Anda di halaman 1dari 71

Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 1


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Rahsia Nikah
Membongkar RAHSIA mengapa pengantin lelaki
GEMURUH ketika majlis AKAD NIKAH dan cara
MENGATASINYA melalui tip dan panduan yang
amat berguna kepada bakal pengantin yang akan
melangsungkan perkahwinan mereka.

Ditulis Oleh:

Amir Azros Abdul Aziz


Team Rahsia Nikah
http://www.rahsianikah.blogspot.my

Disemak Oleh :

Ustaz Hakimin Bin Hassan


Pegawai Hal Ehwal Islam
Jabatan Agama Islam Negeri Kedah

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 2


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Sila gunakan modul ini untuk rujukan anda. Anda TIDAK


DIBENARKAN mengedarkan mana-mana bahagian ebook ini
dalam apa bentuk dan cara sekalipun sama ada elektronik,
mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat dalam
bentuk softcopy melalui CD, disket dan bahan-bahan lain.

Anda DILARANG DUPLIKASIKAN FAIL ini dan


mengedarkannya semula kerana ia tergolong di dalam kesalahan
harta intelek (cetak rompak).

Hakcipta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My. Sekiranya


anda telah menerima ebook ini secara percuma atau berbayar dari
sumber selain daripada RahsiaNikah.Blogspot.My, sila laporkan
kepada amirazros@yahoo.com

Kerjasama anda amat dihargai dalam menangani kesalahan


harta intelek. Team Rahsia Kahwin amat mengambil berat isu
ini.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 3


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

LEGAL DISCLAIMER

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa

masalah berhubung kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa

risiko, ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku atas

penggunaan dan aplikasi e-book ini secara langsung atau tidak

langsung.

Hasil kandungan e-book ini adalah berdasarkan pengalaman, kajian

dan pemerhatian yang dilakukan oleh penulis sebelum dan semasa

tulisan ebook ini dibuat.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 4


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

KATA-KATA ALUAN

Terlebih dahulu berbanyak syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnia dan
izinNya, maka terhasillah e-book ini yang diharapkan dapat menjadi sumber
rujukan berguna kepada semua pembacanya. E-book ini dihasilkan atas usaha
sendiri berpandukan pembacaan, pengalaman dan kajian penulis yang telah banyak
membaca mengenai upacara perkahwinan, telah banyak menghadiri majlis-majlis
aqad nikah dan pengalaman penulis sendiri setelah lebih 8 tahun berumahtangga.

E-book ini memberi panduan kepada anda khususnya kepada mereka yang ingin
melangsungkan perkahwinan dengan bakal isteri pilihan masing-masing. Banyak
tip dan panduan untuk anda yang bakal mendirikan rumahtangga khususnya
pendedahan mengenai majlis terpenting iaitu upacara Aqad Nikah, yang jarang-
jarang diberi tumpuan oleh masyarakat kita hari ini, kerana rata-rata mereka lebih
fokus kepada majlis Walimatul Urus sahaja.

Akhir kata, jadikanlah e-book ini sebagai salah satu daripada sumber rujukan untuk
anda menambahkan lagi ilmu berkaitan alam perkahwinan. Semoga anda dapat
melangsungkan perkahwinan dengan baik dan lancar serta berkekalan hingga ke
akhir hayat, Insyaallah.

Amir Azros Abdul Aziz


Team Rahsia Nikah
http://www.rahsianikah.blogspot.my/

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 5


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

ISI KANDUNGAN
Kata Aluan
Pengenalan
Persediaan Perkahwinan
- Merisik
- Hari Pertunangan
- Malam Berinai
- 6 bulan sebelum kahwin
- 3 bulan sebelum kahwin
- 3 minggu sebelum kahwin
- Persediaan Aqad nikah
- Hari Perkahwinan
- Selepas selesai majlis perkahwinan

Persediaan Pendaftaran Nikah


Persiapan Aqad nikah
Kesilapan yang selalu dilakukan oleh pengantin lelaki
Mengapa Bakal Pengantin Tersilap
Turutan Peristiwa Majlis Akad
Apa itu Ta’aliq
Apa Persiapan Anda
Adab Semasa Aqad
Tip Sebelum Aqad nikah
Majlis Perkahwinan
Tip Bajet
Senarai Semak Bajet
Penutup
Istilah Munakahat

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 6


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

PENGENALAN

Perkahwinan merupakan impian setiap insan di dunia ini. Majlis perkahwinan

adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan

pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai

yang rapat.

Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik,

meminang , bertunang , penghantaran belanja , majllis bersanding seharusnya

berjalan dengan lancar dan tersusun. Mengikut adat dahulu, dari segi

persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam,

berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan

keseluruhannya adalah majlis bersanding.

Di masa dahulu, perkahwinan adalah satu aspek perjalanan hidup yang

dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak

masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai

masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih calon isteri untuk

anaknya. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mencari gadis sesuai

untuk dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 7


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Apabila calon yang sesuai sudah ditemui, maka berlakulah upacara adat istiadat

seperti merisik, bertunang dan seterusnya melangsungkan perkahwinan.

Namun, pada kebiasaanya, dalam sesuatu majlis perkahwinan, kebanyakkan dari

kita hanya tertumpu kepada upacara persandingan dan majlis kenduri kahwin itu

sendiri.

Kadang-kadang si pengantin lelaki terlupa bahawa ada satu peristiwa wajib yang

lagi besar yang perlu diberi tumpuan iaitu upacara aqad nikah. Sebab itu, kita

selalu dengar ramai bakal pengantin lelaki gugup dan gemuruh di hadapan Tok

Kadhi sehingga lafaz nikah terpaksa diulang berkali-kali, baru sah pernikahan

tersebut.

Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda sesuatu yang kurang diberi tumpuan

pada sesuatu perkahwinan iaitu majlis aqad nikah. Ebook ini ditulis hasil dari

kajian, bacaan, pengalaman penulis menghadiri majlis aqad nikah orang lain dan

pengalaman penulis sendiri. (dah 8 tahun kahwin semasa ebook ini ditulis)

Bagi anda yang ingin melangsungkan perkahwinan, saya rasa anda amat bertuah

kerana anda telah mengetahui suasana sebenar majlis akad tersebut terlebih

dahulu dan anda boleh membuat persiapan awal. Sebelum kita bincang mengenai

majlis akad, elok rasanya saya sentuh sedikit mengenai persediaan perkahwinan

secara umum.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 8


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

PERSEDIAAN PERKAHWINAN

Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari
pernikahan. Sebaiknya anda cetak dan tandakan perkara yang telah anda
lakukan.

MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik gadis pilihan, mereka perlulah
memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:

• Cincin belah rotan. (cincin tanda)

• Wang tanda (hantaran) – ikut tempat

• Baju sepasang atau kain

• Buah-buahan

• Kuih-muih

• Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu

bapa saudara)

• Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan

sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak. (kini

kebanyakkan pasangan adalah pilihan sendiri)

• Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk

melamar si gadis.

• Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain

barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih akan

diberikan.

• Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 9


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama

lelaki tersebut.

• Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.

• Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

(Majlis merisik tidak semestinya dilakukan, ada pasangan yang terus

bertunang tanpa upacara merisik. Ini pilihan kepada anda)

HARI PERTUNANGAN:

Keperluan di hari pertunangan:

• Cincin

• Sirih junjung (tepak sirih)

• Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-

buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah

anda rancangkan.

• Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin

kepada si gadis.

