Anda di halaman 1dari 3

TADIKA PINTAR BISTARI

Cawangan Taman Scientex 1 (J5AA092 )


2, Jalan Kijang 3, Taman Scientex,
81700, Pasir Gudang, Johor. Tel : 019-766 7213
Laman Web : http://pintarbistari.edu.my Email : pintarbistari@ymail.com

Kepada : Tarikh : 25 Julai 2016


Ibubapa /Penjaga 20 Syawal 1437H
Ruj : TS1 08/16
Tuan / Puan

PER : MAKLUMAN OGOS

1. AKTIVITI RENANG

Tarikh Kelas sesi pagi Kelas sesi petang


15 Ogos 2016 ( Isnin ) 6 Pintar , 6 Cerdas 6 Bistari 2, 6 Pandai
16 Ogos 2016 ( Selasa ) 5 Bistari 1, 5 Cerdas 5 Pandai, 5 Bijak
17 Ogos 2016 ( Rabu ) 6 Bistari 1 5 Bistari 2

2. LAWATAN KE PERPUSTAKAAN PASIR GUDANG ( 6 TAHUN SAHAJA )

Lawatan akan dijalankan seperti jadual berikut :

 Tarikh lawatan : Murid sesi pagi : 10 Ogos 2016 (Rabu)


 Waktu : Sesi pagi - 9.30 pg ~ 10.30pg
Sesi petang - 12.30tgh ~ 1.30ptg
 Pakaian : Uniform sekolah lengkap ( berkasut & berstoking ).
( Murid-murid dikehendaki membawa buku mengikut jadual seperti biasa )

a) Sila isikan borang kebenaran dan diserahkan kepada pihak tadika


sebelum @ pada 31 Julai 2016 (Ahad)
b) Hanya murid (6 tahun) yang mendapat kebenaran ibubapa sahaja yang akan dibawa
oleh pihak tadika untuk menyertai lawatan ini.

3. UJIAN 4 ( 6 TAHUN SAHAJA )

Tarikh Ujian : 24 Ogos 2016 (Rabu)


Subjek : Bahasa Melayu, English, Matematik dan Jawi /Pen.Islam.

 Di harap ibu bapa dapat memastikan anak-anak membuat ulang kaji di rumah dan
membawa alat tulis yang lengkap ( pensel, pemadam, pembaris dan pensel warna )
pada tarikh tersebut.
 Keputusan bolehlah dilihat di laman web tadika mulai 5 September 2016 (Isnin).

4. CUTI HARI KEBANGSAAN

Tarikh bercuti : 31 Ogos 2016 (Rabu)

MyBistari Group (Tmn Scientex ) Page 1


5. PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK (6 TAHUN SAHAJA) - Sila rujuk lampiran

 Tarikh Program : 31 Ogos 2016 (Rabu)


 Cuti Peristiwa : 1 September 2016 (Khamis)
 Tadika akan bersekolah seperti biasa pada 4 September 2016 (Ahad).

6. KERJA RUMAH (HOMEWORK)

Didapati sejak kebelakangan ini, ada segelintir murid yang tidak menyiapkan kerja rumah yang
telah diberikan oleh guru. Ini akan menganggu proses pembelajaran murid di tadika. Diharap
pihak ibu bapa dapat memantau hasil kerja rumah yang diberikan. Sila pastikan kerja sekolah
tersebut siap dan dihantar pada keesokan harinya.

7. KEMPEN 1 MURID 1 BUKU CERITA

Tahniah, anak-anak kita telah ramai yang boleh membaca. Oleh itu, bagi menambahkan
koleksi bahan bacaan di perpustakaan mini tadika, ibu bapa diminta untuk menjayakan
kempen 1 Murid 1 Buku Cerita ini. Caranya :
 Setiap murid dikehendaki membawa 1 buku cerita samada B.Malaysia @ B. Inggeris
@ Jawi (lebih dari 1 juga dialu-alukan).
 Samada dibeli baru @ yang telah sedia ada ( sila pastikan buku di dalam keadaan
baik , tidak koyak, tidak diconteng ).
 Sila penuhkan borang di bawah dan lampirkan bersama-sama dengan buku cerita
tersebut.

