Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

SCIENCE
TINGKATAN 2
MATLAMAT KURIKULUM SCIENCE
Matlamat kurikulum Science untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni. Murid yang telah mengikuti
kurikulum Science sekolah menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan mereka mendapatkan
pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi. Kurikulum ini juga bertujuan untuk
membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan membudayakan sains dan
teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF KURIKULUM SCIENCE


Kurikulum Science untuk sekolah menengah membolehkan murid:
1 Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena
alam semulajadi dan pengalaman harian
2 Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian
3 Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
4 Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan
nilai murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan
5 Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains
dan teknologi
6 Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan
7 Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
8 Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan
bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat
9 Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat
10 Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh
penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal
11 Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam
pemuliharaan dan pemeliharaannya.

SCIENCE TINGKATAN 2
BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Mengetahui konsep dan prinsip asas sains

2 Mengetahui dan memahami konsep dan prinsip sains

3 Mengaplikasi pengetahuan saintifik untuk mengembangkan pemahaman konsep dan prinsip sains

4 Menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk konsep dan prinsip
sains

5 Mengamal dan menilai maklumat saintifik yang berkaitan konsep dan prinsip sains dan teknologi dalam
menyelesaikan masalah

6 Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang berkaitan
dengan sains dan teknologi

SCIENCE TINGKATAN 2
TEMA / TAJUK BAND DESKRIPTOR

1 menyatakan pelbagai jenis kecacatan penglihatan dan


TEMA D pendengaran dengan betul.
PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN 2 menerangkan mekanisma pendengaran, mekanisme
HIDUP penglihatan, kemandirian haiwan dengan penglihatan
stereoskopik dan monokular, ilusi optik, titik buta dan
TAJUK 8 fungsi kelas makanan dengan jelas.
DUNIA MELALUI DERIA KITA
3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai sistem
pencernaan, kepentingan penyerapan semula air, dan
TAJUK 9 amalan pemakanan secara meluas.
NUTRISI 4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran
saintifik untuk mengkaji hubungan antara organ deria dan
rangsangan, sifat-sifat cahaya melalui medium yang
berbeza, jenis kecacatan mata dan pembetulan, sifat bunyi
dan kehadiran kanji, glukosa, protein dan lemak dalam
makanan mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat


gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan dan
penyerapan glukosa melalui tiub visking menggunakan
prosedur yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan


mengenai menu gizi seimbang secara kreatif, inovatif dan
lengkap.

SCIENCE TINGKATAN 2
TEMA/ TAJUK BAND DESKRIPTOR

1 menyatakan contoh pelbagai komponen dalam biodiversiti dengan


TEMA B betul.
MANUSIA DAN KEPELBAGAIAN
BENDA HIDUP 2 menerangkan maksud spesies, komuniti, populasi, habitat, ekosistem,
pengeluar, pengguna, dan pengurai dan langkah-langkah pemuliharaan
dan pemeliharaan dengan jelas.
TAJUK 10 3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai pengelasan
BIODIVERSITI kepelbagaian tumbuhan dan haiwan serta kepentingannya kepada
persekitaran, jenis interaksi antara organisma hidup, rantai makanan,
siratan makanan dan piramid nombor secara meluas.
TAJUK 11
SALING BERSANDARAN ANTARA 4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk
ORGANISMA HIDUP DAN mengkaji spesies, habitat, populasi, komuniti dengan saling bersandaran
PERSEKITARAN antara organisma hidup dan persekitaran dalam mewujudkan ekosistem
yang seimbang mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat faktor-


faktornya yang mempengaruhi proses fotosintesis mengikut prosedur
yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai


kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran, kebaikan
dan keburukan kawalan biologi dalam pertanian serta kepentingan
proses fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem seimbang secara
kreatif, inovatif dan lengkap

SCIENCE TINGKATAN 2
TEMA/ TAJUK BAND DESKRIPTOR

1 menyatakan ciri-ciri fizikal air dengan betul.


TEMA C
JIRIM DALAM ALAM 2 menerangkan kepentingan air sebagai pelarut universal dan kegunaan
pelarut organik dalam kehidupan dengan jelas.

TAJUK 12 3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai kaedah pembersihan


AIR DAN LARUTAN dan sistem bekalan air secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk


TAJUK 13 mengkaji takat beku dan takat didih air serta kesan bendasing ke atas
TEKANAN UDARA ciri fizikal air, komposisi air melalui elektrolisis, perbezaan antara
larutan cair, pekat, tepu, dan bahan terampai, bahan berasid dan
beralkali dan pergerakan zarah udara dan kaitannya dengan tekanan
serta aplikasi dalam kehidupan harian mengikut prosedur yang betul
dengan bimbingan.
5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat proses
penyejatan dan keterlarutan zat terlarut mengikut prosedur yang betul
dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai


pencemaran alam sekitar secara kreatif, inovatif dan lengkap.

SCIENCE TINGKATAN 2
TEMA/ TAJUK BAND DESKRIPTOR

1 menyatakan unit daya dengan betul.


TEMA E
DAYA DAN GERAKAN 2 menerangkan konsep pengukuran daya dengan jelas.

TAJUK 14 3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai sistem sokongan


DINAMIK haiwan secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk


TAJUK 15 mengkaji daya, kerja, dan kuasa dengan menggunakan rumus, sistem
SOKONGAN DAN GERAKAN sokongan haiwan dan system sokongan tumbuhan mengikut prosedur
yang betul dengan bimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat kesan


permukaan terhadap magnitud daya geseran mengikut prosedur yang
betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai sistem


sokongan secara kreatif, inovatif dan lengkap

SCIENCE TINGKATAN 2
TEMA/ TAJUK BAND DESKRIPTOR

1 menyatakan pelbagai objek yang menggunakan prinsip tuas dengan


TEMA H betul.
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
DAN INDUSTRI DALAM 2 menerangkan kedudukan beban, daya, dan fulkrum dengan jelas.
MASYARAKAT

TAJUK 16 3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai pengelasan tuas


STABILITI secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk


TAJUK 17 mengkaji titik keseimbangan dan momen daya mengikut prosedur yang
MESIN RINGKAS betul dengan bimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat luas tapak


dan kedudukan pusat graviti terhadap kestabilan objek mengikut
prosedur yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai aplikasi


konsep kestabilan atau mesin ringkas secara kreatif, inovatif dan
lengkap.

SCIENCE TINGKATAN 2

Anda mungkin juga menyukai