Anda di halaman 1dari 30

Definisi'Iddah

'I d d a h p a d a p e n g e rt ia n ia la h m e m b ila n g a t a u m e n gh i t u n g . Ma ksu d


'I d d a h p a d a S ya ra ' p u la ia la h se se o ra n g wa n it a ya n g t e l a h
d ice ra ika n o le h s u a m in ya a t a u p u n ya n g ke m a t ia n su a m in ya , m a ka
wa n i t a t e rse b u t d ila ra n g d a r i b e r k a h win d e n ga n le l a ki la in u n t u k
t e m p o h b e b e ra p a wa k t u se h in g ga l a h t e m p o h wa kt u it u b e ra kh ir.
De n ga n ca ra in i d a p a t la h d ip a st i ka n ke su c ia n wa n it a t e rse b u t , sa m a
a d a ia m e n ga n d u n g a t a u p u n t id a k.

‘IDDAH

Iaitu tempoh menunggu bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami sebelum

dibolehkan berkahwin dengan lelaki lain sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah

; atau berkabung kerana berpisah dengan suami ; atau untuk memastikan isteri tidak

mengandung anak bekas suaminya.

CATATAN :

Bagi seorang suami yang beristeri empat dan telah menceraikan salah seorang

isterinya, dia hendaklah menunggu sehingga tamat tempoh ‘iddah isteri yang

diceraikan sebelum berkahwin lagi.


JENIS ‘IDDAH DAN TEMPOH ‘IDDAH

*Isteri yang masih mempunyai haid

- 3 kali suci: jika ditalaq semasa suci dan tidak disetubuhi,

tempoh ‘iddahnya adalah apabila datang haid yang ketiga. Jika

ditalaq semasa suci dan disetubuhi / semasa haid, tempoh

‘iddahnya adalah apabila datang haid yang keempat.

*Telah putus haid / belum pernah haid

- 3 bulan
*Sedang hamil

- Melahirkan kandungan atau keguguran

*Kematian suami

- 4 bulan 10 hari

Masa iddah ini terbagi atas 4 jenis iaitu :

1. Iddah masa mengandong, iaitu waktunya sampai masa kelahiran kandungan yang
disebabkan talak ba’in (perceraian yang mengakibatkan tidak kembali kepada
suaminya) atau talak raj’i (perceraian yang dapat kembali kepada suaminya) dalam
keadaan hidup atau mati.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu


iddah mereka adalah sampai mereka melahirkan.” (Surah Ath-Thalaq ayat 4)

2. Iddah muthlaqah (masa perceraian),

Tempoh ini ialah untuk perempuan yang masih didatangi haid dan berpisah melalui
perceraian. Maksud tiga kali suci ini ialah, jika dia diceraikan, maka dia perlu
beriddah sehingga tiga kali suci daripada haid.

Firman Allah s.w.t, maksudnya: “Perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah


menahan diri mereka (menunggu) selama tiga kali quru’ (suci).” (Surah al-Baqarah
ayat 228)

Bagaimana mengiranya?

Jika dia diceraikan ketika suci dari haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja
datang haid yang ketiga.

Contoh: Diceraikan dalam keadaan suci (Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 > Haid 2 > Suci 3
> Haid 3 —— iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula.

Jika dia diceraikan ketika haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja kedatangan
haid yang keempat.

Contoh: Diceraikan ketika haid (Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 > Haid 3 > Suci 3
> Haid 4 —— iddah habis sebaik sahaja haid 4 bermula.

3. Perempuan yang tidak ada haid.

Siapa yang perlu beriddah selama 3 bulan? (diulangi, 3 bulan. Ia berbeza dengan 3
kali suci)

Perempuan yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah perempuan yang belum pernah
didatangi haid atau yang telah berhenti haidnya (menopause) . Sekiranya dia
diceraikan, maka dia perlu mengira iddah dari hari perceraian hinggalah cukup tiga
bulan Qamariyyah. Perlu diingatkan, tempoh 3 bulan ini tidak semestinya 90 hari.
Hal ini kerana dalam kalender Islam, ada kalanya jumlah hari sebulan ialah 29 hari
dan ada kala berjumlah 30 hari. Tetapi tiada yang berjumlah 31 hari!

Firman Allah SWT maksudnya :


“Perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus haid mereka, jika kamu
ragui tentang tempoh masa idah mereka, maka masa idah mereka ialah selama tiga
bulan. Begitulah juga idah perempuan-perempuan yang belum datang haid.” (Surah
al-Talaq ayat 4)

4. Isteri yang ditinggal suaminya kerana meninggal dunia.

Allah SWT menjelaskan masa iddahnya sebagai berikut :

a)Bagi wanita/isteri yang tidak mengandung :


Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Perlu diingatkan bahawa
‘bulan’ di sini ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi.
Oleh itu, jumlah hari yang dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari.

Firman Allah SWT maksudnya : “Orang-orang yang meninggal dunia diantaramu


dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya
(beriddah) empat bulan sepuluh hari.” (Surah Al-Baqarah ayat 234)

b)Bagi wanita/ isteri yang mengandung.

Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja
melahirkan anak (dan bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara
kematian suami dan juga kelahiran anak itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu


iddah mereka adalah sampai mereka melahirkan.” (Surah Ath-Thalaq ayat 4)

Dalil daripada hadis sahih juga menjelaskan keadaan perempuan yang hamil ketika
kematian suami lalu Rasulullah SAW. membenarkannya berkahwin lain selepas
bersalin (tidak perlu menunggu hingga 4 bulan 10 hari). Hukum ini telah dijelaskan
oleh baginda dalam hadis tentang Sabi’ah al-Aslamiyah yang bersalin beberapa hari
selepas kematian suaminya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sahabat yang dimuliakan,

Apakah larangan Islam terhadap wanita yang kematian suaminya?

Wanita yang kematian suami hendaklah beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika
dia mengandung, maka hendaklah dia beriddah sehingga bersalin. Tempoh ini
digunakan untuk memastikan rahim kosong (bersih) dan digunakan oleh wanita
untuk menyatakan kesedihan atas kematian suami. Ia juga merupakan fasa
perubahan yang sukar dan perlu disokong oleh kaum keluarga, rakan-taulan dan
jiran tetangga.

Terdapat lima larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami:

1. Bertunang (secara berterus-terang)


2. Berkahwin
3. Berhias pada diri atau pakaian
4. Tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami
5. Keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu (jika keluar rumah
kerana bekerja diharuskan)
PERTAMA: BERTUNANG SECARA BERTERUS-TERANG

Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang
ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan
berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Tiada
larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita”.

KEDUA: BERKAHWIN

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, tujuan iddah iaitu untuk
memastikan rahim bersih dari benih suami. Firman Allah SWT., maksudnya: “Dan
janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya
(iddahnya)”.

Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bernikah
sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.

KETIGA: BERHIAS DAN BERWANGI-WANGIAN PADA DIRI ATAU PAKAIAN

Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias-hias
sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya
wanita ini menyatakan kesedihan atas kematian suami dan mengelakkan diri
daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah.
Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari
fitnah.

Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW. ada menjelaskan
bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
untuk berkabung lebih dari 3 hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda
seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai
celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh menggunakan
pewangi (perfume), kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit haruman
sahaja.

[Lihat penjelasan lanjut dalam Fath al-Bari, jld 9, hlm. 491].

Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami dilarang
memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai barang
kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri
daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana
dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih
dalam tempoh larangan berkahwin.

Walau bagaimanapun, tidak semestinya wanita dikehendaki memakai pakaian


berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh penduduk dunia.
Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk dia
memakai pakaian berwarna lain.

Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang


busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas habis haid iaitu digunakan
pada faraj.

Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk
kecantikan, maka ia dilarang.

Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi,


bersyampu, menyabun badan dan lain-lain tetapi hendaklah mengelakkan daripada
menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya
wangiannya sangat sedikit.

KEEMPAT: TIDUR DI RUMAH LAIN

Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan
juga iddah perceraian biasa.

Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa
masih dalam ikatan perkahwinan.

Firman Allah SWT, maksudnya: “Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka
ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan
takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari
rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang
kebinasaan yang jelas.” (Surah al-Talaq: ayat 1)

Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka
dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini.
Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang
diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang
kebinasaan yang jelas’ seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman
yang lain.

Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat
wanita bernama Furai’ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah
SAW. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah SAW.
memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga
habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda baginda SAW. maksudnya: “Tinggallah tetap
di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)”.
KELIMA: KELUAR DARI RUMAH TANPA TUJUAN (KEPERLUAN TERTENTU)

Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu
tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang
penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha.

Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah
berkata, maksudnya: “Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik
nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar
memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah SAW, maka baginda
bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah
dengannya atau melakukan perkara yang baik.”

Para fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian
suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah
terutamanya untuk mencari nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung
nafkah mereka.

[Sila ambil perhatian bahawa wanita yang diceraikan, nafkahnya semasa dalam
iddah masih ditanggung oleh suami yang menceraikan. Jika suami engkar, buatlah
aduan dan tuntutan di Mahkamah Syariah].

Dalam satu hadis yang lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal
berjiran bertemu Rasulullah SAW. dan bertanya, maksudnya: “Wahai Rasulullah,
sesungguhnya kami berasa gusar di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran
kami? Apabila siang kami akan pulang ke rumah kami.” Rasulullah SAW menjawab,
“Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila kamu mahu tidur maka kembali setiap
wanita ke rumah masing-masing.”

Dalam kitab-kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah
kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat
terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut
ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah.

Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada
dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang
(berniaga) (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan
tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan
kelahiran bayi), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi
orang sakit atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri.
Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang
mengerjakan haji atau umrah.

Sahabat yang dikasihi Allah,


Sekarang terserah kepada kalian semua memahami dan mematuhi peraturan yang
dinyatakan oleh ajaran Islam. Sama ada kalian sedang dalam iddah, mempunyai ibu
yang dalam iddah, jiran atau adik-beradik yang dalam iddah atau sebagainya. Semua
pihak perlu saling faham-memahami situasi wanita dalam iddah dan saling ingat-
mengingatkan jika ada orang yang kalian kenal telah tersilap langkah semasa berada
dalam iddah. Bantulah mereka melalui tempoh peralihan yang sangat perit ini.

Semoga semuanya berada dalam rahmat Ilahi. Kasih sayang Allah SWT sentiasa
mendahului kemurkaan-Nya, maka janganlah kita memilih kemurkaan-Nya
sedangkan azab Allah SWT itu sangat pedih manakala syurga yang indah dengan
nikmat melimpah ruah menanti wanita mukminah yang sabar meniti kehidupan
tanpa seorang suami!

Rujukan untuk nota di atas :

1. Bada’i al-Sana’i, al-Syarh al-Saghir, Nihayat al-Muhtaj fi Fiqh al-Syafii dan


Kashshaf al-Qina’.

2. Di ambil daripada Kitab Al-Hadyu An-Nabawi karya Ibnul Qoyyim (5/594-595 ;


cetakan Al-Muhaqqaqah)

3. Di ringkas dari kitab Tanbihaat ‘ala Ahkam Takhtashu bil Mu’minaat karya Syaikh
Sholih Al-Fauzan ; edisi terjemah “Panduan Fiqh Praktis Bagi Wanita” penerbit
Pustaka Sumayyah.

PERUBAHAN JENIS-JENIS IDDAH MENURUT PANDANGAN ULAMA


Posted on December 31st, 2011 in Uncategorized by adamaris692

Perkahwinan merupakan suatu ikatan suci antara lelaki dan perempuan melalui
aqad yang mengharuskan pasangan tersebut melakukan persetubuhan menurut
syari’at. Namun, apabila terjadinya penceraian, maka ikatan perkahwinan ini akan
terlerai dan pihak perempuan perlu menjalani iddah. Iddah adalah merujuk kepada
bilangan iaitu bilangan suci daripada haid dan juga bilangan bulan. Dari sudut
istilah pula, iddah ialah nama bagi tempoh tertentu bagi seseorang perempuan
menunggunya semata-mata mematuhi perintah Allah atau sebagai tanda kesedihan
terhadap pemergian suami atau memastikan rahimnya bersih daripada kandungan.
Justeru, iddah merupakan suatu tempoh yang perlu dijalani oleh perempuan yang
bercerai dan tempoh iddah ini bergantung kepada situasi ketika bercerai sama ada
talaq raj’i mahupun talaq ba’in serta keadaan perempuan tersebut sama ada hamil
atau sebaliknya.

Selanjutnya, hukum iddah pada syarak adalah wajib ke atas perempuan yang
bercerai dan orang lelaki tidak dikenakan sebarang iddah serta tiada halangan
syar’i bagi lelaki tersebut berkahwin terus dengan perempuan lain. Pensyariatan
iddah ke atas permpuan yang bercerai ini telah disebutkan dalam beberapa ayat
al-Qur’an seperti yang dinyatakan pada ayat 228, ayat 234 dalam surah al-Baqarah,
ayat 4 dalam surah at-Talaq dan pada ayat 49 dalam surah al-Ahzab. Manakala,
pensyariatan iddah juga disebutkan dalam beberapa hadith Rasulullah SAW
sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam-imam terkenal seperti riwayat Bukhari,
Muslim, an-Nasa’i, Ahmad dan Daraqutni. Sementara itu, pensyariatan iddah telah
disabitkan dengan ijma’ ulama dari kalangan fuqaha’ beserrta dalil-dalil yang
digunapakai dan hujah-hujah yang dikemukakan oleh mereka.

Selain iddah ini disyariatkan dalam hukum penceraian, tuntutan iddah ini turut
mempunyai hikmahnya tersendiri. Tempoh iddah ini bertujuan untuk mengetahui
kebersihan rahim daripada mani suami, atau sebagai pengabdian kepada Allah,
atau kerana menandakan kedukaan ke atas suami, atau dapat memberi peluang
kepada suami untuk merujuk kembali isterinya yang diceraikan. Oleh itu, iddah
merupakan suatu tuntutan yang perlu dijalani oleh perempuan yang bercerai dan
tempohnya adalah bergantung kepada keadaannya semasa diceraikan oleh
suaminya.

Jenis-Jenis Iddah

Secara umumnya, iddah dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu iddah quru’, iddah
kiraan bulan dan iddah bagi wanita yang hamil. Semasa seseorang wanita itu taat
menjalani iddah talak raj’i, maka dia berhak mendapat nafkah, pakaian dan
tempat kediaman serta segala perbelanjaan daripada bekas suaminya. Sekiranya
dia seorang yang derhaka, maka dia tidak berhak mendapat nafkah tersebut[1].
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

ُّ ‫الرجْ عَة َعلَ ْي َها ِلزَ ْو ِج َها َكانَ إِذَا ِلل َم ْرأَةِ َوال‬.
‫س ْكنَى النَّفَقَة إِنَّ َما‬ َّ

Maksudnya : “Bagi perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya hanyalah nafkah
dan tempat kediaman”[2].

Manakala seseorang wanita yang hamil dalam iddah ba’in, maka dia berhak
mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman sehingga melahirkan anaknya[3].
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :

Maksudnya : “Dan jika mereka sedang mengandung, maka berikanlah kepada


mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya”[4].

Namun begitu, perempuan yang tidah hamil yang dalam iddah talak ba’in, sama
ada dengan talak tebus atau talak tiga tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan
tempat kediaman. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

َ ‫نَفَقَة َولَ س ْكنَى لَ َها لَي‬.


‫ْس‬

Maksudnya : “Tiada baginya tempat kediaman dan tiada pula nafkah”[5].

Iddah Quru’
Perkataan quru’ adalah jamak kepada perkataan qur’ yang bermaksud haid atau
suci[6]. Para ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan maksud perkataan quru’
tersebut sebagaimana yang terdapat di dalam al-Qur’an iaitu :

Maksudnya : “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan


menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali quru’ ”[7].

Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali, perkataan quru’ dalam ayat di atas merujuk
kepada haid. Ini bermakna, iddah quru’ menurut mazhab mereka adalah dengan
didatangi tiga kali haid, bukan tiga kali suci. Manakala perkataan quru’ menurut
mazhab Syafi’e dan Maliki pula ialah suci daripada haid. Hal ini bermakna, di sisi
mazhab mereka, iddah wanita yang biasa didatangi haid ialah tiga kali suci
daripada haid[8].

