Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PENERBITAN BULETIN BAHASA INGGERIS

(ENGLISH BULLETIN)

1.0 PENDAHULUAN .

Buletin Bahasa Inggeris SMK Batu 17 merupakan inisiatif Panitia Bahasa Inggeris SMK
Batu 17 dalam menjayakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh
Bahasa Inggeris. Selain itu, program ini juga menyumbang kepada proses rebranding
SMK Batu 17. Buletin ini diwujudkan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris
yang betul dalam kalangan pelajar dan warga SMK Batu 17. Buletin ini dirancang untuk
diterbitkan dua bulan sekali iaitu bermula pada bulan Mac hingga Oktober 2018
sebanyak 4 keluaran. Diharapkan penerbitan buletin ini dapat memberi manfaat kepada
para pembacanya. Tambahan lagi, buletin ini juga adalah salah satu program di bawah
HIP (Highly Immersive Programme) yang melibatkan warga SMK Batu 17 dan komuniti.

2.0 OBJEKTIF

1. Menjayakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu , Memperkukuh Bahasa Inggeris


(MBMMBI)
2. Meningkatkan pengusaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan warga SMK
Batu 17.
3. Mendidik para pelajar dalam proses menerbitkan Buletin Bahasa Inggeris.
4. Menyumbang kepada proses rebranding SMK Batu 17 dengan memperkenalkan
SMK Batu 17 kepada komuniti.

3.0 SIDANG REDAKSI BULETIN BAHASA

PENASIHAT : Pn Noor Intan binti Mohamed

PENYELARAS PENERBITAN : Pn Siti Salwani binti Saad

PEMBANTU PENYELARAS PENERBITAN: En Syahnur bin Sarrony

KETUA PENGARANG : Khairul Najwa binti Abidin (5 Zamrud)

PENGARANG :
1. Nur Alia binti Mohd Zaini (4 Mutiara)
2. Nur Aishah Sofia Binti Jamil (4 Mutiara)
3. Muhammad Asrul Rizal Bin Asri (4 Mutiara)
4. Nurul Syafiqah Binti Abdul Hamid (5 Zamrud)
5. Muhammad Saiful Bin Yuzni (3 Al-Khwarizmi)
6. Siti Hajar binti Abdul Manan (3 Al-Khwarizmi)

4.0 LANGKAH PELAKSANAAN

Buletin Bahasa Inggeris merupakan hasil kerjasama guru-guru Panitia Bahasa Inggeris
SMK Batu 17 dan pelajar. Bermula dengan mencipta tapak buletin oleh Ketua
Pengarang, kemudian bahan-bahan buletin akan diserahkan oleh guru-guru kepada
Ketua Pengarang untuk disemak dan dikemas kini. Seterusnya , Ketua Pengarang akan

1
KERTAS KERJA PENERBITAN BULETIN BAHASA INGGERIS
(ENGLISH BULLETIN)

memasukkan bahan-bahan yang telah dipilih ke dalam tapak buletin untuk dicetak.
Selepas dicetak, salinan pertama akan diserahkan kepada Penyelaras Buletin Bahasa
untuk disemak dari segi kandungan dan ejaan . Selepas itu, akan diserahkan kepada
Pengerusi Buletin Bahasa untuk diluluskan. Selepas diluluskan , Buletin Bahasa tadi
akan diperbanyak dan akan diagih-agihkan ke kelas-kelas dan bilik-bilik guru secara
percuma. Para pelajar akan menampal buletin itu tadi pada papan kenyataan kelas.
Pelajar juga akan mengagihkan buletin kepada ibu bapa dan komuniti setempat.

5.0 SEGMEN BULETIN BAHASA INGGERIS .


Antara segmen-segmen Buletin Bahasa Inggeris SMK Batu 17 adalah seperti berikut :

1) School activities report (Laporan Aktiviti sekolah) – Laporan aktiviti sekolah


yang telah dijalankan.
2) Our World Today (Dunia Hari Ini) – Mengupas Isu Semasa
3) Let’s Learn English : bahan yang membantu pelajar untuk belajar Bahasa
Inggeris
4) Do You Know?- fakta menarik
5) ???????????? – pelajar menemuramah tokoh dalam komuniti dan menulis
biografi mengenai tokoh tersebut.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Di bawah ini ditunjukkan perbelanjaan mencetak Buletin Bahasa setiap keluaran untuk 300
helai buletin.

Perbelanjaan cetakan pertama


Bil Perkara Jumlah unit Harga /unit Jumlah
1 Cetakan 300 1.50 450.00
Jumlah 450.00

Perbelanjaan cetakan kedua hingga ke keempat


Bil Perkara Jumlah unit Harga /unit Jumlah
1 Kertas Warna 1 rim (450 helai) 17.00 17.00
2 Fotostat (depan belakang) 300 x 2 =600 0.15 15.00
Jumlah 32.00

Jumlah Keseluruhan :
Kos keluaran pertama = RM 450.00 x 1 keluaran = RM 450.00
Kos satu keluaran x bilangan keluaran = RM 32.00 x 3 keluaran = RM 96.00.
Total = RM 546.00

Perbelanjaan akan menggunakan peruntukan untuk program HIP dan peruntukan Panitia
Bahasa Inggeris.

2
KERTAS KERJA PENERBITAN BULETIN BAHASA INGGERIS
(ENGLISH BULLETIN)

7.0 PENUTUP

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang penting untuk semua pelajar. Oleh itu, dengan
penerbitan Buletin Bahasa ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk
menguasai penggunaan Bahasa Inggeris yang betul demi memenuhi hasrat kerajaan
untuk mengukuhkan Bahasa Inggeris tercapai. Selain itu, diharap buletin ini boleh
membantu memperkenalkan semula SMK Batu 17 kepada komuniti setempat.

Disediakan oleh :

...........................................
(PN SITI SALWANI BINTI SAAD)
Penyelaras Penerbitan
Buletin Bahasa Inggeris
SMK Batu 17.

Anda mungkin juga menyukai