Anda di halaman 1dari 17

KERTAS KERJA

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA


PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT DAERAH
KUALA KANGSAR
2018
ANJURAN:
PEJABAT PELAJARAN DAERAH
KUALA KANGSAR
PERAK

TEMPAT : PADANG SMK TUN PERAK


TARIKH : 28 Mac 2018
MASA : 8.00 PG – 2.00 PTG

KERTAS KERJA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS


PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR 2018
1.0 PENDAHULUAN

Program-program kokurikulum untuk pelajar istimewa adalah salah satu aspek yang perlu
diberi perhatian oleh para pendidik Pendidikan Khas. Program seperti ini harus dijalankan
dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar berkeperluan khas.
Adaptasi kurikulum dan disiplin dalam sesuatu permainan dan pertandingan mampu
memupuk semangat jadi diri dan ketrampilan di samping menyuntik perasan seronok dan
pengalaman manis kepada pelajar berkeperluan khas. Justeru, program kokurikulum ini
seharusnya menjadi medium pelengkap dalam memastikan pelajar berkeperluan khas dapat
berdikari dalam menjalani kehidupan sebenar serta menyemai semangat bermasyarakat
dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar.

2.0 MATLAMAT

Program ini diharap dapat membantu pelajar berkeperluan khas menguasai dan menghargai
unsur-unsur disiplin pertandingan, meningkatkan kemahiran dan potensi diri, minat serta
ketrampilan pelajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memilih wakil terbaik daerah bagi mewakili pertandingan ke peringkat negeri.
3.2 Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar pendidikan khas.
3.3 Mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang sukan.
3.4 Melahirkan insan yang berdisiplin dan berwibawa..
3.5 Memupuk semangat bekerjasama, persaudaraan dan muhibah.
3.6 Menyemai nilai keyakinan dan semangat kendiri yang tinggi dalam diri pelajar
berkeperluan khas.
3.7 Mewujudkan kemahiran interkasi dan komunikasi sosial dalam komuniti yang lebih
berkesan dalam kalangan pelajar berkeperluan khas.
3.8 Membina individu yang patuh dengan disiplin dan arahan dalam berpersatuan.
3.9 Memberi peluang pendidikan seimbang dan sama rata kepada murid pendidikan
khas
termasuk aktiviti sukan olahraga melalui aspek keutuhan mental dan fizikal serta
menjana kekuatan serta potensi sedia ada.

4.0 CADANGAN TARIKH

TARIKH : 28 Mac 2018


HARI : Rabu
MASA : 8.00 pg – 2.00 ptg.

5.0 CADANGAN LOKASI PERTANDINGAN


TEMPAT : Padang SMK Tun Perak

6.0 SASARAN

Pelajar-pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dari sekolah rendah dan


menengah Program Pendidikan Khas Integrasi seluruh daerah Kuala Kangsar di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

7.0 KATEGORI KEJOHANAN

Murid-murid Pendidikan Khas seluruh daerah di Kuala Kangsar yang merangkumi dua
kategori:

 Kategori 14 tahun ke bawah


 Kategori 19 tahun kebawah

8.0 JENIS PERTANDINGAN YANG DIPERTANDINGAN

8.1 JUNIOR 14 tahun ke bawah


8.2
Bermasalah Pembelajaran
Bil Acara
L P
1 100 M X X
2 200 M X X
3 Lompat Jauh X X
4 Lontar Peluru 4 kg 4 kg
Jumlah Acara 4 4

8.3 SENIOR 15 -19 tahun

Bil Acara Bermasalah Pembelajaran


L P
1 100 M X X
2 200 M X X
3 Lompat Jauh X X
4 Lontar Peluru 4 kg 4 kg
Jumlah Acara 4 4

*** Catatan
Semua pertandingan adalah tertakluk kepada Peraturan Am Kokurikulum Pendidikan Khas
dan peraturan-peraturan pertandingan yang berkenaan.

9.0 HADIAH DAN SIJIL :

i. Hadiah disediakan dari tempat pertama hingga ke tempat ketiga untuk semua acara.
ii. Sijil penghargaan disediakan untuk pemenang emas, perak dan gangsa bagi setiap
kategori. Manakala sijil penyertaan untuk semua murid yang menyertai. Sijil penghargaan
turut diberikan kepada pegawai dan guru yang menjadi ketua penyelaras program,
penyelaras program, pegawai teknikal, dan PPKI yang menjalankan tugas sebagai
jawatankuasa pelaksana.

10. MAKANAN DAN MINUMAN

Makanan hanya disediakan untuk atlet,pegawai teknikal dan guru pengiring. Makanan untuk
penyokong disediakan oleh sekolah masing-masing.

11. LOGISTIK

Pengangkutan untuk peserta-peserta akan diuruskan oleh sekolah masing-masing.

12. PENUTUP

Adalah menjadi harapan pada pihak penganjuran agar Kejohanan Sukan Olahraga Pendidikan
Khas Daerah Kuala Kangsar ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharap
kejohanan ini membuka ruang dan peluang kepada murid-murid pendidikan khas untuk
melangkah jauh dalam bidang sukan melalui program “Satu Murid Satu Sukan” yang telah
dilaksanakan oleh pihak kementerian pada tahun ini

12. JAWATANKUASA INDUK PERINGKAT DAERAH ( Lampiran 1)

13. JAWATANKUASA PENGELOLA DAN TUGAS (Lampiran 2)

14. SENARAI KEPEGAWAIAN ( Lampiran 3)


15. ALATAN TEKNIKAL MENGIKUT ACARA (Lampiran 4)

16. ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN (Lampiran 5)

17. TENTATIF MAJLIS PENUTUP (Lampiran 6)

18. PERINCIAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA ( Lampiran 7)

Disediakan oleh, Disemak oleh,

______________________
________________________
(ARMEIDA BT ABU BAKAR) (HAMZAH BIN MOHD
DAUD)
Setiausaha Penolong PPD Pendidikan
Khas/
Kejohanan Sukan dan Olahraga Pemulihan Kuala Kangsar
Pendidikan Khas Daerah Kuala Kangsar

Lampiran 1

12. JAWATANKUASA INDUK PERINGKAT DAERAH

Penaung : En. Sapuan Bin Haji Raba’ai, PPT


Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Penasihat 1 : En Azhan Bin Shukri


Tim. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Penasihat 2 : En Muhamad Shud Bin Abdul Majid


Penolong PPD ( Menengah )
Penasihat 3 : En Sukeri Bin Ngah Abdullah
Pengelola Cemerlang Sekolah Rendah

Penyelaras Program 1 : En Hamzah Bin Mohd Daud


Penolong PPD Pendidikan Khas/Pemulihan

Penyelaras Program 2 : En. Zainuddin Bin Abdul Malek


Penyelia Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

Pengerusi : Tn. Hj. Shamsuddin Bin Md. Zainal Abidin


Pengetua SMK Tun Perak

Naib Pengerusi : En. Mohamad Arshad b. Mat Jelani


Guru Besar SK Tun Dr Ismail

Setiausaha : En. Mohd Shariman Bin Idris


Guru Besar SK Senggang

Bendahari : Pn. Zahara Bt Harun


PKPK PPKI SK Kg Muhibbah

Ahli Jawatankuasa :

Tn . Hj. Mohd Zabidi Bin Mohd Zain En. Mior Othman bin Mior Mat Ramle
Pengetua SMK Raja Muda Musa Pengetua SMK Temenggong

Pn. Hjh. Fadhilah Binti Hawary Tn. Hj. Shamsuddin Bin Md. Zainal Abidin
Pengetua SMK Muhibbah Pengetua SMK Tun Perak

Tn. Hj. Nazri Bin Zainun Tn. Haji Mohd Noor Azami Bin Abu Bakar
Pengetua SMK Sultan Tajul Ariffin Pengetua SMK RLKT Lasah

En. Abdullah Sani Bin Majin Tn.Hj. Anuar Bin Mamat


Pengetua SMK Simpang Beluru Pengetua SMK Bawong

En. Fairuzzabadi Bin Zamzuri Pn. Hjh Hamisah bt Hussain


Guru Besar SK Manong Guru Besar SK Datin Khadijah
En.Shukri Bin Md Ani Pn. Hjh. Sarifah Fadilah Binti Saiyed Yeop
Guru Besar SK SMI Al-Marbawi Guru Besar SK Jenalik

Tn. Hj. Md. Ibharim Bin Araffin En. Ahmad Hashim Bin Yasin
Guru Besar SK Raja Muda Musa Guru Besar SK Temin

Pn. Ong Chun Lay @ Wong Chun Lai Tn. Hj. Mohammad Radzi Bin Awang
Guru Besar SJK (C) Simpang Jalong Guru Besar SK Clifford

En. Ramli Bin Yahya En.Mohd. Mazlan B. Harun


Guru Besar SK Kg. Nasib Guru Besar SK Lasah

Pn. Hamisah Binti Ahmad En. Abdul Wahab Bin Mohd Arshad
Guru Besar SK Bekor Guru Besar SK Pos Legap
En. Mohamad Arshad Bin Mat Jelani En.Mohd Shariman Bin Idris
Guru Besar SK Tun Dr. Ismail Guru Besar SK Senggang

Tn. Hj. Mohd Riduan Bin Hasnan Pn. Hajah Azizah Binti Salleh
Guru Besar SK Kampung Kenang Guru Besar SK Kg. Muhibbah

Pn. Latifah Bt. Zakariah En.Vengadesarao A/L Sorosoo


PKPK SMK Raja Muda Musa PKPK SMK Temenggong

En. Muhammad Nasardin Bin Saidon Pn. Rozaimah Binti Abdul Jabar
PKPK SMK Muhibbah PKPK SK Datin Khadijah

Pn. Hashimah Bt. Hussein Pn. Zahara Bt. Harun


PKPK SK TunDr. Ismail PKPK SK Kg. Muhibbah

Norasiyah Binti Jahari En.Sulaiman Bin Zakaria


PKPK SK Syeikh M. Idris Al-Marbawi PK Pendidikan Khas SK Temin

Pn. Maizatul Akmar Bt. Alias Tn. Hj. Idzahar Bin Idris
PKPK SK Raja Muda Musa PKPK SK Kg. Nasib

Pn. Rubita Bt. Mohd Isa Pn. Hjh Nor Hayati Bt Yeop Nordin
PKPK SK Clifford PKPK SK Manong

Pn. Norrazifah Bt. Saharom Pn. Armeida Bt. Abu Bakar


Penyelaras PPKI SMK Sultan Tajul Ariffin Penyelaras PPKI SMK Tun Perak

Pn. Syarifah Noor Aizura Binti Sayed Cik Suhana Bt. Suffian
Razaman Penyelaras PPKI SMK Bawong
Penyelaras PPKI SMK LRKT Lasah

Pn. Naamah Bt. Shaharuddin Pn. Noreen Bt. Hussin


Penyelaras PPKI SMK Simpang Penyelaras PPKI SK Jenalik
Beluru
Pn. Suriani Bt. Mohamed Adenan En.Mohd Fadzil Bin Sulaiman
Penyelaras PPKI SJK (C) Simpang Jalong Penyelaras PPKI SK Lasah

En.Mohamad Roslan Bin Zainuddin Pn. Zatul Azuha Binti Mat Zaman
PKPK PPKI SK Pos Legap Penyelaras PPKI SK Bekor

Pn. Suria Binti Mohd Salleh Pn. Nazilatul Wahibah Bt Ahmad Latfy
Penyelaras PPKI SK Senggang Penyelras SK Kampung Kenang

Lampiran 2
13. JAWATANKUASA PENGELOLA DAN TUGAS

Pengerusi : Tn. Hj. Shamsuddin Bin Md. Zainal Abidin


Pengetua SMK Tun Perak

Timb Pengerusi I : En. Mohamad Arshad Bin Mat Jelani


Guru Besar SK Tun Dr. Ismail

Timb Pengerusi II : En.Shukri Bin Md Ani


Guru Besar SK SMI Al-Marbawi

Ketua Penyelaras : En. Hamzah Bin Mohd Daud


Penolong PPD Pendidikan Khas / Pemulihan

Penyelaras : En. Mohamad Roslan Bin Zainuddin


Penyelaras Kokurikulum Pendidikan Khas Daerah

Setiausaha : Pn Armeida Bt Abu Bakar

Bendahari : Pn. Nurulsakina Bt Md Rozali

Pengerusi Teknik : Encik Mohd Yusreen Bin Darmawan


( Guru Pendidikan Khas SMK Muhibbah)
Lampiran 3

KEPEGAWAIAN :