Menurut mazhab Syafi’e, tempoh minima iddah bagi wanita yang biasa didatangi
haid ialah tiga puluh dua hari. Ini kerana tempoh haid yang minima ialah 24 jam
iaitu sehari semalam. Manakala tempoh minima suci daripada haid pula ialah
selama 15 hari. Contoh kiraan iddah haid bagi mazhab Syafi’e ialah isteri
diceraikan dalam masa suci yang belum dicampuri oleh suami. Walaupun masa suci
itu ialah satu jam, ia sudah dikira sebagai satu kali suci. Kemudian, isteri tersebut
didatangi haid satu hari (masa haid yang paling singkat) dan suci lima belas hari
(suci haid kedua). Selepas itu, isteri tersebut berhaid satu hari lagi dan suci lima
belas hari (suci yang ketiga). Kemudian, apabila isteri tersebut berhaid untuk kali
ketiga, maka selesailah iddahnya[9].

Menurut Imam Abu Hanifah pula, tempoh minima iddah haid bagi isteri yang
diceraikan ialah selama 60 hari[10]. Kiraan iddah menurut Imam Abu Hanifah ialah
isteri diceraikan dalam masa suci yang belum disetubuhi oleh suami, kemudian
berhaid (haid pertama) selama sepuluh hari (masa haid yang paling lama) dan suci
lima belas hari. Kemudian isteri tersebut berhaid (haid yang kedua) selama sepuluh
hari dan suci lima belas hari. Selepas itu, isteri tersebut berhaid (yang ketiga)
selama sepuluh hari dan suci. Apabila habis masa haid yang ketiga, maka selesailah
iddah itu[11].

Iddah dengan Kiraan Bulan

Dua jenis golongan yang beriddah dengan iddah kiraan bulan ialah pertama, wanita
yang belum didatangi haid seperti kanak-kanak yang belum baligh ataupun yang
telah mencapai umur 15 tahun, tetapi masih belum didatangi haid atau wanita
yang sudah putus haid serta tidak hamil. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT :

Maksudnya : “Dan perempuan-perempuan yang putus haid di antara isteri-isteri


kamu jika kamu ragu-ragu, maka iddah mereka ialah tiga bulan, begitu juga isteri-
isteri yang belum pernah datang haid”[12].

Kebiasaannya, umur bagi wanita yang putus haid ialah antara 50 hingga 60
tahun[13].
Kedua, wanita-wanita yang kematian suami dari perkahwinan mereka yang sah.
Sekiranya mereka tidak hamil, maka iddahnya ialah 4 bulan 10 hari, walaupun
masih belum didatangi haid. Kiraan iddah ini bermula dari tarikh berlakunya
kematian tersebut sama ada telah disetubuhi ataupun belum disetubuhi lagi atau
isteri itu masih kecil ataupun sudah dewasa[14]. Hal ini berdasarkan firman Allah
SWT :

Maksudnya : “Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang


mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka
(beriddah) selama empat bulan sepuluh hari”[15].

Iddah Hamil

Iddah bagi wanita yang bercerai dengan suaminya sama ada disebabkan talak,
fasakh atau kematian suaminya dan dalam keadaan hamil ialah sehingga dia
melahirkan anak yang dikandungnya[16]. Hal ini berdasarkan firman Allah Taala :

Maksudnya : “Dan perempuan-perempuan yang mengandung, tempoh iddahnya


ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya”[17].

Bilangan iddah ini tetap sama walaupun kelahiran tersebut berlaku selepas sahaja
kematian itu berlaku. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW daripada Ummu
Salamah :

‫ فنكحت لها فأذن تنكح ان فاستأذنته النبي إلى فجاءت بليال زوجها وفاة بعد نفست األسلمية سبيعة أن‬.

Maksudnya :
“Sabi’ah telah kematian suaminya sedangkan ketika itu beliau sedang
mengandung. Selepas sepuluh hari kematian suaminya, beliau telah melahirkan
kandungannya. Kemudian beliau mendatangi Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW
pun bersabda : kamu boleh berkahwin. Di dalam satu riwayat lain, Rasulullah SAW
telah memberi fatwa kepadaku bahawa aku telah pun menjadi halal ketika aku
melahirkan anakku dan Baginda menyuruhku berkahwin sekiranya ada
pinangan”[18].

Diriwayatkan daripada Ubay bin Ka’ab, katanya :

‫ثالثا للمطلقة هي فقال ؟ عنها وللمتوفى ثالثا للمطلقة حملهن يضعن أن أجلهن األحمال وأولت هللا رسول يا قلت‬
‫عنها وللمتوفى‬

Maksudnya :
“Saya bertanya kepada Rasulullah SAW, ‘ya Rasulullah, apakah ayat “dan wanita-
wanita yang mengandung iddah mereka ialah sampai mereka bersalin” itu untuk
wanita yang ditalak tiga dan untuk wanita yang kematian suaminya? Baginda
bersabda : ia adalah untuk wanita yang ditalak tiga dan juga untuk wanita yang
kematian suami”[19].

Pendapat ini dipegang oleh kebanyakan ulama.


Namun telah diriwayatkan daripada Ali bin Abu Thalib, Ibnu Abbas, asy-Syu’bi, al-
Qasimiah, al-Muayyidu Billah dan an-Nashir bahawa mereka berpendapat bahawa
wanita hamil yang kematian suami, jika ia bersalin sebelum habis tempoh empat
bulan sepuluh hari, hendaklah ia beriddah dengan dua iddah iaitu hendaklah ia
menunggu sehingga habis empat bulan sepuluh hari. Tetapi jika empat bulan
sepuluh hari itu telah habis sebelum ia bersalin, maka hendaklah ia menunggu
sehingga ia bersalin[20].

Perubahan-Perubahan Jenis Iddah

Seseorang wanita yang sedang menjalani iddah boleh berubah daripada satu jenis
iddah kepada iddah yang lain. Contohnya daripada iddah haid kepada iddah kiraan
bulan, daripada iddah kiraan bulan kepada iddah haid, daripada iddah kiraan bulan
atau haid kepada iddah hamil atau daripada iddah raj’i kepada iddah kematian
suami[21].

Iddah Quru’ kepada Iddah Kiraan Bulan’

Menurut mazhab Syafi’e, apabila seseorang wanita yang pernah mengalami haid
dan bercerai, maka dia mesti beriddah dengan iddah quru’ iaitu tiga kali suci.
Namun, iddah quru’ ini akan berubah kepada iddah bulan dalam sesuatu keadaan.
Hal ini berlaku sekiranya kedatangan haid selepas kali pertama itu terhenti dan
tempoh iddahnya akan berterusan sehingga sampai ke peringkat umur putus haid
(monopous). [22] Menurut ulama’ Hanafi, wanita tersebut tidak beriddah dengan
kiraan bulan melainkan setelah sampai umur putus haid iaitu 55 tahun. Penentuan
umur putus haid ini ialah umur bagi perempuan yang telah baligh tetapi tidak
datang haid. Dalam hal ini, para fuqaha’ tidak bersependapat dalam menentukan
kadar umur perempuan yang putus haid. Bagi ulama’ Hanbali, umur putus haid
ialah 50 tahun manakala ulama’ Syafi’e berpendapat bahawa maksimum putus haid
ialah 60 tahun. Ulama’ Maliki pula berpendapat bahawa kadar umur perempuan
yang putus haid ialah 70 tahun, maka darah yang didapati ada pada perempuan
selepas itu tidak dikira darah haid. Setelah itu, apabila sampai umur putus haid,
wanita tersebut perlu memulakan iddah barunya sebagaimana yang telah
diwajibkan ke atas wanita-wanita yang putus haid dengan iddah kiraan bulan
selama tiga bulan.[23]
Bagi mazhab Maliki dan Hanbali pula, iddah wanita tersebut adalah selama satu
tahun bermula tarikh penceraiannya. Hal ini disebabkan tempoh ini adalah
kebiasaan tempoh mengandung dan beriddah pula selepas itu dengan iddah bagi
wanita yang putus haid iaitu tiga bulan bersesuaian dengan pendapat Saidina Umar
r.a. Namun, bagi mazhab Syafi’e dalam qaul jadid adalah bersependapat dengan
mazhab Hanafi iaitu beriddah selama-lamanya sehingga wanita tersebut didatangi
haid atau sampai umur putus haid. Oleh itu, wanita yang mengalami keadaan ini
tidak diharuskan ke atasnya beriddah dengan kiraan bulan kerana masih
mengharapkan kedatangan semula haidnya atau jika wanita tersebut tidak
didatangi haid oleh sesuatu sebab yang terjadi. [24]
Selain itu, jika haid wanita itu terhenti disebabkan menyusu atau sakit maka
wanita yang bercerai itu perlu menunggu sehingga selesai tempoh menyusu atau
sembuh dari penyakitnya. Wanita yang mengalami keadaan ini juga perlu berusaha
mengubati gangguan yang menyekat perjalanan pusingan haid tersebut. Demikian
itu, hukum iddahnya di sisi mazhab Syafi’e dan Hanafi adalah tetap dengan
iddahnya yang asal sehingga wanita tersebut benar-benar pasti tentang keadaan
rahimnya. Jika keadaan yang demikian itu berterusan, wanita tersebut juga
hendaklah menunggu sehingga sampai ke peringkat umur putus haid kemudian
barulah beriddah selama tiga bulan. Hal ini amat bersesuaian dengan firman Allah
SWT :
Maksudnya :“Dan perempuan-perempuan yang putus asa dari haid di antara isteri-
isteri kamu, jika kamu ragu-ragu tentang ‘iddahnya, maka ‘iddah mereka adalah
tiga bulan, dan begitu juga wanita-wanita yang tidak ada haid.”[25]

