Anda di halaman 1dari 3

NILAI-NILAI MORAL DAN PENERANGANNYA

Bil Nilai Penerangan/Definisi

1 Kepercayaan kepada Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam


Tuhan dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara.

2 Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh


menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan
menjaga maruah diri dalam kehidupan

4 Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan


melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
seharian

6 Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi


mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan
faham demi kesejahteraan hidup

7 Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa


bergantung kepada orang lain.

8 Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,


kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam
melakukan sesuatu perkara

9 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta


berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

11 Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan
mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

13 Kasih Sayang terhadap Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan
keluarga berkekalan terhadap keluarga.

14 Hormat dan taat kepada Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi
anggota keluarga dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan
keluarga yang bahagia
15 Mengekalkan tradisi Menerima,menghormati,mengamalkan adat dan
kekeluargaan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam
keluarga

16 Tanggungjawab Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu


terhadap keluarga terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga Bahagia,
meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga

17 Menyayangi dan Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara


menghargai Alam alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan
Sekitar ekosistem.

18 Keharmonian antara Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis


manusia dengan alam antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti
sekitar kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

19 Kemapanan Alam Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai


Sekitar tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup

20 Peka terhadap isu-isu Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam
Alam Sekitar sekeliling dan berusaha menyelesaikannya

21 Cinta akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

22 Taat Setia kepada Raja Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara
dan Negara

23 Sanggup berkorban Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai


untuk Negara tanda berbakti untuk negara

24 Melindungi Hak kanak- Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-
kanak kanak bagi menjamin kehidupan meraka yang sempurna

25 Menghormati Hak Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang


Wanita boleh memberi sumbangan dalam pembangunan
keluarga,masyarakat dan negara

26 Melindungi hak pekerja Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan


jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan
negara

27 Menghormati hak Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang


golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf
berupaya mereka sebagai insan ciptaan tuhan
28 Melindungi hak Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi
pengguna pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta
barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

29 Mematuhi peraturan Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang


dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana
seseorang itu berada.

3 Kebebasan bersuara Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan


0 batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan
ketenteraman

31 Kebebasan beragama Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan


agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan
Malaysia

32 Penglibatan diri dalam Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
pembangunan Negara pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-
undang dan perlembagaan Malaysia.

33 Sikap keterbukaan Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan


dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma
masyarakat Malaysia.

34 Hidup bersama secara Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan
aman mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa
mengira agama,bangsa dan budaya.

35 Saling membantu dan Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama
bekerjasama pada peringkat individu, komuniti dan Negara untuk
mencapai sesuatu matlamat.

36 Saling menghormati Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk


antara Negara menjamin kesejahteraan sejagat.

Anda mungkin juga menyukai