Anda di halaman 1dari 56

BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI

1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan


mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara

Kata Kunci
*keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
*mematuhi segala suruhanNya
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI
1.2 AMANAH

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan


kepercayaan dan keyakinan orang lain

Kata Kunci
*sikap bertanggungjawab
*menimbulkan kepercayaan orang lain
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI
1.3 HARGA DIRI

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia


dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

Kata Kunci
*memulia maruah diri
*menjaga maruah diri
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI
1.4 BERTANGGUNGJAWAB

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan


melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna

Kata Kunci
*memikul tugas/kewajipan
*melaksanakan tugas/kewajipan
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI
1.5 HEMAH TINGGI

Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam


pergaulan seharian

Kata Kunci
*beradab sopan
*berbudi pekerti mulia
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI
1.6 TOLERANSI

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal


diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan
dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

Kata Kunci
*bertolak ansur
*sabar*mengawal diri
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI
1.7 BERDIKARI

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu


tanpa bergantung kepada orang lain

Kata Kunci
*kebolehan/kesanggupan melakukan sesuatu
*tanpa bergantung kepada orang lain
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI
1.8 KERAJINAN

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat


ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya
maju dalam melakukan sesuatu perkara

Kata Kunci
*usaha berterusan
*ketekuna/kecekalan/kegigihan/dedikasi/berdaya maju
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI
1.9 KASIH SAYANG

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta


berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

Kata Kunci
*kepekaan/perasaan cinta yang mendalam
*kepekaan/perasaan cinta yang berkekalan
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI
1.10 KEADILAN

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak


berat sebelah

Kata Kunci
*tindakan/keputusan yang saksama
*tidak berat sebelah
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI
1.11 RASIONAL

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang


nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar

Kata Kunci
*boleh berfikir
*bertindak wajar
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI
1.12 KESEDERHANAAN

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat


pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,
pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain

Kata Kunci
*tidak keterlaluan
*tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
BIDANG 2 - KEKELUARGAAN
2.1 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA

Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan


berkekalan terhadap keluarga

Kata Kunci
* perasaan cinta/kasih/sayang mendalam terhadap
keluarga
* perasaan cinta/kasih/sayang berkekalan terhadap
keluarga
BIDANG 2 - KEKELUARGAAN
2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA

Memuliakan setiap anggota keluarga dengan


berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan
untuk mewujudkan keluarga yang harmoni

Kata Kunci
*memuliakan setiap anggora keluarga
*berinteraksi / memberi layanan secara bersopan
BIDANG 2 - KEKELUARGAAN
2.3 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN

Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan,


adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam
keluarga

Kata Kunci
* menerima kebiasaan/adat/kepercayaan yang diwarisi secara
turun-temurun
* menghormati kebiasaan/adat/kepercayaan yang diwarisi secara
turun-temurun
* mengamalkan kebiasaan/adat/kepercayaan yang diwarisi secara
turun-temurun
BIDANG 2 - KEKELUARGAAN
2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA

Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu


terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,
meningkatkan imej dan menjaga meruah keluarga

Kata Kunci
* kewajipan terhadap keluarga
* melahirkan keluarga bahagia/meningkatkan imej/menjaga
maruah keluarga
BIDANG 3 - ALAM SEKITAR
3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan
memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan
keseimbangan ekosistem

Kata Kunci
*memelihara alam sekeliling
*memulihara alam sekeliling
BIDANG 3 - ALAM SEKITAR
3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

Keadaan saling memerlukan hubungan harmonis antara


manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan
manusia dan alam sekeliling terpelihara

Kata Kunci
*hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling
*kualiti kehidupan manusia/alam sekeliling terpelihara
BIDANG 3 - ALAM SEKITAR
3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR

Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai


tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup

Kata Kunci
*pengekalan keseimbangan alam sekeliling
*tanggungjawab bersama
BIDANG 3 - ALAM SEKITAR
3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR

Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan


alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya

Kata Kunci
*prihatin terhadap persoalan alam sekeliling
*berusaha menyelesaikannya
BIDANG 4 - PATRIOTISME
4.1 CINTA AKAN NEGARA

Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta


meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

Kata Kunci
*perasaan sayang/bangga kepada negara
*meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
BIDANG 4 - PATRIOTISME
4.2 TAAT SETIA PADA RAJA DAN NEGARA

Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja


dan Negara

Kata Kunci
*kepatuhan yang berkekalan kepada raja/negara
*kesetiaan yang berkekalan kepada raja/negara
BIDANG 4 - PATRIOTISME
4.3 SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA

Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu


termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara

Kata Kunci
*kerelaan melakukan/menyerahkan sesuatu
*sebagai tanda kebaktian untuk negara
BIDANG 5 - HAK ASASI
5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK

Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-


kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna

Kata Kunci
*membela/memberi naungan
*memelihara hak kanak-kanak
BIDANG 5 - HAK ASASI
5.2 MENGHORMATI HAK WANITA

Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang


boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,
masyarakat dan Negara

Kata Kunci
*melindungi wanita
*mengiktiraf wanita
BIDANG 5 - HAK ASASI
5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA

Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan,


jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan
Negara

Kata Kunci
* menghormati/menghargai perkhidmatan/jasa/sumbangan
golongan pekerja
* mengiktiraf perkhidmatan/jasa/sumbangan golongan
pekerja
BIDANG 5 - HAK ASASI
5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA

Memberi layanan yang bersopan kepada golonga kurang


berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf
mereka sebagai insan ciptaan Tuhan

Kata Kunci
*memberi layanan bersopan kepada golongan kurang
berupaya
*mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan
BIDANG 5 - HAK ASASI
5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA

Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi


pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta
barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi

Kata Kunci
*membela/memelihara hak individu
*menjadi pengguna yang berilmu/mendapat perkhidmatan
serta barangan yang berkualiti tidak mudah dieksploitasi
BIDANG 6 - DEMOKRASI
6.1 MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-


undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa
dan di mana seseorang itu berada

Kata Kunci
*menerima peraturan/undang-undang
*mematuhi peraturan/undang-undang
BIDANG 6 - DEMOKRASI
6.2 KEBEBASAN BERSUARA

Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan


batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan
ketenteraman

Kata Kunci
*kebebasan konsep dengan batasan tertentu
*kebebasan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu
BIDANG 6 - DEMOKRASI
6.3 Kebebasan beragama

Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan


agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan
Malaysia.

Kata Kunci
*kebebasan menganuti agamanya
*kebebasan mengamalkan agamanya
BIDANG 6 - DEMOKRASI
6.4 PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti


pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-
undang dan Perlembagaan Malaysia

Kata Kunci
*kebebasan untuk melibatkan diri dalam aktiviti
pembangunan negara
*mematuhi peraturan/undang-undang/Perlembagaan
Malaysia
BIDANG 6 - DEMOKRASI
6.5 SIKAP KETERBUKAAN

Bersedia memberi dan menerima pendangan,


pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran
fakta dan norma masyarakat Malaysia

Kata Kunci
*bersedia memberi pandangan/pembaharuan/kritikan
*bersedia menerima pandangan/pembaharuan
BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
7.1 HIDUP BERSAMA SECARA AMAN

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan


mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup
tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

Kata Kunci
*hidup berbaik-baik antara satu sama lain
*mengutamakan kedamaian/keharmonian hidup
BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
7.2 SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA

Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama


pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk
mencapai sesuatu matlamat

Kata Kunci
*usaha yang baik/membina
*yang dilakukan bersama
BIDANG 7 - KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
7.3 SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA

Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara


untuk menjamin kesejahteraan sejagat

Kata Kunci
*menghargai hubungan antara negara
*memuliakan hubungan antara negara
BAHAGIAN A: SOALAN STRUKTUR
1) Soalan Tanya Nilai

Peringatan:
Contoh soalan: • Tulis nilai sahaja
• Tidak boleh salah ejaan sehingga
Apakah nilai ……… [1 markah]
makna berubah
Nyatakan dua nilai ……… [2 markah] • Tidak boleh salah tulis kata hubung
/kata sendi /imbuhan dsb
• Tidak boleh diterbalikkan susunan
Contoh jawaban: • Tidak boleh guna singkatan
Amanah
Kepercayaan kepada Tuhan
BAHAGIAN A: SOALAN STRUKTUR
2) Soalan Tanya Maksud Nilai

Peringatan:
Contoh soalan: • Tulis definisi nilai sahaja
Jelaskan maksud nilai .........… [2 markah] • Tidak perlu watak
• Tidak perlu dikaitkan dengan isu /
Berikan definisi bagi nilai........ [2 markah] situasi soalan
• Kesilapan kata sendi / kata
hubung / imbuhan / huruf besar/
susunan perkataan pada definisi
Contoh jawaban: tidak menjejaskan
Sikap bertanggungjawab yang boleh
menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
BAHAGIAN A: SOALAN STRUKTUR
3) Soalan Tanya Nilai dan Huraian Lanjutan

Contoh soalan:
Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh murid-murid agar
menjauhi gejala ponteng sekolah. [4 markah]

Format jawapan: NH (Bukan lagi NP)


Ayat N: Watak + Nilai
Ayat H: Bagaimana? / Mengapa? (BUKAN lagi Watak + Kata Kunci + Isu)
NH (2 markah) dan NH (2 markah)
Apakah teknik untuk menulis huraian lanjutan?

