Anda di halaman 1dari 2

NILAI-NILAI MORAL DAN PENERANGANNYA

Bil Nilai Penerangan/Definisi

1 Kepercayaan kepada Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan


Tuhan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama
masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.
2 Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan
dan keyakinan orang lain
3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga
maruah diri dalam kehidupan
4 Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan
tugas serta kewajipan dengan sempurna
5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
seharian
6 Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
demi kesejahteraan hidup
7 Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa
bergantung kepada orang lain.
8 Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan
,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam
melakukan sesuatu perkara
9 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
10 Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
11 Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan
mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
12 Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan
tindakan sana ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa
mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
13 Kasih Sayang terhadap Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan
keluarga terhadap keluarga.
14 Hormat dan taat kepada Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan
anggota keluarga memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga
yang bahagia
15 Mengekalkan tradisi Menerima,menghormati,mengamalkan adat dan kepercayaan
kekeluargaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga
16 Tanggungjawab Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap
terhadap keluarga keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej
dan menjaga maruah keluarga
17 Menyayangi dan Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam
menghargai Alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Sekitar
18 Keharmonian antara Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara
manusia dengan alam manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan
sekitar manusia dan alam sekeliling terpelihara
19 Kemapanan Alam Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai
Sekitar tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup
20 Peka terhadap isu-isu Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling
Alam Sekitar dan berusaha menyelesaikannya

Disediakan oleh: MURALEE V, SMK Pengkalan Permatang


NILAI-NILAI MORAL DAN PENERANGANNYA

21 Cinta akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan
kepentingan negara melebihi kepentingan diri
22 Taat Setia kepada Raja Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara
dan Negara
23 Sanggup berkorban Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai tanda
untuk Negara berbakti untuk negara
24 Melindungi Hak kanak- Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak
kanak bagi menjamin kehidupan meraka yang sempurna
25 Menghormati Hak Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh
Wanita memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan
negara
26 Melindungi hak pekerja Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan jasa
dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara
27 Menghormati hak Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya
golongan kurang supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai
berupaya insan ciptaan tuhan
28 Melindungi hak Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna
pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang
berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
29 Mematuhi peraturan Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang
dan undang-undang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu
berada.
30 Kebebasan bersuara Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan
batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
31 Kebebasan beragama Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan
agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan
Malaysia
32 Penglibatan diri dalam Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
pembangunan Negara pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undang-
undang dan perlembagaan Malaysia.
33 Sikap keterbukaan Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan
kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat
Malaysia.
34 Hidup bersama secara Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan
aman kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa
dan budaya.
35 Saling membantu dan Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada
bekerjasama peringkat individu, komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu
matlamat.
36 Saling menghormati Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk
antara negara menjamin kesejahteraan sejagat.

PERINGATAN
Pelajar digalakkan untuk menghafal kata-kata kunci untuk setiap nilai. Pelajar mesti menghafal
sekurang-kurangnya dua kata kunci. Apabila pelajar diminta untuk menerangkan /
menghuraikan / menjelaskan nilai, pelajar cuma perlu menjelaskan kata-kata kunci sahaja.
Jangan tulis kesemua definisi nilai berkenaan. Semoga kata-kata kunci di atas yang berwarna biru
membantu anda untuk mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.

Disediakan oleh: MURALEE V, SMK Pengkalan Permatang

Anda mungkin juga menyukai