Anda di halaman 1dari 10

ENGLISH PANEL 2020

YBA 3204
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG PETANAK

KERTAS KERJA

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK


’ENHANCING COMUNICATIVE ENGLISH (ECE)’

PENYELARAS

PANITIA BAHASA INGGERIS

MAC HINGGA NOVEMBER

HIP Page 1
ENGLISH PANEL 2020

1.0 PENGENALAN

Program Peningkatan Akademik ’Enhancing Communicative English (ECE)’ ini


merupakan satu program yang telah dirancang di peringkat pentadbiran bidang
kurikulum Sekolah. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu
memperkayakan kosa kata murid. Diharapkan agar dengan modul yang telah di
sediakan, murid-murid dapat meningkatkan prestasi masing-masing dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris.

2.0 RASIONAL

Projek ECE adalah wadah untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan
memberi pelajaran untuk meningkatkan kosa kata murid. Projek ini dapat membantu
mendedahkan murid-murid dalam menggunakan kata kerja yang sesuai terutamanya.
Ianya melibatkan semua murid dalam kelas perdana di tahap satu dan tahap dua.
Projek ini dijalankan semasa dan juga di luar waktu pembelajaran dan pengajaran.

3.0 MATLAMAT

Terdapat tiga matlamat utama yang hendak dicapai melalui pelaksanaan program ini.

a. Meningkatkan kualiti akademik


Pelaksanaan program yang mantap dan berkesan dapat membantu
meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan
seterusnya akan menyumbang kepada peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran
(GPMP).

HIP Page 2
ENGLISH PANEL 2020

b. Menyemaikan minat dan budaya membaca


Minat murid-murid kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris perlu disemai
terlebih dahulu bagi menarik perhatian dan tumpuan mereka dengan
menggunakan kaedah pengamalan tingkah laku melalui pencarian maksud
perkataan dalam kamus. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan budaya membaca
dalam kalangan murid.

c. Meningkatkan disiplin murid


Projek ECE dapat meningkatkan disiplin murid-murid kerana mereka akan
sentiasa bersedia sepanjang masa untuk membaca kerana guru-guru akan menguji
mereka pada bila-bila masa. Oleh yang demikian, mereka akan mengisi masa
luang dengan aktiviti membaca modul sekaligus dapat mematuhi disiplin dan
peraturan sekolah. Selain itu, para guru akan sentiasa melakukan pemantauan
terhadap semua murid dari aspek penampilan dan sahsiah diri mereka agar
disiplin murid-murid berada pada tahap yang baik.

4.0 OBJEKTIF

Terdapat dua objektif yang hendak dicapai melalui pelaksanaan projek ini di
antaranya adalah seperti berikut:
i) Membolehkan murid menggunakan kamus dengan baik
Aktiviti-aktiviti yang mendokong projek ini menjadikan projek ini amat
berkesan. Budaya menjadikan kamus sebagai panduan seharian mereka yang
di laksanakan oleh sekolah memainkan peranan yang penting dalam
meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris murid sama ada di sekolah atau pun
di rumah. Oleh itu, murid-murid dapat menjadikan amalan menggunakan
kamus sebagai rutin yang tidak membebankan.
ii) Meningkatkan kosa kata murid
Penerapan mencari makna kata kerja yang disediakan boleh membantu murid
dalam meningkatkan kosa kata sekaligus membantu mereka dalam
menggunakan kata kerja di dalam membentuk ayat. Sekiranya murid-murid
telah dapat mengaplikasikan perkataan-perkataan ini dalam membentuk ayat,
ia adalah sesuatu yang sangat membanggakan.

HIP Page 3
ENGLISH PANEL 2020

5.0 JADUAL PELAKSANAAN

Jadual Projek ECE dinyatakan seperti Jadual 1 di bawah.

Jadual 1 : Jadual projek ECE


Aktiviti Hari Masa Tempat

Verb Attack Isnin, Rabu Jam 0700-0715 Tapak perhimpunan

Word Power Setiap hari Semasa PdPc Kelas

6.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana:

Penasihat : Jamaliah binti Sahaili (GB)


Pengerusi : Masri bin Usop (PK1)
Penyelaras : Anis Afifah binti Shahiri
Setiausaha : Eva Ak Rusi
Penolong Setiausaha : Sherra Yanjurus
Ahli Jawatankuasa : Semua guru

HIP Page 4
ENGLISH PANEL 2020

7.0 JADUAL GURU BERTUGAS

JADUAL PELAKSANAAN ECE

Aktiviti Hari Masa Guru Bertugas

Verb Attack Isnin dan Jam 0700-0715 Kumpulan guru bertugas


Rabu mingguan

Semasa PdPc
Jumaat guru subjek Guru subjek Bahasa
masing-masing Inggeris kelas masing-
masing

Setiap hari 2 minit sebelum


PdPc

Word Power Setiap hari Semasa PdPc Guru subjek Bahasa


guru subjek Inggeris kelas masing-
Jumaat masing-masing masing

HIP Page 5
ENGLISH PANEL 2020

9.0 ANGGARAN KOS

ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran
Bi
Perkara Harga Kuantiti Jumlah
l
Seunit

