Anda di halaman 1dari 1

Novel Sukar Membawa Tuah: Sinopsis Ringkas

Novel Sukar Membawa Tuah karya Suziana Che Will mengisahkan kesukaran hidup Adit yang merupakan
seorang remaja daripada kaum Orang Asli tinggal di kawasan pedalaman. Kehidupan mereka hanya
bergantung pada hasil-hasil hutan, kampung mereka kekurangan kemudahan infastruktur, tambahan
pula Masyarakat di situ tidak mementingkan pendidikan dan masih berpegang teguh pada kepercayaan
yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.

Dalam diam-diam Adit menaruh impian untuk bersekolah. Pada mulanya hasratnya itu dibantah oleh
ayahnya Pak Katan yang masih mementingkan tradisi kehidupan mereka. Akhirnya Aidit bersekolah juga,
namun begitu dia tidak mendapat kemudahan untuk tinggal di asrama. Hal ini menyebabkan dia
terpaksa berulang alik dari rumah ke sekolah setiap hari dengan menumpang kenderaan Ah Tong,
pekerja balak. Walaupun terpaksa berulang-alik, Adit tidak pernah ponteng sekolah. Pada suatu hari Adit
ditimpa kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya menjadi tempang. Walaupun cacat, keadaan
itu tidak melemahkan semangat Adit untuk meneruskan persekolahannya. Akhirnya Adit ini telah
mendapat tempat di asrama. Dia berkongsi katil dengan sahabatnya Akeh. Adit menumpukan
perhatiannya terhadap pelajaran sehingga mendapat tempat pertama dalam kelasnya.

Kejayaan Adit menyebabkan semakin ramai anak Orang Asli yang bersekolah. Adit melangkah ke sekolah
menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Dia ditawarkan untuk bersekolah di sekolah berasrama
penuh, namun begitu Adit menolak tawaran tersebut kerana menyedari kemiskinan keluarganya. Adit
berpendapat walaupun dia belajar di sekolah biasa, dia tetap boleh berjaya asalkan dia rajin berusaha.

Anda mungkin juga menyukai