Anda di halaman 1dari 1

SJK TAMIL LADANG RASAK

JALAN METAFASA U16/1, SEKSYEN U16,


40160 BUKIT SUBANG , SHAH ALAM,SELANGOR
KOD SEK : BBD 8466 NO. TEL: 016-2320886

Ruj kami : SJKTLR/SEK/100-2/8/1 (4)


Tarikh 21 OGOS 2019
YS Ketua Balai,
Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik,
Bukit Jelutong,
Seksyen U8,
Shah Alam.

Tuan,

Demonstrasi Latihan Memadam Kebakaran

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan, Unit Hal Ehwal Murid SJK Tamil Ladang Rasak bercadang untuk mengadakan
satu Demonstrasi Latihan Memadam Kebakaran. Tujuan aktiviti ini adalah untuk:-

i) Memberi pengalaman langsung kepada murid-murid dan warga sekolah tentang bahaya kebakaran.

ii) Memberi pengetahuan mengenai cara-cara memadam api serta cara menggunakan alat pemadam
api.(Fire Extinguisher)

3.Sehubungan itu, pihak sekolah mohon jasa baik pihak tuan agar menghantar pegawai penyelamat
bomba untuk mengendalikan demontrasi tersebut.Berikut ialah maklumat mengenai aktiviti tersebut:-

Tarikh : 19.9.2019

Hari : Khamis

Masa : 10.00 pagi

4.Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami. Kerjasama tuan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan amanah,

Anda mungkin juga menyukai