(sesetengah pasangan, bakal pengantin lelaki tidak menyertai rombongan

meminang, tetapi ada kemungkinan juga bakal pengantin lelaki diminta

untuk turut serta dalam majlis meminang tersebut. Ia bergantung kepada

keadaaan, jadi di sini anda perlu buat keputusan. Jika anda turut serta dalam

majlis meminang itu, jangan pulak anda sendiri yang sarungkan cincin

kepada si gadis tu.....jangan buat malu!)

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 10


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

MALAM BERINAI:

Ialah malam di mana anda memakai inai.

• Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan
anda.

• Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka


yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai
anda.

(Biasanya pengantin lelaki inaikan 3 jari sebelah tangan kanan iaitu jari
tengah, jadi manis dan jari kelingking. Jangan anda inai sampai 10
jari…malu nanti)……

Berikut saya berikan senarai semak untuk majlis perkahwinan atau


persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari
persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan panduan dalam
memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

6 bulan sebelum kahwin:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu


tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa


dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.

• Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah


pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 11


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur

dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau dewan…modal

besar ok la…..)

• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian

pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah,

internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi

mendapatkan gambaran awal.

• Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan

yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang

disediakan sekali dengan pakaiannya)

• Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda.

• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya. (berdasarkan

pengalaman dan pemerhatian, lebih baik tinggal berasingan dari duduk

bersama orang tua, tak kira sebelah lelaki atau pun perempuan demi

menjaga kerukunan rumah tangga, untuk sementara tak pa la....)

• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau

badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk

mendaftar kursus pra perkahwinan.

• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah

ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau

badan-badan Islam swasta.

• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 12


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah

majlis perkahwinan anda. Saya dulu tempah jurufoto dari MufasaStudio.

Memang tip-top servis mereka.

• Membeli cincin kahwin.

• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan

khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan

menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan. (kini,

ramai yang guna katerer, kakitangan tak cukup untuk masak sendiri..)

• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput

• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.

• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan

tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi

mengelakkan tempat ditempah orang lain.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 13


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

3 bulan sebelum perkahwinan

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. Anda boleh rujuk di URL di
bawah ini:
http://www.thekadkahwin.com
http://www.kadkahwin.com.my
http://www.artisart.com.my/home.asp

• Mengesahkan tempahan di hotel atau dewan termasuk jumlah meja

dan kerusi, menu dan sebagainya. (kalau majlis dibuat di luar

kediaman…)

• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. (cek diri anda

sama ada pembawa talesemia atau tidak)

• Membeli barang kemas

• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk

pengapit anda.

• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput. (boleh

juga guna ecard – kad elektronik di internet untuk jemputan kahwin

anda). Berikut beberapa URL eCard untuk anda:

http://www.123greetings.com/wedding
http://www.dgreetings.com/couple_cards/wedding/index1.html
• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah

untuk proses mendaftar pernikahan anda.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 14


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Bagi pengantin lelaki:

• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis


pernikahan anda.

• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan


menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:

• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.

• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika
anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim dari
Mahkamah Syariah dahulu atau dari mana-mana Jabatan Agama Islam
untuk menikahkan anda.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 15


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

3 minggu sebelum perkahwinan

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika
anda telah berpuashati.

• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain
hantaran.
• Sediakan seterika, ion board, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan
anda jika berlaku kecemasan.
• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui
telefon. (call, sms atau whatsapp – canggih dah la ni…)
• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya)
anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.
Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang
tertinggal.
• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 16


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Bagi pengantin perempuan:

• Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi

yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis

perkahwinan anda nanti).

• Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis

tersebut.

• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada

hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

Bagi pengantin lelaki:

• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan

tuan rumah pada majlis pernikahan.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 17


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Persediaan Aqad Nikah

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa


dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki

• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan

anda.

• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada

orang yang boleh dipercayai.

• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok

kadi.

• Cincin / gelang tangan / rantai.

• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.

• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya

setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.

• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis

pernikahan tersebut.

• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal

tentang hari pernikahan anda.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 18


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Hari Perkahwinan

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:


• Ambil sarapan seawal 7.00 pagi, bagi mengelakkan anda lapar,

mengantuk dan tidak bermaya.

• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan

sentiasa senyum……relax jer…

• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:


• Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya

sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan.

• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung.

Bagi pengantin perempuan:


• Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum

pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 19


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Selepas Selesai Majlis Perkahwinan:

 Selesai sahaja majlis kenduri kahwin anda, petang tu, anda perlu relax la
sebab malam nanti ada upacara seterusnya. Kebiasaanya upacara
bersanding untuk keluarga dan seterusnya membuka hadiah beramai-
ramai.

 Setelah selesai semuanya dan hari pun dah larut malam, bermulalah
kemuncak upacara sulit anda bersama isteri anda. Rujuk ebook bonus
(panduan malam pengantin) atau buku-buku lain yang sesuai. Ingat,

jangan gelojoh, nanti anda mudah tertewas…

 Keesokannya anda perlu bersedia untuk upacara kenduri sebelah


pengantin lelaki pula.

 Hari ke 3, biasanya anda perlu melawat keluarga dan sanak saudara


kedua-dua pihak. Seterusnya anda pergilah honeymoon di lokasi pilihan
anda. (Jangan kalut nak pergi honeymoon sampai anda tidak ziarah ahli
keluarga terdekat, maklumlah hati tengah excited sangat kan).

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 20


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

PERSEDIAAN PENDAFTARAN NIKAH

Sebelum kita bincang mengenai majlis aqad nikah, rasanya elok saya huraikan
sedikit mengenai prosedur perkahwinan secara umum.

Perkara yang amat penting sebelum anda menyediakan persiapan perkahwinan


ialah memastikan anda telah berdaftar dan mendapat kelulusan untuk berkahwin
daripada Jabatan Agama kawasan anda. Anda perlu berbuat demikian 6 bulan
sebelum tarikh hari perkahwinan anda.

Bagaimana mendaftar? Anda boleh dapatkan borang pendaftaran di pejabat


agama berhampiran anda. Pejabat agama menyediakan perkhidmatan seperti
berikut:

 Borang Nikah
 Borang ujian HIV
 Upacara Aqad nikah
 Kadhi
 Sijil Nikah dan Kad Nikah
 Kursus Perkahwinan

Tapi sebelum anda membuat permohonan untuk berkahwin, ada beberapa


prosedur yang mesti anda ikuti.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 21


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Kursus Perkahwinan - Ada dua jenis kursus perkahwinan iaitu kursus yang
dikendalikan oleh Jabatan Agama dan kursus oleh pihak swasta. Walaupun
kedua-dua kursus ini hampir serupa tetapi anda dinasihatkan supaya
mengambil kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Agama kerana ia mungkin
memudahkan langkah seterusnya.

Bakal pengantin yang mengambil kursus swasta mungkin ditemu duga oleh
Jabatan Agama ketika membuat permohonan berkahwin. (kalau anda dah
bersedia untuk ditemu duga ok lah…) Anda mungkin akan ditanyakan
beberapa soalan mengenai rukun iman, rukun islam, bacaan fatihah, rukun
nikah, bacaan qunut dll. (tu soalan spot tu, kalau nasib anda baik, dia tak
banyak tanya…)

Anda dinasihatkan pergi berkursus bersama-sama pasangan anda agar segala


maklumat dan ilmu dapat difahami bersama. Anda akan menerima Sijil Tamat
Kursus selepas 2, 3 hari kursus tersebut dan anda boleh ambil di Jabatan
Agama. Kalau dulu sijil ini sah selama 2 tahun sahaja tapi kini sijil ini sah

digunakan sampai bila-bila, tak der expired date. Bagus tu…

Contoh Sijil Pra-Perkahwinan

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 22


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Setelah menerima sijil, anda bolehlah mengisi borang permohonan


berkahwin yang boleh didapati dari pejabat Jabatan Agama daerah anda
mengikut kad pengenalan. Isikan lengkap dan sertakan bersama dokumen-
dokumen yang diperlukan.

Dapatkan juga borang pemeriksaan ujian darah/ HIV dari pejabat agama
islam daerah masing-masing.

Contoh Borang Pemeriksaan HIV

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 23


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Kemudian dapatkan pengesahan/tandatangan dari Penolong Daftar Nikah


Qariah tempat anda atau wakil jurunikah atau ketua kariah tempat anda.

* Salah satu perkara penting ketika mengisi borang nikah ialah anda
harus mendapatkan pengesahan dari Ketua Kampung/ketua mukim
kawasan anda. (atau mana-mana pihak berwajib yang boleh
mengesahkan status perkahwinan anda).

Dapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam daerah anda.

* Biasanya sebelum kadhi meluluskan permohonan nikah, anda akan


ditemuduga secara ringkas terlebih dahulu. (ini yang takut ni )

Serahkan borang yang telah lengkap kepada bakal pengantin perempuan.


Pengantin perempuan juga perlu mengisi borang permohonan bernikah. Mereka
hendaklah memohon di Jabatan Agama mengikut alamat dalam kad
pengenalan. Pihak perempuan perlu lampirkan borang tersebut dengan
dokumen-dokumen yang diperlukan bersama borang permohonan pengantin
lelaki, dan serahkan ke Jabatan Agama di tempat anda.

1. Setelah dapat kelulusan, sila tetapkan tarikh aqad nikah dengan

jurunikah. (anda perlu berbincang dengan pasangan dan keluarga anda

terlebih dahulu untuk tetapkan tarikh aqad nikah)

2. Setelah aqad nikah dijalankan, sila serahkan gambar untuk

urusan memohon sijil dan kad nikah.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 24


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Selain daripada itu, anda juga digalakkan membuat pemeriksaan talesemia


ke atas diri anda dan pasangan anda sebelum berkahwin.

Dokumen sokongan yang diperlukan:


LELAKI

1. Salinan kad pengenalan pemohon/pasport pemohon

2. Sijil kursus pra perkahwinan yang asal

3. Keputusan pemeriksaan HIV

4. Surat akuan bujang dari majikan

5. Surat akuan sumpah bujang bagi yang tiada majikan

6. Surat kebenaran berkahwin pasangan

7. Surat pengesahan bermastautin (jika pasangan anda bukan satu negeri

dengan anda)

Syarat tambahan jika berkaitan…

8. Surat cerai asal bagi duda

9. Salinan surat nikah bersama surat mati jika isteri meninggal dunia

10. Surat akuan memeluk agama islam (bagi saudara baru)

11. Surat kebenaran berpoligami/ nikah bawah umur dari mahkamah syariah

12. Surat kebenaran dari kagat bagi angkatan tentera

13. Surat kebenaran dari jabatan polis

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 25


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

PEREMPUAN

1. Salinan kad pengenalan/pasport pemohon dan wali

2. Sijil kursus pra perkahwinan yang asal

3. Keputusan pemeriksaan HIV

4. Salinan surat nikah ibubapa

5. Salinan surat mati wali jika wali meninggal dunia

6. Surat kebenaran berkahwin pasangan

7. Surat pengesahan bermastautin (jika pasangan anda bukan satu negeri dengan

anda)

Syarat tambahan jika berkaitan…

8. Surat cerai asal bagi janda

9. Salinan surat nikah bersama surat mati jika suami meninggal dunia

10. Surat pengesahan tandatangan wali jauh (jika wali tidak tinggal di negeri

anda)

11. Surat akuan memeluk agama islam (bagi saudara baru)

12. Surat kebenaran wali hakim dari mahkamah syariah (bawah umur/wali

enggan/saudara baru/wali ghaib/anak tak sah taraf)

13. Surat kebenaran dari kagat bagi angkatan tentera

14. Surat kebenaran dari jabatan polis

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 26


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

* Borang permohonan yang telah lengkapkan hendaklah dikemukakan

kepada penolong pendaftar nikah (jurunikah) di kariah masing-masing

untuk pengesahan dan borang yang telah disahkan oleh penolong

pendaftar hendaklah didaftarkan di pejabat agama Islam di daerah anda.

* Permohonan akan ditolak sekiranya pemohon tidak dapat melengkapkan

dokumen yang diperlukan

* Prosedur perkahwinan dan dokumen sokongan di atas adalah sebagai asas

sahaja dan merujuk kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Mungkin di negeri di tempat anda ada sedikit perbezaan dari segi prosedur

dan dokumen yang diperlukan, tetapi perbezaannya adalah tidak ketara.

* Susah jugak prosedur nak kahwin ni dan banyak pulak dokumen sokongan

diperlukan. Memang banyak, (bukan senang nak kahwin…). Oleh itu,

anda perlu bersedia lebih awal sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum

tarikh aqad nikah anda.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 27


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

PERSIAPAN AQAD NIKAH

Aqad nikah adalah acara kemuncak perkahwinan yang akan menukar status
diri anda dari bujang kepada berkahwin. Anda perlu bersedia dengan
membuat persiapan rapi supaya majlis aqad nikah anda berjalan dengan
baik.

Antara perkara yang perlu anda sediakan ialah:

1. Maskahwin

2. Dua orang saksi (pihak pengantin perempuan)

3. Wali (pihak pengantin perempuan)

4. Duit upah nikah utk jurunikah, biasanya RM100 – RM200 (ikut tempat)

Sebagai pengantin lelaki inilah masa yang paling mendebarkan. Agak-


agaknya mengapa pengantin lelaki selalu berdebar untuk aqad nikah? Cuba
anda fikir sejenak…

Jawapannya adalah mudah, kerana ramai pengantin lelaki tidak bersedia


untuk majlis aqad nikah, kerana mereka lebih fokus kepada majlis kenduri
perkahwinan, hantaran, tetamu yang nak dijemput, malam pengantin dan
lain-lain.

Dengan itu, majlis yang wajib ini tidak mendapat tumpuan yang
sewajarnya dan bila tiba masa untuk akad, baru nak bertanya apa yang
perlu dibuat, macam mana nak tu, macam mana nak ni dll. Persediaan
last minute macam ni yang menyebabkan pengantin itu cemas dan

gementar.

Jangan prepare last minute, ini benda wajib….

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 28


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

KESILAPAN PENGANTIN LELAKI KETIKA AQAD NIKAH

Tersilap menyebut jumlah mas kahwin.

Sebelum tetapkan jumlah mas kahwin, anda perlu berbincang dengan


pasangan anda supaya kalau boleh letakkan jumlah mas kahwin tu
dalam nilai genap supaya mudah anda sebut semasa akad.

Contoh: RM250 dan bukan RM255.55


Kalau ikut orang tua-tua dulu memang nak kena ada sen-sen dihujung
tu, tapi sekarang dah modenkan, anda mudahkan lah. Sekarang
mungkin anda kata senang nak sebut, tetapi bila dah berada dihadapan
tok kadhi, orang ramai semua memandang ke arah anda, macam-
macam boleh berlaku ketika itu.

Tersilap atau tersasul untuk menyebut nama penuh isteri.


Yang ni ikut nasib anda, sebab perkara ini kita tidak boleh ubah. Jika

nama pasangan anda itu mudah, maka ia dah membantu anda sedikit

sebanyak dalam majlis akad nanti. Jika namanya susah nak sebut, anda

perlu terimalah.

Tersilap menyebut perkataan-perkataan lain dalam


akad.
Contoh yang paling mudah ialah anda masukkan ehmmm… (betulkan
tekak) semasa lafaz akad.

Contoh: “Aku terima nikahnya ehmm suraya binti samsudin……”


Perkataan ini tak perlu ada dalam lafaz akad. Benda macam ni berlaku
secara tak disengajakan, jadi hati-hati.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 29


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Lafaz akad anda tidak bersambungan dengan lafaz jurunikah

Dalam kes ini, anda lambat menyambut lafaz akad dari tok kadhi
sehingga ada suasana diam yang agak lama.

Contoh:

Jurunikah : Aku nikah akan dikau dengan ......... berwakil walikan


bapanya akan daku dengan mas kahwinnya .......tunai.

(anda lambat menyambung lafaz ini)

Pengantin : Aku terima nikahnya.........dengan mas kahwin......tunai.

Selepas jurunikah selesai sahaja lafaz akad, anda perlu terus sambung
akad tersebut, jangan biar ia terputus. Biasanya jurunikah akan
goyangkan tanya anda sebagai isyarat anda perlu memulakan lafaz akad.

Sebutan akad tidak lancar (sangkut-sangkut).

Lafaz akad anda tidak lancar dan diselangi dengan aaaa...


Ini menjejaskan akad yang anda lakukan.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 30


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Sebutan lafaz kurang jelas.

Sebutan lafaz akad anda tidak jelas didengari oleh kedua-dua orang
saksi.

Sebutan lafaz anda terlalu laju.

Lafaz yang terlalu laju sukar didengari oleh jurunikah dan saksi.

Ada diam yang lama diantara lafaz akad.

Lafaz akad anda terhenti seketika dan anda menyambungnya


kembali. Disebabkan terhenti seketika ini, akad anda tidak sah.

Terlupa bawa kad pengenalan.

Kad pengenalan anda diperlukan semasa majlis akad.

Terlupa bawa mas kahwin.

Kesilapan yang jarang berlaku tetapi pernah berlaku.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 31


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

MENGAPA PENGANTIN LELAKI BUAT KESILAPAN?

Hari perkahwinan anda merupakan hari di mana orang ramai akan memandang
kepada anda. Anda sebenarnya menjadi tumpuan utama setiap hadirin yang
datang. Walaupun kita telah bersedia dengan secukupnya, tetapi masih ada juga
yang melakukan sedikit kesilapan. Dan dengan kesilapan yang sedikit itu, maka
aqad nikah yang dibuat tidak sah dan perlu diulang semula. Berikut beberapa
sebab utama mengapa kesilapan ini boleh berlaku:

1. Perasaan gemuruh (nervous)

Perkara yang paling sukar untuk dielakkan terutamanya kepada pengantin

lelaki yang tidak bersedia.

2. Terlalu fikir dan bimbang mengenai upacara akad. Jangan

terlalu bimbang dengan majlis akad tersebut, bawa bertenang dan yakin

boleh.

3. Persediaan yang tidak mencukupi

Anda membuat persediaan sambil lewa kerana sibuk dengan urusan

persiapan majlis kenduri, jemputan tetamu, uruskan pelamin dll. Jangan

terlalu over confident untuk majlis akad.

4. Terlalu fokus kepada majlis perkahwinan dan persandingan.

Tidak salah untuk anda fokus tetapi jangan sampai abaikan perhatian

anda kepada majlis akad.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 32


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

5. Mendengar pengalaman yang memalukan dari kawan-kawan yang


telah berumah tangga.

Berkongsi pengalaman tak mengapa tetapi ambillah yang positif.


Pengalaman yang negatif itu sepatutnya dijadikan sempadan untuk anda
buktikan kemampuan anda.

6. Tidak dapat mengawal diri dihadapan orang ramai yang memandang


kepada anda.

Mungkin anda rasa tidak selesa apabila orang ramai memandang kepada
anda. Jika anda tidak biasa berhadapan dengan orang ramai tak mengapa,
anggaplah ia satu cabaran yang perlu anda sempurnakan.

7. Gangguan Sihir

Walaupun kini dunia tanpa sempadan namun masih terdapat lagi manusia
yang mengamalkan sihir. Jika ia ditujukan kepada pengantin lelaki ini
menyebabkan si pengantin gagap, gugup atau langsung tak boleh
menjawab aqad nikah. Jadi, banyak-banyaklah membaca ayat kursi dan 4
Qul sebagai pelindung diri.

Ayat kursi saya rasa semua orang tahu, tapi mungkin ayat 4 Qul ni masih
ada yang tidak berapa tahu. Oleh itu saya jelaskan di sini.

Ayat 4 Qul ini terdiri dari 4 surah yang bermula dengan , iaitu Surah
Al-Kafirun, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah Annas. Sebab itu ia
dipanggil dengan panggilan ayat 4 Qul. Saya rasa anda telah hafal ayat ini.
Berikut ayat-ayat tersebut:

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 33


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Surah Al-Kafirun

Surah Al-Ikhlas

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 34


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Surah Al-Falaq

Surah Annas

Mungkin anda biasa dengan ayat ini, tapi tidak berapa tahu mengenai
kelebihannya. Ayat-ayat inilah yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika
baginda terkena sihir.

Oleh itu, jika anda rasa sukar melafazkan nikah dan terasa ada sesuatu yang
menghalang, cuba amalkan ayat Qursi dan ayat 4 Qul ini, mudah-mudahan
dipermudahkan, Insya-Allah.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 35


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Turutan Peristiwa Majlis Akad

Majlis aqad nikah ini biasanya dilakukan di surau atau masjid berhampiran
dengan rumah pengantin perempuan. Walaubagaimana pun, ada juga majlis
aqad nikah ini dijalankan di rumah pengantin perempuan. Yang mana menjadi

pilihan anda? Anda tetapkan lah sendiri…

Jadi, apa persediaan anda untuk majlis aqad nikah ni? Anda sebenarnya perlu
tahu apa yang berlaku sepanjang majlis aqad nikah dijalankan. Tak mengapa,
saya senaraikan di sini kronologi turutan peristiwa yang berlaku semasa majlis
aqad nikah:

Hadirin sebelah lelaki dan perempuan memenuhi ruang rumah/surau di


mana majlis aqad nikah diadakan.

Kehadiran jurunikah, saksi.

Perhatian: Jurunikah boleh terdiri dari bapa kandung bakal isteri anda atau
kadhi yang telah dilantik. Jika bapa bakal isteri anda ingin mewakilkan
kepada kadi, maka bapa bakal isteri anda perlu tandatangan borang
persetujuan sebagai bukti persetujuan mewakilkan kadi untuk nikahkan
anda.

Majlis pernikahan dimulakan dengan jurunikah baca khutbah nikah. Anda


boleh tengok video khutbah nikah di sini:

http://www.youtube.com/watch?v=ooVqR0XH7VM&feature=related

(anda perlu dengar dengan teliti, mungkin dia akan tanya 1 perkara
kandungan khutbah tersebut)

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 36


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Selesai khutbah, jurunikah mungkin akan bertanyakan kepada anda


beberapa soalan mengenai rukun iman, rukun islam, bacaan fatihah,
rukun nikah, bacaan qunut dll. (kalau nasib anda baik, dia tak
banyak tanya…)

Jurunikah menerangkan apa yang anda perlu jawab semasa beliau selesai

lafaz nikah (biasanya ada cubaan dahulu).

