Anda di halaman 1dari 6

GANDAAN DAN FAKTOR

Murid-murid yang dikasihi sekalian,


Minggu ini saya akan membincangkan tajuk Gandaan dan Faktor. Sebelum itu,
adalah lebih baik murid-murid memahami urutan dan pola nombor yang dapat membantu
menerangkan Gandaan dan Faktor.
Nombor-nombor mempunyai hubungan di antara satu sama lain dan hubungan ini
memudahkan pembentukan pola nombor. Pola nombor ini, dapat memudahkan kerja mengira.
Contohnya, 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18, 20 merupakan satu urutan nombor dan polanya ialah
tambah dua kepada nombor sebelumnya. Sekiranya murid-murid perlu mencari hasil tambah


kesemua nombor tadi, kita dapati
2 + 20 = 22
4 + 18 = 22
6 + 16 = 22 5 22 = 110
8 + 14 = 22
10 + 12 = 22

Pola ini boleh di ubah dengan menjalankan penolakan berulang, pendaraban berulang
dan pembahagian berulang. Nombor Ganjil dan Nombor Genap yang murid-murid belajar
dahulu, merupakan urutan nombor yang berpola. Begitu juga dengan sifir yang telah murid-
murid hafal di sekolah rendah.
URUTAN NOMBOR POLA
2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18, 20 Tambah dua
30, 27, 24, 21, 18, 15, 12, 9, 6, 3 Tolak tiga
1, 3, 9, 27, 81, 243, 729 Darab tiga
192, 96, 48, 24, 12, 6, 3 Bahagi dua

Murid-murid juga boleh membina sendiri urutan nombor berpola menggunakan rumus
yang direka sendiri. Contohnya, dengan menggunakan n + 2 atau 2n + 3 atau 5n 2 dan
menentukan nilai n, murid-murid akan dapat membina urutan seperti jadual di bawah:
Rumus n Urutan berpola
n+2 1, 2, 3, 3, 4, 5, 6, 7,
2n + 3 2, 3, 4, 7, 9, 11, 13, 15,
5n 2 1, 2, 3, 3, 8, 13, 18, 23,

Nombor Perdana merupakan satu lagi urutan nombor yang sangat unik dengan cirinya
hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1 tanpa baki. Ia bermula dengan 2, 3, 5,
7, 11, 13, 17, .
INGAT !!!
1 bukan Nombor
Perdana

Objektif Pembelajaran yang ditetapkan: Hasil Pembelajaran yang perlu dicapai:


1. Menerangkan pola bagi satu urutan
Mengenal dan melanjutkan urutan dan pola
nombor yang diberi.
nombor yang terbentuk dengan membilang
2. Melanjutkan urutan nombor.
secara menaik dan secara menurun dalam
3. Melengkapkan sebutan dalam urutan
selang pelbagai saiz.
nombor yang diberi.
4. Membina urutan nombor berdasarkan pola
yang diberi.
1. Mengenal pasti dan menghuraikan nombor
Mengenal nombor genap dan nombor ganjil
genap dan nombor ganjil.
dan membuat pernyataan umum berkenaan
2. Membuat pernyataan umum berkenaan
dengan nombor tersebut.
dengan nombor genap dan nombor ganjil.
1. Mengenal pasti ciri-ciri nombor perdana.
2. Menentukan sama ada nombor yang diberi
Memahami ciri-ciri nombor perdana. adalah nombor perdana.
3. Menentukan kesemua nombor perdana
yang kurang daripada 100.
1. Menyenaraikan faktor-faktor bagi suatu
Memahami ciri-ciri dan menggunakan nombor bulat.
pengetahuan tentang faktor bagi nombor bulat. 2. Menentukan sama ada suatu nombor adalah
faktor bagi suatu nombor bulat yang lain.
1. Mengenal pasti faktor-faktor perdana
daripada senarai faktor-faktor.
Memahami ciri-ciri dan menggunakan 2. Mencari faktor-faktor perdana bagi nombor
pengetahuan tentang faktor perdana bagi bulat.
nombor bulat. 3. Menentukan sama ada suatu nombor adalah
faktor perdana bagi suatu nombor bulat
yang lain.
1. Menyenaraikan gandaan bagi nombor
Memahami dan menggunakan pengetahuan bulat.
gandaan bagi nombor bulat. 2. Menentukan sama ada suatu nombor adalah
gandaan bagi suatu nombor yang lain.
1. Mencari gandaan sepunya bagi dua atau
tiga nombor bulat.
Memahami ciri-ciri dan menggunakan
2. Menentukan sama ada satu nombor adalah
pengetahuan tentang gandaan sepunya dan
gandaan sepunya bagi dua atau tiga nombor
Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) suatu
yang diberi.
nombor bulat.
3. Menentukan GSTK bagi dua atau tiga
nombor yang diberi.
1. Mencari faktor sepunya bagi dua atau tiga
nombor bulat.
Memahami dan menggunakan pengetahuan 2. Menentukan sama ada suatu nombor adalah
faktor sepunya dan Faktor Sepunya Terbesar faktor sepunya bagi dua atau tiga nombor
(FSTB) suatu nombor bulat. bulat yang diberi.
3. Menentukan FSTB bagi dua atau tiga
nombor yang diberi.

