Anda di halaman 1dari 4

KELAS CIKGU SHAHIDAH

Positif | Produktif | Proaktif

Surat 2016/1

Isnin, 4hb Januari 2016

KELAS CIKGU SHAHIDAH @ 2M1


Kepada Ibu Bapa / Waris,
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput anda melangkah ke
Tahun Baru. Saya Cikgu Shahidah, guru yang mengajar kelas Bahasa Melayu anak
anda.
Saya percaya bahawa hubungan yang baik antara ibu bapa dengan guru
adalah penting bagi kejayaan anak anda. Sepanjang tahun ini, saya akan
berkomunikasi dengan anda melalui nota, panggilan telefon, laporan pencapaian
dan sesi pertemuan ibu bapa.
Jika anda perlu hubungi saya mengenai anak anda, sila tulis kepada saya di buku
Pupils Companion. Anda juga boleh menghubungi saya melalui alamat e-mel
nur_shahidah_hafizza@moe.edu.sg atau telefon Staff Room 6765 4629.
Saya sangat menghargai jika anda boleh mengawasi anak anda setiap hari dan
memastikan kerja rumah sudah diselesaikan. Murid perlu tulis kerja rumah seharian
mereka di buku Pupils Companion. Sila ingatkan anak anda untuk membawa
buku Pupils Companion mereka setiap hari.
Berikut adalah beberapa perkara sebagai catatan untuk anda memulakan tahun
ini dengan sebaik mungkin:

Ejaan
Senarai Ejaan akan diberikan dalam masa terdekat dan Ejaan akan diadakan
pada setiap hari Selasa.

Bacaan Senyap (Silent Reading)


Anak anda dikehendaki membaca buku cerita Bahasa Melayu selain buku
cerita Bahasa Inggeris untuk bacaan senyap di dewan. Harap sediakan buku
cerita untuk anak anda.

Saya akan mengumpulkan beberapa barang daripada anak anda pada hari
Selasa dan Rabu (5hb & 6hb Januari 2016). Ini akan membantu meringankan beg
anak anda dan memudahkan pengajaran di dalam bilik darjah. Harap tulis nama
dan kelas anak anda dengan jelas pada barang-barang tersebut.

20 Choa Chu Kang Avenue 2 Singapore 689905 Tel: 67661574 Fax: 67661583
http://www.chuachukangpri.moe.edu.sg

KELAS CIKGU SHAHIDAH


Positif | Produktif | Proaktif

Berikut adalah senarai barang yang diperlukan.


Senarai Barang yang perlu dibawa
Bahasa Melayu Kelas 2M1
1) CEKAP Buku Aktiviti 2A (murid membawa CEKAP Buku Teks ke sekolah setiap hari)
2) Rakyat Budiman Buku Teks & Aktiviti 2
3) 1 A5 single line exercise book (untuk Ejaan)
4) 1 fail hijau
Fail BAHASA untuk memfail lembaran kerja
Saya telah melampirkan Borang Butir Murid. Harap isikan borang tersebut dan
pulangkan kepada saya. Maklumat yang anda berikan adalah sebagai rujukan
saya.
Saya juga telah memberikan kad nama (namecard) saya untuk anda dan anak
anda. Pada kad nama tersebut, tertera alamat emel dan alamat lelaman kelas
serta nombor saya sebagai rujukan anda.
Dalam apa jua keadaan sekiranya anak anda tidak mempunyai barang-barang di
atas, harap tulis nota dalam buku Pupils Companion dan saya akan
mengumpulkan barang tersebut pada hari yang lain.
Saya berasa besar hati dan mengalu-alukan anda dan anak anda ke sekolah
kami. Semoga tahun 2016 memberi anak anda pengalaman belajar yang
berguna dan bermakna. Terima kasih atas sokongan anda.

Yang benar,

________________
Cikgu Shahidah
Guru Bahasa Melayu

20 Choa Chu Kang Avenue 2 Singapore 689905 Tel: 67661574 Fax: 67661583
http://www.chuachukangpri.moe.edu.sg

KELAS CIKGU SHAHIDAH


Positif | Produktif | Proaktif

BORANG BUTIR PERIBADI


MURID
Nama Penuh Murid :
No Kad Pengenalan :

Kelas :
Tarikh Lahir :

Alamat Rumah :
S(
No Telefon Rumah :
Alamat E-mel (jika ada) :
Butir Penting yang lain :

IBU BAPA MURID


Nama Ibu :
No Tel Bimbit :

Pekerjaan :
No Tel Pejabat :

Alamat E-mel (jika ada) :


Nama Bapa :
No Tel Bimbit :

Pekerjaan :
No Tel Pejabat :

Alamat E-mel (jika ada) :

20 Choa Chu Kang Avenue 2 Singapore 689905 Tel: 67661574 Fax: 67661583
http://www.chuachukangpri.moe.edu.sg

KELAS CIKGU SHAHIDAH


Positif | Produktif | Proaktif

ADIK-BERADIK MURID @ CCKPS


Kelas :

Nama :

JIKA BERLAKU KECEMASAN


Orang yang perlu dihubungi :
Hubungan :

No Telefon :

20 Choa Chu Kang Avenue 2 Singapore 689905 Tel: 67661574 Fax: 67661583
http://www.chuachukangpri.moe.edu.sg

Anda mungkin juga menyukai