Contoh lafaz akad:

Jurunikah :
Aku nikah akan dikau ………..(Nama Anda) dengan…(Nama
Isteri)……..berwakil walikan bapanya akan daku dengan maskahwinnya
RM……..tunai.
Anda :
Aku terima nikahnya … (Nama Isteri) ……. dengan maskahwinnya
RM…………tunai.

PERHATIAN : Kemungkinan sesetengah tempat sedikit berbeza


lafaz nikah tersebut. Namun perbezaan tersebut adalah amat kecil.

Contoh : Aku terima nikahnya .......

Sesetengah tempat menyebut Aku terima nikah.....

Perbezaannya adalah pada sebutan nya .

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 37


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Upacara aqad nikah dimulakan dengan tangan anda bersalam dengan

tangan jurunikah sambil beliau berkata “aku nikah akan dikau......”

Berjabat tangan bersama jurunikah

Anda perlu menjawab sejurus selepas selesai jurunikah melafazkan

nikah. “Saya terima nikahnya ………” (anda perlu menjawab dengan

suara yang kuat dan jelas)

Jurunikah bertanya saksi, sah atau tidak, jika sah selamatlah anda, jika

tidak anda kena akad sekali lagi.

Kalau dah sah, jurunikah akan baca doa dan diaminkan oleh hadirin.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 38


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Anda akan diminta untuk membaca ta’aliq (kalau nikah kawasan

kampung, kadang-kadang teks ta’aliq dalam huruf jawi, tapi biasanya

sekarang huruf rumi).

Jadi anda perlu jaga status anda dengan menunjukkan anda boleh baca

jawi. Kalau anda tak boleh baca jawi, jangan bimbang, jurunikah akan

baca dan anda perlu ikut bacaan dia sampai habis. (tapi malu la skit tak

boleh baca jawi )

Kebiasaanya, setengah tempat, pengantin perempuan ada bersama dan


mendengar bacaan ta’liq anda.

Upacara membaca Ta’liq

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 39


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

APA ITU TA’LIQ?

Lafaz ta’liq adalah lafaz talak ta’liq (talak tergantung) yang dibaca dan

dilafazkan oleh suami selepas aqad nikah dijalankan. Ia bermaksud suami

mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai

hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain.

Perlu ditegaskan di sini bahawa talak tidak jatuh secara automatik

sekiranya suami melanggar ta’liq tersebut. Isteri masih perlu mengadu ke

Mahkamah Syariah dan Mahkamah Syariah haruslah mensabitkan

kesalahan suami. Setelah disahkan oleh Mahkamah barulah perceraian

ta’liq disahkan.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 40


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Contoh lafaz ta’aliq:

“Bahawa saya ..... nama suami.....yang tinggal di....... alamat suami....telah


berlafaz ta’aliq selepas aqad nikah saya ini di hadapan .....penolong pendaftar
NCR....dengan lafaz seperti berikut:

i) Tiap-tiap aku tinggalkan atau tiada aku memberi nafkah yang layak
bagiku akan isteriku......nama isteri.......tiga bulan atau lebih
lamanya dan mengadu ia kepada mana-mana kadhi Syari’ dan sabit
pengaduannya pada sisi kadhi itu, maka tertalaq isteriku itu dengan
satu talaq.

ii) Jika ada perbalahan di antara kedua aku laki isteri maka mengadu
isteriku .....nama isteri.......kepada mana-mana kadhi syari’ dan sabit
pengaduannya pada sisi kadhi itu, maka mengakulah aku akan
terta’liq seperti yang dipersetujukan oleh kadhi itu. Sekiranya ingkar
aku daripada berta’liq sedemikian itu maka gugurlah satu talak di
atas isteriku itu.

iii) Tiap-tiap aku rujuk akan isteriku ......nama isteri.......dengan tiada


redhanya maka tertalaqlah ia satu talaq pula”

* NCR – Nikah, cerai & rujuk.

Walaubagaimana pun, lafaz Ta’liq ini adalah berbeza-beza mengikut negeri


masing-masing. Contoh lafaz yang saya berikan di atas adalah contoh lafaz
ta’liq di negeri Perak Darul Ridzuan.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 41


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Berikut adalah contoh-contoh lafaz ta’liq di negeri-negeri lain:

Terengganu
“Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya
tidak bersekedudukan dengan isteri saya (nama isteri) bagi selama
tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya
meninggal akan dia atau dia meninggal saya dengan ikhtiar atau
dengan terpaksa dan tatkala ia mengadu ia kepada kadi dan tatkala
sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka
tertalaklah isteri saya (nama isteri) itu dengan satu talak.”

Kedah

“Apabila aku tinggalkan isteriku (nama isteri) lamanya enam bulan


Hijrah dan kemudian daripada itu mengadu ia kepada Kadi dan sabit
yang demikian itu pada sisinya, maka kemudian daripada itu tertalaklah
ia dengan satu talak”

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 42


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Selangor

“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri)


selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja
atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah
kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya
atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya,
kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit
aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada
Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit
maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”

Pulau Pinang
Saya....... (nama suami).....mengaku apabila saya meninggalkan isteri

saya...(nama isteri)......empat(4) bulan hijriah atau lebihdengan sengaja atau

paksaan atau tidak memberi nafkah kepada isteri saya maka mengadulah

isteri saya kepada mana-mana Hakim Syariah dan sabitlah pengaduannya

pada sisi Hakim Syariah itu maka pada ketika itu tertalaklah ia dengan satu

talak.

2) Manakala saya menggunakan kekerasan atau kezaliman

dengan memukul atau mendera isteri saya itu, maka mengadulah

isteri saya itu kepada mana-mana Hakim Syariah dan sabitlah

pengaduannya pada sisi Hakim Syariah itu maka ketika itu

tertalaklah ia dengan satu talak.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 43


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Kelantan

Bahawa adalah saya ... (nama suami).... dengan ini bertaklik iaitu manakala

saya tinggalkan isteri saya.... (nama isteri)....selama 4 bulan atau lebih

dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tidak memberi nafkah

yang wajib kepadanya selama masa yang tersebt pada hal dia taat kepda

saya, atau saya menyakiti tubuh badannya atau saya melesapkan harta

bendanya, atau saya tidak memperdulikannya selama empat bulan atau lebih

kemudian dia mengadu kepada hakim syarie, dan manakala sabit aduannya,

dan dia memberi kepada hakim syarie bagi pihak saya sebanyak RM 1.00,

maka pada ketika itu tertalak lah dia dengan satu talak halqi.

Maaf la, tak dapat beri contoh lafaz setiap negeri...

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 44


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Upacara tandatangan dilakukan, setelah anda setuju dengan isi


kandungan ta’aliq.

Tandatangan setelah selesai membaca Ta’aliq

Majlis akad selesai, anda perlu bersalam-salaman dengan jurunikah,


saksi dan tetamu yang hadir (lelaki sahaja).

Ingat, duit upah jurunikah akan diberi setelah semuanya selesai, anda
jangan beri sendiri, minta lah bapa anda atau saudara mara terdekat
berikan wang tersebut kepada jurunikah.

Sebaiknya anda solat sunat 2 rakaat selepas selesai akad.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 45


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Bagi sesetengah tempat, majlis pembatalan air sembahyang dilakukan

sejurus sesudah majlis akad selesai, iaitu sama ada dilakukan di rumah atau

di surau. Majlis pembatalan air sembahyang ini bermaksud, upacara anda

menyarungkan cincin dan penyerahan mas kahwin kepada isteri anda.