Perkara ini disebabkan oleh seseorang wanita yang pernah mengalami haid dikira
sebagai wanita mempunyai haid. Menurut pandangan mazhab Maliki dan Hanbali
pula, wanita tersebut juga hendaklah menjalani iddah selama tempoh setahun
bermula dari tarikh terhenti haid tersebut, iaitu sembilan bulan bagi memastikan
sama ada hamil atau tidak, dan tiga bulan lagi itu adalah iddahnya dengan kiraan
bulan. Iddah wanita tersebut dianggap selesai setelah menjalani iddah selama
setahun. Akan tetapi, jika haidnya terputus kerana menyusukan anak maka
iddahnya bermula selepas selesai tempoh menyusukan selepas dua tahun.
Dalam tempoh haid itu terhenti, suami wajib menanggung nafkah dan tempat
tinggal isteri tersebut sepanjang iddahnya sekalipun ia membebankannya. Oleh
kerana keadaan ini boleh mendatangkan kesusahan ke atas bekas suami dan
membuka peluang kepada kaum wanita melakukan penipuan ke atas bekas
suaminya agar berterusan memperolehi nafkah, maka pihak berkuasa di negeri
Mesir telah membuat ketetapan sebagaimana terdapat dalam Undang-Undang
Bilangan 25, tahun 1929 iaitu,[26]
“Tidak diterima dakwaan tuntutan nafkah iddah yang sudah berlalu lebih dari
setahun dari tarikh mula berlaku penceraian”

Tempoh setahun yang dimaksudkan dalam peruntukan undang-undang tersebut


ialah setahun Masihi iaitu genap 365 hari. Hal ini bermakna jika haid wanita
terhenti disebabkan penyusuan atau sakit, maka wanita tersebut boleh menuntut
nafkah dan tempat tinggal selama setahun dari tarikh penceraian itu berlaku.

Iddah Kiraan Bulan kepada Iddah Quru’

Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya sedangkan dia masih belum
mengalami haid disebabkan masih kecil atau telah mencapai umur putus haid,
maka dia perlu beriddah selama tiga bulan bermula dari tarikh penceraian.[27]
Sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya :
“Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu Yang putus asa dari kedatangan
haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah
tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan Yang tidak
berhaid”[28]

Pada asalnya, iddah quru’ merupakan iddah asal sekiranya berlaku talaq iaitu talaq
raj’i. Namun, bagi wanita belum mengalami haid atau telah mencapai umur putus
haid ini, dia yang perlu beriddah dengan iddah quru’ akan digantikan sebagai iddah
dengan bulan sama seperti orang yang boleh mengambil wudhuk tetapi
menggantikan dengan bertayammum apabila mencukupi syarat-syarat sah
tayammum. [29]
Perubahan iddah berlaku dari iddah kiraan bulan kepada iddah quru’ sekiranya
wanita tersebut didatangi haid sebelum iddahnya selesai, maka iddah yang telah
dijalaninya terbatal dan wajib memulakan iddah yang baru. [30] Tempoh iddah
barunya dikira tamat dengan tiga kali haid menurut pandangan mazhab Hanafi dan
Hanbali dan dengan tiga kali suci menurut pandangan mazhab Syafi’e dan Maliki.
Oleh hal demikian, apabila wanita yang telah putus haid mendapati ada darah
haidnya ternyata sangkaannya adalah salah dan perlu beriddah dengan iddah
quru’. [31]
Hal ini sama juga bagi seseorang wanita yang telah baligh tetapi dia tidak pernah
mengalami kedatangan haid dan kedudukannya sama dengan wanita yang telah
putus haid. Sekiranya dia bercerai, iddahnya dengan kiraan bulan namun bertukar
kepada iddah quru’ apabila dia didatangi haid dalam tempoh iddah tiga kali suci
mengikut mazhab Syafi’e dan Maliki. Firman Allah SWT,

Maksudnya :
“Dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu Dengan menahan diri
mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)”[32]

Tetapi, apabila seseorang wanita itu bercerai sama ada masih kecil atau telah
baligh tetapi masih belum kedatangan haid dan telah selesai menjalani iddahnya
iaitu iddah dengan kiraan bulan, maka wanita tersebut tidak lagi diwajibkan
memulakan iddah baru iaitu iddah quru’ sama ada haid mengikut mazhab Hanafi
dan Hanbali atau thur (suci) mengikut mazhab Syafi’e dan Maliki.[33] Hal ini adalah
sama seperti orang yang menunaikan solat dengan menggunakan tayammum dan
selepas itu mendapati ada air setelah tamatnya waktu solat, maka tidak
diwajibkan ke atasnya berwudhuk dan mengulangi solat.[34]

Iddah Kiraan Bulan atau Iddah Quru’ kepada Iddah Hamil

Seseorang wanita yang sedang menjalani iddah dengan kiraan bulan atau iddah
quru’ tiba-tiba telah nyata wanita tersebut hamil, maka iddahnya bertukar pula
kepada iddah hamil.[35] Tempoh iddah hamil ini akan tamat selepas melahirkan
anak yang dikandungnya.[36] Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka
melahirkan anak Yang dikandungnya.”[37]

Iddah bagi wanita hamil juga tetap dikira selesai dengan melahirkan
kandungannya, walaupun wanita tersebut bersalin selepas suaminya baru sahaja
meninggal dunia ataupun mengambil masa yang lama.[38]
Tempoh iddah kiraan bulan atau iddah quru’ yang telah dijalaninya juga dikira
batal mengikut mazhab Maliki dan Syafi’e beberapa kerana pada zahirnya
beberapa quru’ adalah dalil bersihnya rahim isteri. Sementara itu, hamil pula
merupakan bukti bahawa rahim berfungsi memproses janin secara yakin di samping
kelahiran bayi merupakan bukti yang nyata ke atas keadaan rahim yang sebenar.
Mengikut hukum fiqh, dalil yang zahir akan gugur dengan wujudnya dalil yang yakin
di mana iddah kiraan bulan atau iddah quru’ akan terbatal dengan wujudnya iddah
hamil.[39]

Iddah Raj’i kepada Iddah Mati

Seseorang wanita yang sedang menjalani iddah raj’i, tetapi suaminya meninggal
dunia ketika tempoh iddah tersebut, maka iddah raj’i yang dijalaninya akan
bertukar kepada iddah kematian suami. Ini bermakna, baki iddah raj’i yang masih
tinggal dan hak mendapat nafkah semasa iddah raj’i akan gugur dengan sendirinya.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

ِ ‫نَفَقَة زَ ْوج َها َع ْن َها ْالمت ََوفَّى ِل ْل َح‬.


َ ‫ام ِل لَي‬
‫ْس‬

Maksudnya :
“Isteri yang hamil yang kematian suaminya, tidak berhak mendapat nafkah”[40].

Namun begitu, wanita tersebut masih berhak mendapat pusaka dari harta
peninggalan suaminya itu[41]. Iddah kematian suami iaitu 4 bulan 10 hari akan
bermula dari tarikh kematian suaminya itu. Kiraan bulan yang dimaksudkan ialah
dengan kiraan bulan Islam (Hilaliyah) bukan bulan Masihi. Sekiranya wanita itu
diceraikan dengan talak ba’in, maka iddahnya kekal seperti asalnya tanpa
perubahan[42].

Beberapa Isu dalam Iddah

Terdapat beberapa isu berkaitan perubahan jenis iddah yang boleh mengubah
tempoh iddah yang dijalani oleh perempuan yang bercerai hidup atau mati.
Antaranya ialah kes percampuran iddah, perempuan yang diragui hamil,
perempuan yang putus haid disebabkan penyakit yang tidak diketahui, perempuan
yang terputus haid dengan sebab penyakit yang diketahui, perempuan mustahadah,
perempuan yang diceraikan sebelum dukhul (melakukan persetubuhan), dan iddah
bagi perempuan yang kehilangan suami.

Isu Pertama : Kes Percampuran Iddah

Percampuran dua iddah boleh berlaku dalam beberapa keadaan. Antaranya ialah
wanita yang telah diceraikan oleh suaminya dengan talak raj’i dan semasa dalam
iddah, wanita tersebut telah disetubuhi oleh suaminya sebelum berlaku rujuk ke
atasnya. Setelah selesai melakukan persetubuhan, wanita tersebut hendaklah
menjalani iddah yang baru. Iaitu mengikut keadaannya sama ada sebanyak tiga kali
suci atau dengan menunggu tempoh selama tiga bulan. Manakala tempoh iddah
yang telah selesai dijalaninya itu dikira telah gugur. Baki iddah raj’i yang masih
belum ditunaikannya itu termasuk dalam iddahnya yang baru.
Di samping itu, apabila seseorang isteri yang diceraikan dalam keadaan tidak hamil
dan telah selesai menjalani tempoh sekali suci dalam iddahnya, tiba-tiba dia telah
disetubuhi oleh suaminya sebelum dilakukan rujuk ke atasnya, lalu wanita tersebut
hamil disebabkan persetubuhan tersebut, maka iddah wanita tersebut akan tamat
selepas dia melahirkan anaknya. Manakala baki iddah yang terdahulu iaitu selama
dua kali suci dari haid itu tidak lagi dituntut untuk ditunaikan selepas dia
bersalin.[43]

4.2 Isu Kedua : Perempuan yang Diragui Hamil

Menurut Wahbah al-Zuhaili bahawa, apabila orang yang beriddah disebabkan talaq
atau kematian suami, maka boleh dilihat tanda-tanda kehamilan daripada
pergerakan dalam perut dan sebagainya. Kemudian jika perempuan tersebut mulai
syak setelah selesai iddah quru’ atau iddah bulan, maka perempuan tersebut
hendaklah menunggu sehingga habis tempoh hamil menurut ulama’ Maliki. Oleh
sebab itu, berdasarkan mazhab Syafi’i dan Hanbali menjelaskan bahawa tidak
dihalalkan baginya untuk berkahwin sebelum habis tempoh hamil dan wajib
bersabar daripada berkahwin sehingga hilang syak sebagai langkah ihtiyat dengan
berdasarkan hadith :

‫يريبك ل ما إلى يريبك ما دع‬

Maksudnya :
“Tinggalkan perkara yang meragukanmu kepada perkara yang tidak
meragukanmu.”

Maka menurut ulama’ Maliki bahawa tidak halal bagi suami menyetubuhi isteri
sehingga berlalu tempoh maksima mengandung dan jika isterinya berkahwin
dengan suami lain setelah tamat iddahnya sebelum hilang syak, maka menurut
ulama’ mazhab Syafi’e bahawa tidak terbatal perkahwinan kerana telah
menghukumkan bahawa isteri tersebut pada zahirnya telah tamat iddahnya. Oleh
itu, perkahwinan tidak boleh dibatalkan dengan syak. Jika diketahui perkara yang
membawa batal perkahwinan adalah dengan perempuan yang melahirkan anak
kurang dari waktu perkahwinan yang kedua, maka dapat dihukumkan bahawa
perkahwinan itu terbatal kerana ternyata kefasidannya.[44]

Batalnya perkahwinan ini menurut pendapat ulama Hanbali ada dua aspek. Salah
satunya adalah sama seperti pendapat ulama’ Syafi’e dan yang kedua adalah
dihalalkan baginya untuk berkahwin dan sah perkahwinan kerana menghukumkan
telah habis iddahnya, dihalalkan berkahwin serta gugur nafkah dan tempat tinggal.
Oleh sebab itu, tidak harus untuk menghilangkan atau membatalkan hukum ini
dengan sebab rasa syak yang timbul. Maka, hakim tidak boleh membatalkan
sesuatu hukum yang telah diputuskannya kerana berlaku perubahan dari segi
ijtihad dan dengan sebab saksi rujuk.

Isu Ketiga : Perempuan yang Putus Haid disebabkan Penyakit yang Tidak
diketahui

Menurut pendapat qaul Jadid bagi al-Imam al-Syafi’e dan Hanafiah bahawa
perempuan-perempuan yang terputus haid dengan sebab penyakit yang tidak
diketahui sama ada terputus itu sebelum talak atau selepas talak. Perempuan
tersebut tidak boleh berkahwin sehinggalah datang haid atau putus asa (putus
haid). Sekiranya perempuan tersebut didatangi haid selepas itu, maka iddahnya
dikira sebagai iddah quru’ dan jika perempuan tersebut putus asa (putus haid),
maka iddahnya mengikut kiraan bulan.

Manakala menurut qaul qadim bagi al-Imam al-Syafi’e, Hanbali dan juga al-
Malikiyah bahawa perempuan tersebut hendaklah menunggu selama sembilan bulan
kemudian ditambah pula dengan tiga bulan sebagai iddah kiraan bulan apabila
didapati bahawa perempuan tersebut tidak mengetahui waktu terputus haidnya
atau pun disebabkan kesakitan yang dihidapi.

Isu Keempat : Perempuan yang Terputus Haid dengan Sebab Penyakit yang
diketahui
Al-Imam al-Syafi’e berpendapat bahawa perempuan-perempuan yang terputus
haidnya disebabkan penyakit yang memang diketahuinya, maka perempuan
tersebut tidak boleh berkahwin sehinggalah dia didatangi haid ataupun putus asa
(putus haid) sekali pun mengambil masa yang lama. Di samping itu, al-Malikiah
pula berpendapat bahawa sekiranya perempuan itu putus haid dengan sebab
menyusukan anak, maka iddah bagi perempuan tersebut adalah selepas selesainya
setahun dan dilanjutkan pula selama dua tahun menyusu. Maka, jumlah iddah bagi
perempuan tersebut adalah selama tiga tahun berturut-turut.

Isu Kelima : Perempuan Mustahadah

Perempuan yang didatangi haid dapat diklasifikasikan kepada tiga keadaan yang
berbeza iaitu mu’tadah, martabah, dan mustahadah. Perempuan yang mu’tadah
ialah perempuan yang tidak berubah masa haidnya. Maka dikenakan iddah bagi
perempuan tersebut sebanyak tiga kali quru’.
Perempuan yang martabah pula ialah perempuan yang tidak mengalami haid yang
tidak diketahui sebabnya (sama ada dengan sebab mengandung, menyusu, ataupun
sakit). Maka Hanafiah dan Syafi’iyyah menghukumkan bahawa kekal selama-
lamanya sehingga datang haid atau putus asa (putus haid) kemudian dikenakan
iddah dengan tiga bulan.

Manakala menurut pendapat al-Malikiah dan al-Hanbalah pula, perempuan tersebut


harus menunggu selama tempoh sembilan bulan iaitu waktu adat (kebiasaan) yang
dialami oleh perempuan yang hamil. Kemudian, dikenakan pula iddah tiga bulan.
Selepas mencukupi tempoh setahun iddah, Maka dihalalkan bagi perempuan
tersebut untuk berkahwin. Jika terhenti (terputus) haid yang disebabkan oleh
penyusuan maka, iddahnya adalah dengan berlalunya masa setahun dan tempoh
menyusu selama dua tahun iaitu genap tiga tahun. Jika perempuan tersebut
didatangi haid pada hari yang terakhir dari tahun itu, maka hendaklah perempuan
tersebut menunggu sehingga didatangi tiga kali haid.

Perempuan mustahadah bermaksud perempuan yang sentiasa keluar darah. Mazhab


Hanafi berpendapat bahawa iddah bagi perempuan tersebut ialah sembilan bulan.
Manakala menurut pendapat mazhab Hanbali dan al-Syafi’e pula bahawa iddah bagi
perempuan yang mustahadah ialah sama seperti perempuan yang putus haidnya
iaitu selama tiga bulan. Sementara, al-Malikiah pula berpendapat bahawa iddah
bagi perempuan yang mustahadah ialah sama dengan perempuan martabah iaitu
menunggu sehingga genap tempoh masa setahun.

