Anda di halaman 1dari 5

SK JAYA GADING

KAMPUNG SERI DAMAI, 25150 KUANTAN


PAHANG

ENGLISH DAY
2018
“FANTASTIC TUESDAY”

SETIAP HARI SELASA

ANJURAN
PANITIA BAHASA INGGERIS
SK JAYA GADING

RASIONAL
Pelaksanaan program “English Day” ini adalah sebagai salah satu usaha untuk membantu
dalam peningkatan pengguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid di sekolah
ini. Adalah diharapkan pelaksanaan program ini mampu menyediakan dan memberi ruang
(exposure) yang menggalakkan dan kondusif kepada semua murid untuk menggunakan
Bahasa Inggeris dalam kegiatan harian mereka.

Pengwajiban penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perbualan bagi satu hari
seminggu mampu melatih murid untuk menjadi lebih berani dan tidak malu untuk bertutur
kerana semua warga sekolah perlu menggunakan Bahasa Inggeris sepanjang hari. Adalah
diharapkan agar program ini akan dapat membantu murid-murid menjadi lebih berkeyakinan
dan seterusnya dapat melahirkan murid yang berkebolehan.

Adalah diharapkan agar program ini mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada
semua warga sekolah bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan
mencapai objektifnya

2. OBJEKTIF PROGRAM
Untuk menggalakkan murid dan semua warga sekolah menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pertuturan seharian.

Untuk melahirkan murid yang lebih berkeyakinan dan tidak merasa rendah diri untuk
menggunakan Bahasa Inggeris.

Untuk meningkatkan dan memupuk minat dan pengguasaan murid dalam subjek Bahasa
Inggeris di sekolah ini.

Untuk membantu murid dengan menyediakan landasan dan ruang bagi murid-murid
untuk menggunakan Bahasa Inggeris.

Untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan untuk menguasai Bahasa
Inggeris demi masa depan mereka.

Bagi melahirkan murid yang mampu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua dalam kehidupan harian mereka.
1. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

ENGLISH DAY 2018


SK JAYA GADING

PENASIHAT
Tuan Sheikh Ahmad Shakri bin Sheikh Zakaria
Guru Besar SK Jaya Gading

PENOLONG PENASIHAT
En. Zol Kefely bin Hussin
Guru Penolong Kanan Kurikulum

PENGERUSI
Puan Siti Hafiza binti Shamsuddin
Ketua Panitia Bahasa Inggeris

SETIAUSAHA
Encik Mohd Hafiz bin Junaibi
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris

AHLI JAWATANKUASA
Puan Noor Izyatun binti Ibrahim
Pn. Nur Hidayah binti Mohamad @ Alwi
Cik. Syukriah binti Mohamad @ Mohamad Suhaimi
Pn. Roziyani bin Mohamad Radzi
En. Mehaboobjan bin Basulhak
Pn. Salawati binti Musa
Pn. Suzzanna Amir Mohammad
Pn. Maziana binti Mohamad Mazlan
Pn. Wan Fatimah Nor binti Wan Mohamad
Semua Guru SK Jaya Gading
2. PERJALANAN PROGRAM
Program ini dijalankan setiap hari Selasa pada setiap minggu. Semua warga sekolah
digalakkan menggunakan Bahasa Inggeris dalam semua kegiatan mereka di
sepanjang hari. Sebarang aktiviti di sekolah seperti pengumumam dan ucapan
selamat hendaklah dibuat menggunakan Bahasa Inggeris bagi menggalakkan dan
memberi contoh yang baik kepada semua murid. Pihak sekolah perlu memastikan
suasana yang menggalakkan bagi memberi keselesaan kepada murid-murid untuk
cuba menggunakan Bahasa Inggeris.

Kerjasama daripada semua guru dalam memberi galakan kepada murid-murid


adalah memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan semua murid
memberi kerjasama dan perhatian yang sewajarnya terhadap kelancaran dan
keiayaan perjalanan program ini. Pihak guru boleh memulakan aktiviti ataupun usaha
seperti menegur murid dengan bertanya khabar ataupun mengucapkan selamat.

Murid-murid perlu dididik dan digalakkan untuk terus menggunakan Bahasa Inggeris
walaupun membuat kesilapan ataupun menggunakan ‘broken English’. Sebarang
bentuk hukuman ataupun denda hendaklah dielakkan bagi memupuk minat dan
kecintaan murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perbualan
harian.

3. PERASMIAN ‘ENGLISH DAY 2018’


Tarikh : 12 Mac 2018
Hari : Isnin
Masa : 8.00 hingga 8.20 pagi
Aturcara Majlis :
1. Ucapan Ketua Panitia Bahasa Inggeris
2. Ucapan Perasmian oleh Tuan Sheikh Ahmad Shakri bin Sheikh Zakaria,
Guru Besar , SK Jaya Gading
3. Gimik pelancaran
4. KEWANGAN
Bil Perkara Kuantiti RM/Unit Jumlah (RM)
1. Bunting (2’x6’) 4 RM2.50/kaki 120
2. Tiang bunting/Stand Tripod 2 55 110
3. Belon (Gimik) 1 10 10
JUMLAH 240

5. PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar pelaksanaan program ini dapat membantu murid-murid

untuk lebih berkeyakinan dan tidak rendah diri untuk menggunakan Bahasa Inggeris

sesama rakan ataupun dengan warga sekolah yang lain. Kerjasama daripada semua

pihak di sekolah sama ada dari peringkat pengurusan mahupun para guru yang lain

adalah amat kritikal dan membantu di dalam memastikan kelancaran dan kejayaan

program ini. Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan

semaksimun yang mungkin dalam mencapai hasrat dan aspirasi Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

…………………………. …………………………….
(Puan Siti Hafiza binti Shamsuddin) (En. Zol Kefely bin Hussin)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris Penolong Kanan Kurikulum

Disahkan oleh :

……………...............
(Tuan Sheikh Ahmad Shakhri bin Sheikh Zakaria)
Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai