Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SENTUL

51000 KUALA LUMPUR


(TEL:03-40413911 Fax :03 -40438073)
__________________________________________________________________________
Ruj.Kami : SKBBS 06/04/05 ( 1 )
Tarikh : 21 Ap2017
Kepada :
En. Mohd Zamri Bin Ahmad
Guru Besar,
SK Bandar Baru Sentul,
51000 Kuala Lumpur

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN DAN PERUNTUKAN UNTUK MENGADAKAN MINGGU SAINS 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas saya rujuk.

2. Berhubung dengan perkara di atas, Panitia Sains SK Bandar Baru Sentul ingin
memohon mengadakan Minggu Sains seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 10 April – 14 April 2017


Tempat : Dewan Sri Gemilang

3. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja program dan pihak panitia memohon
peruntukan sebanyak RM544.00 (Lima Ratus Empat Puluh Empat Ringgit Sahaja) daripada
Per Capita Grant (PCG) Panitia Sains bagi menjayakan program ini.

4. Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(MOHD HAFEZ BIN AB WAHAB)


Penyelaras,
Minggu Sains 2016

VISI:

0
Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera
MISI:
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu
bagi memenuhi aspirasi negara
SASARAN:
Menjadi sekolah kluster pada tahun 2018

KERTAS KERJA
MINGGU SAINS
2017

TARIKH :
25 APRIL – 28 APRIL 2017

HARI :
ISNIN - JUMAAT

MASA :
7.30 PAGI – 1.30 PETANG

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SENTUL
DIRASMIKAN OLEH:
EN. MOHD ZAMRI BIN AHMAD
(GURU BESAR SK. BANDAR BARU SENTUL)

VISI:
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI:
1
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
SASARAN:
Menjadi Sekolah Kluster Pada Tahun 2018

2
1.0 Pengenalan

Program Minggu Sains adalah aktiviti yang diadakan untuk membantu murid-murid
mengamalkan dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran yang telah diajarkan semasa
di dalam kelas. Pelaksanaannya adalah secara menyeluruh, bersepadu dan merentas
kurikulum. Program ini memberi penekanan dalam aspek amalan, kemahiran dan
penyelesaian masalah bagi membentuk dan melahirkan warganegara Malaysia yang kreatif
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Program ini juga merupakan salah satu cara untuk menimbulkan minat murid dalam
mata pelajaran Sains. Pengisian program melalui beberapa pertandingan diharap mampu
memberi pengalaman baru kepada murid dan dapat juga diaplikasikan di dalam kehidupan
seharian. Selain itu, nilai dan sikap positif seperti berdikari, inovatif, kreatif, tabiat kerja yang
baik dapat dipupuk untuk melahirkan insan yang berkualiti.

2.0 Matlamat

Matlamat program minggu Sains adalah untuk membentuk murid-murid yang berfikiran
kreatif dan inovatif serta berdaya saing.

3.0 Objektif

Program minggu Sains 2017 adalah untuk :


3.1 Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains
3.2 Menyedarkan murid bahawa matapelajaran Sains adalah menyeronokkan di
samping memberi cabaran pada mereka
3.3 Memberi ruang yang sesuai kepada murid untuk mempraktikkan ilmu yang
telah dipelajari di dalam kelas melalui pertandingan yang diadakan.
3.4 Memberi peluang kepada murid mengasah bakat dan inisiatif dalam bidang
reka cipta dan inovasi.
3.5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari oleh murid
dalam kehidupan mereka berdasarkan keperluan dunia di hujung jari dan
tanpa sempadan.

4.0 Pelaksanaan

4.1 Sasaran
Murid tahun 1 hingga 6 Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul.
4.2 Tarikh, Masa dan Tempat.
4.2.1 Tarikh : 24 April – 28 April 2017
4.2.2 Hari : Isnin hingga Jumaat
3
4.2.3 Masa : 7.30 pagi – 1.30 petang
4.2.4 Tempat : Dewan Sri Gemilang.

5.0 Pengisian Minggu Sains 2017

5.1 Majlis perasmian


5.2 Aktiviti/pertandingan mingguan yang dijalankan
‘Parts of My Body’
Tahun 1 Melabelkan bahagian-bahagian tubuh badan
manusia dengan betul.
‘Help Me to Grow!’
Tahun 2 Membuat kolaj gambar tumbuhan dan keperluan
asas tumbuhan.
‘I’m A Geologist!’
Tahun 3
Melabelkan lapisan-lapisan tanah.
‘Straw Rocket’
Tahun 4 Pertandingan merekacipta model straw rocket yang
boleh terbang jauh dari yang lain.
‘Super Parachute’
Tahun 5 Pertandingan reka cipta model parachute yang
boleh terbang lebih lama dari yang lain.
‘Outrageous Volcano!’
Tahun 6 Pertandingan mencipta model gunung berapi yang
terbaik.