GANDAAN
Gandaan bagi suatu nombor ialah hasil darab nombor itu dengan sesuatu nombor bukan
sifar. Setiap nombor juga merupakan gandaan bagi dirinya sendiri.

Contoh:
3, 6, 9, 12, 15, adalah gandaan 3 dan ianya diperoleh melalui pendaraban 3 dengan 1, 2, 3,
4, 5, . iaitu; 3 1, 3 2, 3 3, 3 4, 3 5,
Gandaan Sepunya
Gandaan sepunya ialah nombor-nombor gandaan yang dipunyai bersama oleh dua
atau lebih nombor.

Contoh:
3, 6, 9, 12, 15, 18, 21, 24, 27, 30, 33, 36, Gandaan 3
4, 8, 12, 16, 20, 24, 28, 32, 36, 40, 44, 48, Gandaan 4

Jika diperhatikan nombor-nombor gandaan bagi 3 dan 4, terdapat gandaan yang sama
di kedua-dua senarai tersebut, iaitu; 12, 24, 36, . Urutan nombor ini disebut
Gandaan Sepunya.

Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK)


Merupakan nombor gandaan sepunya yang terkecil. Bagi contoh di atas, GSTK ialah
12.
GSTK boleh dicari dengan dua kaedah:
a) Kaedah penyenaraian
Lihat contoh bagi gandaan sepunya. Pilih gandaan sepunya yang paling kecil
nilainya.
b) Kaedah pembahagian berulang
Dua atau tiga nombor dibahagi berulang kali dengan nombor-nombor perdana
sehingga hasil bahagi menjadi 1. Jika proses pembahagian tidak dapat dibuat,
turunkan ke baris bawah dan cuba dengan nombor perdana yang lain. Setelah
semua dapat diselesaikan, cari hasil darab kesemua pembahagi.

2 ) 3 4 3 tidak boleh di bahagi tepat oleh 2, 4 dibahagi oleh 2


2 ) 3 2 3 tidak boleh di bahagi tepat oleh 2, 2 dibahagi oleh 2
3 ) 3 1 3 dibahagi oleh 3, 1 tidak boleh di bahagi tepat oleh 3
1 1 Hasil bahagi menjadi 1

Dengan mencari hasil darab kesemua pembahagi, kita dapat GSTK; iaitu
2 2 3 = 12

FAKTOR
Faktor bagi suatu nombor ialah nombor lain yang boleh membahagi tepat suatu nombor itu.
1 merupakan faktor bagi semua nombor kerana semua nombor boleh dibahagi tepat oleh 1.
Suatu nombor juga merupakan faktor bagi dirinya sendiri.
Contoh:
1 12 = 12
1 15 = 15
2 6 = 12
3 5 = 15, maka
3 4 = 12, maka
1, 3, 5 dan 15 merupakan faktor bagi 15.
1, 2, 3, 4, 6 dan 12 merupakan faktor bagi 12.

