Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN HANG TUAH (2)

JALAN HANG TUAH


55200 KUALA LUMPUR.
TEL:03-92214770 FAX:03-92214770
Tarikh : 22 April 2016
Kepada:
Ibubapa/Penjaga murid Tahun 6,
SK Jalan Hang Tuah 2,
Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

KELAS TAMBAHAN HUJUNG MINGGU (SABTU) BAGI MURID TAHUN 6 2016


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan mengadakan kelas tambahan
hari sabtu untuk murid Tahun 6 bermula dari (27 April 2016-30 Ogos 2016) jam 8.00 pagi –
12.30 tengahari. (Sila Rujuk Jadual yang dilampirkan)
3. Tujuan diadakan kelas tambahan ini adalah untuk memberi pengukuhan dan
memantapkan lagi pengetahuan murid-murid sebagai persediaan menghadapi peperiksaan
UPSR nanti. Ganjaran akan diberikan sebagai galakan kepada murid-murid yang dapat hadir
penuh kelas tambahan yang diadakan.
4. Pihak sekolah berharap tuan/puan dapat membenarkan anak jagaan tuan/puan
menghadiri kelas tambahan dan membawa makanan/minuman sebagai bekalan. Di
samping itu pihak sekolah juga berharap pihak tuan/puan dapat memastikan keselamatan
anak tuan/puan semasa datang dan pulang dari kelas tambahan ini.
5. Kerjasama daripada tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

____________________________
Ruslan bin Kasim
GPK Tadbir dan Kurikulum
b/p Guru Besar
SK Jalan Hang Tuah 2
Kuala Lumpur
…………………………………(potong disini)……………………………………………………………………………
Kepada Guru Besar: (nama anak)
Saya dengan ini akan memastikan bahawa anak saya ____________________________ dari tahun 6 _____
* akan hadir / tidak hadir ke kelas tambahan tahun 6 yang akan diadakan .
Sekian terima kasih.
Yang benar,
_____________________
(No. tel_________________________ )
* potong yang tidak berkenaan
JADUAL KELAS TAMBAHAN TAHUN 6
(SABTU)
APRIL-OGOS
(8 pagi – 12.30 tengahari)

BIL TARIKH MATAPELAJARAN


1 23/4/2016 -Bahasa Inggeris
-Sains
2 7/5/2016 -Bahasa Melayu
-Matematik
3 14/5/2016 -Bahasa Inggeris
-Sains
4 21/5/2016 -Bahasa Melayu
-Matematik
5 28/5/2016 (Awal Cuti -Bahasa Inggeris
Semester 1) -Sains
6 11/6/2016 (Akhir Cuti -Bahasa Melayu
Semester 1) -Matematik
7 18/6/2016 -Bahasa Inggeris
-Sains
8 25/6/2016 -Bahasa Melayu
-Matematik
9 2/7/2016 -Bahasa Inggeris
-Sains
10 16/7/2016 -Bahasa Melayu
-Matematik
11 23/7/2016 -Bahasa Inggeris
-Sains
12 30/7/2016 -Bahasa Melayu
-Matematik
13 6/8/2016 -Bahasa Inggeris
-Sains
14 13/8/2016 -Bahasa Melayu
-Matematik
15 20/8/2016 -Bahasa Inggeris
-Sains
16 27/8/2016 -Bahasa Melayu
-Matematik
 Jadual ini tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan
akan dimaklumkan kemudian.

Anda mungkin juga menyukai