Anda di halaman 1dari 5

GEOGRAFI FIZIKAL PENGGAL 2 : SISTEM ATMOSFERA

Tekanan Udara

1. Konsep tekanan udara


 Tekanan udara bermaksud daya (yang terhasil dari berat udara ) yang menekan sesuatu ruang udara
di atas permukaan bumi.
 Udara mempunyai berat. Berat atau ringannya udara bergantung kepada suhunya, ketumpatan atau
jumlah molekul udara yang ada serta kandungan wap air di dalamnya. Udara yang bersuhu tinggi
(panas ) lebih ringan berbanding udara bersuhu rendah ( sejuk ). Udara yang padat lebih berat
berbanding udara yang sedikit . Udara yang basah lebih berat berbanding udara yang panas.
 Tekanan udara diukur dengan menggunakan alat “barometer” atau jangkatekanan.
 Purata tekanan udara yang normal ialah 1013milibar ( atau 1.03 kgm / cm3 )

2. Jenis-jenis tekanan udara


 Terdapat dua jenis tekanan udara, iaitu :
i) Tekanan udara rendah (TUR)
 TUR merujuk kepada keadaan udara yang panas atau bersuhu tinggi.
 Udara yang panas lebih ringan kerana ia mengembang dan kurang wap air di dalamnya
 Zon TUR boleh wujud di udara atas permukaan bumi akibat waktu siang yang panas, musim
panas atau kesan bahangan bumi yang tinggi terhadap udara di atasnya.
 TUR juga dikenali sebagai siklon kerana pergerakan udara akan masuk ke pusat zon TR.
 Pergerakan angin lebih kuat kerana garisan setekanannya lebih rapat. Jika pergerakannya sangat
laju ia akan menjadi ribut atau taufan.

TUR atau Siklon TUT atau anti siklon

ii) Tekanan udara tinggi (TUT )


 TUT merujuk kepada udara yang sejuk atau bersuhu rendah.
 Udara sejuk lebih berat kerana ia mengangandungi banyak air akibat sejatan dan sejatpeluhan.
 Zon TUT boleh wujud di udara atas permukaan bumi akibat sejatan yang tinggi, musim dingin dan
kehilangan bahangan bumi.
 TUT juga dikenal sebagai anti siklon kerana pergerakan udara akan bergerak keluar dari pusat
zon TT.
 Pergerakan angin lebih perlahan dan udara tenang kerana garisan setekanannya lebih jarang.

3. Edaran Umum Atmosfera


 Edaran umum atmosfera merujuk kepada pergerakan udara yang membentuk sistem angin tempatan
atau sistem angin dunia.
 Pergerakan angin atau udara berlaku kerana terdapatnya perbezaan TU di sesuatu kawasan.
 Udara akan bergerak dari zon TUT ke kawasan zon TUR.
 Dalam sistem angin global pergerakan angin ini akan melibatkan kawasan dunia yang luas. Misalnya
antara garis lintang Sartan hingga ke Khatulistiwa dan Jadi. Misalnya Sistem Angin Monsun.
 Dalam sistem angin tempatan pergerakan angin hanya melibatkan kawasan di sekitar yang
berdekatan. Misalnya dari laut ke kawasan pantai membentuk Bayu Laut atau Bayu Darat.
Kawasan TUT dan TUR dunia ( Sistem angin global ) angin

3.1 Sistem Angin Monsun


 Sistem angin monsun bermaksud tiupan angin lazim bermusim di kawasan tropika lembap
( kawasan Khatulistiwa dan Monsun Tropika )
 Sistem angin monsun wujud kerana terdapatnya perbezaan tekanan udara antara dua
kawasan iaitu di selatan Asia dan Utara Asia.
 Terdapat dua musim atau dua sistem angin monsun di kawasan tropika lembap, iaitu sistem
monsun antara bulan November-Mac dan antara bulan Mei – September .
 Semasa musim monsun November-Mac,angin bergerak dari kawasan TUT Asia Tengah ke arah
kawasan TUR di Australia sebagai angin Monsun Timur Laut . Apabila merentasi garisan
Khatulistiwa, angin tersebut terbias ke kiri (kesan daya koriollis) menjadi angin Monsun Barat
Laut.
 Semasa musim monsun Mei-September pula , angin bergerak dari kawasan TUT Australia
Tengah ke kawasan TUR di Asia Tengah sebagai angin Monsun Tenggara. Apabila merentasi
garisan khatulistiwa angin tersebut terbias ke kanan (kesan daya koriollis) menjadi angin
Monsun Barat Daya.

4 3 Musim
4
TUT Musim TUR panas 3
dingin
MTL 5
MBD
6
6
MBL MTg 5
2 2
TUR TUT
Musim Musim
1 1 dingin
panas

Musim Monsun Timur Laut/Barat Laut ( November – Mac ) Musim Monsun Barat Daya/Barat Laut ( Mei - September )