4
6.0 Senarai Jawatankuasa

JAWATANKUASA KERJA
MINGGU SAINS 2017

Pengerusi : En Mohd Zamri Bin Ahmad


Naib Pengerusi : Pn Ruhaidah Binti Jaid (PK Tadbir & Kurikulum)
: Pn Rohaya Binti Kadir (PK HEM)
: En Zulkifli Bin Mahmad (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Nur Farhana Binti Muhammad Fuad
Setiausaha : Muhammad Azrie Bin Halili
Juruacara : Guru bertugas mingguan

Penyelaras pertandingan Tahun 1 & 2 Muhammad Azrie Bin Halili

Penyelaras pertandingan Tahun 3 & 4 Nur Farhana Binti Muhammad Fuad

Penyelaras pertandingan Tahun 5 & 6 Nor Nadiah Binti Kamarudin


JK Buku Program
Nur Farhana Binti Muhammad Fuad
dan Dokumentasi
JK Hadiah & Cenderamata Muhammad Azrie Bin Halili

Jurugambar Nur Farhana Binti Muhammad Fuad

Hiasan Pentas Mohd Hafez Bin Ab Wahab

7.0 Kewangan
7.1 Anggaran Perbelanjaan dan Peruntukan Minggu Sains 2017
5
ANGGARAN PERUNTUKAN
BIL PERKARA KUANTITI
PERBELANJAAN PCG SAINS
1. Hadiah Pertandingan Tahun 1
Tempat pertama (1 setiap kelas) 6 x RM6.00 RM 36.00
Tempat kedua (1 setiap kelas) 6 x RM5.00 RM 30.00
Tempat ketiga (1 setiap kelas) 6 x RM4.00 RM 24.00
Saguhati terbaik (1 setiap kelas) 6 x RM3.00 RM 18.00 RM 108.00

2. Hadiah Pertandingan Tahun 2


Tempat pertama (1 setiap kelas) 6 x RM6.00 RM 36.00
Tempat kedua (1 setiap kelas) 6 x RM5.00 RM 30.00
Tempat ketiga (1 setiap kelas) 6 x RM4.00 RM 24.00
Saguhati terbaik (1 setiap kelas) 6 x RM3.00 RM 18.00 RM 108.00

3. Hadiah Pertandingan Tahun 3


Tempat pertama (1 setiap kelas) 6 x RM6.00 RM 36.00
Tempat kedua (1 setiap kelas) 6 x RM5.00 RM 30.00
Tempat ketiga (1 setiap kelas) 6 x RM4.00 RM 24.00
Saguhati terbaik (1 setiap kelas) 6 x RM3.00 RM 18.00 RM 108.00

4. Hadiah Pertandingan Tahun 4


Tempat pertama (1 setiap kelas) 5x RM6.00 RM 30.00
Tempat kedua (1 setiap kelas) 5 x RM5.00 RM 25.00
Tempat ketiga (1 setiap kelas) 5 x RM4.00 RM 20.00
Saguhati terbaik (1 setiap kelas) 5 x RM3.00 RM 15.00 RM 90.00

5. Hadiah Pertandingan Tahun 5


Tempat pertama (1 setiap kelas) 6 x RM6.00 RM 36.00
Tempat kedua (1 setiap kelas) 6 x RM5.00 RM 30.00
Tempat ketiga (1 setiap kelas) 6 x RM4.00 RM 24.00
Saguhati terbaik (1 setiap kelas) 6 x RM3.00 RM 15.00 RM 108.00

6. Hadiah Pertandingan Tahun 6


Tempat pertama (1) 1 x RM36.00 RM 36.00
Tempat kedua (1) 1 x RM30.00 RM 30.00
Tempat ketiga (1) 1 x RM24.00 RM 24.00
Saguhati terbaik (1) 1 x RM18.00 RM 18.00 RM 108.00

JUMLAH RM 630.00

8.0 Penutup

6
Program Minggu Sains 2017 diharapkan mampu melahirkan generasi Malaysia yang
mempunyai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta mampu memberi
sumbangan ke arah menjana transformasi negara. Semoga pelaksanaan program ini akan
berjalan lancar dan mendapat kerjasama dari semua pihak.

Disediakan oleh:

……………………………………………
(NUR FARHANA BT MUHAMMAD FUAD)
Ketua Panitia Sains
SK Bandar Baru Sentul

Tarikh :

Disemak oleh:

……………………………………………
(PN RUHAIDAH BINTI JAID)
PK Tadbir & Kurikulum
SK Bandar Baru Sentul

Tarikh :

Disahkan oleh:

……………………………………………
(MOHD ZAMRI BIN AHMAD)
Guru Besar
SK Bandar Baru Sentul

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai