Anda di halaman 1dari 6

Perpuluhan

Murid-murid yang dikasihi sekalian,


Minggu ini saya akan membincangkan tajuk PERPULUHAN. Al-Kashi atau
Ghiyathal-Din Jamshid ibn Masud al-Kashi, seorang ahli matematik berbangsa Iran
dikatakan telah menjumpai cara menulis perpuluhan pada abad ke-15. Murid-murid
pernah mempelajari tajuk ini di sekolah rendah dan berkait rapat dengan tajuk yang kita
belajar sebelum ini, PECAHAN.

 Nombor Perpuluhan mewakili pecahan yang penyebutnya adalah gandaan 10 (10,


100, 1000 …. dan seterusnya)
5 96 3568
Contoh : 10 = 0.5, = 0.96, = 3.568
100 1000

 Cara membaca nombor perpuluhan


Contoh :
a) 0.5 = dibaca sebagai: sifar perpuluhan lima
b) 0.07 = dibaca sebagai: sifar perpuluhan sifar tujuh
c) 6.983 = dibaca sebagai: enam perpuluhan sembilan lapan tiga
 Bilangan tempat perpuluhan ( t.p.) ialah bilangan digit selepas titik perpuluhan seperti
:
Contoh:
 0.8 ← ( 1 t.p. )
 4.34 ← ( 2 t.p. )

Menukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya.

Nilai Puluh Sa . persepuluh perseratus perseribu


Tempat
Digit 6 5 Titik 3 2 1
Nilai 60 5 perpuluhan 0.3 0.02 0.001
Digit

Menukar pecahan kepada perpuluhan


Contoh 1
2
Tukar kepada perpuluhan
5

Penyelesaian
0 .4
5 20
20
2
Oleh itu, adalah sama dengan 0.4.
5

Menukar perpuluhan kepada pecahan

Contoh 2
Tulis setiap perpuluhan berikut kepada pecahan.
a) 0.6
b) 0.24
c) 1.104

Solution
a) 0.6 → 1 t.p.
6
Oleh itu, 0.6 =
10
3
=
5

b) 0.24 → 2 t.p.
24
Oleh itu, 0.24 =
100
6
=
25

b) 1.104 → 3 t.p.
104
Oleh itu, 1.104 =1
1000
13
=1
125

Membundarkan nombor perpuluhan

 Suatu nombor boleh dibundarkan kepada bilangan tempat perpuluhan.


 Kaedahnya serupa seperti membundarkan nombor bulat.

Contoh 3
Bundarkan 7.4653 kepada
a) 1 t.p.
b) 2 t.p.
c) 3 t.p.
Penyelesaian

t.p. pertama

a) 7.4653 = 7.5 (1 t.p.)

6 > 5. Tambahkan 1 kepada 4. Abaikan


digit-digit di sebelah kanan 4.

t.p. kedua

b) 7.4653 = 7.47 (2 t.p.)

Sama dengan 5. Tambahkan 1 kepada 6.


Abaikan digit-digit di sebelah kanan 5.

t.p. ketiga

a) 7.4653 = 7.465 (3 t.p.)

3 < 5. Kekalkan nombor 5. Abaikan digit


di sebelah kanan 5.

Penambahan dan Penolakan Nombor Perpuluhan

Penambahan dan penolakan nombor-nombor perpuluhan dilakukan dengan menyusun


digit-digit nombor perpuluhan mengikut nilai tempat. Operasi penambahan dan
penolakan dimulakan dari sebelah kanan.

Contoh 4
a) 15.48 + 257.39
b) 236.1 – 36.581

Penyelesaian
a) 15.48
+257.39
272.87

b) 236.100
+ 36.581
199.519
Pendaraban Nombor Perpuluhan

 Sama seperti mendarab nombor bulat. Bilangan tempat perpuluhan jawapan


mestilah sama dengan jumlah tempat perpuluhan dalam nombor-nombor
perpuluhan yang didarab.

Contoh:

Contoh 5
a) 5.78 × 6
b) 21.3 × 0.05

Penyelesaian
a) 5 . 7 8 ← 2 t.p.
× 6
3 4 . 6 8 ← 2 t.p.

b) 2 1 . 3 ← 1 t.p.
+ 0 . 0 5 ← 2 t.p.
1 . 0 6 5 ← 3 t.p. (1 t.p. + 2 t.p.)

 Jika mendarab nombor perpuluhan dengan nombor gandaan 10 (10, 100, 1000..)
gerakan titik perpuluhan ke kanan mengikut bilangan sifar.

Contoh 6
a) 12.6 × 10
b) 52.563 × 100
c) 0.9875 × 1000

Penyelesaian
a) 12.6 × 10 = 126 (Gerakkan titik perpuluhan satu tempat ke kanan)

b) 52.563 × 100 = 5256.3 (Gerakkan titik perpuluhan dua tempat ke kanan)

c) 0.9875 × 1000 = 987.5 (Gerakkan titik perpuluhan tiga tempat ke kanan)

Pembahagian Nombor Perpuluhan

 Membahagi nombor perpuluhan dengan nombor bulat adalah seperti pembahagian


nombor bulat.
Contoh 7
352.8 ÷ 4

Penyelesaian
352.8
= 88.2
4

 Pembahagian nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan: Harus ditukarkan


pembahaginya kepada nombor bulat dengan mengerakkan titik perpuluhan ke
kanan sekali nombor tersebut.

Contoh 8
2.85 ÷ 0.5

Penyelesaian
2.85 28.5
=
0.5 5
= 5.7

 Jika membahagi nombor perpuluhan dengan nombor gandaan 10 (10, 100,


100…), gerakkan titik perpuluhan ke kiri mengikut bilangan sifar pembahagi.

Contoh 9
a) 35.6 ÷ 10
b) 568.2 ÷ 100
c) 5689 ÷ 1000

Penyelesaian
a) 35.6 ÷ 10 = 3.56 (Gerakkan titik perpuluhan satu tempat ke kiri)

b) 568.2 ÷ 100 = 5.682 (Gerakkan titik perpuluhan dua tempat ke kiri)

c) 5689 ÷ 1000 = 5.689 (Gerakkan titik perpuluhan tiga tempat ke kiri)

Operasi Bergabung
Melaksanakan operasi bergabung menggunakan tertib berikut:
 Selesaikan operasi di dalam kurungan
 Darab atau bahagi dari kiri ke kanan
 Tambah atah tolak dari kiri ke kanan
Contoh 10
5 × (0.54 + 3.56) – 0.6 ÷ 12

Penyelesaian
= 5 × (0.54 + 3.56) – 0.6 ÷ 12
= 5 × 4.1 – 0.6 ÷ 12
= 20.5 – 0.6 ÷ 𝟏𝟐
= 20.5 – 0.05
= 20.45

Uji Minda Anda

1. Hitung yang berikut:


a) 12.53 + 159.71
b) 58.6 – 42.94 – 2.1
c) 5.68 + 1.90 – 3.87
d) 2.46  3.8
e) 7.20078  0.06

2. Bundarkan 26.65437 kepada tiga tempat perpuluhan

3. Hasil darab bagi tiga nombor ialah 6.48. Jika nombor pertama dan kedua-dua masing-
masing ialah 1.8 dan 6, apakah nombor yang ketiga?

4. Shuhada mempunyai 6.507 l air. Dia menggunakan 0.408 l air itu dan bakinya
dibahagikan sama banyak ke dalam 19 bekas air. Berapakah isi padu, dalam l, air di
dalam setiap bekas air?

Penyelesaian

1.
a) 172.24
b) 13.56
c) 3.71
d) 9.348
e) 120.013

2. 26.654

3. 0.6

4. 0.321 l

Anda mungkin juga menyukai