Anda di halaman 1dari 6

Senarai Nilai, Definisi & Kata Kunci

Pendidikan Moral SPM

1.1 Kepercayaan kepada Tuhan


Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya
berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara.

k1*keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam


k2*mematuhi segala suruhanNya

1.2 Amanah
Sikap bertanggunngjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

k1*sikap bertanggungjawab
k2*menimbulkan kepercayaan orang lain

1.3 Harga Diri


Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam
kehidupan.

k1*memulia maruah diri


k2*menjaga maruah diri

1.4 Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna.

k1*memikul tugas/kewajipan
k2*melaksanakan tugas/kewajipan
1.5 Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

k1*beradab sopan
k2*berbudi pekerti mulia

1.6 Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

k1*bertolak ansur
k2*sabar*mengawal diri

1.7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

k1*kebolehan/kesanggupan melakukan sesuatu


k2*tanpa bergantung kepada orang lain

1.8 Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan , dedikasi
dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

k1*usaha berterusan
k2*ketekuna/kecekalan/kegigihan/dedikasi/berdaya maju

1.9 Kasih Sayang


Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daraipada hati yang
ikhlas.

k1*kepekaan/perasaan cinta yang mendalam


k2*kepekaan/perasaan cinta yang berkekalan

1.10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

k1*tindakan/keputusan yang saksama


k2*tidak berat sebelah

1.11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang wajar.
k1*boleh berfikir
k2*bertindak wajar
1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan dtau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

k1*tidak keterlaluan
k2*tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga


Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

k1*perasaan cinta/kasih/sayang mendalam terhadap keluarga


k2*perasaan cinta/kasih/sayang berkekalan terhadap keluarga

2.2 Hormat dan taat kepada anggota kepada anggota keluarga


Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara
bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

k1*memuliakan setiap anggora keluarga


k2*berinteraksi / memberi layanan secara bersopan

2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan


Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang
diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

k1*menerima kebiasaan/adat/kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun


k2*menghormati kebiasaan/adat/kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun
k3*mengamalkan kebiasaan/adat/kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun

2.4 Tanggungjawab terhadap keluarga


Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan
keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

k1*kewajipan terhadap keluarga


k2*melahirkan keluarga bahagia/meningkatkan imej/menjaga maruah keluarga

3.1 Menyayangi dan menghargai Alam Sekitar


Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan
keseimbangan ekosistem.

k1*memelihara alam sekeliling


k2*memulihara alam sekeliling
3.2 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling
supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

k1*hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling


k2*kualiti kehidupan manusia/alam sekeliling terpelihara

3.3 Kemapanan Alam Sekitar


Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan
hidup.

K1*pengekalan keseimbangan alam sekeliling


K2*tanggungjawab bersama

3.4 Peka terhadap isu-isu Alam Sekitar


Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha
menyelesaikannya.

K1*prihatin terhadap persoalan alam sekeliling


K2*berusaha menyelesaikannya

4.1 Cinta akan Negara


Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi
kepentingan diri.

K1*perasaan sayang/bangga kepada negara


K2*meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara


Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.

K1*kepatuhan yang berkekalan kepada raja/negara


K2*kesetiaan yang berkekalan kepada raja/negara

4.3 Sanggup berkorban untuk Negara


Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai tanda berbakti untuk negara.

K1*kerelaan melakukan/menyerahkan sesuatu


K2*sebagai tanda kebaktian untuk negara

5.1 Melindungi Hak kanak-kanak


Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan meraka
yang sempurna.
K1*membela/memberi naungan
K2*memelihara hak kanak-kanak

5.2 Menghormati Hak Wanita


Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam
pembangunan keluarga,masyarakat dan negara.

K1*melindungi wanita
K2*mengiktiraf wanita

5.3 Melindungi hak pekerja


Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan jasa dan sumbangan golongan pekerja
dalam pembangunan negara.

K1*menghormati/menghargai perkhidmatan/jasa/sumbangan golongan pekerja


K2*mengiktiraf perkhidmatan/jasa/sumbangan golongan pekerja

5.4 Menghormati hak golongan kurang berupaya


Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan
mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan.

K1*memberi layanan bersopan kepada golongan kurang berupaya


K2*mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan

5.5 Melindungi hak pengguna


Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat
perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

K1*membela/memelihara hak individu


K2*menjadi pengguna yang berilmu/mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti tidak
mudah dieksploitasi

6.1 Mematuhi peraturan dan undang-undang


Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira
sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

K1*menerima peraturan/undang-undang
K2*mematuhi peraturan/undang-undang

6.2 Kebebasan bersuara


Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga
keselamatan dan ketenteraman.

K1*kebebasan konsep dengan batasan tertentu


K2*kebebasan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu
6.3 Kebebasan beragama
Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan
dalam perlembagaan Malaysia.

K1*kebebasan menganuti agamanya


K2*kebebasan mengamalkan agamanya

6.4 Penglibatan diri dalam pembangunan Negara


Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi
peraturan,undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

K1*kebebasan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan negara


K2*mematuhi peraturan/undang-undang/Perlembagaan Malaysia

6.5 Sikap keterbukaan


Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran
fakta dan norma masyarakat Malaysia.

K1*bersedia memberi pandangan/pembaharuan/kritikan


K2*bersedia menerima pandangan/pembaharuan

7.1 Hidup bersama secara aman


Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian
hidup tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.

K1*hidup berbaik-baik antara satu sama lain


K2*mengutamakan kedamaian/keharmonian hidup

7.2 Saling membantu dan bekerjasama


Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti dan
Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

K1*usaha yang baik/membina


K2*yang dilakukan bersama

7.3 Saling menghormati antara negara


Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

K1*menghargai hubungan antara negara


K2*memuliakan hubungan antara negara

Anda mungkin juga menyukai