Faktor Perdana
Faktor perdana ialah nombor-nombor faktor yang merupakan nombor perdana.
Contoh:
1, 3, 5, 12, Faktor-faktor bagi 15
1, 2, 3, 4, 6, 12, Faktor-faktor bagi 12
Jika diperhatikan nombor-nombor faktor bagi 15; 3 dan 5 merupakan faktor perdana.
Jika diperhatikan nombor-nombor faktor bagi 12; 2 dan 3 merupakan faktor perdana.

Faktor Sepunya
Faktor sepunya ialah nombor-nombor faktor yang dipunyai bersama oleh dua atau
lebih nombor.
Contoh:
1, 3, 5, 15, Faktor-faktor bagi 15
1, 2, 3, 4, 6, 12, Faktor-faktor bagi 12
Jika diperhatikan nombor-nombor faktor bagi 15 dan 12, terdapat faktor yang sama di
kedua-dua senarai tersebut, iaitu; 3. Nombor ini disebut Faktor Sepunya.

Faktor Sepunya Terbesar (FSTB)


Merupakan nombor faktor sepunya yang terbesar. Bagi contoh di atas, FSTB ialah 3.

GSTK boleh dicari dengan dua kaedah:


a) Kaedah penyenaraian
Lihat contoh bagi faktor sepunya. Pilih faktor sepunya yang paling besar nilainya.
b) Kaedah pembahagian berulang
Dua atau tiga nombor dibahagi bersama oleh nombor-nombor perdana. Jika tidak
boleh dibahagi, proses ini diberhentikan dan cari hasil darab semua pembahagi.

3 ) 15 12 15 dan 12 boleh dibahagi oleh 3


5 4 Tiada pembahagian bersama yang boleh dibuat

Dengan mencari hasil darab kesemua pembahagi, kita dapat FSTB; iaitu 3.
Contoh Soalan

1. Isikan nombor-nombor perdana di antara 21 dan 50.

2. Cari semua faktor-faktor bagi 12 dan 18. Lengkapkan gambar rajah di bawah.
Seterusnya senaraikan faktor-faktor sepunya.

Faktor-faktor bagi
Faktor-faktor bagi
12 18

Faktor-faktor sepunya bagi 12 dan 18 : ____________________________

3.

Selesaikan P Q + R
4. Isikan ruangan-ruangan berikut dengan nombor-nombor perdana yang betul.

____ ____ = 46

____ ____ ____ = 20

____ ____ ____ ____ = 54

5. En. Ahmad memasang lampu kelip-kelip berwarna di sekeliling rumahnya sempena


majlis perkahwinan anaknya. Lampu berwarna merah akan menyala setiap 3 saat,
lampu hijau setiap 6 saat dan lampu kuning setiap 8 saat. Pada saat ke berapa, semua
lampu akan menyala serentak? (Gunakan GSTK)

6. Contoh Soalan Bukan Rutin

Kamal mempunyai 31 batang pen. Dia meminta adiknya, Veni mengisi semua pen tersebut
ke dalam empat buah bekas dengan keadaan setiap bekas mengandungi pen dalam bilangan
ganjil. Veni mencuba beberapa kali tetapi gagal? Terangkan mengapa Veni gagal dengan
memberi penjelasan bersama pengiraan yang jelas.

Jawapan
1. 37, 41 dan 47

2.
Faktor- Faktor-
4 1 3 faktor bagi
faktor bagi
9
12 12 18
2 6 18

Faktor sepunya 12 dan 18 : 1, 2, 3, 6

3. 2 20 + 28 = 108

4. __2__ __23__ = 46

__2__ __2__ _5___ = 20

__2__ __3__ __3__ __3__ = 54

5. 72 saat
6. 31 merupakan nombor perdana dan hasil tambah empat nombor ganjil (bagi bilangan
pen dalam setiap bekas) akan memberikan nombor genap. Murid-murid boleh
menggunakan bilangan pen yang berbeza mengikut soalan.

Anda mungkin juga menyukai