pertandingan.
7) Pn. Rohani bt A. Rashid (Jingga) 5. Mengenalpasti pelajar obesiti (kategori khas)
8) Pn. Zah Bt Abu Bakar

HAKIM STESEN KAWALAN 1. Berada di tempat yang telah ditetapkan sebelum


CP 1 : hakim pelepas pertandingan bermula
CP 2 : En. Saparin bin Amat Sehab 2. Memastikan laluan dikawasan jagaan tidak
CP 3 : Pn. Rashidah & Pn. Waridah merbahaya kepada peserta
CP 4 : Pn.Rogayah & Pn. Nurziana 3. Memastikan peserta mengikut arah laluan yang
CP 5 : Pn. Mazliha & Pn. Norazizah betul dan tidak melencung ke tempat lain.
CP 6 : Pn. Faridah & Pn. Siti Nor Asyikin 4. Berhubung dengan marshall untuk memastikan
CP7 : Pn. Kalimah & Pn. Rohana semua peserta telah melepasi laluan di bawah
CP 8 : Pn. Nur Azizan & Noraziyati kawalan
CP 9 : Pn. Siti Maznah & Pn. Azean 5. Mendapatkan kad (check point) daripada SU Sukan
CP10 : Pn. Biruntha & Cik Rajeswary mengikut warna yang telah ditetapkan mengikut
CP11 : En. Razali bin Misnan & En. Raguram stesen.(**check point tertentu sahaja)
CP12 : Pn. Sumathi & Pn. Azlina 6. Berada di stesen masing-masing sebelum
CP13 : YM Raja Syiarizzad & En. Mohd Fathil pertandingan bermula.
CP14 : En. Musoddik b Jemangin & Pn Rafidah 7. Memberi kad kepada peserta yang melalui stesen
CP15 : Pn. Noor aini & Pn. Khairunnisa jagaan yang telah ditetapkan. .(**check point
CP 16 : Pn. Nor Ina & Cik Ew Suan Luan tertentu sahaja)
CP 17 : En. Mohd Zulkhairi & En. Yuvarajan 8. Meninggalkan stesen setelah menerima arahan
CP18 : En. Amat Nasir B Agale & En. Mohd Saidil daripada Marshall bertugas.
CP 19 : En. Zaini & En Hishamudin & En. Azril Azwan
CP20 : En. Muhd Azam& En Muralee
HAKIM PENAMAT 1. Menunggu di garisan penamat.
1) QM 2. Mengedarkan nombor (1-20) kepada peserta yang
sampai di garisan penamat.
3. Memastikan peserta membawa dan menyerahkan
nombor tersebut kepada pencatat.
PENCATAT 1. Mencatat nombor & nama peserta serta masa yang
dicatat bagi setiap peserta mengikut kategori yang
1. Pn. Mazita Musa (L1) tiba pada kedudukan 1 hingga 20 pada borang
2. Pn. Siti Hawa Bt Ahmad (L2) yang disediakan.
3. Pn. Norain Bt Md. Din (P1) 2. Mencatat segala keputusan rasmi dan yang
4. Pn. Wan Jurwiah (P2) berkaitan.
5. Pn. Sahnisa Mustam (Ting. 1 P) 3. Menyerahkan borang makah pada pegawai teknik
6. Pn. Siti Jaleha Bt Md Yusof (Ting. 1 L) selepas selesai kejohanan untuk pengiraan markah

PENJAGA MASA 1. Mendapatkan catatan masa bagi peserta yang tiba


pada kedudukan 1 hingga 30 bagi setiap kategori
QM 2. Berhubung dengan pencatat untuk catatan masa
yang dilakukan.

PENGACARA MAJLIS Menjadi pengacara majlis semasa penyampaian hadiah


Pn. Nik Diana Hartika Nik Husain
BACAAN DOA Menyampaikan bacaan doa sebelum larian merentas desa
Ust Razali Bin Misnan / semasa majlis penyampaian hadiah.

4
[Kertas kerja Kejohanan Merentas Desa kali ke-7] [2018]

7. ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


i) Perbelanjaan:
PERKARA PERBELANJAAN (RM) JUMLAH (RM)
1. Subsidi rumah sukan RM100 x 4 RM400.00

2. Minuman 1100 x RM0.30 x 2 hari RM660.00


murid(latihan)
3. Minuman & sarapan 90 x RM4 RM360.00
pegawai
4. Medal 80 x RM 6.50 RM520.00

5. Sijil 1100 x RM0.80 RM880.00

6. Banner besar RM150.00


7. Alatan/runcit RM200.00
- Kayu penanda
- Bendera
- Alat tulis
JUMLAH RM3170.00

ii) Pendapatan :
Peruntukkan wang kerajaan (SUWA) : 1750.00
Sumbangan PIBG : 360.00
Sumbangan PIBG 20%(kokurikulum) : 1060.00
JUMLAH : 3170.00

5
[Kertas kerja Kejohanan Merentas Desa kali ke-7] [2018]

8. PENUTUP

Secara keseluruhannya, diharap kejohanan ini dapat dilaksanakan seperti yang


dirancang dan dapat dilaksanakan dengan lancar serta mencapai objektif yang
dikhususkan. Semoga aktiviti ini dapat memberi lebih keyakinan kepada peserta/murid
untuk menghadapi cabaran dan ketahanan fizikal dan mental. Kejohanan ini juga
diharapkan dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran,
tetapi juga membudayakan amalan gaya hidup sihat yang dapat memberikan
kesejahteraan dan kesihatan yang baik.

Disediakan oleh: Disokong oleh:

…………………………… …………………………
(SUIB BIN OTHMAN) (GHAZALI BIN ARIFFIN
SETIAUSAHA SUKAN PK KOKURIKULUM
SMK KUALA SELANGOR SMK KUALA SELANGOR

Kertas kerja ini di luluskan/tidak diluluskan

……………………………………
(ZAINAL BIN KASIM)
PENGETUA
SMK KUALA SELANGOR

6
[Kertas kerja Kejohanan Merentas Desa kali ke-7] [2018]

CP 19

Anda mungkin juga menyukai