Tanya soalan “bagaimana” pada nilai yang anda guna.

Katakan guna nilai harga diri:

“Bagaimanakah” murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri agar


menjauhi gejala ponteng sekolah?

(Fikir jawapan dengan mengaitkan isu)


Jawapannya:
Contohnya, murid-murid harus menjaga nama baik diri dan keluarganya
dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah.

Selain soalan “bagaimana” ……


Tanya soalan “mengapa” pada nilai yang anda guna.
Katakan guna nilai mematuhi peraturan dan undang-undang:
“Mengapakah” murid-murid harus mematuhi peraturan dan undang-undang?
Fikir jawapan dengan mengaitkan isu.

Jawapannya:
Hal ini demikian kerana perbuatan ponteng melanggar peraturan sekolah.
Contoh jawapan:

i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Contohnya, mereka


harus menjaga nama baik diri dan keluarga dengan tidak terlibat dalam gejala
ponteng sekolah. (Huraian – Bagaimana?)

ii) Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-


undang(Ayat Nilai). Hal ini demikian kerana perbuatan ponteng melanggar
peraturan sekolah. (Huraian – Mengapa?)
Tujuan:
• Menilai KBKK
• Menguji kandungan akademik Ting 4 & Ting 5
• Jangan tulis nilai sebagai jawapan
• Perlu tulis ayat fakta
Contoh soalan:

Berikan 3 cara yang boleh dilakukan oleh pemandu


agar tidak cuai ketika berada di jalan raya.

[3 markah]
Jawapan:
i) Pastikan tidak mengantuk semasa memandu.
ii) Pastikan kereta dalam keadaan baik.
iii) Mematuhi segala peraturan lalulintas.
5) Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan

Contoh soalan:
Huraikan tiga cara ……… [6 markah]
Terangkan dua kesan ……… [4 markah]
Jelaskan tiga kebaikan ……… [6 markah]
Cadangkan dua usaha ……… [4 markah]
Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi perlu diikuti
dengan contoh / huraian lanjutan

• Fakta + Contoh
• Cara untuk menulis ayat contoh:
• Tanya soalan “Bagaimana?”
• Tanya soalan “Mengapa?
Contoh soalan:

Terangkan 3 cara yang boleh dilakukan oleh pemandu


agar tidak cuai ketika berada di jalan raya.

[6 markah]
Jawaban:
i) Pastikan tidak mengantuk semasa memandu.

(Soalan: “Bagaimana” tidak mengantuk?)


Contohnya, mendapat tidur yang mencukupi sebelum
memandu.
Jawaban:
ii} Pastikan kereta dalam keadaan baik.

(Soalan: “Bagaimana” pasti kereta dalam keadaan


baik?)

• Servis kereta lebih kerap.


Jawaban:
iii) Mematuhi segala peraturan lalulintas.
(Soalan: “Bagaimana” mematuhi peraturan lalu lintas?)

• Jangan memandu ketika mabuk.


6) SOALAN KBAT (KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI)

Contoh soalan:
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika pihak berkuasa tidak…
[2 markah]
(i)___________________________________
(ii)___________________________________

Soalan tidak menyatakan bilangan jawaban


Lihat peruntukan markah dan bilangan ruang jawapan (Roman i, ii)
Tuliskan jawapan seperti tulis ayat fakta
6) SOALAN KBAT (KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI)

Contoh soalan:
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika pihak berkuasa tidak…
[4 markah]
(i)___________________________________
(ii)___________________________________

Soalan tidak menyatakan bilangan jawapan


Lihat peruntukan markah dan bilangan ruang jawapan (Roman i, ii)
Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi perlu diikuti dengan contoh / huraian
lanjutan

Fakta + Contoh
6) SOALAN KBAT (KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI)

Contoh soalan:
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika pihak berkuasa tidak…
[4 markah]
(i)___________________________________
(ii)___________________________________

Soalan tidak menyatakan bilangan jawapan


Lihat peruntukan markah dan bilangan ruang jawapan (Roman i, ii)
Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi perlu diikuti dengan contoh / huraian
lanjutan

Fakta + Contoh

Anda mungkin juga menyukai