Jumlah pegawai yang bertugas pada setiap sesi adalah seperti berikut:
Lampiran 4

ALATAN TEKNIKAL MENGIKUT ACARA

100M & 200M

Bil Nama Peralatan Kuantiti

1 Jam Randik 5

2 Hon Pelepas 2

3 Bendera Pelepas 5 merah / 5 putih

4 Payung 3

Lompat Jauh ( 1 vanue )

Bil Nama Peralatan Kuantiti

1 Penarik pasir 1

2 Pita Ukur 1

3 Bendera 1 Merah / 1 Putih

4 Payung 1

Lontar Peluru ( 2 vanue )

Bil Nama Peralatan Kuantiti

1 Peluru 4

2 Pita Ukur 2

3 Bendera 2 Merah / 2 Putih

4 Payung 1
Lampiran 5

ANGGARAN BELANJAWAN
KEJOHANAN SUKAN PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR 2018

ANGGARAN PENDAPATAN

PERKARA JUMLAH (RM)

PPKI Daerah Kuala Kangsar RM 80 X 24 RM 1,920.00


(* Bayaran cek atas nama :
PENGETUA SMK TUN PERAK
No. Acc : 008092301096)

Panitia Pendidikan Khas Daerah RM 719.50

Jumlah RM 2,639.50
ANGGARAN PERBELANJAAN

RM 2,639.50
Lampiran 6

TENTATIF MAJLIS PENUTUP

11.45 Pagi - 12.00 Tgh Ketibaan Jemputan


Ketibaan Tuan PPD Kuala Kangsar
En. Safuan Bin Hj Raba’ai, PPT
Acara Akhir
- 200 M ( Lelaki Junior & Perempuan Senior )
- 100 M ( Lelaki Senior & Perempuan Junior )

12.15 Tgh Nyanyian Lagu Negaraku


Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
Ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan
Sukan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat
Daerah Kuala Kangsar
Tuan PPD Kuala Kangsar, En Safuan Bin Hj Raba’ai,
PPT
Penyampaian Sijil & Hadiah
- Sijil Penyertaan
- Penyampaian Hadiah & Sijil Penghargaan
Laungan “Hip Hip Horey” oleh semua atlet.

01.00 petang Bersurai


Lampiran 7

Bil. Jawatankuasa Perincian Tugas

1. AJK Teknikal dan Kepegawaian  Melantik referi, pengadil, hakim dan pegawai
teknikal kejohanan.
 Mengurus dan mengesahkan penyertaan pegawai
teknikal kejohanan dan pasukan (buku rekod
bertugas)
 Menyediakan peraturan pertandingan.
 Menyediakan borang pertandingan seperti borang
hakim, penjaga masa dan lain-lain yang berkaitan.
 Menentukan ukuran trek, sektor lontaran dan landas
larian adalah betul.
 Memberi taklimat kepada Ketua Guru Rumah /
Pengurus Pasukan.

2. AJK Pendaftaran dan  Mendapatkan senarai murid yang akan memasuki acara
Urusetia  Membuat senarai pendek mengikut acara yang
dipertandingkan
 Menyerahkan bilangan peserta yang masuk acara
kepada JK Sijil

3. AJK Hadiah/Cenderamata  Menyediakan medal / hadiah untuk para pemenang


 Bertanggungjawab terhadap pemberian hadiah.
 Menyediakan alatan seperti talam, alas meja dan lain-
lain.
 Menyediakan cenderamata untuk perasmi dan penutup.
 Menyedia dan menghantar surat rasmi memohon derma
dan tajaan daripada syarikat tempatan dan luar.

4 AJK Buku Program dan Banting  Mendapatkan bahan-bahan yang akan dimuatkan ke
dalam buku program.
 Mendapatkan nama jawatankuasa, peraturan
pertandingan, senarai peserta dan nama pasukan yang
mengambil bahagian.
 Mendapatkan aturcara pembukaan dan penutup serta
senarai nama penghargaan.
 Mencetak buku program.
 Menyerahkan buku program kepada penyambut tetamu,
urusetia, pegawai sukan dan tetamu jemputan.
 Menempah banting program dan menggantungkannya.

