Anda di halaman 1dari 2

PISMP SAINS JANUARI 2011 NUR FARHANA BINTI MUHAMMAD FUAD 910906-14-5728

Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah program ceramah yang telah diadakan pada 4 Oktober 2013 yang lalu, bertempat di Makmal Fizik, Bangunan Anjung Ehsan, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Tajuk ceramah ialah Guru Berinovatif yang melibatkan para peserta yang terdiri daripada guru pelatih PISMP Sains Ambilan Januari 2011 (Semester 6). Ceramah yang penuh bermakna tersebut telah disampaikan oleh En. Mansor Bin Kasim. Antara kebaikan yang dapat diperoleh dari ceramah tersebut ialah sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap pemikiran bakal-bakal guru. Input-input yang diberi banyak mendedahkan tentang tahap-tahap pemikiran yang berbeza. Contohcontoh soalan yang berfikiran aras tinggi juga telah didedahkan kepada kami sebagai panduan pada masa akan datang. Hal yang sedemikian telah berjaya menjentik minda saya untuk cakna tentang pembikinan soalan-soalan untuk murid supaya mereka dapat berfikir dan mempunya pemikiran aras tinggi dan akhirnya melahirkan generasi yang cemerlang, kreatif dan berkualiti. Kebaikan seterusnya yang dapat dipetik ialah saya menyedari terdapat pelbagai cara utuk meningkatkan aras pemikiran murid. Antaranya ialah penjanaan idea melalui pembikinan peta pemikiran (thinking map), mengajukan soalan-soalan yang menggunakan aras-aras pemikiran yang tinggi serta dalam boleh diselitkan dalam pembikinan rancangan pengajaran harian sendiri di mana aktiviti dan soalansoalan yang dirancang dengan menggunakan pemilihan perkataan-perkataan aras tinggi. Hal ini saya kira, boleh diterapkan dalam pengajaran yang akan datang baik pada waktu berpraktikum mahupun pengajaran yang sebenar apabila bergelar guru kelak. Ini bertujuan untuk melahirkan insan yang lebih bijak dan rasional dalam segala tindak tanduk. Beralih kepada kelemahan yang dapat dikesan, antaranya ialah, bagi pihak saya sendiri, saya masih tidak dapat lagi menguasai perkataan-perkataan bagi membina soalan peringkat aras tinggi seperti pada peringkat menganalisis, menilai atau mencipta. Hal ini penting kerana perkataan-perkataan tersebut

menggambarkan peringkat aras pemikiran yang merangsang pemikiran seseorang untuk berfikir pada tahap yang sepatutnya. Oleh yang demikian, bagi cadangan penambahbaikan yang difikirkan wajar bagi kelemahan yang diutarakan adalah, bagi pihak saya sendiri, sedikit sebanyak usaha untuk menguasai perkataan-perkataan pembinaan soalan akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk demi manfaat yang bermakna akan datang. Malahan, saya juga perlu lebih berusaha untuk mengaplikasikan sendiri pemikiran aras tinggi dalam kehidupan seharian untuk melatih diri seterusnya dapat disalurkan di dalam P&P kelak.

Anda mungkin juga menyukai