Anda di halaman 1dari 5

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2018

1.0 PENDAHULUAN

Sambutan Hari Guru merupakan sambutan tahunan yang diadakan bagi meraikan guru–
guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan. Ia juga merupakan program
tahunan yang wajib dijalankan. Di sekolah, guru akan berperanan memberi tunjuk ajar
sebagai ibu bapa kerana guru bukan setakat mengajar pengajaran untuk membina ilmu
bahkan membangunkan sahsiah dan disiplin murid. Melalui aktiviti Sambutan Hari
Guru, murid dapat berinteraksi dengan guru selaku mentor mereka secara santai tetapi
penuh penghayatan dan pengajaran di sebalik aktiviti yang dijalankan.

Di samping itu, murid juga menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyerlahkan


bakat bagi menghiburkan guru-guru dan menghidupkan suasana Hari Guru. Semoga
aktiviti yang dijalankan memberi erti yang signifikan dalam catatan diari kehidupan
seorang guru. Pada tahun ini warga sekolah akan menjayakan Sambutan Hari Guru
pada kali ke-16 dengan kerjasama Kelab Guru dan Kakitangan (KGK).

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama Sambutan Hari Guru Sek.Keb Puchong Indah 2018 adalah untuk
meraikan dan membalas jasa guru-guru SKPI di samping dapat mengeratkan hubungan
silaturahim di antara guru-guru dan murid-murid.

1
3.0 OBJEKTIF
3.1 Meraikan guru-guru SKPI sempena Sambutan Hari Guru 16 Mei 2018.

3.2 Mengenang dan membalas jasa-jasa guru yang mencurahkan bakti mendidik
murid-murid SKPI.

3.3 Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan


dan murid Sek.Keb. Puchong Indah

4.0 SASARAN

Semua warga Sek.Keb Puchong Indah sesi pagi dan petang seramai 147 orang.

5.0 TEMA

“Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”

6.0 TARIKH

16 Mei 2018 (Rabu)

7.0 TEMPAT

Dewan Terbuka, Sek. Keb Puchong Indah

8.0 PENGANJUR

Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan 2018

2
9.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI


7.20 pagi Perhimpunan pagi dan bacaan Yaasiin
8.00 pagi Murid mengambil tempat di Dewan Terbuka
Ucapan aluan Pengerusi Majlis
Nyanyian Lagu
(Negaraku, Lagu Selangor, Lagu Sekolah &
Lagu Guru Malaysia)
Bacaan Doa
Perutusan YB Menteri Pelajaran
Ucapan Guru Besar
Ucapan Wakil Murid
16 Mei 2018
Persembahan Murid
(Rabu)
Pertukaran hadiah dalam kalangan guru
Rehat

9.30 pagi Sukaneka


10.00 pagi Penyampaian Hadiah
11.30 pagi Sesi Bergambar
Bersurai
1.10 petang Jamuan Makan

3
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. Hadiah Sukaneka
(4 Kumpulan)
Tempat Pertama : RM200.00 2 RM400.00
Tempat Kedua : RM150.00 2 RM300.00
Tempat Ketiga : RM150.00 2 RM300.00
Tempat Keempat : RM150.00 2 RM300.00

2. Hadiah Cabutan Bertuah RM100.00 (30) RM3,000.00

3. Cenderahati RM20.00 (147) RM2,940.00

4. Jamuan Makan Tengahari RM15.00 (147) RM2,205.00

5. Banner RM160.00 RM160.00

JUMLAH RM9605.00

4
11.0 PENUTUP

Semoga Sambutan Hari Guru Peringkat Sek. Keb Puchong Indah 2018 ini dapat
mencapai objektif terutama bagi meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada
warga SKPI. Diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan sifat silaturahim yang
erat dan kerjasama yang padu daripada semua pihak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………….. ………………………………….
(ASIAH BINTI AB RAZAK) (MOHD QAMMARUL ANUAR BIN MOHAMED)
Setiausaha KGK 2018, Pengerusi KGK,
Sekolah .Kebangsaan Puchong Indah. Sekolah.Kebangsaan Puchong Indah.

Disahkan Oleh :

………………………………..
(NOOR ZILAH BINTI MOHAMAD REJAB)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Puchong Indah.

Anda mungkin juga menyukai