Sebaliknya, dalam situasi yang lain pula dapat dilihat apabila seseorang wanita
yang berterusan keluar darah serta tidak dapat diketahui waktu kebiasaan bagi
pusingan haidnya. Maka, mengikut pandangan mazhab Hanafi bahawa iddah bagi
wanita tersebut adalah selama tujuh bulan. Dua bulan untuk kiraan suci dari haid.
Tiga pusingan haid memakan masa selama enam bulan. Kemudian dilebihkan
sebulan selepasnya sebagai langkah untuk mengelakkan sebarang kesilapan.
Sekiranya telah diketahui waktu kebiasaannya bagi haid wanita tersebut, maka
iddahnya adalah berdasarkan waktu kebiasaannya dan wanita tersebut hendaklah
menjalani iddah selama tiga kali suci mengikut pusingan haid tersebut.
Selain mazhab Hanafi, mazhab Syafi’e dan Hanbali pula berpendapat bahawa iddah
bagi wanita yang mustahadah iaitu berdarah penyakit yang keluar darahnya tanpa
henti dan lupa tarikh pusingan haidnya, maka dikira iddah bagi wanita tersebut
sebagaimana wanita-wanita yang telah putus haid iaitu selama tiga bulan.
Manakala, mazhab Maliki berpendapat bahawa jika terdapat wanita yang tidak
dapat membezakan antara darah haid dengan darah istihadhah, wanita tersebut
hendaklah menjalani iddahnya selama setahun. Sekiranya darah tersebut dapat
dibezakan antara haid dan juga istihadah, dan haidnya lewat kerana menyusu,
maka hendaklah wanita tersebut ber’iddah selama tiga kali suci.[45]

Isu Keenam : Perempuan yang diceraikan sebelum Dukhul (Melakukan


Persetubuhan)

Tidak dikenakan iddah bagi perempuan yang diceraikan oleh suaminya sebelum
berlaku persetubuhan. Maka bertepatan dengan firman Allah S.W.T di dalam kitab
suci Al-Qur’an yang menyebut bahawa :

Maksudnya,
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengahwini perempuan-
perempuan yang mukmin, kemudian kamu menceraikan mereka sebelum kamu
menyetubuhinya, maka sekali-kali tidak wajib atas mereka iddah bagi kamu yang
kamu minta menyempurnakan, maka berilah mereka mut’ah dan laksanakanlah
mereka itu dengan cara yang sebaiknya.”[46]

Terdapat khilaf ulama sekiranya suami itu berkhulwah dengan isterinya, kemudian
menceraikannya. Al-Malikiyyah dan qaul jadid bagi mazhab al-Syafi’iyyah
berpendapat bahawa berkhulwah sahaja tanpa jima’ serta melabuhkan tirai, tidak
diwajibkan sepenuhnya mahar bagi isterinya bahkan diwajibkan sebahagian mahar
yang disebut semasa aqad atau mut’ah jika tidak disebutkan mahar semasa aqad.

Sementara itu, mazhab Hanafi dan Hanbali pula berpendapat bahawa ber khulwah
itu hukumnya sama seperti wati (persetubuhan) pada beberapa perkara yang
berikut: Pertama, hendaklah disempurnakan maharnya. Kedua, sabit nasab
sekiranya dia melahirkan anak selepas enam bulan dari tempoh ber khulwah.
Ketiga, wajib beriddah. Keempat, suami diwajibkan memberikan nafkah iddah
iaitu membiayai makanan, pakaian dan juga tempat tinggal. Kelima, haram bagi
suami yang menceraikan isteri yang telah ber khulwah dengannya itu berkahwin
dengan saudaranya, atau berkahwin isteri keempat selain dirinya selama iddahnya
masih ada. Keenam, diharuskan bagi suami untuk menceraikan isterinya semasa
dalam keadaan suci.

Pendapat mazhab Hanafi dan Hanbali dikuatkan pula dengan dalil daripada Al-
Qur’an dan juga hadith Rasulullah S.A.W. sebagaimana berikut Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“Dan jika kamu ingin menggantikan isteri kamu dengan isteri yang lain, sedangkan
kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak,
maka janganlah kamu mengambil daripadanya barang sedikit pun, apakah kamu
akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan
(menanggung) dosa yang nyata. Dan bagaimana kamu akan akan mengambilnya
kembali , padahal sebahagian kamu telah bergaul (melakukan persetubuhan)
dengan yang lain sebagai suami isteri, dan mereka (isteri-isteri kamu) telah
mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.”[47]

Isu Ketujuh : Iddah bagi Perempuan yang Kehilangan Suami

Orang yang hilang menurut Wahbah al-Zuhaili ialah orang yang ghaib (tidak hadir),
yang tidak diketahui sama ada ia masih hidup atau sudah mati. Contohnya, orang
yang hilang daripada keluarganya pada waktu siang ataupun malam, atau dia
keluar sembahyang kemudian ia tidak pulang ke rumah, atau hilang dalam satu
kemalangan atau hilang dengan sebab berlaku peperangan dan sebagainya. Maka
dikenakan hukum iddah bagi isterinya adalah mengikut hukum keadaan dirinya.
Ulama’ Hanafi berpendapat bahawa orang yang hilang itu tetap dikira masih hidup
dan masih berhak ke atas dirinya. Oleh sebab itu, harta orang tersebut tidak boleh
dipusakai dan isterinya masih kekal sebagai isteri jika isteri tersebut tidak berada
dalam keadaan ba’in. Maka, isteri tersebut tidak dikenakan iddah sehingga benar-
benar yakin tentang status kematian suaminya. Hal ini menggunakan kaedah
istishab kerana suaminya masih hidup pada masa yang lepas.

Di samping itu, berdasarkan pendapat ulama’ Hanafi terhadap situasi bahawa jika
isteri tersebut mengetahui status kematian suaminya atau dimaklumkan oleh
orang-orang yang dipercayai bahawa suaminya telah mati atau telah menceraikan
isteri tersebut dengan talaq tiga, atau dibawa kepadanya surat talaq daripada
suami melalui orang yang dipercayai, maka perempuan tersebut dikenakan iddah
dan berkahwin dengan lelaki lain selepas habis tempoh iddahnya.
Pendapat ulama’ Hanafi ini adalah bersamaan dengan pendapat qaul jadid iaitu
ulama’ Syafi’e yang sahih. Maka, dihukumkan bahawa isteri tersebut terfasakh
daripada ikatan perkahwinan kerana tidak harus dihukumkan suami mati dalam kes
pembahagian hartanya. Begitu juga tidak diharuskan untuk dihukumkan suami mati
dalam kes perkahwinan isteri tersebut. Oleh sebab itu, isteri tersebut dikehendaki
untuk menjalani iddah dan tidak boleh bagi lelaki lain untuk mengahwininya
sehingga yakin tentang kematian suami atau diceraikan oleh suaminya mengikut
kaedah istishab. Ali r.a pula berpendapat bahawa :

“Hendaklah dia (isteri tersebut) sabar sehingga diketahui tentang kematian


suaminya.”

Sehubungan dengan itu, ulama’ Maliki dan Hanbali bersepakat bahawa isteri yang
kehilangan suami dikehendaki menunggu selama tempoh empat tahun, kemudian
dia dikenakan iddah kematian iaitu selama empat bulan sepuluh hari.

Pendapat ini dikuatkan lagi dengan riwayat daripada Umar al-Khattab bahawa
seorang isteri yang kehilangan suaminya telah datang kepada Umar dengan
menceritakan keadaan dirinya. Lalu Umar berkata, “Kamu tunggu empat tahun.”
Perempuan tersebut mematuhi arahan Umar. Kemudian perempuan tersebut
datang lagi kepada Umar, maka Umar berkata, “tangguhlah selama empat bulan.
sepuluh hari.” Maka perempuan tersebut melakukan sebagaimana arahan Umar.
Kemudian perempuan tersebut datang lagi kepada Umar buat kali yang ketiga, lalu
Umar mengajukan soalan kepada perempuan itu, “di manakah wali bagi suami
kamu itu?” Maka beberapa orang terus membawakan wali yang dimaksudkan
kepada Umar lalu Umar berkata kepada wali tersebut, “ceraikan perempuan ini.”
Maka wali tersebut melakukan sebagaimana arahan Umar kepadanya dan Umar
berkata kepada perempuan itu, “berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu
suka.”[48]

Persoalan tuntutan wajib iddah ke atas wanita yang bercerai perlu diketahui oleh
setiap wanita Islam kerana pensyariatannya telah dinyatakan secara terang dalam
ayat-ayat al-Qur’an, hadith dan juga melalui ijma’ para ulama’ dalam bidang fiqh
perkahwinan. Dalam hal ini, bukan sahaja wanita yang biasa didatangi haid perlu
beriddah bahkan wanita yang telah putus haid, wanita yang hamil dan juga
perempuan yang masih kecil lagi perlu menjalani iddah.