Upacara pembatalan air sembahyang dengan menyarung cincin

Upacara pembatalan air sembahyang dengan memasang gelang

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 46


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Selepas selesai menyarung cincin atau gelang dan pemberian mas


kahwin, mempelai akan bersalaman.

Kemudian, suami akan mengucup dahi isteri. Ingat, kucup dahi,


bukan mulut, jangan lebih-lebih, ni baru intro…

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 47


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Seterusnya, barulah anda berarak pergi ke rumah pengantin perempuan untuk

upacara seterusnya, jika majlis nikah diadakan pada hari kenduri kahwin.

Selepas 2 atau 3 hari (biasanya), anda akan menerima sijil nikah atau kini

telah diubah kepada kad akuan nikah dari Jabatan Agama daerah anda. Kad ni

perlu dapat cepat kerana amat...amat...amat penting terutamanya apabila

anda nak pergi honeymoon...kalau tak der kad ni nanti kena tangkap...susah

jadinya...

Sijil Nikah Negeri Perak Kad Nikah Negeri Terengganu

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 48


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

APA PERSIAPAN ANDA?

Anda perlu bersiap sedia dengan kefahaman asas mengenai rukun


islam, rukun iman, bacaan fatihah dengan betul, rukun nikah, doa qunut
dll. Sebab kalau majlis akad di adakan di surau, kebiasaannya mereka
suruh pengantin lelaki guna mikrofon untuk memudahkan lafaz akad
didengari oleh saksi. (seperti dalam gambar)

Nah, semua apa yang anda cakap semua didengari oleh hadirin di situ
termasuk lah jawapan temuduga anda, bacaan fatihah dll. Kalau anda
silap jawab, lain yang ditanya, lain yang anda jawab, malu jer la...

Berlatih menyebut lafaz akad berulang kali sebelum aqad nikah yang
sebenar.

“aku terima nikahnya....................dengan mas kahwinnya...........tunai.”

Jika nama bakal isteri anda susah untuk disebut, berlatihlah sebut nama
penuhnya berulang kali. Sebab, jika anda menyebut nama pasangan anda
tidak tepat, saksi akan mintak lafaz nikah dijalankan sekali lagi.

Pastikan jawapan yang anda beri kepada jurunikah adalah betul, kuat

dan jelas, kerana jurunikah dan saksi kebiasaannya orang tua, mungkin

pendengaran mereka ada yang kurang jelas. Kalau anda guna mikrofon ok

lah. Kalau boleh lafaz nikah tu biar sekali jer, jangan sampai kena ulang 2

kali atau lebih, sebab, semakin banyak ulang semakin anda akan rasa

gementar dan tertekan.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 49


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Adab Semasa Akad

 Mengambil wudu’

 Mendengar khutbah nikah dengan baik

 Bersalaman dengan hadirin lelaki selepas selesai upacara aqad nikah

 Solat sunat selepas selesai akad

Tip penting :

Anda dinasihatkan pergi majlis aqad nikah orang lain terlebih dahulu untuk
merasai sendiri suasana dan aturcara dalam majlis itu. Dari situ anda dapat
belajar bagaimana perjalanan majlis tersebut.

Berbincang dengan pasangan anda mengenai jumlah maskahwin, kalau


boleh jumlahnya dalam angka genap seperti RM250, bukan RM255.55.
Mengapa, ia susah nak disebut semasa majlis aqad nikah nanti. (anda
perlu sebut jumlah yang tepat semasa majlis aqad nikah)

Berlatih menyebut lafaz nikah berulang kali.

Berlatih menyebut nama isteri anda berulang kali jika namanya susah
nak disebut.

Contoh nama senang: Suraya Binti Samsudin Contoh nama


susah : Shahibun Sahabirah Binti Abdul Mukhthi.

Jadi, pilihlah calon isteri yang mempunyai nama yang mudah...

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 50


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Lapangkan dada dan fikiran semasa majlis akad, jangan fikir perkara yang

bukan-bukan. Jika fikiran anda fikir perkara negatif, mungkin perkara

negatif akan berlaku seperti terlupa rukun nikah, terlupa baca qunut, lafaz

akad tak lancar dll. Jadi, bawa bertenang, relax dan yakin dengan diri

anda.

Anda perlu ikut sebutan lafaz aqad nikah di tempat bakal isteri anda,

kerana mungkin ditempat anda sebutannya agak sedikit berbeza. Lain

tempat lain cara. Jadi tanyakan bakal isteri anda, minta dia risik sikit

macam mana sebutan lafaz nikah di tempat dia.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 51


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

MAJLIS PERKAHWINAN

Tatkala mempelai diijab kabul, ditepung tawar, berinai, bersanding dan


seterusnya makan berhadap, hati ibu bapa resah mengharapkan majlis
berjalan lancar seperti dirancang. Bukan mudah mengadakan majlis
perkahwinan biar kecil atau pun besar, di rumah mahu pun di hotel.
Persediaannya kadang kala telah bermula beberapa bulan sebelum hari
perkahwinan tiba. Bermacam-macam perkara perlu diperincikan dengan
teliti demi menjamin majlis berjalan lancar.

Walaupun kos telah ditentukan, biasanya belanja untuk perkara remeh-


temeh tetap melambung. Untuk memudahkan anda memperincikan
belanjawan majlis, di sini disenaraikan serba sedikit perkara-perkara yang
perlu diambil kira:

1. Kos kenduri - nasi minyak dan lauk pauk, minuman, menu untuk
makan beradap.
2. Belanja penanggar (pembantu-pembantu) termasuk makan,
minum dan rokok.
3. Kos khemah dan kerusi meja termasuk alas.

4. Air dan bahan pencuci untuk membasuh pinggan mangkuk.

5. Belanja untuk seni kraftangan seperti dulang hantaran, bung telur,


pelamin, bunga manggar dan sebagainya.
6. Kos penginapan dan pengangkutan - wakil dan rombongan
pengantin.
7. Kos kad jemputan dan setem.

8. Kos pasukan kompang atau muzik lain.

9. Kos luar jangkaan.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 52


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Selain belanjawan, anda juga perlu mengagih-agihkan tugasan. Tugas

memasak, tugas mencuci, menghidang, menyediakan air minuman,

membahagi telur pengantin, pelayan meja utama, penyambut tetamu dan

banyak lagi. Walaupun nampak remeh, perkara-perkara kecil seperti ini

jika tidak disusun dengan teratur mungkin boleh mencacatkan majlis.

Carilah orang-orang yang berpengalaman untuk mengetuai setiap

bahagian. Jika anda mengadakan majlis di hotel, anda tidak perlu

memperincikan tugasan-tugasan ini kerana pihak hotel akan

mengendalikan kesemuanya. (kalau modal besar la…)

Kebelakangan ini, kebanyakan majlis perkahwinan terutamanya di bandar-

bandar diadakan secara bufet. Kaedah ini ternyata lebih mudah

dikendalikan kerana anda tidak memerlukan ramai pelayan dan kerja-kerja

berjalan lebih teratur dan lancar. Namun cara hidangan biasa tetap

menjadi pilihan di kebanyakan majlis terutama di kawasan luar bandar

kerana ia ternyata lebih meriah.

