Anda di halaman 1dari 6

SJK(T) LADANG HUNTLY,

34900 PANTAI REMIS,


PERAK DARUL RIDZUAN. KOD SEK.:ABD1078
“Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”

Kepada,

Guru Besar & Semua Guru,

Tuan/Puan,

MESYUARAT PANITIA PEMULIHAN KHAS BIL. 2/2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa sekolah kita akan mengadakan mesyuarat seperti di atas mengikut ketetapan
berikut.

Tarikh : 31.03.2017
Masa : 3.15ptg - 4.30ptg
Tempat : Pusat sumber sekolah

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-

3.1 Ucapan Pengerusi


3.2 Ucapan Ketua Panitia
3.3 Pembentangan Minit Mesyuarat Lalu
3.4 Perkara-Perkara Berbangkit
3.5 Program Yang Dicadangkan
3.6 Pencalonan Pelajar Baru Kelas Pemulihan Khas
3.7 Pelepasan Murid Dari Kelas Pemulihan
3.8 Hal-hal lain
3.9 Ucapan Penangguhan

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diadahului dengan ucapan terima kasih

Sekian, terima kasih.

Yang menurut perintah,

................................................
(RUKUMANI A/P GOVAL)
KETUA PANITIA PEMULIHAN KHAS
SJK(T) LADANG HUNTLY, 34900 PANTAI REMIS,PERAK.
SENARAI/KEHADIRAN MESYUARAT

Mesyuarat : Panitia Pemulihan Khas


Tarikh & Hari : 31 Mac 2017 & Jumaat
Masa : 3.15-4.30 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Bil. Nama Guru Tahun Tandatangan

1. En.M.Kanavathy Guru Besar

2. Pn.T. Agnes Caroline Guru Penolong Kanan

3. En.J.Vinothanan Guru HEM

4. En.V.Sundaram Guru Koko & Guru BM Tahun 2

5. Pn.G.Rukumani KP Pemulihan Khas

6. Pn.V.Saraswathy Guru BM Tahun 3

7. Pn. M. Umahdewi Guru BM Tahun 1

8. Cik S.Sritha Guru MT Tahun 1

9. Pn.C.Parameswary Guru MT Tahun 2&3

10. Pn.S.Tharini

11. Pn.M.Sarojini

TIDAK HADIR

Bil. Nama Guru Tahun

1.

2.

Disediakan oleh,

................................................
(RUKUMANI A/P GOVAL)
KETUA PANITIA PEMULIHAN KHAS
Minit Mesyuarat Panitia Pemulihan Khas Bil.2 / 2017
SJK(T) Ladang Huntly, 34900 Pantai Remis,Perak.
Tarikh & Hari : 31.03.2017 & Jumaat
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Masa : 3.15 petang – 4.30 petang

Hadir:-
1. En. M.Kanavathy (Guru Besar)
2. Pn.T. Agnes Caroline (Guru Kanan Pentadbiran)
3. En.J.Vinothanan (GPK HEM)
4. En.V.Sundaram (Guru Ko-kurikulum)
5. Pn.G.Rukumani
6. Pn.V.Saraswathy
7. Pn. M. Umahdewi
8. Cik S.Sritha
9. Pn.C.Parameswary
10. Pn.S.Tharini
11. Pn.M.Sarojini
Tidak Hadir :
1. Tiada
Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih atas
kehadiran pada mesyuarat kali kedua untuk sesi persekolahan 2017.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada panitia kerana dapat menjalankan mesyuarat kali
kedua.
1.3 Guru diminta untuk menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan status kemahiran
murid.
1.4 Guru perlu memperbanyakkan latihan pengukuhan untuk murid-murid pemulihan
selain mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar untuk sesi P&P yang menarik.
1.5 Guru besar mencadangkan supaya perjumpaan dibuat dengan ibu bapa murid
pemulihan khas supaya ibu bapa maklum keadaan anak mereka

Tindakan: Makluman semua AJK


2. Ucapan Ketua Panitia
2.1 Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengalu-alukan kehadiran guru
untuk mesyuarat Panitia Pemulihan Khas kali kedua bagi tahun 2017.
2.2 Guru pemulihan mengharapkan agar usaha dan bimbingan berterusan akan
dapat membantu murid-murid tersebut menguasai kemahiran 3M yang
ditetapkakn dan melepasi tahap pencapaian yang ditentukan.
2.3 Guru-guru yang terlibat diminta memberikan kerjasama dalam mengenalpasti
kelemahan murid pemulihan
2.4 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke
mesyuarat panitia kali kedua 2017.
Tindakan : Semua guru

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas


3.1 Ketua Panitia membentangkan minit mesyuarat bil.1/2017 dan dicadangkan untuk
disahkan oleh Pn.V.Saraswathy dan disokong oleh En.V.Sundaram.
Tindakan: Makluman semua AJK

4. Perkara-perkara berbangkit

Tiada perkara berbangkit

5. Program yang dicadangkan


5.1 Mengadakan minggu bacaan intensif sebagai latihan pengukuhan untuk melancarkan
bacaan murid-murid.
5.2 Mengadakan pertandingan ejaan bagi murid-murid pemulihan.
5.3 Menyediakan sijil penghargaan kepada murid yang telah melepasi kelas pemulihan
pada Hari Anugerah Kecemerlangan bersama murid-murid lain.
Tindakan: Makluman semua AJK
6. Pencalonan Pelajar Baru Kelas Pemulihan Khas
6.1 Data berdasarkan Saringan 1.
6.2 Guru Kelas Tahun 2 dan 3 diminta mencalonkan beberapa murid yang lemah selain
murid yang sedia ada.
6.3 Semua calon akan menjalani ujian saringan.
6.4 Calon yang gagal akan dimasukkan ke Kelas Pemulihan Khas
6.5 Murid Tahun 4,5 dan 6 tidak perlu lagi mengikuti pembelajaran di kelas pemulihan
khas tetapi guru pemulihan tetap akan memberi bantuan kepada pelajar yang sangat lemah.
6.6 Jadual baru akan dibuat sekiranya ada murid baru yang akan memasuki kelas
pemulihan khas.
Tindakan: Makluman semua AJK

7. Pelepasan Murid Dari Kelas Pemulihan


7.1 Murid yang telah melepasi ujian pelepasan dibenarkan mengikuti kelas biasa.
7.2 Guru Mata pelajaran diminta bekerjasama membantu murid dan sentiasa mengawasi
murid supaya prestasi murid sentiasa meningkat dan tidak akan dihantar ke kelas
pemulihan khas semula.
7.3 Jika murid masih lemah dan tidak dapat mengikuti pembelajaran di kelas biasa akan
dimasukkan semula ke kelas pemulihan.
Tindakan: Makluman semua AJK

8. Hal-hal Lain
Tiada hal-hal lain dibincangkan.

9. Ucapan Penangguhan
9.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran dan
penglibatan semua AJK dalam menyuarat panitia kali ini.
9.2 Ketua Panitia berharap agar semua guru dapat memberikan kerjasama yang
sepenuhnya untuk program yang dirancang pada tahun ini dengan jayanya.
9.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Tindakan : Semua guru

Disediakan oleh , Disahkan oleh,


_________________________ __________________________
(RUKUMANI A/P GOVAL) (EN.M.KANAVATHY )
KETUA PANITIA PEMULIHAN KHAS GURU BESAR

Anda mungkin juga menyukai