Anda di halaman 1dari 2

5.

0 BUTIRAN
Kajian mengenai inovasi ini bermula pada 16 Februari 2011. Seramai
17 orang anggota telah terlibat dalam pembikinan inovasi ini dan memakan
belanja sebanyak RM 37.75.
6.0 PENYATAAN MASALAH
Menurut kajian yang dilakukan, terdapat beberapa masalah yang
berpunca dari kelemahan ZOO RIA ini. Kelemahan pertama bagi inovasi ini
ialah dari aspek saiz. Saiznya yang lebar dan panjang menyebabkan ZOO
RIA ini sukar untuk dibawa ke mana-mana dalam erti kata yang lain, ianya
tidak mudah alih. Oleh itu, kanak-kanak perlu mainkannya pada satu lokasi
yang tetap dan luas.

Kelemahan kedua yang dapat dikesan ialah ZOO RIA ini memakan kos
yang tinggi dalam pembikinannya, Ini kerana kriteria keceriaan dan kualiti
bahan amat ditekankan. Rasionalnya, kanak-kanak mudah tertarik pada
warna-warna yang menarik dan pada objek yang mempunyai nilai kreatif yang
tinggi. Manakala, rasional penggunaan bahan yang berkualiti dalam
pembikinan ZOO RIA ini kerana sasaran utama permainan inovasi ini (seperti
yang telah dinyatakan) merupakan kanak-kanak yang berada dalam
lingkungan 7 hingga 12 tahun.Pada peringkat umur sebegini, kanak-kanak
mempunyai naluri semulajadi untuk meneroka alam sekeliling mereka dengan
semaksima yang mungkin. Oleh itu, tahap kelasakan permainan ini perlu
diambilkira dan penggunaan bahan yang berkualiti dan tahan lasak perlu
diitikberatkan. Hasilnya, kos bahan-bahan tersebut (seperti yang telah
dinyaakan) boleh dikatakan agak tinggi bagi pembikinan ZOO RIA ini.

Anda mungkin juga menyukai