Justeru, untuk melapangkan fikiran anda sepanjang majlis perkahwinan,

anda sememangnya perlu ada bajet yang baik. Kerana jika anda tidak

bajet, anda mesti bimbang, dan perasaan bimbang ini terbawa-bawa

hingga ke majlis aqad nikah. Saya berikan sedikit tip mengenai bajet

kepada anda supaya anda dapat lapangkan fikiran semasa upacara

pernikahan anda.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 53


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Wujudkan bajet perkahwinan

Bajet sudah tentu adalah satu kemestian dalam merancang perbelanjaan


perkahwinan anda. Perbelanjaan atau kos boleh turun naik di luar kawalan jika
anda tidak mendokumenkan segala benda yang anda beli. Tetapi soalannya,
bagaimana untuk menentukan apakah perkara yang diperlukan untuk
perkahwinan anda. Di sini disertakan panduan bagaimana anda boleh
melakukannya:

Berbincang dengan pasangan anda

Berbincang dengan bakal pasangan hidup anda bentuk perkahwinan


bagaimana yang anda berdua dambakan. Adakah majlis itu ingin
diadakan di sebuah taman atau di sebuah dewan? Pastikan anda
mencapai keputusan yang dipersetujui bersama. Kemudian, teruskan
untuk berbincang mengenai tempat, pakaian, makanan, jemputan dan
sebagainya.

Memberi keutamaan mengikut yang disenaraikan

Sememangnya, perkahwinan adalah hari penting buat anda. Tetapi cuba


renung sejenak. Anda mempunyai bajet terhad untuk melakukannya. Jadi
cara terbaik ialah dengan memberi keutamaan terhadap perkara-perkara
penting dahulu.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 54


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Misalnya, adakah menyewa 7 pasang pakaian pengantin lebih


penting daripada membuat pintu gerbang? Idea di sini adalah untuk

anda mencari jalan menjimatkan belanja tanpa mengorbankan impian

anda. Seandainya,pakaian lebih penting untuk anda, jadi anda

mungkin boleh memilih sebuah gerbang perkahwinan sederhana

berbanding yang mahal bajetnya.

Tahu siapa bayar untuk apa

Ia juga boleh membantu untuk mengetahui siapa yang membayar untuk


beberapa perkara bagi majlis perkahwinan anda. Untuk melakukannya,
adalah lebih baik untuk bertemu dengan kedua-dua belah pihak bagi
mengetahui jika ada adat tradisi yang harus dilakukan. Jika tiada,
mungkin anda berbincang bagaimana kedua-dua belah pihak boleh
berkongsi perbelanjaan.

Ketahui status kewangan anda

Kira berapa banyak wang yang anda miliki. Berapa banyak yang anda
fikir anda perlukan untuk perkahwinan itu dan berapa banyak pula
yang anda perlu simpan?

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 55


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Usahakan cara untuk mendapatkan wang

Buat satu pelan untuk menjimatkan wang yang diperlukan untuk


perkahwinan itu. Salah satu perkara yang boleh diusahakan ialah
dengan mewujudkan akaun bersama semata-mata untuk tujuan
perkahwinan. Anda berdua kemudiannya boleh mendepositkan wang
anda secara kerap. Berdisiplin dalam melakukannya, jika tidak anda
tidak mampu untuk mencapai sasaran anda.

Anda juga mungkin boleh memikirkan untuk menjual amanah saham


atau saham jika perlu kerana ia adalah lebih baik daripada anda
mengambil pinjaman peribadi daripada bank.

Bahagikan bajet anda

Bahagikan bajet anda mengikut keutamaan. Pada umumnya, majlis


perkahwinan anda akan menelan belanja sehingga 50 peratus.
Pakaian pengantin, fotografi dan bunga-bungaan, masing-masing
boleh menelan belanja sehingga 10 peratus dan baki 20 peratus pula
pergi kepada beberapa hal seperti kad jemputan, sewa kereta dan
sebagainya.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 56


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Dapatkan sebut harga daripada pembekal

Tujuannya adalah untuk mendapatkan harga terbaik bagi


perkhidmatan yang ada mahukan. Oleh itu, dapatkan sekurang-
kurangnya daripada tiga orang pembekal untuk sesuatu
perkhidmatan. Perolehi sebut harga daripada kedai bunga, kedai
gambar, katerer, perkhidmatan kereta sewa dan sebagainya.
Kemudian bandingkan harga yang ditawarkan.

Pilih pembekal anda

Kadang-kadang, harga bukanlah faktor penentu untuk anda memilih


pembekal. Kualiti sesuatu perkhidmatan dan cara mereka
mengendalikan anda sebagai pelanggan juga wajar diambilkira. Oleh itu,
ketemui mereka dan bersedia mengajukan soalan.

Dapatkan jumlah dengan betul

Sekarang setelah anda sudah mempunyai bajet yang tepat untuk setiap
barangan atau perkhidmatan dalam senarai anda, perkara seterusnya
ialah mencatatkan kos sebenar untuk setiap barangan bersebelahan
dengan kos jangkaannya. Ini adalah untuk anda membuat
perbandingan bagi mengetahui sejauh mana yang anda boleh
membelanjakan wang anda untuk barangan tersebut. Anda juga boleh
membuat pindaan jika perlu.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 57


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Simpan semua rekod atau catatan

Simpan semua rekod, perjanjian, resit dan baucar di tempat yang


selamat. Jika perlu, bayar dengan kad kredit. Ia amat penting
digunakan bagi memudahkan anda membuat bantahan atau
menyangkal jika ada sangsi dengan pembayaran tersebut.

Semak bajet anda

Sebulan sekali, semak bajet anda untuk memastikan ada berada di


landasan yang betul. Bila tarikh perkahwinan sudah hampir, anda
mungkin mahu melakukannya setiap minggu memandangkan anda
perlu membuat pembelian dan tempahan.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 58


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Seelok-eloknya cuba usahakan sebuah majlis perkahwinan yang memenuhi

keadaan kewangan anda. Biasa juga berlaku, majlis perkahwinan yang

diadakan secara besar-besaran yang menjangkaui keupayaan kewangan dan

akhirnya kemelut kewangan membelenggu kehidupan selepas kahwin untuk

tempoh yang agak panjang.

Bersederhana dalam hal ini. Elak mengambil pinjaman peribadi daripada

bank kerana jumlah pinjaman yang tidak sewajarnya boleh mengheret anda

membuat pembayaran sehingga anda mendapat anak yang ketiga. Ketika itu,

tanggungjawab kewangan anda sudah menjadi satu bebanan dan jika anda

tidak berhati-hati, anda mungkin boleh terjebak dengan masalah kewangan

yang tenat.

Hakikatnya, majlis perkahwinan sepatutnya menjadi acara yang meriah,

bahagia dan mampu memahat kenangan indah. Jadi, apa jua bajet yang anda

ada, pastikan ia berada pada landasan yang betul.

Sudah tentu anda tidak mahu membayar bil-bil yang tinggi pada bulan

pertama perkahwinan anda, kan?

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 59


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

SENARAI SEMAK UNTUK PENGANTIN LELAKI

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis
perkahwinan Melayu. Anda boleh cetak dan masukkan jumlah yang mampu
dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan dan semak
panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.

Pra Perkahwinan RM
Kursus perkahwinan

Wang hantaran

Mas kahwin

Upah jurunikah

Kad jemputan

Setem

Cincin tunang

Cincin kahwin

Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan

Tempat penginapan untuk rombongan

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 60


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Barangan Hantaran RM

Sirih junjung

Al-Quran

Telekung/sejadah

Kain ela

Baju kurung

Beg tangan

Tuala

Jam

Kasut

Satu set peralatan solek

Satu set penjagaan badan

Buah-buahan

Puding

Coklat

Kek

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 61


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Juruandam RM

Pelamin

Bunga pahar

Bunga telur/cenderahati tetamu

Baju songket

Hiasan bilik tidur

* Pintu gerbang

Hiasan hantaran

Abadikan Memori RM

Videografi yang siap disunting

* Jurugambar

Kanopi RM

Kanopi

Kerusi dan meja

Alas meja

Kipas siling

Lampu

Upah pekerja

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 62


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

* Abaikan jika majlis perkahwinan dibuat di rumah

Hotel dan Dewan RM

Sewa hotel atau Dewan

Kerusi dan meja

Menu

Penyambut tetamu

Pengiring

Makan Beradab RM

Set meja pengantin

Kerusi dan Meja

Alas meja

Skirting

Scallop

Kerusi banquet

Bunga bouquet

Lauk pengantin

Penanggah

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 63


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Katering RM

Nasi dan lauk pilihan

Buah-buahan

Air (kordial)

Hiburan RM
Kompang
* Silat pengantin
* Cak lempong
Kumpulan marhaban/berzanji

PA Sistem RM
Satu set sistem PA
* DJ / MC

Bulan Madu RM
Percutian

Jumlah perbelanjaan RM…………………..?

Nah, sekarang anda dah tahu apa perkara yang sepatutnya anda sediakan

sebagai persediaan perkahwinan. Anda boleh potong mana yang dirasakan

perlu untuk menjimatkan bajet anda terutamanya perkara yang ditandakan *.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 64


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Sebagai kesimpulan, keseluruhan perbelanjaan perkahwinan anda boleh


disimpulkan seperti berikut:

Perbelanjaan Dari RM10,000 – RM15,000

Jumlah ini adalah perbelanjaan yang biasa bagi pengantin lelaki

ketika ini. Jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di

rumah, bukannya di hotel mahupun dewan. Walaubagaimanapun,

anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling

indah buat anda dan pasangan anda.

Perbelanjaan Dari RM15,000 – RM25,000

Jumlah ini adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Perlu


diingat bahawa jumlah ini tidak bersesuaian jika dilakukan di hotel
atau taman kerana jumlah ini masih belum mencukupi untuk
diadakan di hotel atau di dewan. Anda tak perlu membuat pinjaman
daripada bank, kaum keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan.
Dengan jumlah ini, anda masih boleh menceriakan hati pasangan
anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai
perkara yang boleh dirancang daripada jumlah bajet sebanyak ini.
Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis
tersebut akan dapat anda dipenuhi.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 65


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Perbelanjaan Dari RM25,000 – RM35,000

Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk

majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang

anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini

masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda

perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini

masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan

di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah

dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad.

Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 66


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

PENUTUP

Setiap pasangan mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang gilang

gemilang dan menjadi ingatan para tetamu. Ia boleh terjadi dengan

perancangan yang rapi dan persediaan teliti kedua-dua belah pihak. Di

samping itu jangan lupa memohon kepada Allah untuk memudahkan urusan

majlis tersebut kerana faktor cuaca dan kesihatan di luar bidang kuasa kita.

Mudah-mudahan majlis yang anda akan adakan nanti berjalan lancar dan

diberkati Allah s.w.t.

Terima kasih.

Amir Azros Abdul Aziz


Team Rahsia Nikah
http://www.rahsianikah.blogspot.my/

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 67


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Istilah Munakahat

Akad : Ijab & Kabul


Fasakh : Melepaskan ikatan perkahwinan bila dituntut oleh pihak isteri
kepada pihak kadhi.
Iddah : Tempoh masa menunggu yang tertentu bagi perempuan yang
diceraikan oleh suami.
Ijab & Kabul : Ijab adalah pernyataan dari salah salah satu pihak yang
mengadakan akad untuk menyatakan keinginan untuk
berkahwin, manakalaKabul pula ialah jawapan yang
diberikan oleh pihak lain yang menunjukkan kerelaan
dan persetujuan atas kehendak pihak pertama.
I’lak : Sumpah seorang suami yang ia tidak mahu melakukan
persetubuhan dengan isterinya dalam masa lebih dari 4
bulan atau ia bersumpah dengan tidak menyatakan tempoh
masa.
Khuluq : Melepaskan ikatan perkahwinan dengan suatu pemberian
tertentu daripada pihak isteri kepada suami, juga dipanggil
sebagai “tebus talak”.

Li’an : Sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya


melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan
isterinya bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah
menafikan tuduhan suaminya.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 68


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Mahar : Mas kahwin iaitu pemberian kepada isteri dengan sebab


nikah sama ada berupa wang atau barang-barang
bermanafaat.

Nafkah : Apa yang wajib atas suami menyempurnakannya


untuk keperluan isterinya.

Nikah : Perjanjian yang menggunakan perkataan nikah atau kahwin


bagi menyatukan lelaki dan perempuan bagi mengharuskan
pergaulan dan menghalalkan persetubuhan.

Nikah Mahalil : Nikah cina buta. Ia diharamkan dalam


Islam.

Nusyuz : Keengganan isteri dari menunaikan kewajipannya terhadap


suami atau sebaliknya.

Rujuk : Kembali semula kepada ikatan perkahwinan dengan


perempuan yang telah diceraikannya di dalam masa idah.

Ta’liq : Lafaz talak ta’liq (talak tergantung) yang dibaca dan


dilafazkan oleh suami selepas aqad nikah dijalankan.

Talak : Memutuskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan


perkataan tertentu seperti talak, cerai dll.

Talak Raj-i’ : Talak 1 dan 2, iaitu talak yg. dibenarkan kembali


semula (rujuk) dengan tidak perlu akaq jika masih dalam
iddah.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 69


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Talak Ba’in : Talak 3 iaitu talak yang tidak boleh rujuk. Suami
tidak boleh kembali semula kepada isterinya, kecuali
isterinya telah berkahwin dengan orang lain,
bersetubuh dan bercerai dan setelah habis iddah.

Wali : Orang yang bertanggungjawab terhadap perempuan yang


hendak dikahwinkan.

Wali Mujbir : Wali yang terdiri dari bapa atau datok sebelah bapa
kepada perempuan yang hendak berkahwin.

Wali Bukan Mujbir : Wali-wali selain dari bapa dan datok sebelah
bapa perempuan yang hendak berkahwin seperti
abang, wali hakim.

Walimatul urus : keramaian atau kenduri kahwin

Zihar : Suami menyerupakan isterinya dengan ibunya atau pun


dengan seseorang yang haram berkahwin dengannya.

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 70


Ebook Rahsia Nikah Persediaan Perkahwinan

Senarai laman web Majlis Agama Islam

Majlis Agama Islam Kedah


http://www.maik.gov.my/info.htm

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


http://www.jawi.gov.my

Majlis Agama Islam Melaka


http://jaim.melaka.gov.my

Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan


http://www.mains.gov.my

Majlis Agama Islam Pahang


http://jaip.pahang.gov.my/jaip

Majlis Agama Islam Perak


http://jaip.perak.gov.my/main.html

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang


http://jaipp.penang.gov.my

Jabatan Agama Islam Sabah


http://www.sabah.gov.my/jheains

Jabatan Agama Islam Selangor


http://www.jais.net.my

Jabatan Agama Islam Terengganu


http://maidam.terengganu.gov.my/

Majlis Agama Islam Kelantan


http://maik.kelantan.gov.my

Jabatan Agama Islam Sarawak


http://www.jais.sarawak.gov.my

Hakcikpta Terpelihara © RahsiaNikah.Blogspot.My | 71

Anda mungkin juga menyukai