Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN

PROJEK PEMASANGAN PETUNJUK ARAH KE KE SK TITIAN BINTANGOR

1. LATAR BELAKANG PROJEK


Projek pemasangan petunjuk arah ke sekolah adalah dicadangkan demi menjamin keselesaan
kepada para pelawat yang datang ke SK Titian Bintangor. Pihak sekolah sering menerima aduan
tentang masalah petunjuk arah yang tidak dipasang bagi memudahkan mereka untuk sampai ke
sekolah ini. Masalah ini dilihat berpunca dari ketidakupayaan PIBG untuk menjana dana bagi
membantu memasang petunjuk arah tersebut. Dana kewangan PIBG yang sangat terhad dan
mengutamakan dana untuk tujuan program kecemerlangan sekolah sahaja menyebabkan tiada dana
yang dapat disalurkan bagi tujuan pemasangan petunjuk arah tersebut.
Oleh yang demikian. Diharapkan agar, projek ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya
bagi menjamin keselesaan pelawat-pelawat yang datang ke SK Titian Bintangor.

BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : SK TITIAN BINTANGOR

Kod Sekolah : NBA 3023

Daerah : REMBAU

Status : SKM

Bil Guru : 11 orang

Bil Staff Sokongan : 1 orang

Bil Enrolmen Murid : 41 orang

Sesi : 1 sesi

Lokasi : Luar Bandar

2. OBJEKTIF PROJEK
- Menjamin keselesaan kepada pelawat-pelawat yang datang ke sk Titian Bintangor.
- Membantu sebagai petunjuk arah hingga sampai ke SK titian Bintangor.
- Mengelakkan dari berlakunya masalah tersasar laluan untuk datang ke SK Titian Bintangor.

3. SKOP PROJEK
Kertas kerja ini meliputi cadangan membina laluan berbumbung di SK Titian Bintangor meliputi,
- Memasang petunjuk arah ke SK Titian Bintangor dari persimpangan Lubok Cina, Melaka. (1.9 km)
- Memasang petunjuk arah ke SK titian Bintangor dari Persimpangan Sawah Raja. (1.2 km)

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK


- Memasang petunjuk arah ke SK titian Bintangor.
– Dapat membantu menunjuk arah kepada para pelawat hingga sampai ke SK titian Bintangor.
- Dapat mengelakkan dari berlakunya masalah tersasar laluan hingga menyukarkan para pelawat
untuk sampai ke SK Titian Bintangor.

5. JUSTIFIKASI PROJEK
- Menjamin keselesaan kepada para pelawat untuk sampai ke SK Titian Bintangor.
- Dapat mengelakkan dari masalah tersasar laluan dan dapat membantu para pelawat untuk sampai
dengan cepat dan selamat ke SK titian Bintangor.

6. IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN


- Pihak sekolah akan berterusan menerima aduan tentang masalah tersasar laluan bagi pelawat-
pelawat yang datang ke SK Titian Bintangor.
- Nama baik sekolah akan terjejas dengan masalah ketiadaan petunjuk arah untuk membantu pelawat-
pelawat untuk sampai dengan selamat ke SK Titian Bintangor.
-Matlamat KPM untuk memberikan keselesaan kepada para pelanggan yang berurusan dengan pihak
sekolah tidak tercapai.

7. GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DICADANGKAN.

Tiada petunjuk arah ke SK titian Bintangor dari Tiada petunjuk arah ke SK titian Bintangor dari
arah Lubok Cina, Melaka Sawah Raja.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………………………………. ( ………………………………………………………. (
) )

Anda mungkin juga menyukai