1. Sistem angin monsun banyak mempengaruhi cuaca dan aktiviti manusia di kawasan Asia:
i. Angin MTL membawa hujan yang lebat ke kawasan pantai timur Semenanjung
Malaysia ( Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur ) sehingga menyebabkan
banjir musiman pada bulan-bulan Nevember dan Disember setiap tahun.
ii. Angin MTL juga menjadikan musim tengkujuh atau musim tiupan angin kencang yang
menyebabkan laut bergelora sehingga menjejaskan kegiatan penangkapan ikan di laut.
iii. Hujan lebat yang dibawa oleh kedua-dua MTL dan MBD membolehkan kegiatan
pertanian padi sawah dijalankan. Air hujan yang banyak membekalkan air yang cukup
untuk penanaman dan pembesaran tanaman padi sawah.
iv. Di kawasan pedalaman Myanmar, Thailand dan Filipina, musim MTL kurang membawa
hujan menyebabkan terjadinya musim kemarau. Pada masa ini kegiatan pembalakan
giat dijalankan kerana keadaan bumi yang kering memudahkan kerja penebangan serta
pengangkutan kayu balak keluar dari hutan.
v. Kelajuan tiupan angin MTL menyebabkan laut berombak kuat dan menjejaskan sektor
pelancongan laut, pantai dan pulau. Ombak yang kuat menghalang aktiviti perkelahan,
menyelam skuba dan menjejaskan perjalanan bot penumpang untuk ke pulau-pulau
seperti Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau Kapas.
vi. Angin kencang MTL di pantai timur juga menggalakkan aktiviti sukan rekreasi iaitu
permainan layang-layang dan sukan kapal layar “Monsoon Cup” dalam bulan-bulan
November hingga Mac.
vii. Banjir besar yang dibawa oleh MTL menjejaskan sistem pengangkutan jalan air melalui
sungai akibat banjir besar yang menenggelamkan alur sungai. Perkhidmatan bot dan
feri juga tergendala atau terpaksa ditangguhkan dari semasa ke semasa mengikut
kehadiran angin kencang.

3. Bayu Laut
2
1. Bayu laut adalah angin sejuk yang bertiup dari laut ke daratan pantai pada waktu siang.
2. Pemanasan bahang matahari menyebabkan suhu permukaan bumi lebih panas berbanding
suhu di permukaan lautan. Akibatnya wujud TUT di lautan dan TUR di daratan pantai.
3. Angin dari kawasan TUT dilaut akan bertiup ke kawasan TUR di daratan lalu menyederhanakan
suhu di daratan.
4. Udara panas di kawasan TUR di daratan akan mengambil tempat kawasan TUT di lautan dan
kemudiannya kembali bertiup ke daratan pantai sebagai edaran bayu laut berikutnya.
5. Pada zaman dahulu nelayan yang menggunakan
1 kapal layar, akan kembali dari menangkap ikan
di laut apabila bayu laut bertiup ke daratan pada waktu menjelang tengah hari.

4
4
TUR TUR TUT
TUT
1 3
3
Laut sejuk kerana 2
Bumi cepat Laut lambat sejuk Bumi cepat
lambat panas 2 1
panas (masih panas) sejuk

Bayu Laut Bayu Darat

3. Bayu darat
3
1. Bayu darat adalah angin sejuk yang bertiup dari darat ke laut pada waktu malam.
2. Pada waktu malam, permukaan bumi lebih sejuk berbanding suhu di permukaan lautan yang
panas. Akibatnya wujud TUT di daratan dan TUR di lautan.
3. Implikasinya angin dari kawasan TUT di daratan akan bertiup ke kawasan TUR di lautan lalu
menyederhanakan suhu di lautan pada waktu malam.
4. Udara panas di kawasan TUR di lautan akan mengambil tempat kawasan TUT di daratan dan
kemudiannya kembali bertiup ke lautan sebagai edaran bayu darat berikutnya.
5. Nelayan yang menggunakan kapal layar, akan keluar menangkap ikan di laut apabila bayu darat
bertiup ke lautan pada waktu malam. Mereka akan kembali ke pantai ketika bayu laut bertiup
ke daratan pada esok paginya.

3. Angin Sumatera
3
1. Angin Sumatera adalah badai ( angin kencang) yang bertiup selari dengan angin MBD dari
Sumatera ke pantai barat Semenanjung Malaysia antara bulan Mei-September.
2. Zon TUT wujud di barat Pulau Sumatera dan Zon TUR wujud di sebelah timur Pulau Sumatera
iaitu di laut Selat Melaka.
3. Angin dari Sumatera ini bertiup merentasi Selat Melaka dan menyejat wap air yang banyak lalu
menurunkan hujan yang lebat di pantai Melaka, Selangor dan barat Johor.
4. Keadaan ini telah menyebabkan fenomena banjir besar di negeri-negeri pantai barat
Semenanjung Malaysia.

TUR
Angin Sumatera

TU
T

Badai Sumatera

Kestabilan udara

1. Kestabilan udara bermaksud perbezaan antara Kadar Tukaran Suhu Sekitaran (KTS) dengan Kadar
Tukaran Suhu Adiabatik (KTA).
 KTS : setiap kenaikan tinggi 165meter, suhu akan turun sebanyak 1°C . Atau setiap kenaikan
tinggi 1 meter dari aras laut, suhu akan turun sebanyak 0.006°C.
 KTA : setiap kenaikan menegak udara 1 000 meter, suhu udara tersebut akan menurun
sebanyak 10°C . Atau setiap kenaikan 1 meter, suhu akan turun sebanyak 0.001°C.

2. Udara stabil ditunjukkan oleh ciri-ciri berikut :


 Menghasilkan keadaan cuaca yang baik – cuaca tenang
 Tiada kerpasan atau hujan
 Kurang berlaku pemeluwapan
 Kurang pergerakan udara secara menegak

3. Udara yang tidak stabil ditunjukkan oleh ciri-ciri berikut :


 Proses pemeluwapan yang giat
 Menghasilkan kerpasan atau hujan
 Banyak awan terhasil
 Banyak pergerakan udara secara menegak
 Pergerakan angin kencang atau ribut

Anda mungkin juga menyukai