6 AJK Rakaman dan Dokumentasi  Menyediakan kamera video, kamera dan filem.
 Membuat rakaman dan mengambil gambar sepanjang
kejohanan
 Mengedar borang rubrik kepada jawatankuasa-
jawatankuasa yang terlibat.
 Mendokumentasikan program dan menghantar kepada
semua PPKI dalam bentuk CD atau softcopy.
7. AJK Juruacara Pertandingan dan teks  Menjadi pengacara di sepanjang kejohanan.
ucapan  Mengumumkan nama-nama pasukan yang bertanding
dan keputusan dari masa ke semasa.
 Membuat pengumuman jika perlu.
 Menjadi pengacara majlis penyampaian hadiah.
 Menyediakan skrip juruacara.

8. AJK Persiapan Padang, Tempat, dan  Menyediakan rostrum, tangga hakim dan pentas juara.
Peralatan  Memasang tiang dan bendera kejohanan, bendera
Malaysia, bendera Negeri Perak dan bendera rumah
sukan.
 Memasang tiang penanda pada garisan penamat.
 Menyediakan payung, kerusi, meja untuk pegawai sukan
dan papan pistol pelepas.
 Melantik ahli pengakap/KRS sebagai pembantu.
 Mengemas dan membersihkan semua peralatan selepas
kejohanan.
 Menghantar peralatan ke tempat asal selepas
kejohanan.
 Sentiasa berhubung dengan jawatankuasa pertandingan
dan teknikal.
9. AJK Siaraya  Menyediakan sistem pembesar suara yang lengkap
untuk raptai, upacara pembukaan, semasa kejohanan
dan upacara penutup.
 Memastikan terdapat alternatif siaraya sekiranya
ketiadaan elektrik seperti hailer dan sebagainya.
 Memastikan semua peralatan siaraya boleh digunakan.

10 AJK Upacara Perasmian Penutup  Menyediakan teks pengacaraan untuk majlis penutup
 Menjadi juruacara semasa majlis penutup

11. AJK Persiapan Khemah dan  Menyedia atau menyewa khemah dan parachute yang
Kelengkapan Padang (Track) diperlukan.
 Menghias astaka, menyediakan kerusi dan meja untuk
tetamu.
 Melantik pembantu di kalangan pelajar dan memberi
taklimat kepada pembantu.
12. AJK Statistik dan Keputusan Rasmi  Memungut keputusan bagi setiap acara dan
mencatatnya ke dalam borang yang disediakan
 Menyampaikan keputusan / maklumat kepada juruacara
dan menulis nama pemenang ke dalam buku keputusan
rasmi yang disediakan

13. AJK Kecemasan/ Keselamatan  Menyediakan pasukan PBSM untuk bertugas.


 Memberi taklimat kepada ahli PBSM.
 Menyediakan jadual dan tempat bertugas.
 Menyediakan bekalan ubatan yang perlu.
 Mendapatkan khidmat pegawai terlatih PBSM daerah.
 Menghubungi Klinik Kesihatan Padang Rengas untuk
bantuan pada hari sukan.
 Sentiasa bersedia untuk menghantar peserta yang
cedera ke klinik / hospital.
14. AJK Kebersihan  Menyediakan plastik sampah
 Memastikan padang dan kawasan persekitaran sentiasa
bersih
15. AJK Makanan & Minuman  Mendapatkan jumlah peserta, urusetia, pegawai
 Menempah makanan mengikut jumlah kehadiran yang
diperolehi dari JK Pendaftaran
 Mengedarkan makanan kepada semua yang terlibat

16. Sambutan & Protokol  Mengedarkan surt jemputan kepada VVIP, pengetua-
pengetua dan guru besar-guru besar
 Menyambut ketibaan para tetau jemputan semasa majlis
dijalankan

17. Sijil  Mendapatkan jumlah pemenang untuk semua acara


 Menempah sijil
 Mencetak sijil

Anda mungkin juga menyukai