Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH : SMK TUNGKU, LAHAD DATU, SABAH

PANITIA : BAHASA MELAYU


PERKARA : LAPORAN ANALISIS (POST MORTEM)
PEPERIKSAAN : PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018
TAHUN : 2018
___________________________________________________________________________

ANALISIS KEPUTUSAN (GPMP BAHASA MELAYU):


TAHUN GPMP Perbezaan
PPT 2018 6.97 + 0.05
US 1 2018 7.02

ANALISIS KEPUTUSAN (PERATUS LULUS BAHASA MELAYU):


TAHUN % Perbezaan
PPT 2018 57 -4
US 1 2018 61

ANALISIS KEPUTUSAN (GPMP KELAS):


KELAS
TAHUN
5D 5E 5J 5R 5S 5T
PPT 3.83 5.87 6.24 8.86 8.77 8.14
US 1 3.97 6.90 6.30 8.23 8.24 8.35

Perbezaan + 0.14 +1.10 +0.06 - 0.63 - 0.53 +0.21

ANALISIS KEPUTUSAN (GRED):


GRED
TAHUN
A+ A A- B+ B C+ C D E G
PPT 0 1 15 5 17 8 17 18 22 79
US1 0 3 9 2 11 22 19 15 29 71

Perbezaan 0 -2 +6 +3 +6 - 14 -2 +3 -7 +8
PUNCA-PUNCA KEMEROSOTAN:
1) Terdapat bahagian tidak dijawab oleh pelajar kerana faktor pengurusan masa yang
lemah
Berdasarkan pasca nilai yang dilakukan, bahagian yang tidak sempat dijawab oleh
pelajar ialah Karangan Berpandu (kertas 1 bahagian A) dan soalan novel (Kertas 2
soalan 4). Kelemahan ini dikesan kerana pelajar jarang didedahkan dengan
pengurusan masa yang betul sehingga menyebabkan soalan yang mudah disia-
siakan. Terdapat juga pelajar yang tidak berusaha menjawab soalan itu kerana faktor
tidak ada motivasi untuk menjawab dengan bersungguh-sungguh terutama ketika
peperiksaan sebenar berlangsung.

2) Kurang pembudayaan tatabahasa di dalam kelas


Berdasarkan analisis item, soalan tatabahasa (kertas 2 soalan 3) menyumbang ke
arah kemerosotan markah pelajar. Difahamkan, guru tingkatan lebih memberi fokus
kepada bahagian kertas 1 (karangan) dan mengabaikan bahagian tatabahasa.
Terdapat juga pelajar yang mempunyai perbendaharaan kata yang kurang dan lemah
dalam peribahasa.

3) Soalan yang diuji adalah soalan yang tidak disangka-sangka.


Soalan novel merupakan soalan yang agak susah dan aras tinggi yang memerlukan
kebolehan KBAT pelajar dalam menjawab soalan. Majoriti guru-guru tidak
menekankan soalan ini dan lebih kepada fokus soalan KBAT mudah dan sebelum ini
mampu dijawab oleh pelajar.

4) Masih wujud pelajar PROBIM


Pelajar yang gagal terdiri daripada pelajar PROBIM yang lemah dalam 2M. Walaupun
pihak sekolah telah mengambil pelbagai inisiatif seperti menubuhkan kelas PROBIM
dan bimbingan khas oleh guru-guru tertentu, pelajar-pelajar PROBIM ini masih tidak
mampu untuk menjelmakan keputusan sekurang-kurangnya lulus.
5) Terdapat pelajar yang ponteng tegar
Terdapat beberapa orang pelajar mempunyai masalah disiplin seperti ponteng yang
melebihi 60 hari ke atas. Walaupun pihak sekolah mempergiatkan usaha
membenteras budaya ponteng ini, namun, pelajar masih ponteng dan hanya datang
ke sekolah semasa peperiksaan sebenar. Hal ini telah mendukacitakan pihak sekolah
kerana kuasa menyekat pelajar yang ponteng adalah terbatas. Malah dikhuatiri
pelajar ini juga akan terus melakukan perangai yang sama ketika SPM nanti.

6) Kehadiran pelajar dalam bengkel dan kelas intensif yang kurang memuaskan

Program kecemerlangan sedang dijalankan. Malah, tahun ini, Program


kecemerlangan lebih berfokus, lebih teratur dan dilaksanakan sehingga beberapa
siri. Tahun 2018 sahaja, kelas intensif yang dilaksanakan atas inisiatif sekolah dan
terdapat juga kelas tambahan berbayar (YAYASAN BUKHARI), namun, malangnya
terdapat pelajar yang menjadikan ponteng kelas tambahan sebagai amalan dan
dilakukan secara beramai-ramai. Tindakan disiplin, pendekatan kaunseling dan
sebagainya telah dilaksanakan namun pelajar tetap memberikan kerjasama yang
agak hambar.

LANGKAH-LANGKAH PENINGKATAN
1) Menghabiskan sukatan pelajaran sebelum bulan Jun
2) Mengguna pakai analisis item untuk menganalisis bahagian yang lemah oleh pelajar.
3) Mengadakan bengkel pemarkahan untuk guru dan bengkel menjawab soalan untuk
pelajar.
4) Membiasakan pelajar menjawab soalan dalam jangka masa yang ditetapkan.
5) Melaksanakan Program Istiqamah Bahasa Melayu yang memberi fokus pada
karangan bagi kelas 5D, 5E dan 5J. Bagi kelas 5R, 5S dan 5T fokus kepada soalan
rumusan dan novel.
6) Melaksanakan program yang lebih berfokus dengan mengambil kira pelajar nearmiss
cemerlang (Lonjakan Berlian dan Emas) dan nearmiss lulus (Lonjakan Permata)
7) Memberikan rangsangan berbentuk hadiah bagi pelajar yang cemerlang dalam
peperiksaan dan pelajar yang mendapat lonjakkan tinggi. Fokus juga diberikan
kepada pelajar lemah untuk menggalakkan mereka untuk terus belajar dan minat
belajar.

Disediakan Oleh:

(DATU RAMLEE DATU AMIR HUSSIN)


KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
SMK TUNGKU, LAHAD DATU, SABAH.

Anda mungkin juga menyukai