Dalam pembahagiaan tiga jenis iddah ini pula iaitu iddah quru’, iddah dengan
kiraan bulan dan iddah hamil, setiap wanita khususnya yang bercerai sama ada
bercerai hidup atau mati mestilah mengetahui tempoh iddah yang perlu mereka
menunggunya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak. Di samping itu,
wanita tersebut juga perlu mengetahui setiap perubahan iddah yang terjadi sama
ada perubahan iddah quru’ kepada iddah kiraan bulan, iddah kiraan bulan kepada
iddah dan lain-lain bentuk perubahan sekaligus merubah hukum iddah ke atasn
mereka agar hak mereka akan terpelihara.

Dalam pada itu, sekiranya berlaku penceraian dengan talaq raj’i, maka suami perlu
merujuk terlebih dahulu isteri sebelum melakukan persetubuhan bersama isteri
agar tidak terjadinya gangguan pada tempoh iddah yang sedang dijalani oleh
isterinya. Dengan kata lainnya, seorang perempuan yang bercerai perlu
mengetahui tempoh iddah yang ditentukan ke atas dirinya sekiranya berlaku
sebarang gangguan dalam tempoh perjalanan iddah tersebut. Hal ini berpandukan
ijma’ para ulama’ khususnya para fuqaha sekiranya tidak dinyatakan secara jelas
dalam dalil-dalil al-Qur’an mahupun dalil-dalil hadith. Kesimpulannya,
pensyariatan iddah perlu dipatuhi oleh seseorang perempuan yang telah bercerai
agar hikmah pensyariatannya dapat dicapai.

TIADA lafaz paling keramat dari lidah seorang lelaki yang bergelar suami,
kecuali talak, bahkan dilihat dari satu sudut ia adalah hak eksklusif kaum
Adam terhadap kaum Hawa.

Ada benarnya, kerana dalam Islam lafaz talak atau cerai yang keluar dari
bibir si isteri tidak diambil kira, walaupun dia melafazkannya berulang kali
dengan bersungguh-sungguh, sekali gus menunjukkan kuasa talak hak
suami.

Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan


umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), ceraikanlah mereka
pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah masa idah
itu (dengan betul) serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu..." (al-
Quran, surah al-Talaq-65: 1)

Walaupun begitu, seorang suami harus berwaspada.


Sabda Nabi bermaksud: "Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang
lebih dibenci oleh-Nya dari talak."

Dan lagi: "Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak."
(Riwayat Abu Dawud)

Seorang suami tidak wajar mempermainkan perkataan cerai kerana sekali


ia terlepas dari mulut, mereka mungkin menyesal seumur hidup.

Rasulullah bersabda: "Tiga perkara menjadi serius walaupun dalam


keadaan main-main atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan
hamba."

Tetapi, sejauh mana lafaz cerai menjadi hak eksklusif suami? Apakah hak
untuk berpisah bagi si isteri terkunci rapat?

Apa yang tidak boleh dilakukan oleh wanita yang berada dalam iddah kematian suami?
24may2009Filed under: Fiqh Kematian, Fiqh WanitaAuthor: Dr Hasanah

Persoalan kali ini akan menjengkelkan golongan ‘pembela wanita’ yang beriya-iya
mahu ‘membebaskan’ golongan wanita dari cengkaman ‘kezaliman’.

Mungkin ada yang beranggapan bahawaIslam itu zalim, Islamtidak indah, Islam
mengongkong wanita dan macam-macam lagi apabila mendapati bahawa terdapat
berbagai-bagai halangan yang dikenakan ke atas wanita yang baru sahaja kematian
suami. Tidakkah mereka ini patut dibiarkan bebas untuk ‘menghiburkan hati’ yang
sedang sedih? Biarkan sahaja mereka pergi kenduri-kedara, pergi melancong,
window shopping dll…

Apabila kita melihat hukum Allah s.w.t, janganlah kita lihat dari sudut penzahiran
hukum semata-mata. Penilaian kita belum tentu dapat menyamai penilaian tuhan
yang Maha Hebat. Penilaian kita mudah didorong oleh akal fikiran yang cetek dan
diburukkan lagi dengan kehendak nafsu yang tinggi.

Semenjak saya menulis tentang iddah, timbul banyak persoalan tentang apa yang
tidak boleh dilakukan oleh isteri yang baru sahaja kematian suami atau dalam erti
kata lain, perempuan yang dalam iddah kematian suami. Saya ditanya, boleh tak
itu dan ini…. bila saya kata tak boleh, respon yang diterima ialah, nak buat juga.
Hmmm… berlapang dada lah… pasti ada hikmahnya.

Saya sendiri sudah melalui fasa iddah kematian suami. Saya sangat faham situasi
ini. Bila kita berada dalam kedudukan yang sangat sukar, kenalah didik jiwa supaya
menyedari bahawa ada orang lain yang lebih sukar lagi. Saya melalui iddah
kematian suami dalam keadaan sarat mengandung 8 bulan. Ada 4 orang anak lagi
yang semuanya masih kecil. Ada yang masih minta dikendong dan pada masa itu
saya tiada pembantu rumah sepenuh masa. Ibubapa saya pula telah meninggal
dunia dan saya tinggal di Utara, jauh dari adik-beradik yang rata-rata tinggal di
Selangor dan KL. Saya rasa keadaan saya sangat sukar, tapi, saya kena ingat selalu
bahawa ada orang lain yang lebih sukar lagi keadaannya. Bila kita sabar, maka
Allah akan permudahkan kehidupan. Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t yang
telah ‘menghadiahkan’ untukku ujian ini. Terlalu banyak yang dipelajari daripada
ujian ini.

Kembali kepada topik artikel kali ini.

Wanita yang kematian suami hendaklah beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi
jika dia mengandung, maka hendaklah dia beriddah sehingga bersalin. Tempoh ini
digunakan untuk memastikan rahim kosong (bersih) dan digunakan oleh wanita
untuk menyatakan kesedihan atas kematian suami. Ia juga merupakan fasa
perubahan yang sukar dan perlu disokong oleh kaum keluarga, rakan-taulan dan
jiran tetangga.

Terdapat LIMA larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami:

1. bertunang (secara berterus-terang)


2. berkahwin
3. berhias pada diri atau pakaian
4. tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami
5. keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu

PERTAMA: BERTUNANG SECARA BERTERUS-TERANG

Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang
ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan
berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud,
“Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang
wanita”.

KEDUA: BERKAHWIN

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, tujuan iddah iaitu untuk
memastikan rahim bersih dari benih suami. Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Dan
janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya
(iddahnya)”. Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh
bernikah sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.

KETIGA: BERHIAS DAN BERWANGI-WANGIAN PADA DIRI ATAU PAKAIAN

Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias-hias
sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya
wanita ini menyatakan kesedihan atas kematian suami dan mengelakkan diri
daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah.
Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari
fitnah.

Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan
bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat
untuk berkabung lebih dari 3 hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda
seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai
celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh
menggunakan pewangi (perfume), kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan
sedikit haruman sahaja. [Lihat penjelasan lanjut dalam Fath al-Bari, jld 9, hlm.
491].

Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami dilarang
memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai barang
kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri
daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana
dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih
dalam tempoh larangan berkahwin.

Walau bagaimanapun, tidak semestinya wanita dikehendaki memakai pakaian


berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh penduduk dunia.
Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk dia
memakai pakaian berwarna lain.

Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang


busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas habis haidh iaitu digunakan
pada faraj.

Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk
kecantikan, maka ia dilarang.

Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi,


bersyampu, menyabun badan dll tetapi hendaklah mengelakkan daripada
menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya
wangiannya sangat sedikit.

KEEMPAT: TIDUR DI RUMAH LAIN

Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan
juga iddah perceraian biasa.

Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa
masih dalam ikatan perkahwinan.

Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka
ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah
dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari
rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika
datang kebinasaan yang jelas.” [Surah al-Talaq: ayat 1].

Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka
dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini.
Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang
diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang
kebinasaan yang jelas’ seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman
yang lain.

Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat
wanita bernama Furai’ah telah kematian suami dan memohon kebenaran
Rasulullah s.a.w. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah s.a.w.
memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga
habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda baginda s.a.w. maksudnya: “Tinggallah
tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)”.

KELIMA: KELUAR DARI RUMAH TANPA TUJUAN (KEPERLUAN TERTENTU)

Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu
tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang
penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha.

Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah
berkata, maksudnya: “Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu
memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada
keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah s.a.w.,
maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu
dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik.”

Para fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian
suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah
terutamanya untuk mencari nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung
nafkah mereka. [Sila ambil perhatian bahawa wanita yang diceraikan, nafkahnya
semasa dalam iddah masih ditanggung oleh suami yang menceraikan. Jika suami
engkar, buatlah aduan dan tuntutan di Mahkamah Syariah].

Dalam satu hadis yang lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal
berjiran bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya, maksudnya: “Wahai Rasulullah,
sesungguhnya kami berasa gusar di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran
kami? Apabila siang kami akan pulang ke rumah kami.” Rasulullah s.a.w.
menjawab, “Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila kamu mahu tidur maka
kembali setiap wanita ke rumah masing-masing.”

Dalam kitab-kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah
kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat
terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara
tersebut ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah.
Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada
dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang
(berniaga) (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan
tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan
kelahiran bayi), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi
orang sakit atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri.
Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang
mengerjakan haji atau umrah.

Untuk pencerahan lanjut, lihat Bada’i al-Sana’i, al-Syarh al-Saghir, Nihayat al-
Muhtaj fi Fiqh al-Syafii dan Kashshaf al-Qina’.

===================

Baiklah, sekarang dengan fikiran terbuka, cuba perhalusi hukum-hakam yang telah
saya nyatakan yang dipetik daripada wahyu Allah serta fikrah para fuqaha yang
tiada tolong tandingnya berbanding kita. Apakah agaknya hikmah di sebalik
undang-undang ini?

Hmm… saya telah melalui fasa ini dan saya telah merasai hikmah peraturan yang
ditentukan oleh Allah s.w.t. ini…

Sekarang terserah kepada anda sama ada anda sedang dalam iddah, mempunyai
ibu yang dalam iddah, jiran atau adik-beradik yang dalam iddah atau sebagainya….
Semua pihak perlu saling faham-memahami situasi wanita dalam iddah dan saling
ingat-mengingatkan jika ada orang yang anda kenal telah tersilap langkah semasa
berada dalam iddah. Bantulah mereka melalui tempoh peralihan yang sangat perit
ini.

Semoga semuanya berada dalam rahmat Ilahi. Kasih sayang Allah s.w.t. sentiasa
mendahului kemurkaannya, maka janganlah kita memilih kemurkaannya sedangkan
azab Allah itu sangat pedih manakala syurga yang indah dengan ni’mat melimpah
ruah menanti wanita mu’minah yang sabar meniti kehidupan tanpa seorang suami!

Iddah: Bahagian Tiga (Iddah bagi wanita yang kematian suami)


7aug2008Filed under: Anekdot, Fiqh Keibuan, Fiqh Kematian, Third Class
Photo-GraphicAuthor: Dr Hasanah
Gembiranya seorang ayah saat memangku putera puteri yang dikasihi. Tetapi,
andainya ketentuan ajal tiba mendahului segalanya...

Wanita yang kematian suami mempunyai tempoh iddah yang berbeza berbanding
perpisahan akibat perceraian. Disebutkan dalam ayat 234 Surah al-Baqarah:
((..dan bagi perempuan yang kematian suami di antara kamu dan kemudiannya
mahu berkahwin maka hendaklah dia menahan dirinya (beriddahh) selama empat
bulan dan sepuluh hari))

Dalam satu kertas kerja yang ditulis oleh pensyarah saya semasa belajar di
Universiti Mu’tah, Jordan, iaitu Dr. Abd al-Hamid al-Majali (ArabLawInfo.com:
2002), dijelaskan tentang hikmah disyariatkan iddahbagi wanita yang kematian
suami. Beliau antara lain menjelaskan bahawa ikatan perkahwinan merupakan satu
ikatan yang sangat kuat dan suci yang diasaskan oleh perasaan cinta dan kasih
sayang. Al-Quran banyak memberikan gambaran yang indah tentang hubungan
perkahwinan (lihat: al-Baqarah ayat 187 dan al-Rum ayat 21) di mana pasangan
suami isteri menjadi pakaian antara satu sama lain dan dijadikan pula pasangan itu
tempat untuk bersenang-senang dan mendapat ketenangan. Ikatan zahir dan batin
yang begitu kuat ini pastinya menjadikan perpisahan antara kedua-duanya sangat
sukar sekali apatah lagi jika perpisahan itu akibat kematian.

Al-Majali menambah bahawa iddah antara lain dapat memastikan rahim wanita
bersih dari benih suami, mengenang kebaikan dan keindahan hidup bersama suami,
menzahirkan kesedihan atas pemergiannya, memelihara kehormatannya serta
mengelakkan fitnah. Wanita ialah makhluk tuhan yang dianugerahkan dengan roh
dan jasad. Dalam keadaan yang sangat sukar selepas kematian suami, wanita
memerlukan masa untuk membiasakan dirinya dengan kehidupan baru yang
pastinya jauh berbeza dengan kehidupan semasa suaminya masih hidup.

TEMPOH IDDAH WANITA YANG KEMATIAN SUAMI

1) BAGI WANITA/ISTERI YANG TIDAK MENGANDUNG

Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Perlu diingatkan bahawa
‘bulan’ di sini ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi.
Oleh itu, jumlah hari yang dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari.

2)BAGI WANITA/ ISTERI YANG MENGANDUNG

Keadaan ini adalah menyamai keadaan saya yang kehilangan suami tercinta ketika
mengandung 8 bulan.

Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja
melahirkan anak (dan bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara
kematian suami dan juga kelahiran anak itu sangat pendek, iddahnya tetap
berakhir.

Hajar saat baru dilahirkan

Contoh, dalam kes saya, ketika suami meninggal dunia, saya sedang sarat
mengandung 8 bulan. Kira-kira 40 hari selepas itu, saya pun bersalin. Maka
tamatlah iddah saya, iaitu hanya kira-kira 40 hari sahaja.
Contoh lain, katakanlah jika berlaku kematian ketika si isteri mengandung 2 bulan.
Selepas 7 bulan barulah dia bersalin, maka itulah tempoh iddah yang perlu
dilaluinya.

Contoh ketiga, katakanlah pasangan suami isteri menaiki kenderaan dan berlaku
kemalangan. Akibat hentaman yang kuat, si suami meninggal di tempat kejadian,
manakala si isteri bersalin tidak sampai beberapa saat selepas itu, maka dengan
serta merta juga iddahnya berakhir.

Dalil ataupun hujah bagi hukum ini adalah seperti ayat Quran yang menyebut
bahawa perempuan yang mengandung tempoh iddahnya ialah sehingga melahirkan
anak (al-Talaq, ayat 4). Dalil daripada hadis sahih juga menjelaskan keadaan
perempuan yang hamil ketika kematian suami lalu Rasulullah s.a.w.
membenarkannya berkahwin lain selepas bersalin (tidak perlu menunggu hingga 4
bulan 10 hari). Hukum ini telah dijelaskan oleh baginda dalam hadis tentang
Sabi’ah al-Aslamiyah yang bersalin beberapa hari selepas kematian suaminya
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Demikianlah pendirian majoriti fuqaha dalam kes seperti ini.

Terdapat pula sebilangan fuqaha yang berpendapat bahawa dalam keadaan ini
hendaklah si isteri tadi beriddah mengikut ab’ad al-ajalayn, iaitu tempoh yang
paling panjang. Maksudnya, jika tempoh 4 bulan 10 hari lebih panjang dari tarikh
bersalin, maka hendaklah wanita itu beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika
tarikh bersalin lebih lewat/ terkemudian berbanding 4 bulan 10 hari, maka
hendaklah dia beriddah hinggalah bersalin.

Pandangan ini di bawa oleh sebilangan kecil fuqaha.

Cukup dulu kot tentang iddah wanita yang kematian suami… Semoga artikel ini
dapat dimanfaatkan oleh wanita di luar sana yang senasib dengan saya…
Al-Fatihah buat para suami yang telah kembali ke rahmatullah…

Anda mungkin juga menyukai