1. Kertas A4 RM13.80 10 RM138.00

2. Kertas A4 (160 gsm) RM18.80 3 RM56.40

JUML
RM194.40
AH

10.0 Murid sasaran

Murid tahun 1,2,3,4,5

HIP Page 6
ENGLISH PANEL 2020

11.0 CARA PELAKSANAAN

11.1 Cara pelaksanaan aktiviti Verb Attack

Aktiviti Verb Attack dilaksanakan dua kali seminggu iaitu pada setiap hari
Isnin dan Rabu bermula jam 0700 sehingga jam 0715. Aktiviti ini juga ada melibatkan
hari Jumaat dan pelaksanaan pada setiap hari secara tidak langsung. Pada hari Isnin
dan Rabu, semua murid kecuali murid PPKI dan Prasekolah, akan berkumpul di tapak
perhimpunan dan bersedia dengan buku Modul Verb Attack berserta alat tulis.
Kumpulan guru bertugas mingguan akan bertanggungjawab melaksanakan aktiviti ini.
Murid di perkenalkan dengan 5 perkataan setiap kali aktiviti dijalankan.
Kemudian, murid diminta untuk melengkapkan jadual bagi 5 perkataan dalam ‘-s
form’ dan ‘-ing form’. Masa diberikan selama 3 minit. Setelah itu, murid-murid akan
diberikan jawapan dan masing-masing menyemak jawapan bagi 5 perkataan tersebut.
Murid merekodkan jumlah jawapan pada belakang modul. Setelah selesai, guru atau
murid akan membimbing semua murid membaca setiap perkataan kecuali maksud
perkataan tersebut. Analisis pencapaian murid bagi aktiviti ini akan dibuat oleh guru
mata pelajaran Bahasa Inggeris kelas masing-masing mengikut borang yang
disediakan.
Kesinambungan kepada aktiviti ini, murid dan guru akan memperuntukkan
masa selama dua minit sekurang-kurangnya untuk membaca perkataan-perkataan yang
telah dipelajari sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula setiap hari. Guru dan
murid bebas mengulang seberapa banyak perkataan tersebut.
Setiap hari Jumaat, minggu sebelum aktiviti di jalankan, guru akan
memperuntukkan sedikit masa pengajaran dan pembelajaran bagi memberi ruang
kepada murid untuk mencari maksud perkataan di dalam kamus. Bagi tahap 1, guru
boleh membimbing dengan memberi makna perkataan itu sendiri.

HIP Page 7
ENGLISH PANEL 2020

REKOD PELAKSANAAN VERB ATTACK (MURID)

LESSON SCORE LESSON SCORE LESSON SCORE


1 /10 30 /10 59 /10
2 /10 31 /10 60 /10
3 /10 32 /10 61 /10
4 /10 33 /10 62 /10
5 /10 34 /10 63 /10
6 /10 35 /10 64 /10
7 /10 36 /10 65 /10
8 /10 37 /10 66 /10
9 /10 38 /10 67 /10
10 /10 39 /10 68 /10
11 /10 40 /10 69 /10
12 /10 41 /10 70 /10
13 /10 42 /10 71 /10
14 /10 43 /10 72 /10
15 /10 44 /10 73 /10
16 /10 45 /10 74 /10
17 /10 46 /10 75 /10
18 /10 47 /10 76 /10
19 /10 48 /10 77 /10
20 /10 49 /10 78 /10
21 /10 50 /10 79 /10
22 /10 51 /10 80 /10
23 /10 52 /10 81 /10
24 /10 53 /10 82 /10
25 /10 54 /10 83 /10
26 /10 55 /10 84 /10
27 /10 56 /10 85 /10
28 /10 57 /10 86 /10
29 /10 58 /10 87 /10

HIP Page 8
ENGLISH PANEL 2020

11.2 Cara pelaksanaan Word Power

Word Power adalah aktiviti bantuan bagi memperkayakan kosa kata murid.
Aktiviti ini akan di jalankan setiap hari pada waktu pengajaran dan pembelajaran.
Guru akan menulis sekurang-kurangnya satu perkataan setiap hari di papan tulis Word
Power yang telah disediakan di setiap kelas. Guru akan menulis mana-mana perkataan
yang telah dipelajari pada hari tersebut berserta maksud ringkas.
Aktiviti ini juga akan melibatkan hari Jumaat. Murid akan menulis semua
perkataan yang berada di papan putih tersebut di dalam buku “Vocabulary” yang telah
disediakan.

12.0 PENUTUP

Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan ianya dapat memberi manfaat


yang sewajarnya kepada murid-murid dan seterusnya murid-murid dapat mengaplikasi
budaya tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, pihak sekolah juga
berharap agar program ini dapat meningkatkan semangat kerjasama, rasa
kebertanggungjawaban, berkeyakinan dan berkeupayaan yang tinggi dalam kalangan
murid-murid. Kerjasama dan komitmen guru-guru dan murid-murid adalah tunjang
utama kejayaan program ini. Akhir sekali, diharapkan program ini dapat mewujudkan
semangat kerjasama yang erat dan muhibbah dalam kalangan warga sekolah ini dan
seterusnya mencapai Visi dan Misi sekolah pada masa yang akan datang.

HIP Page 9
ENGLISH PANEL 2020

Disediakan oleh :- Disemak oleh:-

................................... .................................

(Anis Afifah binti Shahiri ) (Masri Bin Usop )

Penyelaras HIP, Penolong Kanan Pentadbiran

Projek ECE, 2020 SK Kampung Petanak, Mukah

Diluluskan Oleh;

__________________________

(Jamaliah binti Sahaili)

Guru Besar,

SK Petanak, Mukah.

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

HIP Page 10

Anda mungkin juga menyukai