8. PEMBUKAAN TADIKA BARU

Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah tadika baru akan dibuka beralamat seperti berikut:

No. 29, Jalan Tiong 10, Taman Scientex,


81700, Pasir Gudang, Johor
(berhampiran sekolah rendah dan menengah Taman Scientex)

Tadika ini akan menggunapakai silibus yang sama dengan tadika yang lain.
Subjek sempoa ditiadakan tetapi akan digantikan dengan subjek Bahasa Arab.
Mohon diuar-uaran kepada rakan dan saudara yang tinggal di kawasan berhampiran.
Sebarang pertanyaan berkaitan tadika baru ini, bolehlah berhubung dengan Gurubesar
TPB cawangan Taman Scientex (2), Pn. Siti Rugayah di HP: 0197350 900 pada waktu
pejabat.

Sekian, untuk makluman. Ibubapa diminta menyimpan surat makluman yang diedarkan pada
setiap bulan bagi rujukan tuan/puan. Kerjasama & perhatian dari tuan amat diperlukan. Jika
terdapat sebarang pertanyaan & kemusykilan sila hubungi pihak tadika. Terima kasih.

Yang benar,
Zainun Binti Mat Lazim
Pengurus

MyBistari Group (Tmn Scientex ) Page 2


BORANG KEMPEN 1 MURID 1 BUKU CERITA

Cawangan :

TM / TS1 / TS2 / TMPB / TKM1 / TKM2 / TIPB / TR / TIB ( **Bulatkan )

Nama anak : _____________________________________________________________

Kelas : __________________________

Tajuk buku cerita :


i. ____________________________________________________
ii. ____________________________________________________
iii. ____________________________________________________

BORANG KEBENARAN LAWATAN KE PERPUSTAKAAN AWAM PASIR GUDANG


(Pelajar 6 tahun sahaja )
( perlu diserahkan sebelum @ pada 31 Julai (Ahad)

Nama anak : ______________________________________________________________

Kelas : 6 ___________________________

Cawangan : TM / TS1 / TS2 / TMPB / TKM1 / TKM2 / TIPB / TR / TIB (**Bulatkan )

a) Saya _______________________________________ ibu / bapa kepada murid bernama di


atas, dengan ini membenarkan anak saya menyertai lawatan tersebut yang akan di-
jalankan oleh MyBistari Group.

b) Saya juga faham bahawa pihak Tadika Pintar Bistari / Tadika Nur Pintar Bestari/ Tadika
Inovasi Bestari / Tadika Minda Pintar Bestari / Tadika Ilmu Pintar Bestari mengambil
segala langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya. Dengan ini, saya memberi pen-
gakuan bahawa saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang atau
mahkamah terhadap Tadika Pintar Bistari / Tadika Nur Pintar Bestari/ Tadika Inovasi
Bestari / Tadika Minda Pintar Bestari / Tadika Ilmu Pintar Bestari atau wakilnya atau
sesiapa yang berkaitan dengan aktiviti ini di atas apa-apa kemalangan, kematian, keca-
catan anggota atau kehilangan anggota dan sebarang kecederaan lain terhadap anak saya
yang berlaku di dalam perjalanan pergi dan balik dan semasa dalam program lawatan ini. .

c) Saya memberi kebenaran kepada Tadika Pintar Bistari / Tadika Nur Pintar Bestari/
Tadika Inovasi Bestari / Tadika Minda Pintar Bestari / Tadika Ilmu Pintar Bestari atau
wakilnya memberi apa-apa rawatan atau pertolongan perubatan kepada anak saya jika di-
dapati perlu.

Tandatangan ibu / bapa : __________________ Tarikh : _______________

No. Tel : _________________________

MyBistari Group (Tmn Scientex ) Page 3

Anda mungkin juga menyukai